Friday, April 23, 2010
Rojak Buah
Mari mari mari!!!!!! Sape nak makan rojak buah, silalah bawa garfu atau sudu sendiri ye... Lepas tu pandai pandailah suap masuk mulut. Sebelum fikir apa nak masak malam ni, layan makan rojak buah dulu ye.
Sebenarnya tengah dok "crack my head" cam Phua Chu Kang selalu kata tu, memikirkan nak masak apa untuk dinner nanti. Malas besaq dok atas kepala ni. Tapi tadi my husband dah cakap nak makan nasi, baru je dok hint suruh makan mee sup ke atau apa apa yang ringan. Silap silap sekejap lagi saya goreng telur je. Itulah kalau dah rajin memang rajin sungguh sungguh, tapi bila dah rasa malas, mulalah dok cari alasan.
Tengoklah sekejap lagi, bergantung pada tahap kerajinan. Tapi semalam saya beli jantung pisang, ingat nak buat kerabu. Ohhhh....harap harap saya menjadi sangat rajin sekejap nanti ye....
fuhhh...sedap ni...ada tak resepi buat kuah rojak ni...
ReplyDeleteKak Roslaini,
ReplyDeletesorry kak, saya guna ready made punya. Tapi akak boleh check kat blog Kak Asma, dia ada buat kuah rojak sendiri. http://kaksma.blogspot.com