Saturday, May 15, 2010
Pumpkin Flan
Salam dan selamat pagi buat semua yang sudi bertandang ke sini. Semalam saya sibuk sangat sampai tak sempat nak lunch. Habis kerja terus pergi makan di restoren yang berhampiran, jadi makan tengahari merangkap makam malam sekaligus. Eh...boleh jimat belanja kalau macam ni selalu. So malam tadi sempat buat Pumpkin Flan sebab ada labu sebelah lagi. Resepi nanti saya update kemudian, nak bersiap pergi kerja pula.
Bahan bahan:
1 1/3 cawan gula
5 biji telur
2 cawan labu yang telah direbus dan dilenyek
3/4 sudu kecil garam
2 cawan heavy cream
Cara cara:
1. Masak 2/3 cawan gula hingga menjadi keperangan dan masukkan 1/4 cawan air panas dan masak hingga menjadi gula hangus.
2. Tuangkan ke dalam loyang hingga menyaluti bahagian bawah loyang. Ketepikan.
3. Pukul telur bersama sebahagian 2/3 gula lagi, masukkan labu dan cream. Gaul rata.
4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disaluti dengan gula hangus tadi.
5. Kukus di dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 1 jam atau sehingga masak. ( Gunakan lidi, cucuk dibahagian tengah, kalau tak melekat, maka ia sudah masak).
6. Biarkan ia sejuk, lebih elok jika dimasukkan ke dalam peti ais semalam sebelum di hidang.
No comments:
Post a Comment