Salam Hari Jumaat,
Saya dah "jatuh chenta" dengan daun buluh dah ni....
Malam tadi saya buat Ketupat daun buluh aka Chang yang biasanya dibuat oleh kaum Cina.Tapi rasanya bentuk Chang lain sikit, saya balut seperti saya balut kuih lopes tempohari.
Sebenarnya saya tak pandai balut ketupat daun palas, so setiap kali nak raya selalunya mak atau arwah mak mertua saya yang balut. Saya cuma jadi pemerhati. Dah berkali kali mencuba tapi tak berapa nak menjadi, nanti mak saya cakap jadi ketupat jantan lah, betinalah... entahlah saya pun tak pasti.
Lepas ni kalau terasa nak makan ketupat pulut, selain pergi cari kat pasar tani boleh buat sendiri dan bila bila masa tekak terasa nak makan.
wahh...kretif..janji dapat makan pulut kan kak....
ReplyDeletenak tanya, yg utk ikat tu pakai ape tali apa ek.
ReplyDeleteMas,
ReplyDeleteNak makan kena kretip. hehehehehe..
momma,
ReplyDeleteMasa beli daun buluh tu dia dah sediakan tali. Rasanya dari kulit batang pisang yang dikeringkan.
akak, cara-cara nak membuatnye x ada ke?
ReplyDeleteRohaida,
ReplyDeleteCaranya lebih kurang seperti buat lopes daun buluh cuma masa remdam beras pulut tak perlu letak air abu.