Patutnya kuah masak lemak bewarna kuning kan.... Masa tengok gambar dalam majalah, cantik je kuahnya bewarna kuning, tapi masak lemak saya berwarna kemerahan. Agaknya sebab cili merah dan cili kering yang digunakan membuatkan kuahnya berwarna kemerahan.
Bahan bahan
2 biji telur itik
1 cm halia
1 cm kunyit hidup
1/2 labu bawang besar
1 batang serai
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 tangkai cili kering
Garam dan asam keping
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
Cara cara
1. Kisar bawang besar, bawang putih, kunyit, halia, cili merah dan cili kering hingga hancur.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk diikuti dengan santan pekat dan santan cair. Masukkan serai dan asam keping dan masak hingga mendidih.
3. Pecah telur itik ke dalam kuah yang sedang mendidih dan perasakan dengan garam. Padamkan api setelah masak.
sedap nye makan telur itik masak lemak..suka suka :-)
ReplyDelete|Hadiah Harijadi|
seedapnye...adoi semakin keroncong perut bile tengok blog nie
ReplyDeletePendedahan Exclusive : Adakah Ini Islam Dimata Dunia?
Edisi LabiLabi : Biawak Berharga RM3.75M
BlogSHOP : Pelbagai Jenis Beg tangan Authentic dari Europe