Sehari dua ni agak sibuk sikit dengan kerja, sampai rumah dah letih nak pegang senduk dan periuk belanga. Apalagi beli sajalah outside food.
Semalam pun masak yang biasa biasa sahaja. Sebelum balik kerja, saya singgah beli ikan merah seekor. Dalam kepala fikir nak kukus saja tapi nanti ada orang tak berapa suka pulak. jadi sampai rumah terfikir nak buat sweet and sour.
Bahan bahan
1 ekor ikan merah - ambil isinya sahaja
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
Capsicum ( saya guna 3 colours )
Timun
Nenas
Carot
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos tomato
1 sudu teh jus lemon
Garam dan gula
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Cara cara
1. Gaulkan kepingan ikan merah dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, merah dan halia yang telah dimayang hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan biarkan hingga cili masak.
3. Masukkan sedikit air, gaul sekata. Masukkan carot, timun, capsicum dan nenas yang telah dipotong dadu.
4.Gaul sekata dan perasakan dengan garam, gula dan jus lemon. Jika kuah sedikit pekat, bancuh sedikit tepung tepung ubi dengan sedikit air dan masukkan.
5. Setalah masak, sudukan ke atas kepingan ikan yang telah digoreng tadi.
yg ni suka...sedapnyerrrr
ReplyDeleteok juga rasanya. Selalu guna kerapu atau siakap.
ReplyDelete