Tuesday, May 31, 2011

Haruan Bantut



Dah beberapa kali suami saya bersungut nak makan Ikan Haruan Bantut. Terms "Bantut" kat sini bukanlah pendek atau dompot, tapi istilah orang sebelah utara bila Ikan di belah belakang, disumbat dengan rempah ratus dan kelapa parut kemudian di bakar atau dipanggang.

Biasanya mereka menggunakan ikan haruan yang agak besar especially ikan haruan dari sawah atau sungai. Lagi sedap bila dipanggang menggunakan kayu api instead of oven atau grill. Aromanya lagi semerbak dan menaikkan selera.

 Ada orang tak boleh makan ikan haruan sebab keaadaannya yang menyerupai ular. Saya memang tak akan siang ikan haruan, keli atau puyu kalau masih hidup. Kat sini senang, pilih ikan dan suruh penjual tu siang ikut kehendak kita. Boleh suruh belah belakang ke, even boleh minta mereka belah butterfly style seperti ikan kerapu di Chinese Restaurant. Balik rumah, cuci dan boleh terus masak.


Bahan bahan

1 ekor ikan haruan sederhana besarnya - dibelah belakang dan dicuci
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 biji cili padi
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
Segenggam penuh kelapa parut
1 batang serai
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
Garam
Sedikit minyak

Cara cara
1. Lumurkan garam pada isi ikan dan letakkan sedikit minyak di permukaan ikan supaya tidak melekat semasa membakar. Ketepikan.
2. Tumbuk lumat bawang merah, putih, serai, cili merah, garam, kelapa parut kunyit, jintan manis, jintan putih dan halia.
3. Sumbatkan bahan tumbuk tadi di bahagian belakang ikan yang telah dibelah.
4. Bakar di atas pembakar hingga masak.

Kerabu Pucuk Paku


Selamat Pagi Malaysia..

Hari ni ramai yang pasti "Panas Hati" bila baca paper atau baca berita di Internet. Selain dari pengumuman kenaikan tariff elektrik, pasti pasal pernikahan SY aka Abang Jem. Yang panas hati pastinya ramai dari kalangan wanita dan ada juga yang kalangan kaum lelaki yang tak puas hati...

Eh, aku lagi hemsem apa dari SY? Hidung aku pun comel apa.... 
Apa apa pun mereka dah selamat menjadi suami isteri. 

Daripada saya fikirkan pasal benda yang tak berfaedah pada saya, lebih baik saya fikir nak masak apa untuk suami dan tekak sendiri. Saya cukup suka makan kerabu, terutamanya Kerabu Pucuk Paku dengan kerang. Semalam pagi pagi saya dah ke pasar sebab mencari stok barang basah. Jadi terus terfikir nak buat kerabu ni. Saya beli kerang sebungkus, sikit saya guna untuk buat kerabu dan selebihnya saya buat sambal kerang. Dah jimat masa nak fikir menu yang lain.



Bahan bahan

1 ikat pucuk paku - siang dan celur
30 sen taugeh - dicelur
Isi kerang yg telah direbus
1/3 cawan pati santan
Sedikit kerisek
1 labu bawang besar - dimayang

Bahan ditumbuk lumat


4 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
2 sudu besar udang kering
1 sudu makan serbuk belacan

2 sudu besar jus limau
1 sudu kecil garam
Gula secukup rasa

Cara cara

1. Satukan bahan yg telah ditumbuk di dalam bekas bersama bahan yg telah dimayang. Gaul rata.
2. Masukkan kerisek, garam, gula, santan dai jus limau. Gaul sebati.
3. Masukkan kerang, pucuk paku dan taugeh. Gaul rata.
4. Sedia dinikmati.

Monday, May 30, 2011

Panna Cotta with Caramelized Mango


Sudah makan tengahari?

Kalau sudah, alhamdulillah kenyang. Apa kata sambil sambil tu kita makan dessert dulu. Kali ini saya jamu dengan Panna Cotta with Caramelized Mango sebagai pemanis mulut.

Bahan bahan
500 ml heavy cream
500 ml susu segar
2 sudu teh vanilla extract
100 gms gula castor
4 1/2 sudu teh serbuk gelatin
6 sudu makan air dari peti ais
2 biji mangga ranum - di potong dadu
2 sudu makan gula castor
2 sudu makan air

Cara cara

1. Masukkan heavy cream, susu segar, gula dan vanilla extract ke dalam periuk.
2. Taburkan serbuk gelatin ke dalam bekas yang berisi air dari peti sejuk. Biarkan lebih kurang 5 minit.
3. Panaskan periuk yang berisi heavy cream, susu segar, gula dan vanilla extract dengan api perlahan jangan sampai meruap.
4. Setelah hampir mendidih dan semua gula telah larut, masukkan gelatin tadi. Kacau hingga sebati.
5. Tuangkan campuran Panna Cotta tadi ke dalam bekas ramekin atau gelas yang sesuai. Sejukkan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 3.4 jam atau lebih.
6. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu makan gula dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sehingga warna bertukar keperangan.
7. Masukkan air satu sudu besar lagi dan kacau sebati. Masukkan sebahagian mangga yang telah didadu. masak sehingga hampir menjadi hancur/lembik.
8. Masukkan baki buah mangga, kacau sekata dan tutup api. Ketepikan.
9. Ceduk Caramelized Mango ke atas Panna Cotta sebelum menghidang. Enak dinikmati sejuk.



Asam Rebus Tempoyak Ikan


Selamat Pagi....
Hari ini cuti sekolah dah bermula, jadi jalan pun sedikit lengang, tak banyak kenderaan seperti biasa. Jadi bolehlah memandu macam mak minah lenggang kangkung...
Oh ya, cakap pasal memandu ni, saya teringat pasal lesen memandu saya. Selalunya my husband yang akan renew my driving license. Kebetulan hari jumaat lepas saya ke TM atas urusan tertentu, saya kena keluarkan IC. Tapi saya tersilap keluarkan lesen memandu. Semasa nak simpan balik lesen tu baru saya perasan yang lesen tu dah expired. Bukan sehari sebelum atau seminggu sebelum tapi 3 BULAN lepas. Maknanya selama ini saya memandu dengan lesen yang sudah tamat tempoh. Dah merata rata saya merempit tapi mungkin tak pernah kena tahan dengan pak polisi yang buat road block, sebab itu saya jarang sangat check lesen saya.

Oh ya.... hari ini pun saya memandu ke tempat kerja, dengan lesen yang tamat tempoh. Kalau ada Pak/Mak Polisi yang baca, tolong jangan tangkap saya. Sekejap lagi saya pergi renew....

Tengahari semalam saya cuma masak kari ketam dan asam rebus tempoyak ikan untuk makan tengahari. Sebab malam my husband dah plan nak makan kat luar. Birthday dia hari sabtu tapi kami postponed Birthday Dinner the next day. Takde yang special pun, nak buat kek, my husband tak nak. Kalau makan malam berdua pun selalu sangat, tak perlu tunggu any special or specific occasion. Hadiah? Harijadi saya, tentulah saya yang dapat hadiah. Kalau hari jadi my husband, SAYA juga yang dapat hadiah... Best apa.




Bahan bahan
4 ekor ikan Selayang / Kembung
1 batang serai
2 sudu makan tempoyak
4 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
Sedikit daun kesum
3 ulas bawang merah
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara cara
1. Tumbuk bawang merah, kunyit dan cili padi hingga hancur. Masukkan ke dalam periuk yang berisi air anggaran 1 liter.
2. Masukkan tempoyak, serai yang telah ditumbuk sedikit dan daun kesum ke dalam periuk tadi. Didihkan.
3. Setelah mendidih, masukkan ikan dan perlahankan api. Renehkan seketika dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka.
4. Setelah ikan masak, bolehlah dituup api dan dihidang panas dengan nasi putih.

Saturday, May 28, 2011

Mee Kari Lagiiii


 Menu dinner malam tadi ialah Mee Kari....

Sebenarnya saya lebih prefer Mee atau Bihun Sup, tapi memandangkan ini ialah special request dari Man of The House jadi saya ikut jelah.

Lagipun,,,,
Hari ini ialah Hari Jadi dia. So saya masak sajalah apa yang dia nak makan. Bukannya susah sangat pun.



Bahan bahan

300 gms Ayam - potong kecil
1 cawan isi kerang yang telah direbus.
2 kumtum bunga lawang *
1 batang kulit kayu manis *
2 biji buah pelaga*
Sedikit jintan manis*
Sedikit jintan putih *
4 ulas bawang merah **
2 ulas bawang ptih **
1 inci halia  **
250 ml santan pekat
600 ml air (anggaran )
1 tangkai daun kari
2 sudu makan cili kisar
1 packet rempah kari ( RM0.60)
1/2 cawan jus asam jawa
Sedikit tauhu pok
Sedikit fish cake
Sawi - dicelur
30 sen Taugeh  - dicelur
Minyak untuk menumis
1packet mee kuning - dicelur

Cara cara.
1. Kisar bahan bertanda ** hingga hancur. Panaskan minyak, tumis bahan bertanda * hingga nai bau.
2. Masukkan bahan kisar, cili kisar, serbuk kari dan daun kari. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan ayam dan gaul sebati, biarkan seketika. Masukkan santan pekat, jus asam jawan dan air hingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
4. Biarkan ia mereneh seketika, perasakan dengan garam dan gula. Setelah kuah hampir mendidih, masukkan isi kerang, dish cake dan tauhu pok.
4. Biarkan kuah mendidih seketika sebelum dimatikan api dapur.
5. Masukkan mee kuning, sawi dan taugeh ke dalam mangkuk. Tuang kuah kari ke dalamnya. Sedia dinikmati semasa panas.

Plum Clafoutis...

 
Aduhai..... Plum Clafoutis yang tak berapa nak jadi gamaknya.

Saya dah plan nak buat ni beberapa hari lepas sebab dah siap beli buah plum pun. Tapi biasalah, ada saja yang menghalang. Dan ada kalanya malas yang lebih.....

Tapi tak puashati dengan finished productnya. Mungkin sebab bekas tu kecil dan buah plum agak besar. Bila buah plum sedikit berat menyebabkan ia sedikit terbantut.Patutnya kena potong plum kepada saiz yang sedikit kecil atau saya gunakan bekas yang lebih besar. Next time nak cuba dengan buah yang lain pulak, nak guna raspberry, alahai mahal sangat buah tu.Mungkin boleh gunakan buah cherry pulak.

Bahan bahan ( hasilkan 2 bekas seperti di atas )
4 biji plum - belah 2 dan buang bijinya
3 biji telur
1 cawan gula
1 sudu teh perasa vanilla
1/2 cawan tepung serba guna
1 cawan susu segar
Sedikit garam
Icing sugar - for dusting

Cara cara
1. Panaskan oven, sapukan butter pada baking dish atau ramekin.
2. Susun buah plum dengan bahagian di belah menghadap ke atas.
3. Pukul telur, gula, tepung dan garam hingga kembang. Masukkan susu segar dan vanilla.
4. Tuang ke dalam baking dish, dan bakar selama 30 - 40 minit atau sehingga masak.
5. Taburkan dengan icing sugar sebelum menghidang.

Nasi Goreng Ikut Suka


Semalam takde idea nak masak lauk apa untuk makan malam. My husband cakap, beli buku resepi sampai satu almari tapi tak tau nak masak apa? Fuhhhh!!!! musykil ni.
Memang la buku resepi dalam almari, tapi takdelah penuh satu almari. Tapi memang takde idea langsung, bila tanya nak makan apa, ikut sukalah jawabnya.

Jadi saya buat nasi goreng ikut sukalah. Masuk je apa yang saya suka dalam tu. Rasanya dia tak ada selera sangat nak makan sebab hari ni ada "TEST". Bukanlah test sebab dia belajar balik, tapi my husband ada attending satu course selama seminggu. Hari ini hari akhir, so ada test. Kalau lulus dapat Competent Letter, ( entah betul ke saya eja ni ) kalau tak, hanya sijil kedatangan. Katanya, bila dah tua tua nak ambik test ni, lain macam pulak rasanya.

Lawak la dia, semalam petang siap pergi beli buku semata mata untuk test hari ni. Tapi buku tu memang berguna juga untuk kerja dia. Tak sabar nak tunggu dia balik, kalau fail saya nak gelak kuat kuat. hehehehe....

Nasi Goreng Dalam Kuali

Thursday, May 26, 2011

Set Nasi Ayam

Nasi

Semalam saya masak nasi ayam untuk makan malam. Saya terlupa yang beras dah habis semalam, ingatkan lepas kerja baru nak singgah kedai. Bila sampai rumah, dah siap siap nak masak baru perasan yang beras tak ada.
Kalau saya call my husband minta tolong belikan, bila pula saya nak masak. Nak keluar ke kedai dekat, malas pulak. Lagipun beras yang selalu kami gunakan tu saya selalu beli di kedai Save More. My husband sedikit particular pasal nasi dia, jangan la masak nasi lembik confirm dia tak makan. So beras yang kami gunakan tu memang bila masak dia akan seroi atau berbutir .

Apalagi, saya gunakan beras basmathi yang saya gunakan buat nasi minyak tempohari.

Ayam Goreng

Taugeh Celur

Sup & Sos Cili



Wednesday, May 25, 2011

Kerabu Jantung Pisang & Ikan Rebus


Kelmarin dulu dah masak beria ia kan, so malam tadi masak yang simple saja.

Dah selalu buat kerabu jantung pisang ni, tapi kali ini saya tambahkan dengan isi ikan yang telah direbus. Not bad juga rasanya. Selalu saya tambahkan perut lembu yang direbus.So bila makan ada terasa liat liat sikit.

Semalam saya cuba nak buat apam beras, dah lama teringin nak buat bila tengok ramai kawan kawan yang dah buat. Masa bancuh tu bukan main lagi berbuih buih, so dalam hati mesti jadi ni.
Bila dah siap kukus, aduhai........
Bukan setakat tak pecah, macam bantat pun ya juga. Entah kat mana silap, yis yang dah lama atau ada step yang tertinggal. Takpe, nanti nak cuba lagi.



Bahan bahan


1 biji jantung pisang - di rebus dan dihiris nipis
1 ekor ikan kembung - direbus dan asingkan isinya
2 biji cili padi ( ikut kepedasan )
1 biji cili merah
1 sudu makan kerisek
3 ulas bawang merah
Sedikit belacan
Sedikit garam
Sedikit gula
1 cm halia
1 cm lengkuas
Sedikit jus lemon

Cara cara
  • Kisar bawang merah,halia, lengkuas,belacan, cili merah dan cili padi hingga hancur.
  • Masukkan ke dalam bekas yang berisi jantung pisang  yang telah dihiris tadi.
  • Masukkan juga isi ikan yang telah diasingkan dari tulangnya.
  • Gaulkan semua bahan hingga mesra, perasakan dengan garam,gula dan jus lemon.
  • Kalau suka boleh di tambah dengan hirisan bawang besar.

Tuesday, May 24, 2011

Daging Kerutuk


First time ni masak Kerutuk Daging. Rasanya ini makanan orang sebelah pantai timur. Rupanya ada persamaan dengan daging nasi kandar. Suami saya kan ala ala mamak, so lauk kat kedai mamak mesti tau punya.

Lauk Kerutuk Daging ni pun sedap, cukup rasa kata orang. Kalau makan dengan nasi putih dan roti pun sedap juga.Kalau ada ketupat nasi atau pulut pun sodap ni....
Apakata kalau dibiarkan semalaman, mesti lagi terasa rempah ratusnya. Ada orang yang tak boleh makan menu yang sama berulang kali. Maksudnya kalau menu untuk makan tengahari dah tak boleh di bawa ke makan malam. Nasib baik suami saya tak kisah, lagipun saya memang masak sekali saja sebab siang masih di tempat kerja.
Daging Masak Kerutuk

Resepi daging masak kerutuk ini pun saya ambil dari makyong@myresipi.

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 500g daging
  • 4 sudu besar rempah kerutuk
  • 2 sudu cili giling
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 keping gula melaka/manisan
  • 2 sudu besar kerisik
  • [bahan tumis]
  • 1/2 bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar minyak

Cara-cara

  1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
  2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
  3. Panaskan minyak
  4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
  5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi
  6. Masak sehingga pecah minyak
  7. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
  8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
  9. Siap untuk dihidang.

Nasi Minyak

 

 Untuk memasak Nasi Minyak ini saya gunakan resepi Makyong dari Myresipi, cuma saya kurangkan kuantiti sahaja. Selain itu saya tidak menggunakkan pelbagai pewarna tetapi menggunakan Saffron untuk memberikan sedikit warna kekuningan pada nasi minyak.

Kalau saya letak pelbagai warna nanti ada yang tak makan pulak, so maintan warna natural.Tapi memang sedap nasi minyak ni. Dan jangan tak tau, suami saya dah request supaya saya masak lagi hujung minggu nanti.

 

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 4 cawan beras basmati
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau
  • [bahan tumis]
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • [bahan hias]
  • bawang goreng
  • kismis

Cara-cara

  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka

Acar Timun


Acar Timun
Mula mula saya plan nak makan dengan acar limau yang ada dalam peti ais saja tapi bila my husband request nak makan acar timun, jadi kena buat jugalah, Takada seni langsung potong sayur, nampak kasar je potong karot,timun dan nenas tu kan. Maklumlah nak cepat.

Bahan bahan
Timun
Karot
Nenas
Bawang Besar
Cili padi
Cili Merah & Hijau
Sedikit Belacan
Garam dan Gula
Sedikit cuka makan

Cara cara
1. Hiris timun, karot, nenas, cili padi, cili merah dan hijau. Mayang bawang besar. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai.
2. Bancuh belacan, garam, gula dengan cuka makan. Tuang ke dalam bekas berisi bahan yang telah dihiris tadi.
3. Perapkan seketika agar acar timun ini sebati.

 
Acar Limau ini emak saya yang buat dan dibawa untuk saya masa dia datang awal bulan mei tempohari. Kalau dia buat, saya mesti minta dia simpan stok saya. Antara stok yang mesti ada dalam bulan puasa.


Nasi Minyak dan Gengnya....


Semalam saya terlebih rajin.....

Menu makan malam tadi ialah Nasi Minyak, Daging Kerutuk dan Acar.

Monday, May 23, 2011

Sambal Udang

 Sambal Udang

Semalam boleh dikatakan mood ada sedikit rajin, sebab selalunya hari minggu ialah hari saya bermalas malasan di depan TV, cukup waktu, sampai masa lunch my husband dah siap tapau makanan dari kedai makanan.

Hehehehehe...... pemalas betul isteri yang sorang ni.

Tapi semalam saya masak untuk lunch, selain sup kepala ikan merah, ada sambal udang yang sedikit pekat. Macam tak ada kuah la pulak kan. Takpe, kalau nak berkuah, ambil je kuah sup tu....
Kalau ikut plan awal nak buat masak lemak udang dengan nenas tapi santan ada satu saja, dah ketepikan untuk buat bubur kacang. Kalau guna santan tu untuk masak lemak, nanti kena keluar beli santan untuk buat bubur. Sebabkan malas, kita tukar je lah menu.

Sup Kepala Ikan Merah

 
Ini menu lunch semalam.

Sup merupakan makanan kegemaran saya, kalau hari hari ada sup pun ok. Memandangkan malas nak keluar ke kedai yang terdekat, saya masak sup dengan apa yang ada di dalam esbox saja.

Bahan bahan

1 keping kepala ikan merah saiz sederhana - siang, cuci dan toskan.
1 biji kentang - kupas dan potong size sesuai
1 batang leek - potong menyerong
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1 batang kulit kayu manis
1 pc bunga lawang
2 biji buah pelaga
1/2 biji buah keras
2 keping daun bay
1 uncang sup bunjut
Garam
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan bertanda * dikisar halus

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar, kulit kayu manis, buah pelaga, buah keras, daun bay dan bunga lawang hingga naik bau.
2. Masukkan air dan kentang, biarkan seketika hingga kentang hampir empuk.
3. Masukkan kepala ikan dan daun leek. Biarkan ia mereneh dengan api sederhana. Perasakan dengan garam dan biarkan sehingga ikan masak.
4. Boleh taburkan dengan daun sup semasa menghidang jika suka.

Saturday, May 21, 2011

Telur Dadar Cencalok


Lauk malam tadi, Telur Dadar Cencalok.

Ini kes nak habiskan cencalok yang berbaki tu. Kalau lama lama nanti dah kurang "kick" rasa cencalok tu. Macam buat telur dadar biasa, cuma tambahkan cencalok 1 sudu besar. lain lain accessories boleh ikut apa yang ada dan apa yang kita suka.  Telur ni boleh dikatakan sebagai lauk waktu kecemasan, kalau ada tetamu datang tiba tiba, maka makan nasi dengan telur goreng je lah ye...
Dan, lauk untuk orang yang tak berapa nak rajin sesekali tu.......

Pineapple Lassi


 Selamat Pagi Sabtu

Tadi masa nak keluar rumah, tiba tiba hujan turun dengan lebat. Alahai... alangkah seronoknya kalau tak perlu pergi kerja, bolehlah bermalas malasan di rumah. Tapi baru je keluar dari taman perumahan, dah tak hujan pulak.

Semalam saya tak masak beria ia sangat, buat sup ketam dan telur dadar cencalok. Mula mula plan nak masak nasi minyak dengan kerutuk ayam, tapi my husband cakap dia hanya nak makan yang simple jadi menu tu kena postponed dulu.


Dah lama pending nak buat Pineapple Lassi ni,maklumlah kami kan selalu dapat stok nenas free jadi bila dah banyak tu sampai tak tau nak buat apa. Plan nak buat macam macam dengan nenas tapi asyik tertangguh dan tak jadi saja.

Bahan bahan

1 cawan greek yogurt
1 cawan susu segar
1/2 cawan ice cube
3 sudu makan gula / madu
2 keping nenas

Cara cara
1. Masukkan semua di dalam pengisar, kisar hingga sebati dan gebu.

Friday, May 20, 2011

Asam Pedas Ikan Sembilang


Salam di pagi Jumaat...
Malam tadi saya masak Asam Pedas Ikan Sembilang untuk makan malam. Hari tu masa saya ke Melaka memang asyik makan lauk ikan pedas je. Saya perasan masa makan di satu gerai tu, kalau tak silap di Simpang Ampat rasanya, dalam asam pedas tu ada daun limau purut. Sebelum ini saya selalu masak tak pernah letak pun daun limau purut, memandangkan saya ada stok daun limau purut, saya pun letak juga.

Sedapnya menikmati asam pedas yang sedikit masam masam dengan nasi putih hangat.



Bahan bahan
2 ekor ikan sembilang saiz sederhana - siang, cuci dan toskan.
1 ikat daun kesom
1 cawan air asam jawa
1 inci halia - **
1 inci lengkuas -**
1/2 inci kunyit hidup - **
Sedikit belacan - **
Garam secukup rasa
1/2 cawan cili kering kisar
1 labu bawang besar - **
2 ulas bawang putih - **
Sedikit halba - **
1 kuntum bunga kantan
1 helai daun limau purut
Sayur bendi dan tomato
Air secukupnya

** Bahan dikisar hingga lumat/halus

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar hingga halus. Biarkan hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan air secukupnya, jangan terlalu banyak nanti kuahnya akan terlalu cair, biarkan hingga kuah mendidih.
3. Masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan dan daun limau purut. Biarkan ia mendidih dan masukkan air asam jawa dan garam.
4. Kemudian masukkan bendi dan buah tomato, perasakan dengan gula dan serbuk perasa jika perlu.Setelah masak, matikan api.

Thursday, May 19, 2011

Roti Jala

 Memandangkan semalam dah masak kari, jadi pagi ni sarapan kena buat something yang boleh go along with the leftover curry.

Ada beberapa pilihan menu yang boleh dimakan dengan kari ikan semalam, samada nak buat lempeng, roti jala atau roti puri. Tapi memandangkan masa sedikit terhad dan malas lebih sedikit jadi terus decide nak buat roti jala. Lagipun sudah agak lama tak buat roti jala.

Roti jala saya terlebih warna kuning, maklumlah pagi pagi mata masih rabun ayam. Nasib baik kuning, kalau warna merah menyala, confirm tak lalu nak makan pulak. Lain macam je kan....

Roti Jala terlebih warna kuning

Rasanya ramai dah tau nak buat roti jala ni, senang je tambahan kalau gunakan botol mayo sebagai acuannya. Oh ya, perasan tak buah bewarna hitam tu?

Actually itu buah pokok kari. Walaupun pokok kari kat rumah saya ni takdelah besar sangat, ada la beberapa tangkai saja tapi selalu berbunga dan berbuah. Agak besar juga buahnya, tak taulah boleh makan atau tidak.

Kari Ikan Mayong & Rebung Segar


Malam tadi saya masak kari ikan mayong bersama dengan rebung segar.
Biasanya saya guna rebung jeruk yang ada di jual di pasar, tapi kali ini saya guna yang segar belum dijeruk lagi. Minggu lepas masa sepupu suami saya datang dari Perlis, selain buah mangga, mereka bawa rebung juga.
Rebung jeruk sedikit berbau, saya pernah dengar ada orang kata baunya sedikit 'hancing' menyebabkan sesetengah orang tidak berselera untuk menikmatinya.

Rebung segar sedikit pahit, perlu dibersihkan dan di rebus untuk menghilangkan atau mengurangkan rasa pahitnya. Kalau ditanya pada saya, tentulah saya prefer yang segar cuma memang susah untuk mendapatkannya di Shah Alam.


 Rebung Segar 

Rasanya mak saudara suami saya hanya rebus seketika sebelum di bawa ke rumah saya. Sekadar untuk mengelakkan rebung menjadi masam. Sebelum masak, saya perlu rebus sebentar lagi.




Menu kegemaran my other half, boleh bertambah tambah nasi dan sehingga menjilat jari. Nak buat macam mana kan, dah la orang utara lepas tu ala ala "Geng Mamak" pulak. Memang tak boleh lari dari makan kari macam ni. Nasib baik dia tak request masak kari setiap hari.....


 Nanti saya update resepi sebab kena siapkan kerja dulu sebelum "Big Boss" jeling....

Sambal Cencaluk


Masa cuti hari pekerja tempohari, saya dan suami bawa ibubapa dan adik adik lelaki saya berjalan jalan ke Melaka. Actually plan nak berdua duaan dengan my husband ke Cameron Highlands masa cuti hari pekerja tu, tapi last minute tukar rancangan. Memandangkan minggu berikutnya hari Ibu, saya dan suami ajak my parents bercuti sekali, tapi diorang tak nak ke CH tapi ajak ke Melaka.
So, kami ke Melaka menghabiskan masa bersama sama my parents dan adik adik lelaki saya. Ikut sajalah mana mereka nak pergi, bawa makan ikan bakar dan shopping serba sedikit. Kiranya hadiah hari ibu la juga tu kan...  menggembirakan Ibu.

Kalau dah sampai ke Melaka, tak cukup syarat kalau tak beli Cencaluk bawa balik. Rasanya ada yang tak boleh terima cencaluk sebab baunya dan rasanya yang agak masin.  Saya suka makan tapi tak adalah selalu sangat. memang sedap kalau makan dengan nasi hangat.


Bahan bahan
Cencaluk
Bawang Besar
Cili Padi
Jus limau

Cara cara
1. Tuang cencaluk ke dalam penapis teh, lalukan air paip seketika supaya cencaluk tidak terlalu masin.
2. Mayang bawang besar dan hiris cili padi, masukkan ke dalam bekas berisi cencaluk. Perasakan dengan jus limau.
3. Sedia untuk dinikmati dengan nasi hangat.

Wednesday, May 18, 2011

Menu Breakfast hari ini....


Selamat Pagi buat semua.....

Ada yang masih bercuti ke hari ni? 
Semalam cuti Hari Wesak, saya dan suami tak kemana mana pun, sekadar bermalas malasan di rumah. Memang spoiled habis sebab the whole day saya tak masak, tengahari my husband tapau outside foods, malam pulak kami dinner kat luar.



So pagi tadi merajinkan diri buat breakfast sebelum keluar pergi kerja.
Actually bukan "buat" semuanya.
Hanya buat scrambled eggs with mushroom, yang lain tu semua ready make.

 Simple, budak tak cukup umur pun boleh buat.


Monday, May 16, 2011

Ayam Masak Halia


Baru nak letak resepi,

Sebenarnya saya upload guna Samsung Galaxy Tab, ada sedikit masalah bila nak taip resepi atau saya yang tak pandai. Selalunya kalau hanya ada entry bergambar maknanya saya gunakan Tab saya instead of PC atau Laptop.


Bahan bahan
400 gms ayam - dipotong kepada saiz yang sesuai
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1/3 cawan air
1 inci halia tua
Sedikit lada benggala pelbagai warna
3 ulas bawang putih
Sedikit garam jika perlu
Sedikit bancuhan tepung ubi
3 kuntum cendawan shiitake

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia tua yang telah dimayang.
2. Masukkan ayam, goreng sebentar dan masukkan air.
3.Masukkan kicap pekat dan sos lada hitam, gaul sekata.
4.Masukkan cendawan shiitake yang dihiris bersama sama dengan lada benggala (capsicum) pelbagai warna.
5. Biarkan ia mereneh dengan api sederhana, perasakan dengan garam jika perlu. Masukan bancuhan tepung ubi untuk memekatkan kuah.
6. Tutup api bila sudah masak, jika suka boleh taburkan dengan hirisan daun bawang semasa menghidang. Enak dinikmati bersama sama nasi putih hangat.