Hazelnut
Salam di Pagi Jumaat....
Sedar sedar sudah hampir 3 hari saya tak post apa apa entry. Agak sibuk sikit 2,3 hari ni. So bila balik rumah keletihan + kemalasan tahap kronik menyebabkan mata layu semacam je.
Ada sekali saja masak, itupun yang mudah dan siaran ulangan, malas nak ambil gambar. Hari hari lain tu confirm tapau ataupun makan dulu sebelum balik.
Hari rabu sebelum balik saya singgah BAGUS sebab nak beli kacang hazelnut, sebenarnya saya plan nak buat something. So pagi khamis, sebelum saya pergi kerja, saya rendam dulu kacang hazelnut so bila balik semalam boleh proceed project yang dah plan. Tapi semalam sibuk la pulak, tersangatlah letihnya so sebelum balik my husband ajak makan dulu kat luar. So sampai rumah dah hampir waktu maghrib.
Saya cuma sempat buat satu prosess saja, iaitu Hazelnut Milk. Finished product menggunakan Hazelnut Milk dan hampas dari prosess ni masih tertangguh. Insyaallah, kalau sempat, saya sambung malam ni ataupun esok petang.
Hazelnut Milk
Bahan bahan
1 cawan kacang hazelnut yang sudah dibuang kulit
3.5 cawan air
Cara cara
1. Cuci kacang hazelnut, toskan. Rendam kacang hazelnut menggunakan air yang bersih selama lebih kurang 6-8 jam. Seelok eloknya simpan di dalam peti ais.
2. Masukkan kacang hazelnut bersama sama air rendamannya dan campur lagi air supaya mencukupi sebanyak 3.5 cawan ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.
3. Tuang bahan yang telah dikisar ke dalam bekas yang dilapik dengan kain kasa atau kain uncang penapis kopi atau teh.
4. Perah untuk mendapatkan cecair sebanyak yang mungkin. Hampasnya jangan dibuang kerana boleh menghasilkan finished product yang lain.
slalu minum kopi hazelnut jer.. itupun dh sedap..tp kalo yg ni gerenti berganda2 sedapnyer..
ReplyDeleteNoorma,
ReplyDeleteNanti saya nak cuba campurkan dengan kopi pulak.
Salam kak! waaaaaaa,,,, tak pernah minum pun! mesti sedap kan? mcm soya ke kak? ketuk paler sendiri** lg mau tanyer :D tak pernah minum ni kak :D
ReplyDelete