Salam di pagi Isnin......
Sudah 2 hari takde entry menu berbuka, sebab my husband ajak pusing bazaar Ramadhan. Petang sabtu pusing pasar ramadhan Taman Saujana Utama kemudian Pasar Ramadhan Meru. Bukannya membeli sangat pun, suka tengok orang menjual pelbagai makanan dan telatah orang yang datang membeli. Tapi Pasar Ramadhan Meru memang agak happening sebab besar dan ramai orang hingga bersesak sesak.
Hari ahad, semalam pusing pasar ramadhan Taman Sri Andalas, Seksyen 17, Kompleks PKNS dan akhirnya beli lauk di restoren Seksyen 10. Penat je berjalan pusing bazaar ramadhan tapi takde yang berkenan di hati my husband, aduhhh pening kepala dibuatnya. Akhirnya malam tadi cakap, esok you masak je lah....
Dah lama tak buat jelly kelapa, masa ke pasar ramadhan Meru saya beli buah kelapa sebab teringin nak buat jelly kelapa sendiri. Puas makan.......
Bahan bahan
5 gms serbuk agar agar
600 ml air kelapa muda
Isi kelapa muda
150 gms gula ( bergantung pada kemanisan yg dikehendaki )
Cara cara
5 gms serbuk agar agar
600 ml air kelapa muda
Isi kelapa muda
150 gms gula ( bergantung pada kemanisan yg dikehendaki )
Cara cara
- Campurkan serbuk agar agar dengan air kelapa muda, panaskan hingga serbuk agar agar larut.
- Masukkan gula dan kacau hingga semua gula larut. Tutup api.
- Sediakan bekas yang sesuai. Hiris isi kelapa muda kepada saiz yang sesuai. Masukkan isi kelapa muda ke dalam bekas tadi, tuang larutan agar agar tadi.
- Sejukkan, kemudian masukkan ke dalam peti ais.
banyaknya bazaar dia pergi ye, Kak Amie pun begitu...kalau dah terlalu banyak yang ditengok, kadang-kadang tak beli satu apa pun, tapi kalau dah mula beli... banyak pulak yang dibeli sampai membazir tak habis makan!
ReplyDeleteAssalam, Kak Hazila, saya yang duduk Saujana Utama pun belum pergi pasar Ramadhan dekat sini lagi. Akak dah sampai
ReplyDeletemacamana cara buat jeli kelapa ni?
ReplyDeleteAmie,
ReplyDeleteSeronok tengok orang je, belinya tidak.
Azura,
ReplyDeleteWS, baru pergi sekali, tapi tak berapa meriah compare to last year.
kasihredha,
ReplyDeleteSaya dah update resepinya.
Salam Zila..
ReplyDeleteMasa dok sana dulu, kita pun suka ronda2 kat pasar ramadhan seksyen 17 tu..ayam percik kat sana sedap..eh..kat seksyen 18 takde ke??