Tuesday, August 9, 2011

Seafood Tom Yum -Menu Iftar ke 8

 
Selamat Pagi Malaysia.....

Menu berbuka semalam, Seafood Tom Yum, Masak Lemak Ketam & Daun Kunyit serta Daging Bakar. Berpeluh makcik nak siapkan semua menu ni, tapi berbaloi sebab boleh makan homemade dish.
 
Bahan bahan
  • 1 batang serai, potong 2 dan diketuk sedikit.
  • 2 helai daun limau purut, buang urat ditengah daun
  • 2 inci lengkuas, hiris nipis
  • 2 akar pokok ketumbar - dicuci bersih
  • 2 labu bawang besar - buang kulit dang potong 6
  • 1 biji buah tomato, potong 6
  • 500 ml chicken broth
  • 4 kuntum cendawan tiram - disiat saiz yang sesuai
  • 4 biji cili padi - diketuk ( lebihkan jika suka lebih pedas)
  • 2 ekor udang besar
  • 2 ekor sotong - potong kecil
  • Beberapa pcs kepah
  • 4 pcs kaki ketam - diketuk sedikit
  • Sedikit garam
  • Fish sauce secukupnya
  • 1 1/2 sudu makan roasted chili paste ( bukan instant tom yum paste )
  • 1 sudu makan jus lemon/lime
  • Daun ketumbar dan daun bawang untuk hiasan
Cara cara
  1. Didihkan chicken broth dengan api perlahan. Masukkan serai, daun limau purut, cili padi, akar pokok ketumbar, lengkuas, bawang besar dan tomato. Didihkan lebih kurang 4-5 minit.
  2. Masukkan udang, kaki ketam, sotong dan kepah. iarkan seketika sehingga udang bertukar menjadi pink.
  3. Masukkan cendawan tiram, fish sauce,lime juice, garam dan roasted chilli paste. Gaul sebati.Biarkan seketika dan bolehlah diangkat.

Seafood Tom Yum

Masak Lemak Ketam & Daun Kunyit


21 comments:

  1. kak zilaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
    sampai hati tayang menu fav ayu di siang hary nie...lama x buat tomyam but since udang segar susah nak carik kat sini mmg jarang buat la....ketam mengoda jiwa gitew

    ReplyDelete
  2. Ayu,
    hari tu akak ke pasar, beli udang saiz XXL, terus terfikir nak buat tom yum.

    ReplyDelete
  3. besarnyer saiz yg jenis besar dia bayar ikut saiz kan? ker still kg lagik?

    ReplyDelete
  4. Ayu,
    still ikut kg cuma RM je lah yg naik. Itupun akak cuma ambil 4 ekor saja.

    ReplyDelete
  5. Assalam Zila..menitis air hidung nengok menu kamu Dik ooi!!! Dah lah tengah selsema ni!!Kecor lior dibuatnya!!

    ReplyDelete
  6. masyaallah



    masyaallah


    masyaallah

    ReplyDelete
  7. ini dah kira resepi tom yam kung!

    ReplyDelete
  8. kak watie,
    jgn menitis dalam kuah tom yum sudahlah ye...hehehe

    ReplyDelete
  9. kak ilaaaaaaa... sedapnya menu... ketam tuuuu... ishhhhhh....

    ReplyDelete
  10. Salam Hazila..ni kalau mintak sure dah habis ni..cantik belanga tanah tu..pinjam boleh hu hu

    ReplyDelete
  11. salam singgah

    jom tukar link

    kalu sudi, nnt follow ai plak eh

    maceh

    ^_"

    ReplyDelete
  12. pB,
    meh la join berbuka sekali...

    ReplyDelete
  13. amie,
    betul tu, tapi sebab saya dah letak selain udang, so saya tukar jadi seafood. Kung/Goong actually udang.

    ReplyDelete
  14. Anawahid,
    ketam ialah makanan asasi kat rumah ni, dan selalu buat masak lemak atau rebus serai je.

    ReplyDelete
  15. Kerull,
    thanks, ala murah je tu. Kalau tak silap 1 unit tu tak sampai RM5 rasanya.

    ReplyDelete
  16. Akira Kirana,
    ermmm yummy. Confirm tinggal kuah je...

    ReplyDelete
  17. NMo2,
    WS, thanks sudi singgah. Boleh je nak tukar link..

    ReplyDelete
  18. sedapnya masak lemak ketam tu :)

    ReplyDelete
  19. kasihredha,
    masak lemak ketam tu fav dish my husband. Memang selalu masak...

    ReplyDelete
  20. cantik tomyam tu berposing kak...
    mengeliurkan....

    ReplyDelete