Thursday, August 4, 2011

Menu Iftar ke 3


Pagi semalam my husband request nak makan ikan keli goreng, sebab tu saya ke pasar. Bila sampai pasar, bukan setakat ikan keli saja, tangan mula gatal nak beli yang lain juga. Oh ya, saya beli ikan keli semalam, 4 ekor tak sampai RM4 pun, berbanding RM5 seekor yang dijual oleh peniaga Bazaar Ramadhan. 


Ingat nak masak untuk berbuka semalam, lagipun saya beli banyak juga barang basah. Tapi sebelum balik kerja, my husband cuma request saya goreng ikan keli saja sebab dia teringin nak makan gulai kawah di sebuah restoren. Insyaallah kalau my husband tak ubah fikiran, petang nanti baru masak untuk berbuka.


Masa ke pasar, saya beli seikat ulam pegaga, mula mula nak beli daun selom tapi rasa macam dah lama pulak tak makan ulam pegaga. Jadi malam tadi, saya buat sambal tempoyak untuk dilawankan dengan ulam pegaga. Tak perlu lauk yang banyak, boleh lupa diri sekejap bila layan sambal tempoyak, ulam pegaga dan ikan keli goreng.....


Ulam Pegaga

12 comments:

  1. ikan keli murah tu kak.. kita suka kak... hehehe..

    ReplyDelete
  2. Assalam Dik Zila....Selamat Berpuasa...rindu pada Adik....no komen pasal menu tu sebab Akak memang tak makan ikan keli dan semua yang berunsur durian....

    ReplyDelete
  3. sebut bab gulai kawah tingat smlm sy beli gulai kawah kat bazar, amat2 ler mngeciwakan hati ....tp xper la...dah rezeki dia..

    sedapnyer sambal tempoyak

    ReplyDelete
  4. Anawahid,
    Akak memang suka ikan keli tapi yg sederhana besarnya. Kalau besar sangat, tak lalu juga.

    ReplyDelete
  5. kak watie,
    Lamaaaaaanya akak menyorok. Takpe kak, next time nak datang saya masak lauk lain ye...

    ReplyDelete
  6. zai,
    my husband beli kat restoren yg biasa kami makan so dah tahu rasanya macam mana.

    ReplyDelete
  7. betul kata zila.. ada sambal & ulam tak perlu nak lauk beria2 sgt.. dengan ikan goreng pun dah cukup.. suami sy kalau dia beli ikan keli.. (nak harap sy beli mmg takkan beli sbb sy tak mkn ikan keli) nak masak mesti nak kena kerat2 pendek.. pernah sekali sy kerat 2 jer.. jenuh kena bebel.. kalau sy masak sekor2 taktaulah camner.. kikiki..

    ReplyDelete
  8. adoyaii... menu simple tp menyelerakan...

    ReplyDelete
  9. wah..menyelerakan. selamat berpuasa ;)

    ReplyDelete
  10. sambal tempoyak tu mengancam sungguh.
    Akak pun dah lama tak makan ulam pegaga.

    ReplyDelete
  11. Assalam zila,
    lama tak jenguk kesini..salam ramadan buat zila & hubby ya..
    ikan keli kita tak pernah makan..sebab kat sini tak ada ikan keli, ikan patin..kalau nak kena masuk jb beli kat pasar jb..
    memang pun kalau dah masuk pasar kadang2 benda2 yang tak dirancang nak beli terbeli juga..hehe

    ReplyDelete
  12. Sedap tu. .Ikan keli goreng berlada ni pun favourite hubby mama gee.Terliuq lak! He he :)

    ReplyDelete