Sunday, October 30, 2011

Pulut Panggang

Pulut yang belum dipanggang/bakar

Mari mari mari......
Hari ini kita makan Pulut Panggang, yang baru dipanggang panas panas....memang kaw kalau di makan bersama sama air nescafe susu yang hangat.

Yang ini pulut panggang berinti kelapa pedas, ada satu lagi pulut panggang yang berinti isi ikan. Rasanya orang di sebelah Pantai Timur yang selalu buat. Kalau diberi pilihan, saya lebih sukakan yang berintikan isi ikan tapi sebab malas nak asingkan isi ikan, jadi buat yang biasa saja.


 Pulut Panggang yang baru lepas panggang....

Saya gunakan BBQ Grill untuk membakar pulut tadi, kalau tak ada, boleh gunakan kuali leper. Kalau lagi rajin, boleh bakar guna dapur arang.

Bahan bahan

Untuk Pulut
500 gms beras pulut - cuci dan rendam semalaman atau lebih kurang 3 jam
1 cawan atau lebih santan pekat
Sedikit garam

Bahan untuk inti
1 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan udang kering - direndam terlebih dulu
2 cawan kelapa parut
2 batang serai
4 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Air secukupnya

Bahan lain
Daun pisang yang telah dilayur
Lidi / stapler
Sedikit minyak

Cara cara
1. Toskan beras pulut, masukkan ke dalam loyang. Campurkan santan dan sedikit garam, tuang ke dalam bekas loyang berisi beras pulut tadi sehingga menutupi beras pulut. Kukus hingga masak dan biarkan sejuk seketika.
2. Tumbuk halus serai, kunyit, bawang merah dan udang kering. Campurkan dengan cili yg telah dikisar terlebih dulu.
3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan kelapa parut. Gaul biar sekata, masukkan garam, gula dan sedikit air. Masak sehingga hampir kering. Angkat dan biarkan sejuk seketika.
4. Ambil daun pisang, letakkan pulut dan ratakan. Letak inti kelapa ke atasnya dan gulung hingga pulut menutupi inti. Stapler di bahagian hujung. Buat hingga habis.
5. Panaskan pemanggang, oleskan sedikit minyak pada pulut yg telah dibalut tadi supaya tidak melekat semasa memanggang.
6. Alihkan pulut panggang beberapa kali semasa proses memanggang supaya tidak hangus.



Pulut Panggang



Friday, October 28, 2011

Gulai Ikan Sembilang


Pagi semalam saya ke pasar cari barang basah sebab agak lama juga tak ke pasar. Tak banyak pilihan sangat, kebanyakan penjual menjual ikan yang biasa biasa saja. yang luar biasa cuma harganya. Aduhaiiiiii rasa macam nak kena catu je apa yang nak dimakan hari hari.

Rasanya semalam saya pusing 2,3 kali bahagian ikan sebab dok berkira nak beli ikan apa. Lepas tu sempatlah bandingkan harga yang mana murah sikit, yang mana ikannya segar sikit. Memandangkan my husband tergolong dalam golongan orang yang sangat memilih bila cakap pasal ikan. Banyak jenis ikan yang dia tak makan, so semalam saya beli seekor ikan sembilang. Mula terfikir nak buat Asam Pedas Ikan Sembilang tapi bila beritahu my husband terus dia suruh tukar buat gulai pulak.

Jadi menu semalam ialah Gulai Ikan Sembilang. Padahal dalam kepala saya sedang membayangkan keenakan ikan sembilang yang dimasak asam pedas. Nampaknya lain kali kena beli lagi untuk dibuat asam pedas.

 Antara bahan yang saya gunakan, ini je yang sempat snap sebab dah lambat nak masak.


Thursday, October 27, 2011

Lempeng Kelapa Sambal Bilis

Lempeng Kelapa Cicah Sambal Tumis Ikan Bilis

Sesekali bila cuaca lembab dan dingin je kat luar tu, membuatkan perut pun berbunyi minta diisi. Apakata kali ini kita makan makanan orang dulu dulu. Jangan pandang sebelah mata tau, walaupun makanan ni nampak tak "high class" tapi bila kena dengan suasana, kena dengan gayanya memang sedap.

Saya lebih suka gunakan kelapa parut yang sedikit muda kerana ia lebih sedap berbanding kalau gunakan kelapa parut yang biasa kita gunakan untuk mendapatkan santan.

Wednesday, October 26, 2011

Watermelon Iced Blended


Hari ni Shah Alam, hujan dari tengahari sampai sekarang belum berhenti lagi. Lembab saja semua kain baju yang dibasuh sampai tak tau nak sidai kat mana. Masa hujan begini, saya berharap ada pengering baju di rumah.

Walaupun hujan dan cuaca lembab, masih sempat buat Watermelon Iced Blended, suka suka hati saya saja bagi nama. Sebenarnya beli buah tembikai ni dah lama juga tapi tak makan sebab saya terlupa. Buah tembikai masih dalam beg plastik dengan beberapa plastik barang lain. masa nak kemas tadi, baru perasan ada buah yang dibeli tapi belum makan. Punyalah teruk ingatan, maklumlah umur makin meningkat ni kan......


Saya buat minuman ini untuk my husband yang menolong saya membuat meja kayu seperti dalam gambar. Tengahari tadi kami keluar lunch ( biasalah la kan, kalau cuti je memang asyik makan luar je....), masa balik tu my husband ajak singgah di Hardware. Beberapa hari lepas, saya minta dia tolong buatkan meja kayu untuk saya gunakan sebagai salah satu prop untuk ambil gambar masakan.

Bukanlah susah sangat pun sebab kami sudah minta pekerja kedai hardware tu potong kepada saiz yang saya kehendaki, jadi bila balik rumah, my husband cuma pakukan menjadi seperti meja.  Dia siap tanya samada saya nak cat meja tu atau tidak...

Watermelon Iced Blended

Tuesday, October 25, 2011

Beef Lasagna


Alahai.......

Disebabkan sedikit terleka bila syok mengadap TV, akibatnya lasagna saya sedikit "terbako" di bahagian atas tu. Nasib baik tersedar dan cepat cepat keluarkan dari oven. Kalau tidak, lasagna saya jadi Dayang Senandung la....

My husband selalu bising, kalau nak tengok TV, tengok jelah tak payah nak sibuk masak lepas tu lari ke sana lari kesini. Kalau nak masak, concentrate masak je... Uishhhh mana boleh, perempuan kan terer, kalau setakat 2,3 kerja dalam satu masa tu kira standard la kan. Kalau tak macam mana nak jadi "Superwomen" kan...

Ressepi nanti saya update kemudian ye....


Beef Lasagna

Monday, October 24, 2011

Pokok Lemon



Hari ini saya tak ada entry berkenaan makanan sebab hujung minggu saya bermalas malasan dan mendera my other half to treat me lunch and dinner. So confirm tak masak.


Since dah 2,3 hari tak ada entry, jadi saya letak gambar pokok lemon saya yang sudah mengeluarkan buah. Hari hari, sebaik sampai je kat rumah mesti pergi belek pokok lemon sebab risau buahnya gugur. Masa saya perasan dah keluar putik tu, rasanya ada lebih kurang 6 tapi sudah tinggal 3 sahaja.

Lagi satu tak tahan dengan ulat yang suka sangat makan daun limau. Kadang kala sampai 5,6 ekor sedang "berseronok" mengerjakan daun limau tu. Selain ulat, daun limau juga dijangkiti kulat yang menyebabkan daunnya  ada tompok tompok putih. Sudah 2 kali saya sembur dengan racun organik untuk mengawal pembiakan kulat tu....

Tak sabar nak tunggu buah lemon ni besar dan bertukar warna kuning seperti yang selalu beli di kedai tu....

Pokok Lemon


Pokok Cili Padi

Ini pula pokok cili yang saya tanam dalam pasu. Puas juga makan sebab memang banyak buahnya dan boleh tahan pedasnya. Kadang kala dia masak serentak, tak termakan saya sebab bukan hari hari nak guna cili padi ni.

Wednesday, October 19, 2011

Kepah Goreng Taucu



Sila jangan pening ya bila nampak menu kepah lagi.......


Sebab nak habiskan stok clams/kepah yang saya beli tempohari, malam ni saya masak kepah goreng taucu bersama dengan shrimp chillies.

Sekali lagi menu yang simple dengan apa bahan yang ada di dapur saya saja. Saya ni masuk dalam kategori orang yang masak campak campak saja. Lepas tu bila nak ambil gambar, ikut apa yang sempat juga. Dah la tak berapa nak cukup masa, lepas tu tak kreatif pulak.Admire betul pada mereka yang buat food presentation yang cantik dan bagus. Tambahan saya hanya boleh masak untuk makan malam sebab waktu siang bekerja, jadi tak banyak resepi yang ambil masa yang agak lama boleh saya cuba. Kadang kala weekend pulak asyik ke sana ke mari dan makan di luar, pun tak sempat nak cuba resepi yang berderet deret dalam waiting list tu.....


Bahan bahan
Kepah - dicuci bersih dan ditoskan
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 inci halia
1 biji cili merah - dipotong menyerong
Sedikit daun bawang - dipotong anggaran 1 inci
1 sudu makan shrimp chillies -ready made in a jar
Sedikit minyak bijan
1 sudu kecil taucu / fermented beans
1/4 cawan air

Cara cara

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah,putih, halia, taucu dan shrimp chillis hingga wangi. Masukkan kepah dan air, gaul sekata, biarkan kepah hingga terbuka.
2. Masukkan minyak bijan. Tabur daun bawang dan cili merah. Balik balikkan agar semua sekata. Perasakan dengan garam jika perlu kerana taucu agak masin.
3. Sedia untik dinikmati.


Kepah Goreng Taucu

Tuesday, October 18, 2011

Pasta with Clams & Sausages

Pasta with clams & sausages


Dinner malam ni hanya masak yang simple saja, actually nak guna spaghetti tapi bila check stock tak ada pulak. Yang ada hanyalah bow tie, shell, macaroni dan yang saya gunakan kali ini. Dulu dulu saya suka pasta dengan sos merah tapi sekarang prefer dengan sos putih atau masak dengan seafood seperti yang saya buat malam ni.




Rasanya lama juga tak masak western, so memang planned dari awal nak masak pasta. First thing yang terfikir ialah nak buat Baked Macaroni tapi takde daging kisar pulak. Then teringat masa saya pergi pasar utk beli barang basah untuk jamuan hari ahad lepas, saya ada beli Manila Clams/Kepah kecil. Jadi menu bertukar dari Baked Macaroni kepada Pasta with clams & sausages.

Bahan bahan
Pasta
Manila Clams/Kepah
Daun Pasley
Bawang Putih
Bawang Merah
Lada Hitam
Sausage
Minyak zaitun
Garam

Cara cara
1. Panaskan air bersama sedikit garam dan minyak zaitun. Biarkan hingga mendidih, masukkan pasta dan biarkan hingga masak. Tapiskan dan tinggalkan sedikit air rebusan. Anggaran 1/4 cawan.
2. Hiris bawang merah, bawang putih dan daun pasley. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali, masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sausages yang telah dihiris nipis, goreng sebentar dan masukkan clams. Kacau sebati dan masukkan air rebusan pasta tadi dan sedikit daun pasley yang telah dicincang halus. Biarkan hingga kepah terbuka.
4. Masukkan pasta, perasakan dengan garam dan lada hitam. Biarkan seketika, angkat dan sedia untuk dinikmati.


 
Ini pula Cupcakes, buah tangan dari salah seorang kawan yang datang bertandang ke rumah saya weekend lepas. Edi membuat/menjual cupcakes dan juga menyediakan kelas untuk belajar membuat cupcakes. Jika berminat boleh jengok blog edi di ~c.a.k.e.w.o.r.m~.


Monday, October 17, 2011

Jamuan Biskut 4 Segi cicah Ayaq Kopi....


Dua tiga hari ni saya agak sibuk sebab ajak beberapa kawan masa kerja dulu datang ke rumah. Walaupun duduk bukanlah jauh sangat, masih dalam Selangor tapi bila masing masing dah ada commitment memang agak sukar nak berkumpul. Cuma 7 orang saja yang sempat luangkan masa datang bertemu kawan kawan lama, ada yang kurang sihat, ada urusan keluarga dan commitment lain. Walaupun cuma 8 orang termasuk tuan rumah, majlis tetap "HOT" bila masing masing sibuk nak bercerita. Yelah kan, lama sangat dah simpan cerita, bila dah jumpa bagai nak keluarkan semua sekali.


Terima kasih buat semua yang sudi datang, maaflah kalau layanan tuan rumah kurang di sana sini. Jangan serik datang lagi. Dan terima kasih juga buat suami saya yang sama sibuk dengan saya menolong mana yang patut, pergi shopping, temankan saya ke pasar dan yang paling penting sebagai Menteri Kewangan......

Friday, October 14, 2011

Nasi Lemak

Nasi Lemak


Malam ni dinner dengan nasi lemak, lama juga tak masak kat rumah. Dan lama juga tak makan waktu sarapan. Memandangkan hari ni masing masing kebuntuan nak makan apa untuk dinner, jadi akhirnya bersetuju untuk makan nasi lemak.


Saya suka nasi lemak saya ada sayur kangkung rebus. Jarang ada penjual nasi lemak yang letak kangkung rebus dengan nasi lemak. Pertama kali saya makan macam ni rasanya 11 tahun lalu di Klang. Ada suatu hari tu saya beli nasi lemak, saya agak hairan bila penjual tu letak sekali kangkung ni, tapi bila dah beberapa kali, terasa sedap pula.

Sebenarnya saya suka buat sambal bilis tanpa menggoreng ikan bilis terlebih dahulu, biar ada rasa liat liat sikit. Tapi memandang big boss suka sambal bilis yg digoreng terlebih dahulu, maka selalunya sambal bilis kena ikut selera dia.

Wednesday, October 12, 2011

Strawberry-Banana Smoothie


Hari ni cuaca agak panan membahang, even sampai pukul 6.30 ptg pun masih silau mata dek pancaran matahari.
Kebetulan pula hari ni agak sibuk sampai tak sempat makan tengahari, asyik meneguk air je dari pagi. Bila dah keletihan ke sana ke sini dan banyak pula minum air, mulalah tak ada selera nak makan nasi.

Ingatkan sampai rumah tadi nak selongkar kabinet cari mee segera, tapi satu bungkus pun tak ada. Nampaknya kena tunggu my husband balik la nampak gayanya. Sebab hari ni my husband nak beli makanan dah siap masak. Dia kesian sebab hari ni isterinya penat ke hulu kehilir agaknya.

Jadi untuk mengisi perut seadanya.... ( minum lagi), saya buat smoothie.
Kat rumah ada pisang cavendish dan strawberry yang dah hampir lembik, so saya decide campurkan dua dua sekali. Sedap tau.....


Bahan bahan
1 biji pisang masak
5 biji strawberry
2 sudu plain yogurt
1 cawan susu segar
Beberapa ketul ais
1 sudu makan honey / madu - secukup rasa

Cara cara
1. Kisarkan semua bahan kecuali ais hingga hancur.
2. Masukkan ketulan ais sedikit demi sedikit hingga sebati. 
3. Tuangkan ke dalam gelas dan sedia dinikmati.

Strawberry-Banana Smoothie

Sunday, October 9, 2011

Puding Tembikai


Mood nak main masak masak dah menjelma sikit demi sedikit. So entry kedua hari ini ialah Puding Tembikai. Punyalah lama pendam nak buat bila tengok kawan kawan lain buat. Baru hari ni berjaya buat juga akhirnya.
Sebab agak terleka, bahagian putih tu dah agak keras masa saya tuang adunan hijau, lupa nak cucuk cucuk sikit. So bila nak potong, bahagian bawah tu dah tertanggal. Walau bagaimana pun saya kurangkan kuantiti gula dari yang asal sebab saya rasa agak manis nanti sebab selain gula ada susu pekat manis lagi.Resepi asal tak pasti dari siapa tapi dah ramai blogger yang sudah mencuba resepi ini.


Bahan Bahan
1 paket agar agar agar ( lebih kurang 15 gms)
2 keping roti putih
6 cawan air
1 1/2 cawan gula ( saya cuma gunakan 1 cawan sahaja )
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
Sedikit cincau - dipotong kecil sebagai biji tembikai
Pewarna - merah dan hijau

Cara cara
1. Rebus agar agar hingga larut, masukkan gula dan kacau lagi hingga gula hancur.
2. Apabila mendidih, masukkan mentega dan susu pekat.
3. Ambil sedikit adunan, campurkan dengan roti putih, ksar hingga hancur. Tuang kembali ke dalam periuk tadi.
4. Ambil sedikit adunan, letakkan pewarna hijau dan tuang ke dalam bekas. Biarkan seketika sehingga agak beku.
5. Ambil sedikit adunan tanpa pewarna, tuang ke atas adunan hijau tadi dan biarkan sedikit beku.
6. Lebihan adunan di campurkan dengan pewarna merah dan tuang ke atas adunan putih tadi.
7. Potong cincau kecil kecil dan taburkan ke dalam adunan merah tadi sebagai biji tembikai. Sejukkan.


*** Saya terbalikkan bermula dengan merah, putih dan hijau.


Puding Tembikai

Soto Ayam


Salam di hari minggu.
Hari ni saya tak masak nasi untuk lunch, jadi saya buat soto ayam. Still ada nasi juga, tapi takdelah macam macam lauk kena masak kan.

Saya buat soto ayam yang simple je, tak ada bergedel pun. Resepi nanti saya update sebab kena pergi mengintai rumah orang yang saya ambil resepi ni.


Soto Ayam

Sunday, October 2, 2011

Sambal Bilis Terung Pipit


Kesiannya tengok ' My Small Kitchen' ni.........
Lama juga tak berupdate, kadang kala takde idea atau pun sekadar masak menu yang simple atau ulangan. Jadi malas pulak nak letak entry, nanti ada yang cakap, makcik ni takde benda lain ke nak masak. Balik balik benda yang sama saja.

Kadang kala teringin nak buat kek ke atau cookies, tapi bila mengenangkan tak ramai manusia dalam rumah yang nak tolong habiskan, membantutkan keinginan tu. Beberapa minggu lepas ada kawan yang request nak makan cheese cake, tapi sampai sekarang saya belum buat buat lagi. Padahal kebanyakan bahan dah ada dalam peti ais cuma yang takde tu "RAJIN" je.....

Hari ni saya letak entry menu Sambal Bilis dengan Terung Pipit. Menu yang simple lagi tapi sudah agak lama tak buat.