Tuesday, November 29, 2011

Close-Up Photography


Masih dalam proses pembelajaran.... Still a lot to learn, observe and practise.

Bug yang kat atas ni cam sporting je sebab dia tak banyak bergerak tapi disebabkan suasana agak berangin so, bunga tu akan bergoyang menyebabkan jurugambar amatur ni pun bergoyang juga.



Masa ambil gambar labah labah ni, saya asyik bergerak sebab geli dan takut dia merayap kat saya pulak. Sebenarnya saiznya kecil saja.



Tapi yang paling kesian sekali ialah pepatung ni. Bila saya nak shoot je, dia asyik terbang sana sini, jadi sepupu sepupu my husband buat perangkap untuk menangkap pepatung ni. Mula mula dapat seekor, entah macam mana dia terlepas hingga terputus kakinya.

Selepas beberapa percubaan, baru dapat dan selepas berpeluh peluh nak ambil shot barulah kami lepaskan pepatung ni dengan selamatnya.


Ramai juga yang terseksa selain pepatung tu......



Yang mana satu model? Pepatung atau Jari......



Laut


Salam Maal Hijrah buat semua...


Beberapa hari tak update blog jadi pagi ni ini saya jamu mata dengan pemandangan laut di waktu senja. Gambar ada banyak "noise" sebab saya gunakan ISO 3200. Terlupa nak bawa flash, dan saya tak gunakan built in flash pada camera.


Selalunya pemandangan laut di waktu senja lebih kepada warna oren atau kemerahan, tapi kali ni banyak warna biru.... 

Indahnya ciptaan Yang Maha Esa....

Friday, November 25, 2011

Baked Pasta


Maaflah sehari dua ni asyik tayang menu ulangan saja. Malas betul nak fikir nak masak apa. Barang basah pun tak ada dalam esbok, malas nak top up sebab esok dah cuti sampai hari Isnin. Bila cuti saja, kebarangkalian nak masak kat rumah tu hanya tinggal 20%. Lagipun my husband ada bagi hints nak jalan jalan masa cuti nanti, lagi la saya tak simpan stock barang basah.

Balik kerja semalam, saya plan nak buat simple dish, Baked Pasta. Kebanyakkan bahn yang digunakan adalah "segera". Pasta (macaroni), sos spaghetti, daging burger, cheese, cendawan dan bawang. Saya cuma beli daging burger dan cendawan saja sebab yang lain semua ada dalam simpanan di rumah.


Bahan bahan

Pasta - rebus hingga lembut dan toskan
1 tin sos spaghetti (original)
2 keping daging burger - cincang
5 kuntum shiitake mushroom - hiris nipis
Sedikit garam dan lada hitam
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dicincang
1/2 cawan mixed vege
1/2 cawan air
Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu. Masukkan daging burger yang telah dicincang. Kacau hingga daging bertukar warna.
2. Masukkan cendawan dan mixed vege, kacau hingga cendawan layu. Masukkan air, biarkan ia seketika.
3. Masukkan sos spaghetti, kacau sekata dan perasakan dengan garam dan lada hitam. Biarkan ia mendidih seketika. Tutup api.
4. Masukkan pasta yang telah ditoskan tadi ke dalam sos. Kacau sekata, tuangkan ke dalam bekas tahan panas.
5. Taburkan dengan mozzarella cheese di atas permukaan dan bakar di dalam oven hingga cheese cair dan sedikit keperangan.
6. Sedia untuk dinikmati.


Thursday, November 24, 2011

Egg Benedict - Menu Ulangan


Hari ini tayang menu ulangan yang agak lama juga tak buat.

Dua tiga hari ni orang dalam rumah rasa kurang sihat, badan panas, hidung berair dan asyik bersin saja. Selera makan pun tak berapa nak ada. Jadi untuk makan malam memang saya hanya masak yang simple sebab kadang kala my husband hanya makan 2,3 kali suap saja. Perit tekak katanya. 

So pagi tadi saya hanya buat Egg Benedict yang simple dan ambil masa yang sedikit untuk disediakan. Saya pernah nampak di internet satu lagi version of Egg Bedenict. Tapi ia menggunakan English muffin dan poached eggs. Kalau weekened bolehlah cuba tapi kalau hari bekerja memang tak sempat kecuali kalau dah sedaiakan muffin tu awal.



Bahan bahan yang diperlukan pun tak banyak, roti putih, telur,sedikit garam, lada sulah/lada hitam, cheese jika suka. Apa yang buat ialah, saya potong bahagian tepi roti, sapu sedikit butter di dalam ramekin dan masukkan roti tadi ke dalam ramekin. Tolak sedikit di bahagian tengah roti supaya membentuk perigi. Pecahkan telur ke dalam "perigi" tadi. Taburkan sedikit garam, lada sulah dan jika suka taburkan dengan grated mozzarella cheese. Bakar di dalam oven sehingga putih telur bertukar keputih putihan. Jika terlalu lama, telur akan bertukar menjadi keras tetapi bergantung pada selera masing masing.


Wednesday, November 23, 2011

New Interest......


Sekarang saya ada minat terbaru....


Close-Up Photography.


Masih terkial kial lagi, masih terlalu jauh dan banyak yang perlu dipelajari.  Sekarang dalam proses try and error dulu. Masih mencari cari close-up accessories yang diperlukan. Maklumlah belajar sendiri jadi agak lambat sikit nak pick up. So kalau ada kawan kawan yang bagi tips dan kongsi ilmu dialu alukan.


Tuesday, November 22, 2011

Roti Jala Kuah Durian

Durian Musang King

Sebabkan malam tadi Malaysia menang pingat emas, apakata pagi ini kita makan Kuah durian dengan roti jala... Kuah durian saya buat malam tadi masa orang lain sedang sibuk menonton perlawanan bolasepak. Sementara roti jala tu saya menjala pagi pagi tadi. Pagi ni ramai orang bercakap pasal perlawanan bola malam tadi, kalau kat FB macam macam komen yang keluar...



Kuah Durian/Pengat Durian/Serawa Durian bergantung pada orang negeri mana, sedap juga kalau cicah dengan roti. Ada juga orang yang suka makan dengan pulut kukus.

Kuah Durian versi saya yang tak berapa nak rajin....

1 kotak santan ( anggaran 200 ml )
600 ml air
1/2 cawan gula pasir - bergantung pada kemanisan masing masing
Secubit garam
1 sudu makan sagu biji - rendam terlebih dahulu
1 helai daun pandan - disimpul
3 ulas isi durian

Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk, didihkan dengan api perlahan. Sentiasa kacau supaya kuah tidak meruap atau membentuk kepala santan.
2. Sedia untuk dihidangkan.




Saya sertakan  resepi Roti Jala dari kak Yatiezaini seperti dibawah. Tapi sebab ahli keluarga saya "ramai sangat", jadi saya cuma buat  kurang dari 1/4 dari resepi asal. Kali ini saya tak letak susu cair sebab tak ada stock di rumah.

Bahan-bahan ( anggaran 80kpg..klu buat kecil lagi ler byk dpt )

1kg tepung gandum
1 tin susu cair
4 tin air (guna tin susu)
4 biji telur
sedikit esen vanila, pewarna kuning dan garam
sedikit minyak masak utk melenser dan acuan roti jala

Cara-cara

Satukan bahan 1 - 5 dan kacau hingga tidak bergentel
Masukkn adunan tadi kedalam blender .. dan blend sekejap sehingga habis semua adunan dan kemudian di tapis
Panaskan kuali leper non stick & sapukan sedikit minyak masak. Masukkn adunan kedlam acuan roti jala & jalakan di atas kuali..
biarkan sekejap sehingga roti jala itu masak.. bolehlah diangkat & dilipat mengikut citarasa masing-masing.









Monday, November 21, 2011

Sambal Buah Kuini


Malam ni memang agak "PANAS"....
Maklumlah masing masing tengah tengah khusyuk menyaksikan perlawanan bolasepak antara Malaysia VS Indonesia. My husband, sekejap duduk atas kerusi, sekejap bangun berjalan kemudian duduk balik... Saya hanya jeling jeling je kat TV. Bila gol, saya tumpang jerit je.

Hujung minggu lepas, saya balik kampung sebab ada kenduri. Lagipun masa raya Haji tempohari kami tidak balik. Kebetulan sekarang musin buah kuini di kampung. Dulu kami ada 3 pokok buah kuini, so bila musim memang tak larat nak makan. Jiran jiran memang boleh tumpang makan sekali. Bila malam, especially kalau angin agak kuat sikit makan kedengaran bunyi buah kuini yang jatuh atas bumbung rumah. maklumlah rumah atap zink, jadi memang agak kuat juga bunyinya. So pagi esoknya pakat kami adik beradik kuitp buah kuini yang jatuh bertaburan....
Tapi sekarang hanya tinggal satu pokok saja, yang lain tu dah ditebang sebab abah saya nak besarkan rumah. Walaupun satu pokok, tapi buahnya memang banyak... So masa nak balik tu sempatlah saya kutip bawa balik, takdelah banyak sangat sebab saya tak boleh makan banyak sangat sebab asma. Suami saya pulak, sebiji pun tak habis.... Lepas tu masa nak balik, sempat singgah kat lebuhraya Karak dan my husband beli durian MUSANG KING SEBIJI. Boleh gitew..... saya tanya berapa ringgit? Dia cakap RM80. Hah saya kata biar betul? Saya cakap membazir je.... Bukannya nak makan sangat.

MEMANG BETUL....... dia cuma makan 3 ulas lepas tu dah berhenti. Dan macam biasa, saya sumbat durian tu masuk peti ais untuk agenda seterusnya. Sekarang rumah saya penuh dengan bau durian dan buah kuini bercampur aduk. Memang pening kepala dibuatnya.......



Buah kuini dari kampung.

Menu pertama gunakan buah kuini ialah sambal belacan buah kuini. Lepas tu goreng ikan kering buat cicah, perhhhhhh........ memang boleh lupa diri sekejap. Rasanya semua orang tahu macam mana nak buat sambal belacan kan....

Sibuk.......


Salam di hari Isnin....


Sudah beberapa hari saya tak update. Kesibukan melanda diri, adakalanya masih di tempat kerja walaupun jam dah menunjukkan pukul 8.30 malam. Sesekali sempat masak tapi yang paling simple mungkin. Hujung minggu yang baru ni saya balik kampung, sebab ada kenduri sikit. Letih badan masih tak hilang lagi. Nasib baik hari ni tak berapa sibuk sangat so bolehlahlah regangkan badan sikit.

Since takde gambar masakan, saya letak gambar cili kat rumah saya. Kalau mood bagus dan tak sibuk bolehlah masak malam nanti. Selamat bercuti buat yang sudah merancang untuk pergi bercuti, maklumlah sekarang dah mula cuti persekolahan. Anak anak mulalah asyik bertanya pada mak bapak bila nak pergi jalan jalan....

Wednesday, November 16, 2011

Asam Rebus Tempoyak Ikan & Terung Bulat


Beberapa hari ni rasa badan kurang sihat, kepala asyik berdenyut denyut dan hidung asyik dan bersin saja. Kalau ikutkan hati nak berbaring saja tapi siapa nak buat kerja kan....

Seminggu dua ni saya dan suami asyik melayan cerita siam kat TV. Ada sekali tu cerita hantu, waktu tayangannya hampir pukul 11 malam. My husband cakap, kita tengok sampai habis nak tak? Saya ok je. Tapi sepanjang cerita, rasanya lebih banyak muka saya menyorok balik Majalah sebab saya ni kategori penakut. Nak tengok cerita hantu tapi takut, boleh gitew.... Sekejap sekejap saya tanya my husband, hantu tu dah hilang ke? Tadi apa jadi dengan orang tu ye? Nasib baik tak kena pelangkung....

Dah melalut pasal cerita hantu siam pulak. Berbalik pada menu semalam, saya masak Asam Rebus Tempoyak Ikan & Terung Bulat. Saya selalu dengar kawan kawan saya especially orang pantai timur yang suka sangat makan Asam Rebus Tempoyak Ikan Patin. Ada kawan kawan my husband yang sanggup drive ke Termeloh semata mata nak beli ikan patin yang berharga hampir ratusan ringgit seekor. Tapi saya memang tak boleh telan ikan patin, tak tau kenapa. Hanya tekak saya yang tak boleh terima.

Jadi kalau saya masak asam rebus tempoyak, saya akan gunakan ikan kembung, ikan tenggiri dan semalam saya gantikan dengan ekor ikan merah. Lepas tu saya campurkan dengan terung hijau bulat.

Untuk semak resepi boleh tengok kat SINI.

Sunday, November 13, 2011

Pengat Keledek Ungu & Sago


Menu minum petang tapi makan lepas makan malam.....

Masa saya tengah nak masak pengat ubi keledek petang tadi, my husband ajak keluar pulak. padahal masa tu sedang kukus keledek dan bahan bahan lain semua dah siap. Apalagi, tutup apa yang perlu, terus keluar dulu. Lepas balik baru sambung semula apa yang tergendala.

Saya selalu kalau buat pengat, saya akan kukus dulu ubi keledek atau labu sebelum ditambah kuah pengat.

Bahan bahan
3 ketul ubi keledek ungu - kupas kulit, potong saiz yang seseuai dan kukus hingga empuk.
1 helai daun pandan
1 biji kelapa parut
4 cawan air masak
1-2 keping gula melaka
Sedikit garam
Gula secukupnya
2 sudu makan sagu yg direndam terlebih dahulu.

Cara cara
1. Perah kelapa parut menggunakan air masak untuk mendapatkan santan. Masukkan ke dalam periuk bersama sama dengan daun pandan, sagu, gula melaka, gula dan garam. Masak dengan menggunakan api sederhana.
2.Sentiasa kacau supaya tidak meruap. Jangan masak hingga mendidih terlalu lama kerana kepala santan mudah terbentuk.
3. Bila mendidih sebentar dan sagu sudah bertukar warna, bolehlah padamkan api.
4. Masukkan ubi yg telah dikukus ke dalam mangkuk, tuangkan kuah pengat dan sedia utk dinikmati.

Gulai Ayam & Kentang


Selain dari Ikan Keli Bakar, saya juga masak kari ayam & kentang.

Sebelum masak tadi, fikir fikir juga apa yang nak dimasak utk makan tengahari. Lepas tu terfikir bagus juga kalau buat kari ayam sebab kalau rasa malas nak fikir nak masak apa untuk minum petang, saya boleh buat roti jala saja. Jadi dah jimat separuh masa....

Tapi kalau rajin, saya ada plan lain untuk minum petang.....



Gulai ayam & Kentang

Ikan Keli Bakar & Air Asam


Lama juga saya tak masak untuk makan tengahari......


Awal pagi tadi saya dan suami ke pasar Tani Stadium Shah Alam, maklumlah banyak barang basah yang dah kehabisan. Antara yang saya beli ialah ikan keli dan ayam. 

Jadi hari ni saya buat Ikan keli bakar dengan air asam...


Air asam yang pedas menyengat.....
Saya letak hirisan bawang kecil dan buah tomato bagi mengurangkan sikit kepedasan air asam.

Cili Padi yang sedang masak

Friday, November 11, 2011

Milk Tea Iced Blended with Black Pearls

Milk Tea Iced Blended with Black Pearl

Hari ni ramai yang excited pasal tarikh yang cantik, 11.11.11.

Semalam saya tak masak untuk dinner, my husband beli roti naan dan ayam tandoori untuk makan malam. Masing masing tak tau nak makan nasi dengan lauk apa, so apalagi cepat cepat je my husband suggested untuk makan mamak food. Malas nak fikir, ikut je lah...

Sebelum hari raya aidil adha yg lepas, saya ada beli Tapioca Pearls/Black Pearls, cuma baru berkesempatan menggunakkannya. Sekarang kena cari resepi bagaimana nak menghabiskannya. Resepi yg paling senang ialah Milk Tea Iced Blended, bancuh saja teh susu kemudian kisar bersama sama dengan ketulan ais dan letakkan Black Pearls di atasnya. Tapi teh susu itu perlu sedikit manis sebab bila dah campur dengan ais, ia akan menjadi sedikit/kurang manis. Jadi perlu agak berapa manis yang kita perlukan...


 Serbuk Teh


 Tapioca Pearls - Raw

Tapioca - Cooked

Updated on How to cook Tapioca Pearls

1 cawan tapioca pearls (raw)
6 cawan air
1/2 cawan sirap gula ( 2 sudu makan gula + air panas )

Cara cara
1. Didihkan air dengan api yang tinggi hingga mendidih. Masukkan Tapioca Pearls ke dalam air mendidih dan tutup periuk. Kacau sesekali supaya tidak melekat. Masak dengan api tinggi selama 16 minit.
2. Padamkan api dan biarkan tapioca pearls di dalam periuk tadi selama lebih kurang 30 minit. 
3. Masukkan ke dalam penapis, lalukan dibawah air mengalir seketika dan kemudian masukkan ke dalam bekas yang berisi sirap gula tadi.
4. Sedia untuk digunakan.

P/S - Cara ini mungkin berlainan bergantung pada pengeluar tapioca pearls tersebut.

Thursday, November 10, 2011

Asam Pedas Kepala Ikan & Timun Masak



Hari tu kan saya ada cakap yang tekak teringin nak makan asam pedas ikan sembilang tapi last minute kena tukar menu jadi gulai, jadi semalam lepaskan mengidam kat asam pedas walaupun tak ada ikan sembilang. Masa beli kepala ikan merah ni plan nak buat kari kepala ikan, so saya dah "curi" sebelah untuk buat asam pedas.

Kali ni saya campurkan dengan buah timun masak, sebab dah selalu sangat masak asam pedas dengan sayur bendi. Kalau suka makan timun masak yang a bit crunchy, masukkan ia semasa lebih kurang 5 minit sebelum api dipadamkan. Sebab kalau lembik sangat timun tu kurang sikit sedap pada tekak saya.

Saya pernah cuba 2 kaedah untuk masak asam pedas ni, yang pertama saya didihkan terus dan yang kedua saya tumis dulu rempah ratus sehingga masak baru saya masukkan air dan didihkan sebelum masukkan ikan. Kedua dua cara pun ok pada saya, bergantung pada mood hari yang masak tu la.....



Tuesday, November 8, 2011

Quick Update on Lemon Tree...

Gambar 2 minggu lepas


Just nak update perkembangan buah lemon saya....


Gambar semalam

Monday, November 7, 2011

Nasi Goreng kampung


Nasi Goreng Kampung

Hari ini perut saya dah senak mungkin sebab asyik membaham ketupat dan rendang dari semalam. Sehari sebelum raya, saya dan suami ke pasar cari barang untuk masak juadah hari raya. Walaupun hanya kami berdua, kena juga siapkan ketupat dan rendang. My husband orang Utara, jadi dia memang suka makan ketupat daun palas (pulut) dengan kari daging. Saya pula lebih prefer ketupat nasi dengan rendang ayam. Masalahnya sekarang...... saya tak pandai nak balut ketupat daun palas. Dah beberapa kali belajar tapi asyik fail je, mak saya cakap ketupat betina ke, ketupat jantan ke.... entahlah. Kebetulan pulak, daging lembu fresh dah habis, tinggal yang frozen saja, jadi my husband cakap masak rendang ayam dengan ketupat nasi je lah...

Mula mula nak buat 1/2 ekor ayam saja, tapi bila fikir fikir semula, lebih baik buat seekor terus. Boleh juga ulang makan bila terasa nak makan....  Nasib baik saya masak seekor, sebab malam raya tu my husband cakap ada kawannya nak datang beraya di rumah. Lepas tu terfikir pulak, tak kan nak jamu ketupat nasi dengan rendang saja, apalagi bergegas check ada tak bihun dalam kabinet.... Sebabkan siang tu saya dah buat sup gear box, so satu lagi menu kecemasan ialah bihun sup tanpa accesories.....


Lunch hari ni saya buat Nasi Goreng Kampung bersama sama dengan sup ayam kosong. Biasanya orang akan goreng ikan bilis garing dan taburkan diatas nasi tu bila nak makan, tapi kali ni saya tumbuk ikan bilis bersama sama dengan bawang merah, bawang putih, cili padi dan sedikit garam. saya juga masukkan sedikit isi ayam. Alhamdulillah... kenyang.


Sup Ayam & Air Ribena

Saturday, November 5, 2011

Masak Lemak Nangka dan Kurau Masin


Selamat Menyambut Hari Raya Korban/Haji/Aidil Adha.


Mesti waktu sekarang kebanyakan para isteri sedang sibuk di dapur menguruskan apa yang perlu untuk juadah esok. Mungkin ada juga yang masih di dalam perjalanan pulang ke kampung, hati hati memandu. 

Tahun ini saya dan suami menyambut hari raya korban di Shah Alam. Suami agak sibuk dan kebetulan juga tidak berapa sihat, jadi dia keberatan nak memandu dalam kesesakan dan perjalanan yang agak jauh. Lagipun tak boleh sambung cuti, rasa macam tak berbaloi nak balik Perlis hari Sabtu, Ahad beraya dan Isnin balik Shah Alam semula. Penat badan pun tak hilang, hari Selasa dah nak kerja semula. Selama saya hidup, inilah kali kedua saya tak balik kampung beraya, pertama kali masa saya student hampir 20 tahun lepas.

Pagi tadi saya dan suami ke pasar mencari barang basah untuk dimasak sebagai juadah untuk esok. Punyalah ramai orang di pasar, rasanya ramai juga yang tidak pulang ke kampung. Tak banyak saya beli sekadar apa yang perlu saja. Lagipun hanya kami berdua, rasanya tak ada tetamu yang datang barang kali. Waktu saya menaip entry ini, jam menunjukkan waktu 4.30 pm, masih belum rebus ketupat atau buat rendang lagi. Sekejap lagi baru nak sinsing lengan di dapur. Rasa macam tak raya pulak.



Kalau nak dikira, rasanya dah lama saya tak masak untuk makan tengahari. Memandangkan hari ini cuti dan pagi tadi saya ke pasar, jadi tengahari tadi saya masak. My husband teringin nak makan sup gear box, so balik rumah terus rebus tulang. Kali ini saya tidak menggunakan pressure cooker sebab tulang tu agak besar. Tapi tidaklah terlalu lama sangat merebus, mungkin sebab lembu muda agaknya.

Selain sup gear box, saya masak Nangka Muda Masak Lemak Ciliapi dengan Ikan Kurau Masin. Saya dah beberapa kali masak menu ini so tak perlulah resepi lagi.

Wednesday, November 2, 2011

Koay Teow Soup with Meatballs


Malam ni makan koay teow soup dengan meatballs sambil layan TV. Saya cuma buat simple soup. Mood rajin dah melayang....

Bahan bahan
Koay teow
Bebola daging
3 ulas bawang putih - dicincang
2 cm halia - dimayang
3 ulas bawang merah - ditumbuk hancur
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
serbuk lada putih
Sedikit pati lembu knorr
Air secukupnya
Sedikit taugeh, sayur sawi
Minyak untuk menumis
Sambal kicap

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk, dicincang dan dimayang serta bunga lawang,buah pelaga dan kulit kayu manis. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih. Kemudian masukkan bebola daging dan pati lembu. Biarkan seketika, perasakan dengan garam dan lada sulah.
3. Angkat bila sup sudah masak. Masukkan koay teow, taugeh dan sawi yang telah dicelur ke dalam mangkuk. Tuang kuah ke atasnya. Sedai dinikmati dengan sambal kicap.


Koay Teow sup yang penuh dengan meatballs.

Tuesday, November 1, 2011

Kek Butter Cempedak

 Telur Ayam

Semalam tiba tiba datang mood nak baking kek.....  Tapi mula mula rasa macam nak buat Caramel Cake, sebab pernah buat sekali cuma tak menjadi seperti yang diharapkan.

Then teringat yang saya masih ada balance buah cempedak lepas buat goreng hari ahad. Apalagi google cari resepi yang boleh saya gunakan isi cempedak. Resepi yang paling banyak keluar ialah Goreng cempedak.... Tapi ada satu resepi kek butter yang menggunakan isi cempedak, so saya fikir apa salahnya mencuba. Resepi saya ambila dari malaysiabest.net.



Isi Buah Cempedak yang besar dan manis. Sebenarnya emak dan abah saya dari kampung datang ke rumah. Biasalahkan, kalau diorang datang macam macam yang dibawanya. Antaranya ialah buah cempedak 1 biji, rambutan 1 beg plastik, ada kuih lagi..... Di kampung kebanyakan orang kampung ada pokok cempedak dan rambutan sendiri di sekeliling rumah, so bila buah masak serentak, tak termakan. Lagipun yang tinggal cuma orang orang yang dah veteran.


Kek Butter Cempedak yang merekah.....

Dah beberapa kali bila saya buat kek, mesti merekah dibahagian atas. Agaknya sebab oven saya terlalu panas atau adunan saya agak pekat. Tapi dah ikut resepi..... Beberapa kali saya adjust suhu sebab nampak sekeliling dah keperangan tapi bahagian atas masih lembik dan tak naik pun. Tapi bila dah masak kek ini tak turun macam selalu saya buat. Cuma rekahannya tu yang sedikit menakutkan...



Bahan-bahan
250 gram mentega
200 gram gula caster
250 gram tepung naik sendiri
4 biji telur
200 gram isi cempedak, buang biji dan potong kecil-kecil.
Cara membuat
1) Pukul mentega dengan gula sehingga putih dan lembut.
2) Tambah telur dan tepung, selang-seli
3) Masukkan isi cempedak dan gaul. Jangan gaul terlalu banyak supaya isi masih berkeping-keping.
4) Bakar dalam ketuhar selama 45 min pada suhu 180 celcius atau sehingga masak.