Selamat bekerja semula selepas cuti Hari Natal....
Biasalah, kalau cuti blog pun turut bercuti juga. Malas betul nak letak entry walaupun saya dan suami tidak bercuti ke mana mana. Saya memang dah faham sangat my husband, kalau cuti macam ni janganlah ajak dia bercuti cuti ke mana mana, confirm kena reject awal awal lagi. Bak kata kak "KASIHREDHA"... Misi Tak Munasabah aka Mission Impossible.
Memang tak sanggup nak meredah keksesakan di jalanraya dan juga di pusat pusat percutian.Tambahan bila dengar laporan di radio tentang kesesakan jalanraya yang boleh buat kepala jadi migraine. Jadi cuti ni kami hanya berpusing pusing di Shah Alam saja. Kalau tak keluar makan, tengok TV sambil mengunyah..... Memang activity yang bagus untuk menambahkan lemak di badan.....
Walaupun tidaklah berapa rajin sangat nak baking, tapi sebab dah agak lama juga tak main main dengan oven, mixer dan sebagainya, jadi hari sabtu petang tu saya mencuba satu resepi kek yang saya ambil dari satu Indonesian Blog. Memandangkan resepi tu agak mudah jadi saya terasa ingin mencuba....
Semasa membakar tu, baunya wangi dan sedap sampai my husband siap tanya saya, buat kek apa? Dah macam bau kat bakeri saja. Memang tak mengecewakan, sedap dan manisnya sedang elok saja. By the way, saya menggambarkan apa yang saya rasa.... Lain orang lain deria rasanya.
KEK TAPAI UBI KAYU
Bahan bahan
300 gms tapai ubi kayu - buang bahagian tengah yg keras
50 ml susu pekat manis
5 biji telur
180 gms gula castor
1/4 sudu teh vanilla
150 ml melted butter
100 gms grated cheddar cheese
175 gms tepung naik sendiri
Extra grated cheddar cheese for decorations
Cara cara
1. Panaskan oven, sapukan butter pada tube pan.
2. Hancurkan tapai ubi kayu dan campurkan dengan susu pekat manis. ketepikan.
3. Pukul telur bersama sama gula dan vanilla hingga kembang dan kental. Masukkan melted butter dan gaul sekata.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan cheddar cheese dan gaul hingga sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam tube pan, taburkan grated cheddar cheese ke atasnya dan bakar di dalam oven bersuhu 180 darjah celcius selama lebih kurang 45 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan sebentar sebelum di potong, enak dinikmati semasa suam.
Salam Hazila..
ReplyDeleteI love tapai ubi sangat2.. for sure kek ni pun i akan suka.. hehe.. aritu ada try buat chiffon tapai ubi juga resepi dari Indonesia blog.. memang sedap & unik rasanya..
Madiha,
ReplyDeletememang sedap, nanti nak buat lagi...
cantik kejadian kek tu, mcm tak percaya ada juga kek tapai ubi ye? kreatif sungguh tukang cipta kek ni. yg tukang buat kek ni pun kreatif juga, tq for sharing!
ReplyDeletesalam zila....selalu akak mkn tapai ubi grg jer,ni jumpa pulak kek tapai yer....mst wangi jer bau kek ni kan...
ReplyDeleteWah! menarik ni ...dari tapai ubi jadi kek pulak...berhajat gak nak cuba nanti...nampak moist je kek ni...mesti sedap ni kan..:)
ReplyDeletekalau tak Ada tepung Naik sendiri,berapa sukatan tpg gandum+soda+baking powder?
ReplyDeletesudah buat...sedang elok je kejadiannya...terima kasih share resepi menjadi
ReplyDeletekalau ganti dengan mozzarella cheese boleh ke?
ReplyDelete