Pernah makan Hati Ikan Pari?
Sejujurnya sebelum ini saya sendiri tak tahu yang hati pari boleh menjadi satu menu yang sedap. Memang saya tak pernah ambil peduli pun kalau ternampak di pasar malah rasanya saya sendiri tak tahu ada di jual di pasar. Sebenarnya banyak juga benda yang saya tak pernah makan sebelum berkahwin dengan suami saya.
Kebetulan masa ke pasar, tiba tiba suami saya bertanya samada saya tau atau tidak bagaimana nak masak hati pari. Soalan pertama yang keluar dari mulut saya ialah " boleh makan ke?". Tak kanlah orang nak jual kat pasar kalau tak boleh makan kan.....
Saya cakap, saya tak pernah masak tapi saya boleh google cari cara dan menu apa yang sesuai untuk memasak hati pari tu. Tapi saya minta my husband cuma beli sikit saja untuk percubaan takut nanti membazir pula kalau tak tau nak masak apa. Tapi zaman sekarang dah mudah kan, kalau tak pasti nak masak, google saja di internet. Maklumlah semuanya ada di tangan, yang penting mahu atau tidak saja...
So masa saya google, saya terjumpa satu resepi yang mudah dari Dapur Mina kalau tak silap. Mengikut kata beliau, menu ini merupakan menu yang berasal dari selatan tanahair. Saya tidak pasti tentang fakta ini, so orang selatan jangan marah ye kalau tersilap..
Tapi yang pasti, Pais Hati Pari ni memang sedap walaupun rupanya tak seindah mana.
Bahan bahan
Hati Ikan Pari - Cuci dan toskan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil biji ketumbar
2 sudu makan cili kering kisar
1 inci kunyit hidup
Garam secukupnya
1 helai daun kunyit
Daun pisang secukupnya
Aluminium foil
Cara cara
1. Tumbuk hingga lumat bawang merah, putih, biji ketumbar, garam dan kunyit hidup. Campurkan dengan cili kisar dan gaul sebati.
2. Lumurkan campuran tadi pada keseluruhan hati pari dan biarkan lebih kurang 10 minit.
3. Ambil aluminium foil, lapikkan dengan daun pisang. Kemudian letakkan daun kunyit. Akhir sekali letakkan hari pari bersama sama dengan perencahnya ke atas daun kunyit.
4. Bungkus dan bakar di atas pemanggang atau masukkan ke dalam oven dan biarkan hingga masak. Saya menggunakan BBQ Grill so lebih kurang 15-20 minit.
5. Sedia dinikmati bersama sama sama putih yang hangat.
waweeeee....mesti best kan? tak pernah makan...hati ayam jer biasa makan...
ReplyDeleteaaaaaaa????? ikan pari ada hati ke? * fingsan! nampak sgt ilmu pengetahuan ku masih cetek bonar...huhuhu....tq for sharing, mmg ilmu baru...
ReplyDeletealamak tak terfikirler .. memang rajin sesangat kalau ginikan... kalau pais memang suka ler...
ReplyDeleteai pow jakun ni akak
ReplyDeletex pernah makan mana2 organ hati ni nangessss!
Zila, hari nie pais pula ya..betul2 nk buat akak jeles nie...smlm kak Nur cari sotong...tapi pasar tutup dh...masih raya cina aah kat sini...tengok kat supermarket rasa geli pulak tengok sotong dh nk nazak tk segar pulak...kombang tokak den!!
ReplyDeleteikan pari pun tak makan
ReplyDeletehi hi hi
bukan ke hati pari ni rasa dia pahit sikit?.. (agak je)
ReplyDeletesaya pun tak tahu ni kak. saya tahu kek hati pari je. tak dapat nak imejin bentuk hatinya
ReplyDeletetak sangka hati pari bole buat pais...
ReplyDeletenampak sedap ni...
Peberet kita ni Kak Hazila...harini teruja nak masukkan komen, sebab tgk ati pari, lama dah tak makan....hurmmmm terasa-rasa aroma hati tu, hurmmmm sedap tak terkata..bergulung-gulung dalam mulut, bertarian dengan lidah bila kita suapkan hati pari, arghhhh sedap sedap. Memang sedap!!
ReplyDeletekite pun nk tya boleh mkn ke... hehehe... tp akak ckp sedap... nti kena cuba la :)
ReplyDeleteHati ikan pari kena buang hempedu nya...jagn sampai pecah masa buang tu...kalau tak nanti pahot la hati tu....
ReplyDeleteTgh teringin....kt mana nk cari..kt pasar seksyen16 diorg kbykkn nyer buang kalo ada pon x smpt nk bli org lain dah sambar dulu....
ReplyDeleteBetul lah tu..selalunya,diorg buang...so sy siap pesan jgn buang tp sy suh diorg simpan sy nk beli..
DeletePerghh my saviour for today. Apek jual ikan bagi free hati pari... Kita try resepi... Tq.. ❤️
ReplyDelete