Salam dan Selamat Sejahtera.....
Hari ini sudah hari Khamis, mesti ramai yang tertunggu tunggu supaya hari Jumaat cepat datang sebab tidak sabar hendak bercuti panjang. Rasanya ramai juga yang akan bercuti sehingga hari Selasa depan.
Bila dah cuti panjang, mesti ada yang plan nak bersantai dan bercuti bersama sama keluarga ke destinasi pilihan. Bagaimana dengan kawan kawan semua? Saya dan suami akan pulang ke kampung, sebab my parents kurang sihat. Lagipun dah agak lama juga tak jengok kampung halaman.
Berbalik pada entry kali ini, saya letak Mee Kari Ketam requested by my husband.
Minggu lepas saya ada buat kari ketam untuk makan malam, sambil makan sambil berbual dengan my husband. Kadang kala di meja makan macam macam yang dibualkan, dari cerita berkaitan kerja hinggalah berkisar tentang isu semasa termasuklah bab makanan. Dah namanya pun di meja makan kan.....
Tiba tiba my husband cakap, kalau makan mee dengan kari ketam mesti sedap kan? Saya kata ok juga kot, sebab rasanya mungkin lebih kurang mee kari yang biasa saya buat tu. Mungkin lebih sedap sebab ada ketam di dalamnya. Saya cakap, naext time kita beli ketam, saya cuba buat Mee Kari Ketam.
So, Mee Kari Ketam untuk makan malam tadi.....
Untuk memnbuat kari ketam ni, saya gunakan ketam yang bersaiz sederhana untuk memudahkan semasa menghidang di dalam mangkuk. Kalau lebih rajin, boleh rebus ketam dulu, keluarkan isinya dan masukkan semua semasa memasak kari nanti. Ia lebih senang untuk orang lain menikmatinya, cuma tukang masak kena kerja lebih masa la kan.....
Tapi letih memasak akan hilang kalau lihat keluarga gembira menikmati hidangan yang kita masak. Lagi seronok kalau lihat mereka makan bertambah tambah ......
Saya sudah beberapa kali letak entry berkaitan mee kari. Anda boleh lihat di sini untuk resepi mee kari. Cuma gantikan ayam dan kerang dengan ketam dan sesuaikan rasanya dengan selera masaing masing.
salam kak hazila...kite br terpk nk buat mee kari arini....tp xdek plakkk stok ketam....kene pakai crab stick ajelaa mcni...uwaa terliurr tgk..
ReplyDeletehmmm..menyelerakan betoi nengok mee kari ketam tu kak....
ReplyDeletewoweeee....sedapnya ketam... yummy!!
ReplyDeleteHai Hazila,
ReplyDeletecerta tentang isi ketam tu, dulu di tempat kami memang ada jual isi ketam, tapi sekarang ni tak ada lagi, memang puaslah makan sup jagung ketam masa tu.
Mee kari ketam Hazila hidangkan ini sungguh menggamit selera... tambah ada taugehnya, adeeeehhhh rangupnya!
Salam, saya peminat mee kari & peminat ketam juga.. memang kenalah kedua2nya dengan selera ni, hehehe
ReplyDeleteeh eh..sama laah kita tayang mee kari
ReplyDeletezila punya lagi mengancam,akak guna kerang ajer..
eee tak tahan tengok ketam tu..nnti try pujuk hb nak buat mee kari ketam pulak...
salam zila
ReplyDeletenak kutip ketam tue dulu..he hehe sedapnyaaaa..mmg kecur..mangkuk tue pun cantik:)
sini pun ada mee kari?? dah la tadi digoda oleh kak Asma...ni plak dengan mee kari ketam...adoiiii
ReplyDeletemee kari ni kan mmg peberet akk, nak2 pulak ada ketam cmtu...pergghhhh telan air liur ni....hihihihi
ReplyDeleteSalam Hazila. mee kari pastinya sedap ....tambah ada ketam tu.dok intai taugeh tu nampak freshnya....miss lah nak mkn taugeh sejak dok jauh ni..
ReplyDeletewah mewah mee kari ni...mesti bertambah sedap mee kari ni...nyummm...kena kumpul duit dulu ni nk buat mcm ni....hahaah...
ReplyDeleteSalam kenak kak Hazila, sy mmg penggemar mee kari..menyelerakan sungguh mee kari di sini,nampak enak..
ReplyDeleteDuhhh...mee kari ketam inda hauz! Part kaki tu ratah kendian sekali...terbaik!
ReplyDeleteAssalam Dik Zila...huhuhu...mana lah mangkuk mee kari Akak yang Dik Zila bawa pagi tadi....sedihnya....kalau dah kasi kat jiran yang lain....huhuhu...memang tak ada rezekilah nampaknya!!
ReplyDeletewallllaaa....gojesnya en crab tu...sib bek br td mkn mi kari..tp lauk ayam je la..
ReplyDeletevery interesting & yummy recipe..thanks for sharing..:)
ReplyDeleteTasty Appetite
Salam. wah luar biasa mee kari hari ni siap ada ketam... cantiknya mangkuk putih tu..hati dah terpaut ni.. mana nak cari hehee... cantik dan best!
ReplyDeleteAssalammualaikum kak zila....saya teringin nak buat mee kari ketam...nak rasa beza dia dari guna udang..heheheh..sedapnya nengok ketam akak ni..:)
ReplyDeleteAssalamualaiku Zila,
ReplyDeletenk ketam tu...hehe..sedap sungguh kak Nur tengok...rasa mcm nk bawak larik gitu...boleh gitu??
Assalam zila,
ReplyDeletekita pun sama macam knur..nak ketam tu..kasi sekor ya..mee lebih kuah pun lebih..taugeh pun nak lebih juga..alah senang kata semua lebih..maklum ler, kita ni jenis 'terlebih' (gemuk)..hahaha
aslmkum hazila.. dah terlambt akk dtg ni.. dpt mgadap mee kari ketam semangkuk ni.. aduhai nikmatnya...
ReplyDelete