Salam,
Malam ni saya buat sambal hitam Pahang yang dah agak lama juga bertangguh. Bukan pasal apa, cuma bila nak merebus belimbing buluh tu yang selalu tak menjadi. Padahal bukannya susah sangat, masukkan saja belimbing buluh dalam periuk, masukkan sedikit garam dan rebus hingga belimbing buluh bertukar warna menjadi kehitaman.
Inilah belimbing buluh yang telah direbus hingga kehitaman. Boleh simpan di dalam peti ais dan gunakan bila perlu.
Resepi Sambal Hitam Pahang saya ambil dari rumah Madiha @Ratna. Untuk menyediakannya tidaklah sesukar mana, tetapi rasanya memang sedap especially di makan dengan nasi panas. Bagus juga simpan stok sebab nanti bila bulan Ramadhan, selalunya tidak berselera sangant nak makan nasi waktu sahur. Mungkin sambal ni akan menaikkan selera sikit.
Selain sambal hitam ni saya buat juga masak lemak kobis dengan tempe. Since my husband tak berapa berkenan denganmenu malam ni, dia beli telur bungkus sebagai lauk tambahan.
nmpk mnarik jugak sambal hitam pahang tu...mmg idea yg baik utk dibuat msa bersahur nti kan...
ReplyDelete1st time tgk dan belum pernah makan sambal hitam pahang walaupun saya org Phg.Nampak sedap ni...tq berkongsi resepi.
ReplyDeleteassalam Hazila
ReplyDeletekalu akak memang berselera bersahur dgn lauk ni...
sedapp
salam hemmm npk sambal hitam pahang ni terus kecur di buatnya...lama pulak x buat...nnt bila pokok belimbing belakang rmh dah bebuah nak buat juga...mmg lah sesuai buat besahur..buat byk2 simpang dlm peti nak mkn tinggal ambik aje....
ReplyDeletesy tak penah buat..tp penah mkn ada kwn bagi satu taperwe..sedap juga pedas dan lemak ikan bilis tu...mmg masuk je semua sy ni...perut milenium!
ReplyDeleteAs'kum wahh sedapnya.. kecurr aje ni.. pernah ternampak belimbing macam tu rupa di pasar melaka.. nanti nak beli nak cuba resipi macam ni.. tq yaa..:)
ReplyDeleteSalam Hazila.belum pernah mkn sambal hitam ni....letak belimbing buluh...masam2 pedas sambalnyakan...
ReplyDeletepasti sedap mkn dg nasi...
tengok timun betik kat bawah tu.... dulu pernah mkn...mmg femes kat kel tp susah juga nak jumpa skrg.timunnya mmg tawar kena mkn dgn gula/manisan.
salam...nampak sedap..hrus cuba ni..anyways if ada kesempatan singgahlah blog saya...ada design terbaru utk raya http://hijauulady.blogspot.com/2012/06/comel-secret-iz-you.html
ReplyDeleteni mmg confirm x besa makan lagik
ReplyDeleteapa rasanyer ekkk...ada masam pedas x??
nmpak meneyelerakannn aduihh kak buat saya rasa laparr
ReplyDeletemmg teringin buat sambal ni, tp asyik tak terbuat..bisaenya sy ada juga buat sambal bubuh belimbing, tp tak banyak belimbingnya..sbb sambal ni, mmg guna byk belimbingkan..sedap ni kalau makan ngan nasi panas2 gayanya..
ReplyDeleteAssalammualaikum Hazila, tak pernah tengok dan mkn lagi sambal mcm ni. Macam sedap je tengok rupanya tu. Harus di cuba ni.
ReplyDeleteSalam Kak Hazila,
ReplyDeleteAkak apa khabar? harap2 selalu sihat2 ye. Lama saya tak sempat menyinggah, datang kali ni dapat tengok sambal belimbing buluh. Teringat kat kampung ada sepohon pokok ni dulu. Tak tahu masih wujud ke tak sekarang. hehe
rasanya dah dekat setahun tak buat sambal hitam ni Hazila... hu hu huu susah nak dapat bekalan belimbing buluh! Sedapkan sambal ni...
ReplyDeletesalam syg hazila..
ReplyDeletebaru bbrapa hari x jengah blog nie..byk masakan yg zila tertinggal la,..sambal hitam nie zila x pernah cuba lg..mesti sedap kan.. :)
Salam dan Maaf menganggu
ReplyDeleteKami memasak dan menjual sambal hitam belimbing buluh secara online.
Harga:- 100g = RM 5
Sila lawati page kami di https://www.facebook.com/pages/Sambal-Hitam-Belimbing-Buluh-Puteri/136099796487248
Atau search FB anda untuk Sambal Hitam Belimbing Buluh Puteri
Atau SMS- 0133628840 (azrin)