Tuesday, June 12, 2012

Timun Betik


Salam,


Pernah dengar atau lihat buah Timun Betik?
Rasanya buah ini senang didapati di sebelah pantai timur terutamannya di Kelantan. Di Selangor jarang sangat boleh jumpa buah ini terutamanya di pasaraya. kalau bernasib baik boleh jumpa di pasar pasar tani.

Saya pun kebetulan jumpa buah ini semasa ke pasar tani Sabtu lepas. Itupun hanya ada sebiji saja, mungkin sebab ramai yang tak tau kewujudannya dan bagaimana untuk menyediakannya jadi tiada yang memberi perhatian kepada buah yg hanya sebiji tu. Mungkin ada 2 jenis buah Timun Betik, satu kulitnya berjalur seperti tembikai dan satu yang plain colour seperti honey dew.

Buah Timun betik yang masak ranum berbau wangi seperti bau buah honey dew. Tetapi isi buah timun betik tawar dan tiada rasa.


Saya cuma pernah makan timun betik ini dengan susu segar ditambah gula pasir. Ada yang buat jus seperti honey dew jus tapi saya belum pernah cuba. Mungkin nanti akan saya cuba memandangkan buah ini masih berbaki.

Kali ini saya menggunakan santan yang ditambah sedikit garam dan di makan dengan manisan gula kabung. Rasanya sedikit unik, lemak lemak dan manis dari gula kabung.


Kebiasannya menjadi menu di bulan puasa.

20 comments:

  1. urmmm tgk rupa gituew mcm x biasa jer mkn...jakun lagik... hahahaha

    ReplyDelete
  2. pernah nampak orang jual ni di tepi2 jalan kat kelantan. tapi tak pernah beli, tak pernah makan lagi. mak kata timun betik sedap makan dengan susu cair, air gula kabung, pastu letak ais ketul sikit.

    ReplyDelete
  3. timun betik buah yg sinonim bila tiba bulan puasa dlm family sy... biasanya hidang mcm ni juga.. + santan + air gula merah.. kalau suka bleh campurkan ais ketul.. mmg sedap.. arwah ayah dulu pernah juga tanam time dia tanam tembikai utk pasaran bulan puasa.. tp tak byk memandangkan ia hanya utk mkn2 aje.. (jual kurang laku mungkin sbb tak ramai yg pandai mkn)

    ReplyDelete
  4. my god
    yesss timun betik...mcm tulah cara makannya...

    nak lagi sedap, taruk ice ketul

    i makan dgn taruk gula nise yang dicairkan ..ye mcm gula kabung tu lah...

    oh sedapppp.... sejuk ditekak...

    ReplyDelete
  5. oh lupa.. sy pun pernah buat entry buah timun betik ni dulu.. ada kwn cyber yg bagi memandangkan dah lama tak jumpa buah ni & terlampau teringin sgt masa tu.. mujur ada yg bermurah hati.. hehe..

    ReplyDelete
  6. makan dengan honey pun sodapppp..dah lama tak makan laa..kat mana beli tu? pasar tani mana?

    ReplyDelete
  7. rasa2nya mokwo pernah makan..di panggil timun betik yeaa??..mokwo ingatkan honey dew versi lain punya...tapi memang harum baunya

    ReplyDelete
  8. pernah mkn timun betik ni..memang sedap rasanya...timun betik ni ikut musim jer ada..

    ReplyDelete
  9. kat terengganu dan kelantan atau p.timur byk lah kan...kat sini x pernah jumpa.
    Akak mkn dgn susu

    ReplyDelete
  10. Org2 tua saya pesan jgn mkn atau minum susu ngan buah22....
    http://kisahfirdausi.blogspot.com/2012/03/jom-kita-amalkannya.html

    ReplyDelete
  11. wow! menarik ni tak pernah cuba.. jumpa pun tak pernah.. mana nak cari..

    ReplyDelete
  12. Nanie orang utara tapi dulu kitorang ada tanam pokok timun betik ni.. Memang sedap sangat makan dengan santan and letak ais sikit.. sejukkkk je rasa badan.. Hehe...

    ReplyDelete
  13. dah bertahun tak makan..susah nak jumpa. mungkin kat kelantan byk. kasi dia sejuk dulu pastu mkn dgn santan. sejuk je tekak
    sawanila.com

    ReplyDelete
  14. baru tau psl buah timun betik ni..mgkn penah nmpk tp kenal n tau nmanye kot..rasanye kt jj mcm penah nmpk buat ni...nmpk sedap bile dmakan mcm tu yer...kena cri jugak ni..

    ReplyDelete
  15. biasa nampak dkt pasaraya, tapi tak pernah tergerak nak mencuba.

    ReplyDelete
  16. dulu2 arwah ma mmg suka mkn timun betik ni, sejukkkk kan...

    ReplyDelete
  17. Assalamu'alaikum...
    Tumpang tanya bel kat mana timun betik tu?
    Saya kat Shah Alam.
    Dah lama teringin.
    Thanks

    ReplyDelete
  18. WS Rose,
    Saya beli di pasar tani seksyen 17 pada hari sabtu. Tapi tak pastilah sentiasa ada atau tidak. Boleh cuba pergi this coming saturday.

    ReplyDelete
  19. nampak mcm tembiaki susu..rupanya betik yer..x pernah rasa lg nie..agak jakun :)

    ReplyDelete