Friday, November 2, 2012

Pandan Flavoured Tau Fu Fa



Salam dan Selamat Pagi.....


Sedar tak sedar sudah sampai ke hujung minggu, rasa macam baru je cuti hari raya Aidil Adha. Agak agaknya ada tak orang buat open house sempena hari raya Aidil Adha? Tapi yang pasti, ramai ibu bapa yang berdebar debar sebab ada anak anak yang akan menghadapi peperiksaan SPM tidak berapa lama lagi kan. Mungkin yang gembira sebab ada ahli keluarga yang akan pulang dari Mekah tidak lama lagi.

Tapi yang pasti, ramai anak anak yang tidak sabar untuk bercuti panjang......

Hari ini saya masukkan entri berkenaan Air Soya dan Pandan Flavoured Tau Fu Fa.

Air Soya

Bahan bahan

500 gm kacang soya - rendam semalaman atau 5 jam
3.5 liter air
1 helai daun pandan
Kain Muslin

Cara cara
1. Kisar kacang soya bersama sama air. Perah menggunakan kain muslin.
2. Masukkan air kacang soya dan simpulan daun pandan ke dalam periuk. Masak air kacang soya hingga mendidih.
3. Sejukkan sebelum di simpan dalam bekas.




Tau Fu Fa, rasanya diperkenalkan oleh kaum cina. Kalau tidak salah, mereka memanggilnya Tau Huay. Kalau dulu mungkin hanya peniaga cina yang menjualnya tapi sekarang sudah ramai orang melayu yang mengusahakan perniagaan ini. Tau Fu Fa yang dijual oleh peniaga cina biasanya disajikan dengan air gula yang ada rasa halia. 

Tau Fu Fah boleh dinikmati dengan air gula putih ataupun air gula merah. Dan saya personally lebih menggemari Tau Fu Fah bersama sama gula merah.


Pandan Flavoured Tau Fu Fah

Bahan bahan

1 liter air soya
1 sudu makan GDL - agent untuk membekukan air soya menjadi tau fu fah
2 sudu makan tepung jagung
1/4 cawan air kisaran daun pandan

Cara cara
1. Campurkan GDL, tepung jagung dan air pandan, gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas untuk membuat tau fu fa. ( Bekas plastic pun boleh )
2. Masak air soya hingga betul betul mendidih.
3. Tuangkan air saya tadi ke dalam bekas yang mengandungi campuran GDL tadi. Seelok eloknya letak bekas tadi di atas lantai, tuang air soya agak tinggi supaya campuran GDL dan air soya betul betul bercampur. JANGAN KACAU.
4. Biarkan ia sejuk dan bolehlah dihidangkan dengan air gula.

12 comments:

  1. saya kalau gi pasar malam.. sure beli taufu fah.. suka sangat makan taufu fah.. manis2 dia.. lepas tu rasa taufu lembut tu.. mmg best lah..
    hmmm tapi lom penah wat sendiri.. :D

    ReplyDelete
  2. Salam Zila. wooo.... my fevret.... tapi kat sini xda jual.

    ReplyDelete
  3. biasa beli kalu g pasar malam..fav jgk yg gula merah:)

    ReplyDelete
  4. ehh..tetiba dahaga!
    taufu fa tu mmg feveret dr dulu...

    ReplyDelete
  5. dua-dua tuh my fev....
    malam ni kat umah ada pasar malam, apalagi......

    ReplyDelete
  6. kita serupa suka dengan gula merah nyum nyum kalau p Shah Alam buat ni tau

    ReplyDelete
  7. mnariknya..perasa pandan lg...leh cuba la juga..kt mne yer nk cr gdl tu..

    ReplyDelete
  8. Salam ... Dah lama menyimpan keteringinan buat tau fu fah ni. Tau tak GDL ni apa? Nak beli kat mana? Tima kasih for sharing. Memang suka la ngan blog Zila ni sbb photography menarik :D

    ReplyDelete
  9. GDL boleh didapati di kedai bakeri. Di Shah Alam boleh beli di BAGUS Seksyen 13.

    ReplyDelete
  10. Amie pun suka makan taufu fa dengan gula merah... sedap! Tapi belum pernah cuba buat sendiri.....

    ReplyDelete