Assalammualaikum dan Selamat Tengahari....
Sudah makan tengahari? Saya masih memikirkan apa yang patut saya makan untuk hari ini. Selalu menjadi masalah bila memikirkan apa yang nak di makan. Penduduk di negara yang kebuluran pening memikirkan apa yang nak di makan, tapi kita masih pening memikirkan apa yang perlu di makan....
Meh nak tayang apa yang saya makan untuk sarapan pagi tadi....
Instant Oats dengan buah buahan. Lebih banyak buah dari oatsnya. Sarapan yang menyihatkan dan senang untuk disediakan terutama kepada yang sibuk atau malas nak sepahkan dapur di pagi hari. Maklumlah lepas tu dah nak keluar ke tempat kerja pula. Lainlah kalau ada pembantu rumah....
Panaskan 200 ml susu segar, jangan sampai mendidih. Masukkan instant oats lebih kurang 4 @ 5 sudu makan ke dalam susu tadi. Biarkan hingga oats kembang. Jika suka cair, kurangkan jumlah oats. Sedia dinikmati dengan buah buahan segar dan maple syrup. Kalau suka boleh gantikan buah buahan segar dengan buah buahan kering.
good idea letak fresh fruit. Selalunya me makan dengan buah kering jer ..
ReplyDeletesedapnya...bagus untuk yang tengah berdiet nih....
ReplyDeletebetul2 menu sihat...rendah kalori dan banyak vitamin..
ReplyDeleteyummeh.sedapnya kelihatan..
ReplyDeleteBrkhasiat nie kak...sedap.zila suka mkn buah2tue dulu..last bru oat..
ReplyDeletesalam hazila, sy fadliza dari majalah RASA, sy nk interview pn untuk kolum rasa dalam isu MAC 2013, tetapi interview nk dibuat secepat mgkin..boleh bg sy contact number pn? emel sy di fadliza@karangkraf.com
ReplyDeleteWah...sedaaap... Suka mkn menu yg mcm nie..
ReplyDeletesalam Hazila..menu tuntas yg sedap & menyihatkan..chek suka! :)
ReplyDelete