Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....
Apa khabar pagi ini? Harap semuanya dalam keaadan yang paling baik. Kalau ada masalah, cubalah selesaikan dengan cara yang terbaik.
Ohhh bercakap pasal masalah, entah kenapa tiba tiba pagi tadi bila on suis lampu tiba tiba terus black out. Mungkin ada wiring yang bermasalah dan perlu diperbaiki. Apalagi, bergelap sekejap awal awal pagi.
Berbalik pada entry hari ini, apa kata kita menjamu selera dengan kuih Peria atau mungkin ada nama lain. Ia juga seakan akan kuih kaum cina iaitu Ang Koo. Kuih ini berasaskan tepung pulut dan intinya kebiasaan diperbuat dari kacang hijau.
Saya selalu beli waktu dibulan Ramadhan, tapi tiba tiba teringin pula untuk membuatnya sendiri di rumah. So google , jumpa resepi dari blog kak Citarasawan.
So, jamu mata dulu ye. Saya update resepi kemudian.
Kuih Peria
Bahan bahan untuk kulit
250gms tepung pulut
200 ml santan
1/4 sudu teh garam
25gms minyak masak untuk sapuan
pewarna merah/hijau
daun pisang yang telah dipotong kecil
Bahan untuk inti
250gms kacang hijau tanpa kulit
100 gms gula melaka
100 gms gula pasir
50 ml air
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu besar tepung pulut
Cara cara
1. Rendam kacang hijau selama 4 jam atau lebih. Rebus hingga masak dan lenyek sedikit ketika masih panas.
2. Masak gula melaka, gula pasir, garam dan air kemudian masukkan kacang hijau dan gaul rata. Sejukkan inti dan buat bulat bulat dan ketepikan.
3. Untuk doh: Uli tepung pulut dengan santan sehingga lembut. Bahagikan doh kepada 2 bahagian dan warnakan mengikut warna kesukaan. Kebiasaannya hijau atau merah.
4. Ambil doh sebesar ibu jari atau anggaran 15gms, isikan inti didalamnya dan bentukkan seperti buah peria dengan lidi atau penyepit dan sapukan sedikit minyak masak keatasnya. Letak di atas daun pisang yang telah dipotong kecil. Buat hingga adunan habis.
5. Kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan api perlahan lebih kurang 8-10 minit.
Tips: Doh mestilah liat tetapi boleh dibentuk. Doh yang lembut akan menyebabkan kuih menjadi kembang selepas dikukus. Sentiasa tutup dengan kain lembab untuk mengelakkan doh kering. Jangan mengukus lebih dari 15 minit kerana kuih akan mengembang.
masa i kecik2 dulu in 70s, i gemar makan kuih ni... ada kaler merah dan hijau.. berbentuk chili dan intinya adalah kacang hijau. tak tau pun sebenarnya kuih ni adalah sejenis kuih peranakan...
ReplyDeleteAssalamualaikum..pertama kali saya makan kuih ni masa dapat gift fullmoon ofismate tak lama dulu..sedapppppp
ReplyDeleteInteresting...teringin lak nak cuba...
ReplyDeletesuka juga kuih ni..pandainya akak buat kuih ni..sempurna kejadiannya..
ReplyDeleteDelicious angku :D
ReplyDeleteBeautiful photos :)
cantik tue kak zila..hijau dia pun menarik..zila suka kuih nie..klu ke pasam malam mmg rajin cari..
ReplyDeletekuih ni memang sdp... kita pun dah pernah buat... sbb mmg suka tang intinya tu.... lain dr yg lain..
ReplyDeleteMasa makan makan kat ofis tadi, ada kawan bawa kuih ini, dah google cari resepi.n
ReplyDelete