Sunday, April 28, 2013

Mee Hoon Kueh


Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Selamat berhujung minggu, bersantai bersama keluarga atau orang tersayang memang sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Tidak semestinya kena bercuti ke tempat tempat yang jauh, even duduk di ruang tamu sambil menonton TV juga dikira bersantai kan...



Saya suka makanan bersup, kalau seminggu 2,3 kali pun tidak menjadi masalah. Tapi suami saya kurang menggemarinya selain bihun sup utara dan sup tulang. Selain dari itu dia hanya jeling ikut ekor mata saja kalau saya masak. Tapi kalau saya terasa nak makan, saya masak je walau kena makan seorang.


So kali ini saya sediakan satu menu yang sesuai untuk di masak untuk seorang makan. Kalau rajin boleh sediakan doh sendiri tapi kalau agak malas boleh beli mee hoon kueh yang ready made di pasaraya.

Bahan bahan
Mee Hoon Kueh - saya beli yang ready made

Bahan untuk sup asas
3 cawan air
10 ekor ikan bilis
1/2 sudu teh garam
** Rebus semua bahan hingga mendidih dan tapis, Biarkan seketika.

Bahan bahan lain
Sedikit ayam - hiris nipis dan gaulkan dengan minyak bijan dan tepung ubi.
Sedikit isi udang
Sayur sawi
Ikan bilis goreng
Bawang goreng

Cara cara
1. Didihkan semula sup ikan bilis tadi hingga mendidih, masukkan mee hoon kueh dan biarkan hingga hampir masak.
2. Masukkan isi ayam,udang dan sayur sawi. Biarkan hingga masak.
3.Matikan api, hidang di dalam mangkuk, taburkan ikan bilis dan bawang goreng.
4. Sedap dinikmati bersama sama dengan kicap cili.


Saturday, April 27, 2013

Som Tam


Assalammualaikum dan Selamat Petang...

Actually tak berapa ada idea nak masak apa, masih mencari cari mood dan angin rajin yang hilang entah ke mana. Bandingkan dengan tahun tahun yang lepas, boleh dikatakan setiap hari ada saja entry dalam blog. Tapi makin lama makin kurang, kadang kala masak menu yang sama atau lebih kurang jadi rasa macam malas pula nak ambil gambar dan upload dalam blog.




Rasanya agak lama juga tak buat som tam kat rumah.  Lagipun ada beberapa bahan yang sudah kehabisan, maklumlah sudah lama tak balik Perlis. Bahan bahan penting biasanya saya beli bila ke Padang Besar.

Tetapi rasa hari ni rasa macam teringin nak makan somtam, so saya buat dengan bahan yang ada dan gantikan apa yang tiada dengan yang seakan akan rasanya.


Ini ialah lesung kayu yang biasa digunakan untuk menyediakan som tam. Kalau tiada boleh gunakan lesung batu biasa untuk menumbuk bahan bahan yang perlu.


Jemput rasa....



Tuesday, April 23, 2013

Chocholate Chip Bun


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Agak lama juga tak buat roti kat rumah, rasanya sudah lebih setahun bread maker tu bersembunyi dalam store. Sampai lupa function pada BM. Actually hari ahad lepas dah buat roti ni, lepas masukkan semua bahan dalam BM saya sepatutnya tekan butang doh dan start. Tapi tersilap tekan sebab dah lupa yang mana satu, saya tekan butang yang terus bakar. Hancus roti saya. Sebenarnya boleh je makan roti tu, tapi biasalah tak puas hati.....



Jadi balik kerja semalam, saya buat lagi. Lepas siap masak untuk makan malam, saya mula buat roti ni semula. Bila my husband sampai rumah, ayat pertama ialah " Buat roti lagi? Tak puashati la tu!!!!"

Tau tak pe...


Resepi saya ambil dari internet, tapi sebab hari ahad tu saya dah guna tepung roti sepenuhnya jadi semalam saya campur 50% tepung roti dan 50% lagi tepung gandum biasa. Saya nak cuba. Nasib baik menjadi.




Saturday, April 20, 2013

Bihun Sup Utara


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Aduhaiiiii sejak kebelakangan ni memang jarang betul update blog. Bila sudah agak lama tak angkat "senapang" untuk menembak, rasa liat betul nak mulakan semula.


Sekarang baru nak panaskan enjin, kena mulakan sikit sikit kalau dibiarkan risau pula makin teruk bersawang blog ni.



Actually saya masak Bihun Sup Utara ini untuk makan malam tadi since my other half requst nak makan. Memandangkan sup masih ada berbaki, tengahari ni saya rendam bihun lagi, jadi tak perlu masak yang lain untuk makan tengahari. Akak yang memang tengah lemau ni memang tersengih lebar je la sebab tak perlu menyingsing lengan baju...



Sila jamu mata, resepi boleh tengok kat bahagian label. Insyaallah kalau mood baik, petang nanti ada menu untuk minum petang. Kalau tidak, makan je lah biskut 4 segi cicah air kopi....


Saturday, April 13, 2013

Watermelon Juice


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.

Sekarang ni makin kurang saya update blog. Hari biasa memang tak cukup masa nak berexpriment di dapur. Masak pun boleh dikatakan dah jarang juga hari biasa, kalau masak pun hanya yang simple dan cepat disediakan saja.

Lagipun sekarang my husband dah jarang makan nasi waktu malam. Kadang kala makan mee atau makan lauk saja. Senang kerja akak tau....



Hari ni pun tak masak, tapi bila jengok blog, alahai lamanya tak ada entry baru. So untuk segarkan mata saya letak gambar watermelon juice yang saya buat untuk hilangkan dahaga tadi. 

Cuaca tadi agak panas, kebetulan semalam saya beli Watermelon "Black Beauty". So mari kita minum dulu!!!!




Ermmmm sedapnya minum watermelon juice sambil layan movie kat TV...

Selamat berhujung minggu buat semua...

Sunday, April 7, 2013

Scones Again....




Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hari ahad yang agak membosankan sebabnya my husband tak ada di rumah. Selalunya asyik berebut remote TV dengan my husband. So bila seorang diri, alahai macam hilang arah saja.

Hari ini saya tak masak untuk lunch since my hubby ada kerja yang perlu disiapkan. Tapi tengahari tadi sempat pergi lunch bersama.



Balik rumah, jemu pula asyik tengok TV, habis semua channel tukar. Tak boleh jadi macam ni, apalagi selongkar dapur cari apa yang boleh dibuat.

Ingat nak buat kek sebab lama juga tak buat. Lagipun hari tu saya ada beli bundt pan, ingat nak rasmikan hari ini. Tapi tiba tiba tukar fikiran, saya buat scones lagi.


Minggu lepas masa saya ke supermarket saya ada beli Clotted Cream, boleh tahan juga harganya. Satu botol kecil tu berharga RM20.90, selain tu saya beli juga raspberry jam yang nampak macam sedap je.. ( Semua benda nampak sedap kat supermarket tu......)



Scones

Bahan bahan
2-3 sudu makan buttermilk, lebihkan untuk sapuan akhir
225 gms self rising flour
75 gms cold butter
40 gmd gula castor
1 large eggs
Secubit garam

Cara cara
1. Panaskan oven pada suhu 220 darjah celcius.
2. Tapis tepung dan garam di dalam bekas yang agak besar.
3. Masukkan butter yang telah didadukan kecil, gaul menggunakan jari atau pastry blender hingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Masukkan gula dan gaul rata. Aduk telur dan buttermilk dan campurkan ke dalam adunan.
5.Bentukkan doh menjadi bebola, menggunakan roller pin, roll supaya ketebalannya lebih kurang 1 inci.
6. Potong menggunakan scones atau cookie cutter dan susun di atas dulang pembakar yang dilapik dengan baking sheet.
7. Sapukan sedikit buttermilk di atas pemukaan scones dan bakar lebih kurang 10-12 minit.
8. Angkat dan sejukkan di atas wire rack.
9. Sedia dinikmati dengan raspberry jam dan clotted cream dan juga English Tea.
10. Yummy!!!!


Saturday, April 6, 2013

Chocolate Custard with Oranges



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Miss me?

Hopefully there is someone who missed me out there. Over pulak akak kan.... Bukan apa, bila dah agak lama tak menulis kat sini, rasa macam nak bermanja manja la sikit.

Almost 2 weeks, mendiamkan diri dari berblog. Tiada sebarang alasan sebenarnya. Cuma selama 2 minggu tu saya boleh katakan tak masak. Ada sekali dua saja saya masak, yang selebihnya menunggu makanan sampai atas meja makan. Itupun my husband yang belikan, saya cuma tolong letak dalam pinggan.


Tapi rindu juga nak update blog, sebab bila tak update blog maka jarang la saya jengok blog sendiri.

So kesian pula kepada pengunjung My Small Kitchen yang datang dan di jamu dengan gambar lama.



Jadi untuk pengunjung My Small Kitchen, hari ini saya jamu anda dengan Dessert yang tidak mengecewakan dari segi rasa dan senang untuk disediakan. Bahan bahan yang diperlukan boleh dikatakan sentiasa ada di dapur especially bagi mereka yang suka memasak.



Chocholate Custard with Oranges


Bahan bahan
5 sudu makan tepung jagung
1/3 cawan serbuk koko
1/3 cawan chocolate masakan
3 cawan susu segar/full cream
1/4 cawan gula
1 sudu makan butter
1 sudu makan vanila
Isi buah orange yang telah direndam di dalam air gula. ( Boleh dapatkan yg sedia di dalam tin)

Cara cara
1. Campurkan 1 cawan susu bersama dengan tepung jagung, gula, vanila dan serbuk koko. Gaul sebati dan ketepikan.
2. Panaskan baki 2 cawan susu, masukkan chocolate masakan dan butter. Gaul sebati.
3. Tuang campuran susu dan tepung jagung ke dalam susu yabg dipanaskan tadi. Kacau hingga menjadi pekat.
4. Bila adunan mengeluarkan gelembung kecil, matikan api dan tuang ke dalam bekas yang sesuai. Sejukkan.
5. Semasa menghidang, letakkan isi buah orange yang telah direndam di dalam air gula.