Thursday, October 2, 2014

Donut Kentang



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Tiba tiba terlebih rajin pula kan. Semalam sebelum balik kerja my husband suruh sediakan makan malam tiba tiba dia called dan cakap tak perlu masak sebab dia akan beli sebelum balik. So sambil bersandar di sofa + menonton drama Korea sempat fikiran melayang layang... Ermmm tak perlu masak, apa yang boleh buat ye...
 

Mari kita buat donut kentang. Selalunya saya beli donut di sebuah bakery di Shah Alam yang menjual donut terbaik pernah saya makan dengan harga RM2.50 sebiji. Tapi sebiji pun dah kenyang kerana ia bersaiz agak besar.

 

 Puashati dengan hasilnya. Masih lembut walaupun sudah sejuk.

Resepi saya ambil dari FB Tahrunnisah Jali. Nanti kalau free saya salin resepinya di sini.


Selamat menjamu mata. Dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua umat Islam dan selamat bercuti kepada mereka yg tidak meraikannya.

Bahan bahan
250 gram tepung gandum
1 biji kentang - rebus dan lenyek (mashed) hingga halus
1 biji telur ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu)
2 sudu besar susu tepung
70-100 ml air ais
1 1/2 sudu besar shortening/marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu kecil baking powder
1 3/4 sudu kecil yis mauripan

Cara cara

1. Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunan, kemudian masukkan telur yang dipukul dulu dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan shortening atau marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik, Uli selama 20 minit.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bentuk doh tersebut dgn acuan donut dan susun donut di atas dulang yang ditabur tepung gandum... dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas, semasa menggoreng turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus.
5. Angkat dan tabur dengan gula halus / icing sugar.


# tips nak gebu lagi
masukkan 1 sudu makan shortening di dalam minyak semasa menggoreng.

 

3 comments:

  1. hmm.. lama tak buat donut.. donut kentang memang tahan lama kelembutannya walaupun sampai ke pagi esok...

    ReplyDelete
  2. dapnya...mak kite selalu buat donut kentang ni...
    tp anak mak kite xpenah buat lg...hihi

    ReplyDelete
  3. AS salam lama akak tak ziarah...ha..ha.sibuk memanjang..sedap ni..memang tengah cari resipi donut..akak ambik coba ya

    ReplyDelete