Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....
Bagaimana dengan sambutan Hari Raya Eidul Adha anda? Alhamdulillah kita rakyat Malaysia masih mampu untuk menyambutnya walaupun sederhana tetapi yang paling penting negara kita aman dan dikelilingi oleh keluarga, rakan rakan dan jiran tetangga yang baik. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki daripada mengimpikan sesuatu yang belum pasti kita gapai. Bila kita lihat kepayahan orang lain, barulah kita sedar betapa bernilainya apa yang kita sedang miliki. Sesungguhnya ini peringatan untuk diri sendiri.
Hari raya kali ini agak bermakna buat saya kerana diberi kesempatan bertemu kawan kawan lama yang terpisah bertahun lamanya. Kesempatan bertemu walaupun untuk seketika menggamit kenangan waktu persekolahan.Berbual tentang kenangan lama sambil bertanya khabar setelah sekian lama.
Berbalik kepada entry kali ini saya sajikan Masak Lemak Telur Itik dengan Belimbing Buluh. Selalunya kalau pulang ke kampung, tempat yang saya suka sangat ialah pasar tani yang menjual pelbagai hasil kampung. Kadang kala berjam lamanya kerana bila nampak hasil jualan yang jarang atau tidak pernah saya nampak mulalah ringan saja mulut saya bertanya. Apa namanya, bagaimana cara untuk memasaknya.
Kata orang kalau malu bertanya sesat jalan....
Bahan bahan
3 biji telur itik
250 ml santan pekat
1 cm kunyit hidup
10 biji cili padi - kurangkan jika terlalu pedas
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai - diketuk
10 biji belimbing buluh
Daun kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara cara
1.Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk
2. Masukkan santan pekat dan tambah air ke dalam periuk tadi. Masukkan juga belimbing buluh, serai dan daun kunyit. Kacau selalu sehingga mendidih.
3. Setelah mendidih, masukkan telur itik satu persatu sambil dikacau perlahan supaya telur tidak pecah.
4. Perasakan dengan garam secukupnya.
sedap! dah lama tak makan masak lomak telur dgn belimbing...
ReplyDeleteSalam Kak Hazila,
ReplyDeleteSedap tu masak lemak dengan belimbing buluh! Terliurrrrr
Selamat Hr Raya Eid Adha Zila... k.gee pun masak lemak telur semalam... sedap makan smpi licin tak sempat nk shooting... hihi
ReplyDeleteSalam, boleh bagi resipi tak sbb akak pun ada telur itik kat rumah tp tak tau nak masak apa....tq
ReplyDeletemasakan yang jarang kita masakkan..bila nampak terus terliur dan tak sabar nak memasaknya..
ReplyDeletebelimbing buluh tu mmg penyedap rasa,tp syg pokok yg kat kg kampung dah mati, tetiba teringat kat arwah mah sy yg suka guna belimbing buluh dlm apa jua masaknnya.
ReplyDelete