Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Kembali bersiaran di pagi Isnin.
Suasana terasa sedikit lengang mungkin kerana ramai yang mengambil kesempatan bercuti panjang sempena cuti Tahun Baru Cina.
Tuan rumah kurang sihat sikit, tekak terasa perit. Mungkin sebab terlebih makan limau agaknya. Kalau ikutkan bagai tak mahu berhenti mengunyah...
Walaupun kurang sihat tapi ada mood untuk menyediakan kuih Tako. Lagipun kuih ini senang sangat kan. Kalau malas nak buat bekasnya menggunakan daun pandan, boleh gunakan bekas atau gelas kecil. Maklumlah kadang kala sukar untuk mendapatkan daun pandan yang lebar. Boleh juga gunakan daun pisang.
Jamu mata dulu ye.. nanti saya update resepi.
Lapisan Bawah
25 gms tepung hoen kwe hijau
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
5-6 biji sengkuang cina @ water chestnut
Cara
1. Campurkan semua bahan kecuali sengkuang cina, gaul sebati.
2. Masak di atas api perlahan, kacau sehingga adunan kental dan kelihatan letusan kecil. Masukkan sengkuang cina yang telah dipotong dadu.
3. Matikan api dan tuangkan adunan ke dalam bekas yang sesuai.
Lapisan Atas
25 gms tepung hoen kwe putih
2 cawan santan
1/2 cawan air
secubit garam
Cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk, gaul sebati kemudian masak dengan api perlahan dan cara yang sema seperti lapisan bawah.
2. Setelah dimatikan api, tuang adunan ke atas lapisan bawah tadi. Sejukkan sebelum dinikmati.
musim demam sekarang ini, saya pun sama...beberapa hari lepas ada cerita dengan kawan nak cari kuih tako yang lapisan bawah ada biji2, selalu tepung pelita takde kan...
ReplyDeleteKuih tako rasanya dari Thai. Biji yg putih itu ialah sengkuang cina atau water chestnut.
ReplyDeleteget well soon zila…btw cantik sungguh kuih tako zila, terrier tgknye
ReplyDelete'terliur'
ReplyDeleteSesiapa yang minat memasak try
ReplyDeletehttp://amazing-tm5.blogspot.com/
pasti Terbaik