Tuesday, October 13, 2015

Kek Buah Kukus

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Agak lama juga saya plan nak buat kek buah kukus menggunakan resepi dari blog Azlita tapi asyik bertangguh dari hari ke hari. Ingatkan nak buat untuk makan semasa Hari Raya Aidil Adha tempohari tapi rasa macam malas la pulak. Memandangkan kami hanya berhari raya di Shah Alam saja dan menyibukkan diri menyertai majlis Qurban di surau dan masjid berdekatan, jadi bertangguh lagi.

Memandangkan keluarga saya nak datang hujung minggu lepas, jadi saya terus buat sebab at least ada juga juadah yang boleh dijamu nanti. Saya menggunaka bekas aluminium foil jadi masa kukusan memang boleh dijimatkan. Resepi yang dikongsikan Azlita menghasilkan 2 bekas aluminium foil dan hanya ambil masa 1 jam 45 minit lebih kurang untuk masak.

Bagi saya kek ni memang sedap cuma terlalu manis pada deria rasa saya. Mungkin lain kali saya akan cuba kurangkan kuantiti gula dan lihat bagaimana hasilnya.




Kek Buah Kukus

Bahan A

300 gm gula halus
250 gm mentega ~ 1/2  bergaram salted dan 1/2  lagi tidak bergaram unsalted
500 gm buah-buah kering campuran mixt fruit
50 ml air panas

Bahan B

350 gm tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat ( 10 gm)
1/2 sudu kecil  cream of tarta ( 3 gm)
1 sudu kecil serbuk buah pala ( 3 gm)

Bahan C

1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur gred A

Cara cara
1. Sediakan dahulu bahan A. Proses membuat bahan A ini adalah sama seperti proses membuat gula hangus.
Gula yang di gunakan sebaiknya gula halus, kerana ia memudahkan dan mempercepatkan lagi gula kita mencair.

2. Gunakan 1/2 bahagian tu mentega bergaram salted dan 1/2 lagi yang tidak bergaram unsalted ini untuk menghasilkan rasa lemak pada kek.

3. Masukkan gula dalam periuk. Panaskan dan cairkan gula hingga perang, jangan sampai hangus,nanti kek anda akan pahit. Gunakan api yang kecil sahaja.

4. Bila gula dah mula cair keperangan, tuangkan air panas. Berhati-hati semasa menuang air kerana ia akan merecik. Kacau rata hingga tiada ketulan gula.

5. Masukkan pula mentega dan biarkan ia mencair,masukkan pula buah-buahan campuran dan masak hingga ia mendidih dengan api perlahan.
Bila dah mendidih tutup api dan biarkan ia sejuk atau suam.

6. Sementara kita menunggu adunan buah-buah kering ini suam, bolehlah ayak dahulu bahan-bahan kering. Campurkan tepung, soda, tatar, serbuk pala atau serbuk cinamon ( jika di gunakan ) kemudian di ayak.

7. Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam adunan buah-buahan tadi sedikit-sedikit dan gaul rata. Ketepikan, dalam bekas lain pula putar telur hingga berbuih. Anda boleh gunakan blender juga untuk memutar telur. Kemudian tuangkan telur ke dalam adunan tepung dan buah-buahn tadi.Masukkan juga esen vanilla dan gaul rata.

8. Sediakan 3 bekas aluminium bersaiz 7 1/2 X 3 1/2 in, sapukan butter di dalamnya.
Tuangkan adunan dalam ketiga-tiga bekas sama banyak, tutup bekas dengan aluminium foil.

9. Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya, masa mengukus antara 1 jam 1/2 hingga 1 jam 45 minit.Bila dah masak, tutup api dan biarkan kek sekejap dalam kukus selama 10 ~ 15 minit, kemudian baru keluarkan.

10. Tunggu kek hingga benar-benar sejuk sebelum di potong.Kek ini semakin lama di simpan semakin enak rasanya.  

Untuk langkah demi langkah bagaimana untuk  menyediakannya boleh rujuk di sini.



5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

    ReplyDelete
  3. sedapnya dah lama tak makan kek ni

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum, boleh saya nk bertanya mcm mna kita nak bezakn mentega bergaram d tak bergaram

    ReplyDelete
  5. Norhayati Mdzin,

    Pada pembalut ada dinyatakan samada bergaram atau tidak. Salted untuk bergaram dan Unsalted untuk tidak bergaram.

    ReplyDelete