Petang semalam, masa dok sembang sembang kosong ngan my husband, tiba tiba dia ajak saya pergi Alor Gajah tengahari esok. Saya tanya nak buat apa? Saja jalan jalan cari buah durian ker.... Saya pun setuju la, bukan senang my husband lapang dan boleh pergi jalan jalan makan angin. Kalau setakat nak makan durian tu, duit tol dan minyak pergi Alor Gajah pun dah boleh beli durian kat Shah Alam. Kami bertolak dari Shah Alam pukul 12 tengahari tadi dan sampai balik rumah pukul 5 petang. Saya ajak my husband stay overnight kat Melaka tapi masalahnya my husband dah janji dengan kawan kawanya. Takpelah next time........
Petai ni 7 papan RM5. Kalau kat Shah Alam, 3 papan RM5.
Durian, ada yang jual longgok dan paling murah 1 kg 50 sen sahaja.
Belacan Melaka
Punyalah banyak buah Binjai kat sini. Yang sebelah kiri Binjai Manis dan sebelah lagi Binjai Masam.
Buah Cempedak sekilo RM4
Rambutan ada yang 1 ikat RM2 dan ada yang 1 kilo RM3
My husband beli 1 longgok durian, ada lebih kurang 40 biji dengan harga RM5o. Dia plan nak bagi pada kawan kawannya esok.
Terliur tengok petai yg matanya besar dan baru dipetik, saya beli 1 ikat.
Yang ini pula lemang dan rendang ayam Melaka. Sedap juga.
Ini pula kerepek tempe, maruku,popia mini (tak nampak) dan sagun.
8 comments :
wah bestnyer dpt jalan² ke Melaka..petai? my fav tuh n durian juger
Bestnye... rasa cam nak beli semua semua jer....
alahai petai tu beli 1 ikat jek?klu banyak mau gak sy jalan2 ke shah alam nak ngendeng petai barang seikat hiks...
Fariena, bila org offer gi jalan jalan, apalagi takyah fikir panjang.Dengan cepatnya menggangguk setuju.
Ijan, kalau dok kat sana, rasa semua benda nak beli. Padahal bukan nak makan sangat.
hehehehe...Fiza, itupun akak nak sedekah kat kawan separuh. Kat rumah ni akak sorang je makan petai tu.
murahnyer.....:)
Post a Comment