Bahan bahan
12-15 udang bersaiz besar (kupas dan cuci)
1/4 cawan kacang tanah panggang ( saya tukar dengan gajus)
10 cili kering/kurangkan kalau guna cili kering yg biasa.
1/4 bawang besar ( dipotong dadu)
1/2 biji cili capsicum hijau
3 batang daun bawang ( guna bahagian putih sahaja)
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 1/2 sudu makan minyak
Kung Pao Sauce:
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh tepung jagung
4 sudu makan air
1/4 sudu teh minyak bijan
3 dashes white pepper powder
1/2 sudu teh cuka hitam
1/2 sudu teh gula
Cara:-
- Campurkan bahan bahan untuk membuat Kung Pao Sos. Ketepikan.
- Panaskan kuali dan masukkan minyak masak, biarkan ia panas. Masukkan bawang putih dan kacau sebentar.
- Masukkan bawang besar, cili capsicum dan cili kering. Kacau hingga berbau spicy aromas dari cili kering tadi.
- Masukkan udang dan gajus dan teruskan mengacau. Bila udanag sudah separuh masak, masukkan sos kung pao tadi. Kacau hingga kuah hampir pekat.
- Akhir sekali masukkan daun bawang, kacau dan bolehlah diangkat.
4 comments :
sedapnyer... 1st time tgk menu nih.. terliuq skejap..:P cuka itam tu leh ganti ngn cuka biasa tak pn zila..:):)
Yang ini akak tak berapa pasti sangat sebab cuka hitam tak sama rasa dengan cuka biasa.
uish.. kung pao prawn pun ade ek... menarik :)
Biasa dengar ayam je kan. Tapi udang pun tak kurang sedapnya.
Post a Comment