Sunday, December 20, 2009

Kari Ayam Kampung


Lunch hari ni saya masak kari ayam kampung yang dah 2 hari dok dalam esbok. Plan nak masak hari Jumaat memandangkan hari tu cuti, tapi lain yg dirancang lain yg jadi.

Bahan bahan

1 ekor ayam kampung - dipotong saiz yg sesuai, cuci dan tos
1 batang kulit kayu manis
2 ulas bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
sedikit jintan manis dan jintan putih
1 labu bawang besar - dihiris nipis
1 tangkai daun kari
1 biji tomato - dihiris nipis
1 biji cili besar hijau - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
4 biji baby potato - kupas dan belah 2
2 sudu makan cili kisar
Air asam jawa secukupnya
1 packet serbuk kari daging
Santan
Minyak
Air secukupnya

Cara cara
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga,jintan manis dan jintan putih hingga naik bau.
2. Masukkan bawang besar yang telah dihiris, tomato dan cili hijau. Gaulkan sebentar.
3. Masukkan bahan kisar, serbuk kari dan daun kari. Gaulkan sekata dan masak hingga pecah minyak atau rempah masak.
4. Masukkan ubi kentang dan ayam. Gaul dan masukkan santan pekat dan air hingga menutupi ayam dan kentang.
5. Biarkan ia mendidih, perasakan dengan garam dan air asam jawa.
6. Tutup periuk dan biarkan ia mereneh seketika sehingga ayam dan kentang masak.

No comments :