Thursday, December 3, 2009

Mini Blender



Sebelum cuti raya haji, saya pergi Tesco dan dengan tak sengaja "terbeli" mini bender ni. ( Boleh percaya ke istilah tak sengaja?) sekarang pun memang guna blender biasa jenama philips. Tapi kadang kala benda yg nak dikisar tu sikit sangat. Nak guna lesung batu, tulang kita ni rapuh. Takut berterabur pulak tulang kat lantai.

Jadi dengan alasan ni, saya terbeli mini blender ni. Memang agak kecil, lebih kurang 400 ml je. Sesuai le kalau setakat nak blend sebiji apple tu. Maklumlah, saya cuma dua org je yg nak makan, so selalu masak tu dalam small portion. Rice cooker pun dah lama tak guna, masak nasi pun guna Microwave je.

Lagipun saje je nak tayang mini blender ni, sebabnya........... dengki kat JIYA. Dia beli rice cooker Philips.




~ Yesterday is History, Tomorrow is Mystery and Today is a Gift. That's why we called it Present ~

11 comments :

Ernie said...

perkataan 'terbeli' memang tak boleh pakai ha..ha..ha...
tapi elok jugak sebab akak duk berdua pastu pulak barang tu akak pakai.

geraugebang said...

Oooo, sebab tu tinggal epal sebiji pun buat air ya. Kita dah tau dah sebabnya. Iya laa, orang ada blender baru.Kita adalah sangat jeles.

Nukilan ida said...

hihihi...
ada sale kat manerrr tu??
ini yang jeles ni....
bih kurang bapa sen yer kak zila..haha
ida now terpaksa bli blender yang baru gak sebab blender favourite ku yang ku beli sejak 4 tahun yg lalu dan tak bergerak apa2 pas on..
blender yang baru ni tak best! (yerla orang baru!) lagipun dia nyer dry blend hampas! kener guna bekas wet blend yang gedabak besar tok blend bebawang tumisan tok makan n 2 orang sahaja!
huh! melepas perasaan kat sini..hihi

ps: sib baik gorang pisang tu jauh!kalau depan mata...longgar diet! hahaha

pB said...

B4 raya hari tu , pB pun terbeli "Philips Fruit And Vegetable Juicer".

Harga asal tiga ratus lebih. Dpt beli dengan harga seratus lima puluh.

Huhuhu

hazila said...

Ernie,
Kadang kala beli benda yg tak guna sangat. Tapi yg ni memang berguna sangat.

hazila said...

Kak gerau,
hahahaha....malas la nak eksen kat kak gerau. Takpe nanti kita simpan balik ye.

hazila said...

Ida,
Takde sale pun. Saje jalan kat TESCO, nampak, berkenan dan angkut.

hazila said...

PB,
Berbaloi tu sebab 50% less. Kalau saya pun mau tergoda jugak.

Anonymous said...

400ml jer? kiutnyer.... sesuai nk wat jus tue kak... tak rugi la terbeli pon.heheh... akak, akak masak nasi pakai rice cooker wat cemane? kite pon selalu masak nasi cikit2 rasa nk try macam akak gak la...

hazila said...

Ijan,
Akak guna microwave yang ada function rice caserole. Tapi kat sini ada jual bekas untuk masak nasi guna microwave.

Anonymous said...

Hmmm, gitu eh. microwave kite yg termurah dipasaran takde function tue.hehhehe