Sayur ni sedap kalau makan cam gitu jer. Nak masak pun senang sebab bergantung pada apa yg ada kat dapur.
Bahan bahan
Cendawan tiram
Carot
Jagung muda
Capsicum
Bawang besar
Bawang putih
Udang
Sos tiram
Garam
Tepung ubi dicampur sedikit air
Air
Cara-Cara
- Udang dibersihkan dan ditos. Ketepikan. Bawang besar dipotong bulat, bawang putih dihiris halus dan sayur sayuran lain dipotong saiz yg sesuai.
- Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu. Masukkan udang dan goreng sebentar.
- Masukkan semua sayuran, gaul sebati, kalau perlu masukkan sedikit saja air. Masukkan sos tiram, gaul dan perasakan.
- Tuang larutan tepung ubi dan gaul sekata. Tutup api dan boleh dihidangkan.
No comments:
Post a Comment