Bahan bahan
300 gms ayam - dipotong kecil
1 tangkai daun kari
2 sudu makan rempah masak merah ( saya beli cap Che "O")
1 sudu makan cili kering kisar
2 cm halia
2 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang merah - dimayang
1 keping asam
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
Beberapa biji bunga cengkih
50 ml santan pekat
Sedikit air
Garam dan gula
Cara cara
- Halia, bawang putih dan bawang merah dibahagi 2 bahagian.
- Satu bahagian dikisar halus dan campurkan dengan rempah masak merah dan cili kering kisar/boh. Satu bahagian lagi untuk menumis.
- Tumiskan halia, bawang merah, putih, bunga lawang, cengkih dan kayu manis hingga naik bau. Masukkan campuran yg diatas dan masak hingga pecah minyak. Masukkan daun kari.
- Kemudian masukkan ayam. Gaul sebati dan biarkan seketika. Masukkan santan dan air separas ayam sahaja. Biarkan ia mereneh seketika.
- Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga ayam empuk dan kuahnya agak pekat.
No comments:
Post a Comment