Bahan bahan ( Sesuai utk 2 org )
5 gms serbuk agar agar
200 ml air
200 ml susu segar
Beberapa titis pewana pink
1 sudu kecil strawberry emulco
1/2 cawan gula ( measuring cup ) - boleh kurangkan sedikit kerana agak manis.
Cara cara
- Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan juga serbuk agar agar. Biarkan seketikan.
- Panaskan air dan serbuk agar agar tadi sehingga mendidih, kemudian masukkan gula.
- Kacau biar gula dan serbuk agar agar larut, kemudian masukkan susu segar, pewarna pink dan strawberry emulco.
- Kacau lagi supaya larutan sebati, biarkan ia mendidih seketika dan tutup api.
- Tuang larutan ke dalam acuan yg sesuai dan biarkan ia sejuk. Lebih enak kalau disimpan di dalam peti sejuk sebelum dihidang.
No comments :
Post a Comment