300 gms sotong sederhana besar - dibuang kulit,dicuci dan ditoskan
2 cm halia - dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1 ulas bawang besar- dimayang
4 tangkai cili kering - dipotong menyerong
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap cair
2 sudu makan sos tiram
Garam dan gula
Minyak bijan utk menumis
Cara cara
- Panaskan minyak bijan, tumiskan halia, bawang putih,bawang besar dan cili kering hingga naik bau.
- Masukkan kicap pekat, kicap cair dan sos tiram. Gaul sebati.
- Kemudian masukkan sotong, gaul sebentar dan perasakan.
- Masak seketika, jangan terlalu lama kerana akan membuatkan sotong menjadi liat.
- Setelah masak, tutup api dan bolehlah dihidangkan.
No comments :
Post a Comment