Saturday, June 30, 2012

Strawberry & Banana Smoothies


Salam dan selamat sejahtera


Sedar tak sedar dah penghujung bulan Jun. Cepat rasanya masa berlalu......
Beberapa minggu lagi kita akan mula berpuasa, saya lihat ramai yang dah mula menyediakan persiapan untuk hari raya terutama pakaian untuk anak anak. Kuih kuih raya sudah mula kelihatan, bolehlah beli dulu untuk merasa sebelum hari raya nanti. Rasa macam baru saja hari raya tahun lepas berlalu.....

Sebenarnya ada banyak plan yang saya nak buat di dapur saya. Rasanya lama juga tak buat cheese cake, dah beli semua bahan tapi asyik bertangguh saja. Cream Cheese dah 2,3 kali asyik keluar masuk peti ais. Hari ni my husband dah bersuara sebab agak lama juga oven tidak beroperasi. Katanya dah lama tak buat roti. Nampaknya kena luangkan masa bila big boss dah bersuara....



Berbalik pada entry kali ini, saya hidangkan Strawberry & Banana Smoothies. Maklumlah bila ke Cameron Highland antara barang yang mesti beli tentunya buah strawberry. Macam tak pernah jumpa buah strawberry pulak bila excited angkut banyak banyak. So apalagi sumbat semuanya masuk dalam peti ais dan buah dah mula mengecut.

Sehari dua ni mungkin akan keluar resepi berasaskan strawberry je.



STRAWBERRY & BANANA SMOOTHIES
10-15 biji buah strawberry - buang daun dan potong kecil
1 biji pisang montelyg ranum - potong kecil
1 cawan ais
3 sudu madu
2 cawan susu segar

Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar hingga halus dan sebati.
2. Tuangkan ke dalam gelas yang sesuai.


Wednesday, June 27, 2012

Sup Sayur Campur




Salam dan Selamat Sejahtera...

Kebelakangan ni saya dah makin kurang update blog. Maaf dan terima kasih sebab masih sudi singgah walau tiada entry baru. Insayallah sedang berusaha menguruskan masa supaya ada kesempatan untuk update My Small Kitchen sekerap mungkin.

Since tak ada bereksprementasi mencuba resepi baru di dapur, saya cuma letak gambar Sup Sayur Campur yang saya masak untuk makan malam tadi.  Memandangkan stok sayur yang agak banyak dari kebiasaannya, saya campurkan apa juga sayur yang ada di dalam peti ais tu. Sedap juga menghirup kuah, memandangkan tekak yang kurang selesa.




Ladang Teh Boh

Kebelakangan ni saya dan suami agak sibuk dan keletihan. Dah beberapa kali plan nak bercuti tapi asyik tergendala atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan. Maklumlah kerja sendiri, tak kerja tak ada la duit kan... Jadi selalu kena dulukan urusan kerja dari kepentingan peribadi. 

So dua minggu lepas my husband ajak berehat di Cameron Highland, just bersantai santai sambil minum teh dan makan scones. Mula mula plan nak pergi 16/06/2012 tapi tak jadi kerana ada small gathering dengan kawan kawan lama. Then postponed ke minggu depannya pulak. Seminggu tu pulak sibuk berulang alik ke KDN di Putrajaya menolong my parents uruskan permit untuk pekerja Indonesia. Memang agak meletihkan bila kena berurusan dengan Kementerian Dalam Negeri ni...


Since my parents ada di rumah saya, percutian "berdua" bertukar menjadi "berempat"....




Wednesday, June 20, 2012

Puding Mangga & Saffron


Salam,


Lama juga saya tidak bersiaran ye..... Maaf sebab asyik tengok sambal hitam je bila jengah dapur saya sejak seminggu lepas. Ada kengkangan masa sikit. Tuan rumah pun kurang sihat sikit, jadi banyak perkara yang terpaksa ditangguh dulu. Kena dulukan mana yang lebih perlu....

Ada orang obsessed dengan buah oren.... ( merujuk kepada cik puan shahriah masterchef tu....), saya pulak agak teruja dengan buah mangga. Rasanya hampir 3 minggu rumah saya tak putus putus bekalan buah mangga. Sekejap mangga chokonan lah, waterlily lah dan yang terbaru entah nama apa pun saya tak tau...

Asal nampak buah mangga, rasa nak beli je....



Bila dah bosan makan begitu saja, saya buah jus mangga. Then tukar jadi Mango Lassi atau buat smoothies. Agaknya muka pun dah ada iras iras buah mangga. Kalau terserempak dengan makcik yang tengah menjinjing plastik yang penuh buah mangga tu...... itu mungkin saya!!!!!


Puding Mangga & Saffron
( anggaran 4 bekas seperti dalam gambar)

Bahan bahan
400 gms isi buah mangga (anggaran)
2 cawan susu segar
2 sudu besar gula pasir - bergantung pada kemanisan buah mangga, buah mangga yg saya gunakan manis sgt.
1 sudu teh serbuk agar agar
Secubit saffron
Kacang pistachio untuk hiasan

Cara cara
1. Kisar buah mangga dengan 1 cawan susu segar hingga hancur. Ketepikan.
2. Masukkan 1 cawan susu segar, gula pasir, serbuk agar agar dan safron ke dalam periuk. Panaskan hingga gula hancur dan serbuk agar agar larut.
3. Tuangkan buah mangga yang telah dikisar ke dalam periuk, kacau sebati dan biarkan seketika.
4. Matikan api dan tuang ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
5. Taburkan dengan kacang pistachio semasa menghidang. Optional.

*** Jika suka tekstur puding lebih lembut, lebihkan kuantiti susu segar yang digunakan.




Saffron 

- thanks to Cik Google-

Saffron (pronounced play /ˈsæfrɒn/) is a spice derived from the flower of Crocus sativus, commonly known as the saffron crocusCrocus is a genus in the family Iridaceae. Each saffron crocus grows to 20–30 cm (8–12 in) and bears up to four flowers, each with three vivid crimson stigmas, which are each the distal end of a carpel.[1] Together with the styles, or stalks that connect the stigmas to their host plant, the dried stigmas are used mainly in various cuisines as a seasoning and colouring agent. Saffron, long among the world's most costly spices by weight,[2][3] is native to Southwest Asia[4][3] and was first cultivated in Greece.[5] As a genetically monomorphic clone,[6]it was slowly propagated throughout much of Eurasia and was later brought to parts of North Africa, North America, and Oceania.
The saffron crocus, unknown in the wild, likely descends from Crocus cartwrightianus, which originated in Crete or Central Asia;[6] C. thomasii and C. pallasii are other possible precursors.[7][8] The saffron crocus is a triploid that is "self-incompatible" and male sterile; it undergoes aberrant meiosis and is hence incapable of independent sexual reproduction—all propagation is by vegetative multiplication via manual "divide-and-set" of a starter clone or by interspecific hybridisation.[9][8] If C. sativus is a mutant form of C. cartwrightianus, then it may have emerged via plant breeding, which would have selected for elongated stigmas, in late Bronze-Age Crete.[10]
Saffron's bitter taste and iodoform- or hay-like fragrance result from the chemicals picrocrocin and safranal.[11][12] It also contains acarotenoid dye, crocin, which imparts a rich golden-yellow hue to dishes and textiles. Its recorded history is attested in a 7th-century BC Assyrian botanical treatise compiled under Ashurbanipal,[13] and it has been traded and used for over four millennia. Iran now accounts for approximately 90 percent of the world production of saffron.[14] Because each flower's stigmas need to be collected by hand and there are only a few per flower, saffron is the most expensive spice in the world.


Wednesday, June 13, 2012

Sambal Hitam Pahang


Salam,
Malam ni saya buat sambal hitam Pahang yang dah agak lama juga bertangguh. Bukan pasal apa, cuma bila nak merebus belimbing buluh tu yang selalu tak menjadi. Padahal bukannya susah sangat, masukkan saja belimbing buluh dalam periuk, masukkan sedikit garam dan rebus hingga belimbing buluh bertukar warna menjadi kehitaman.


Inilah belimbing buluh yang telah direbus hingga kehitaman. Boleh simpan di dalam peti ais dan gunakan bila perlu.

Resepi Sambal Hitam Pahang saya ambil dari rumah Madiha @Ratna. Untuk menyediakannya tidaklah sesukar mana, tetapi rasanya memang sedap especially di makan dengan nasi panas. Bagus juga simpan stok sebab nanti bila bulan Ramadhan, selalunya tidak berselera sangant nak makan nasi waktu sahur. Mungkin sambal ni akan menaikkan selera sikit.



Selain sambal hitam ni saya buat juga masak lemak kobis dengan tempe. Since my husband tak berapa berkenan denganmenu malam ni, dia beli telur bungkus sebagai lauk tambahan.



Tuesday, June 12, 2012

Timun Betik


Salam,


Pernah dengar atau lihat buah Timun Betik?
Rasanya buah ini senang didapati di sebelah pantai timur terutamannya di Kelantan. Di Selangor jarang sangat boleh jumpa buah ini terutamanya di pasaraya. kalau bernasib baik boleh jumpa di pasar pasar tani.

Saya pun kebetulan jumpa buah ini semasa ke pasar tani Sabtu lepas. Itupun hanya ada sebiji saja, mungkin sebab ramai yang tak tau kewujudannya dan bagaimana untuk menyediakannya jadi tiada yang memberi perhatian kepada buah yg hanya sebiji tu. Mungkin ada 2 jenis buah Timun Betik, satu kulitnya berjalur seperti tembikai dan satu yang plain colour seperti honey dew.

Buah Timun betik yang masak ranum berbau wangi seperti bau buah honey dew. Tetapi isi buah timun betik tawar dan tiada rasa.


Saya cuma pernah makan timun betik ini dengan susu segar ditambah gula pasir. Ada yang buat jus seperti honey dew jus tapi saya belum pernah cuba. Mungkin nanti akan saya cuba memandangkan buah ini masih berbaki.

Kali ini saya menggunakan santan yang ditambah sedikit garam dan di makan dengan manisan gula kabung. Rasanya sedikit unik, lemak lemak dan manis dari gula kabung.


Kebiasannya menjadi menu di bulan puasa.

Sunday, June 10, 2012

Lontong & Sayur Lodeh


Salam,

Baru berkesempatan untuk update blog. Macam la sibuk sangat, tapi malas betul nak ambil gambar. Saya dah masak sayur lodeh ni awal pagi lagi, tapi asyik bermalas malasan di depan TV. Tambahan my husband keluar lepas hantar saya balik. Biasanya hari ahad kami akan sarapan diluar, balik rumah baca paper sekejap sebelum my husband keluar. Then baru saya start buat apa yang perlu sebelum masak untuk makan tengahari...



Pagi Sabtu my husband ajak ke pasar tani cari barang basah, masa jalan jalan tu ternampak orang menjual lontong nasi. Dia hanya menjual lontong nasi tetapi tiada sayur lodeh. So saya beli 2 ketul dan plan nak buat sayur lodeh hari ni. kalau takde lontong nasi biasanya saya guna ketupat segera. Tapi terasa kelainannya makan lontong nasi sebab ia berbau wangi daun pisang yang digunakan untuk membalutnya.



Sayur lodeh yang tak berapa cukup bahan, saya cuma beli beberapa bahan yang perlu saja. Ada sesetengah bahan yang saya tidak masukkan, yang penting dalam sayur lodeh saya mesti ada tempe, kacang panjang, karot, kentang, fucuk dan suhun.



Saya cuma buat sambal tumis kosong, sebab saya plan nak buat sambal ketam untuk my husband. jadi jimat masa. Saya dah rebus telur tapi terlupa nak masukkan pula. Itulah takde perancang yang betul sebelum ambil gambar, kucar kacir jadinya....


Friday, June 8, 2012

Sambal Buah Kuini


Selamat berhujung minggu....

Cuti sekolah dah hampir ke penghujungnya. Masih sempat untuk bawa keluarga berjalan jalan sebelum sekolah dibuka semula. Suami saya memang tak nak kemana mana waktu cuti sekolah, sesak sangat katanya. Tapi dia memang tak suka berjalan jalan pun.....

Hari tu masa saya balik dari kampung, saya ada bawa buah kuini. Kebetulan banyak juga buah tapi tiada orang yang nak makan. Saya cuma ambil 3 biji, tapi sebab sibuk masa keluarga saya datang sampai saya terlupa. Baru perasan tadi, buah dah ada yang buruk, cuma tinggal sebiji saja yang masih elok.

So masa saya kupas buah, rupa rupanya dah tak berapa elok isinya. So nak makan saja pun tak berapa puas. Jadi terfikir nak buat sambal kuini. Then saya celur kacang bendi sebagai peneman.

Alhamdulillah dah kenyang.

Thursday, June 7, 2012

Bubur ChaCha dengan Keledek Oren


Salam dan Selamat Pagi....

Kebelakangan ini cuaca panas sangat, duduk dalam bilik yang berpenghawa dingin pun seakan akan tak memberi kesan. Tidur malam pun kurang selesa, bukan setakat on aircond, siap on kipas juga.

Malam semalam masa keluarga saya ada dirumah, masing masing mengeluh sebab kepanasan, kesian si kecil yang merengek sebab tidak selesa. Tetapi bila hampir pagi, hujan turun sekejap. Sekali dengan guruh yang begitu kuat sehingga terasa rumah bergegar, memang menyeramkan.....




Berbalik pada entry hari ini ialah Bubur Cha Cha dengan Keledek Oren. Beli keledek dan bubur cha cha ni dah agak lama. Ingatkan nak buat untuk menjamu keluarga saya, tapi tak sempat nak makan kat rumah pun sebab asyik berjalan ke sana ke mari.... Akhirnya buat untuk kami yang makan. Sebab keledek pun dah hampir nak buruk. Dari dibiarkan dan akhirnya masuk tong sampah.



Rasanya ramai yang tahu macam mana nak menyediakan bubur cha cha. Saya lebih suka rebus bubur cha cha hingga kembang dan toskan. Sementara keledek saya kukus hingga empuk. Perahkan kelapa parut menggunakan air masak, jadi bila kita rebus santan, gula/gula melaka dan daun pandan tidak perlu sampai mendidih lama sebab santan akan pecah minyak. Saya rebus sekadar gula hancur dan masukkan sedikit garam untuk memberikan rasa lemak. Kemudian masukkan bubur cha cha dan keledek.

Lain orang lain caranya.....

Tuesday, June 5, 2012

Tuan Rumah Cuti Ambil Gambar........


Salam dan Selamat Sejahtera....


Sudah beberapa hari tak ada entry baru, sebab hujung minggu lepas balik kampung. Kemudian 3 org anak sedara ikut balik. Sibuk dengan kerja dan kerenah anak anak sedara. Hari ni adik dari Terengganu sekeluarga dan ibu bapa saya pula datang ke rumah. Riuh rendah rumah saya sekarang.... Sebenarnya ada beberapa resepi yang saya plan nak buat tapi terpaksa ditunda buat sementara waktu.

Terima kasih kepada yang masih sudi bertandang walau tak ada entry baru......


Friday, June 1, 2012

Stir Fry Chicken



Salam Jumaat....


Dan selamat berhujung minggu. Entry kali ini ialah Stir Fry Chicken, kes nak habiskan stok ayam yang saya beli untuk buat rendang ayam tempohari. Padahal hari tu cuma beli 1/2 ekor ayam saja, 3/4 buat rendang ayam dan tinggal suku + leher ayam yang dapat percuma. Maklumlah penjual ayam tu jiran sekampung....

Esok cuti umum sempena Keputeraan Yang Dipertuan Agong, so saya dan suami akan pulang ke kampung. Kebetulan adik saya dan keluarganya pun dah ada di rumah keluarga saya di kampung. Seronok juga berkumpul beramai ramai sekali sekala....


Menu yang simple, menu campak campak kata orang. Tapi alhamdulillah my husband yang tak berapa gemarkan ayam pun boleh sukakannya.

STIR FRY CHICKEN

Bahan bahan
300 gms ayam - anggaran
1 inch halia - mayang
3 ulas bawang putih - mayang
1 labu bawang besar - dihriris nipis
Sedikit capsicum merah,hijau dan kuning - dihpotong memanjang
3 kuntum cendawan shiitake - hiris

Bahan Perap
1 sudu makan kicap pekat
Secubit garam
Secubit gula

Bahan Perasa
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cuka
1 sudu makan sos cili
Garam secukup rasa
Sedikit campuran tepung jagung dan air untuk memekatkan kuah.

Cara cara
1. Perapkan ayam bersama sama bahan perap lebih kurang 15 minit.
2. Panaskan sedikit minyak, gorengkan ayam sebentar dan letak di dalam pinggan.
3. Tumis halia, bawang putih dan bawang besar hingga layu, kemudian masukkan semula ayam yang telah digoreng tadi.
4. Goreng sebentar, kemudian masukkan cendawan shiitake dan biarkan seketika.
5. Masukkan bahan perasa dan potongan capsicum. Kacau sebati dan akhir sekali masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung jagung untuk memekatkan kuah. Biarkan seketika dan bolehlah diangkat.