Wednesday, October 28, 2015

Chia Seed Pudding


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Mood tengah rajin, so hari hari ada entry. Nanti kalau demam liat nak update sampai berminggu baru muncul. Hari ini saya masukkan entry berkaitan Chia Seed. Dulu dulu saya ingatkan Chia Seed tu sama atau benda yang sama dengan Biji Selasih. Apa taknya, bentuk dan keaadaannya sekali imbas serupa. Tetapi bila dibelek dan ditenung memang berlainan.Tetapi bila direndam di dalam cecair ia kelihatan sama seperti biji selasih yang direndam di dalam air yang biasanya kita campur di dalam air sirap.

Saya selalu campurkan chia seed ke dalam overnight oats untuk sarapan. Atau campurkan ke dalam minuman. Chia seed boleh didapati di pasaraya tertentu seperti Jaya Grocer atau kedai yang menjual barangan organik. 


 Nutrient content and food uses
A 100-gram serving of chia seeds is a rich source of the B vitamins thiamine and niacin (54% and 59%, respectively of the daily value (DV), and a good source of the B vitamins riboflavin and folate (14 and 12%, respectively). The same amount of chia seeds is also a rich source of the dietary minerals calcium, iron, magnesium, manganese, phosphorus, and zinc (>20% DV). See chart pictured at right for complete nutritional information.
In 2009, the European Union approved chia seeds as a novel food, allowing up to 5% of a bread product's total matter.
Chia seeds may be added to other foods as a topping or put into smoothies, breakfast cereals, energy bars, granola bars, yogurt, tortillas, bread, made into a gelatin-like substance, or consumed raw.[11][12][13][14] The gel can be used to replace as much as 25% of egg content and oil in cakes while providing other nutrients





Chia Seed Pudding

Bahan bahan
3 sudu besar Chia Seed
125 ml santan
70 ml air

Bahan sampingan

Hirisan pisang
Madu
Almond nibs/nuts

Cara cara
1. Campurkan Chia seed, santan dan air. Kacau sebati dan biarkan semalaman di dalam peti sejuk.
2. Hidangkan chia seed puding bersama sama dengan hirisan pisang, madu dan almond nibs. Anda juga boleh pelbagaikan bahan sampingan seperti buah mangga, apple, strawberry dan sebagainya.

Tuesday, October 27, 2015

Glutinous Rice Ball with Crushed Peanut


  
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Masih belum selesai ceritera tentang Kacang Tumbuk. Semalam resepi kedua menggunakan kacang tumbuk. Glutinous Rice Ball with Crushed Peanut in a syrup. Sebenarnya ia menggunakan bahan asas yang sama dengan Muah Chee iaitu Tepung Beras Pulut dan Kacang Tumbuk.

Resepi ini lebih kurang seperti kita menyediakan kuih Buah Melaka atau Onde onde. Cara penyediaannya pun lebih kurang sama, cuma inti Buah melaka ialah gula kabung/gula melaka tetapi untuk resepi ini kita gunakan kacang tumbuk. Sementara gula kabung atau gula melaka kita jadikan ia sebagai sirap.



Bahan bahan
1 cawan tepung beras pulut
1 sudu besar tepung beras
1/2 cawan air suam
Secubit garam
Kacang tumbuk secukupnya

Bahan untu sirap
1 ketul gula melaka
1 cawan air
3 hiris halia tua
1 helai daun pandan

Cara cara
1. Campurkan tepung beras pulut, tepung beras dan tuangkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh sama seperti untuk membuat buah melaka.
2. Ambil sedikit doh, isikan dengan kacang tumbuk dan seal doh menjadi bebola. Buat hingga doh habis.
3. Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh dan biarkan doh timbul di permukaan. Angkat dan masukkan ke dalam bekas lain yang berisi air biasa.
4. Masak semua bahan untuk sirap gula melaka hingga mendidih dan tapiskan.
5. Hidangkan bebola tepung beras pulut bersama sama sirap gula melaka dan taburkan kacang tumbuk.

 

Monday, October 26, 2015

Muah Chee



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Bertemu kembali di hari Isnin. Shah Alam hujan lebat semalam, agak lama juga tiada hujan. Walaupun jerebu masih ada, sekurang kurangnya dapat mengurangkan bahang yang agak memeritkan bila berada diluar.

Hari tu terasa nak makan "Sengkuang Calit". Hirisan sengkuang yang disapukan kuah rojak kemudian ditabur dengan kacang tumbuk. Ermmm kalau beli sepotong RM2 rasanya. So kalau nak makan berulang ulang beli saja sengkuang, kuah rojak dan kacang tumbuk. Puas makan sekeluarga.
 
 
Kacang tumbuk selalu ada dijual dikedai bakeri atau pasaraya tertentu. Saya beli satu paket dalam 500 gms rasanya. Biasanya tak boleh simpan lama sebab ia mudah rasa "lemau" atau masuk angin. So google cari resepi mudah untuk menghabiskan stok kacang tumbuk yang ada. Ada beberapa resepi mudah yang saya jumpa, salah satunya ialah Muah Chee ( Glutinous Rice Snack with Peanut & Sugar ). Bila google saja, banyak resepi yang muncul, boleh cuba yang mana berkenan samada yang susah ataupun yang paling senang.

So saya cuba resepi yang paling senang dan menggunakan kuantiti yang paling sedikit sebab tidak pasti bagaimana rasanya jadi kena buat se minima yang mungkin supaya tidak membazir.
 


Muah Chee
Serving : 4 persons ( estimated )

Bahan bahan
120 gms tepung pulut
180 ml air
2 sudu makan minyak bawang goreng
Kacang tumbuk
Gula pasir

Cara cara
1. Campurkan tepung pulut, air dan minyak bawang goreng. kacau sebati.
2. Masukkan ke dalam microwave, tekan butang HIGH dan tekan 4 minit. Kemudian tekan START dan biarkan ia selesai.
3. Keluarkan doh/adunan yang sedikit melekit dan biarkan ia sejuk sebentar.
4. Gaulkan kacang tumbuk dengan gula dan tuangkan ke dalam bekas seperti dulang.
5. Tuangkan doh tadi ke atas kacang tumbuk dan gunting kepada cebisan yang sesuai. Gaul dengan kacang tumbuk.
6. Taburkan dengan bawang goreng.

 

Thursday, October 22, 2015

Infused Water


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Memandangkan keaadaan udara yang tidak menyihatkan melanda negara sekarang, kita digalakkan mengambil air mencukupi. Terutamanya air putih. Tetapi biasalah kan, kadang kala agak sukar untuk minum air kosong sampai 2 @ 3 liter sehari. Saya antara yang kadang kala liat untuk menghabiskan air kosong sebanyak itu. Ermmmm kata nak kurangkan berat badan, tapi malas nak minum air kosong...

 

Jom kita buat infused water. Kita boleh gunakan buah buahan yang sesuai. Lemon, limau nipis, limau kasturi, timun, oren atau apa juga buah yang kita suka atau yang ada dalam dapur. Kalau boleh tanpa gula atau kalau rasa agak sukar diterima tekak,kita tambahkan sedikit gula atau lebih baik gunakan madu.
 


Jom minum.....

 

Wednesday, October 21, 2015

Ayam Pandan




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Gara gara teringin nak makan Ayam Pandan, gigih buat sendiri. Plan asal nak makan dengan nasi lemak untuk menu hari sebelumnya tetapi tak sempat sebab balik kerja dah agak lambat. So saya sediakan bahan dan perap semalaman, jadi semalam baru saya goreng. Instead of makan dengan nasi lemak, cuma makan ayam saja.

Ada yang dah nampak garing dan sebahagiannya tidak. Saya sepatutnta goreng dalam minyak yang agak banyak atau deep fry. Tidak mengapa, lain kali boleh cuba lagi.
 


Resepi dari FB Mamak Haji, cuma saya kurangkan kuantiti. Resepi dibawah seperti yang diberikan oleh Mamak Haji.

Bahan bahan

8 - 10 ketul ayam yang telah dibersihkan. (size ketulan 1 ekor ayam di potong 16 bahagian).
3 batang serai diketuk hancur.
1/2 kecil (tsp) serbuk lada hitam kasar.
10 helai daun pandan


Perencah dikisar untuk peram:
5 biji bawang merah.
5 ulas bawang putih.
1 inci halia.
1 inci kunyit hidup.
1 inchi lengkuas
1 sudu besar ketumbar.
1 sudu kecil jintan putih.
10 biji cili padi/api.
100gm santan pekat.
1 sudu besar (tbsp) gula merah/ melaka dihiris.
1 sudu besar sos perasa tiram.
Garam dan minyak masak.


Cara cara
1. Gaulkan ketulan ayam, serai dan lada hitam bersama garam. Biasanya digunakan isi ayam, tapi gunakan semua bahagian ayam lagi jimat.
2. Kisar semua bahan-bahan dan gaulkan dengan ketulan ayam tadi. Peram sekurang-kurangnya 1 jam atau simpan di peti sejuk semalaman dalam bungkusan plastik.
3. Keluarkan dan balut dengan daun pandan ke ketulan ayam. Untuk mengekalkan daun pandan terlucut semasa gorengan (ketulan ayam akan mengecut dan melonggarkan daun pandan) cucuk daun pandan kepada isi ayam dengan lidi (tooth pick).
4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga ketulan ayam masak.
5. Ayam pandan goreng sangat wangi pandan dan berasa rempah kemelayuan yang unik. Makan bersama dengan nasi lemak panas-panas. Selamat mencuba.







Monday, October 19, 2015

Puding Sedut Lagi....


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Buat lagi Puding Sedut. Resepi yang sama cuma letak warna sikit supaya nampak lebih ceria. Tapi masih malas nak tunggu melapis satu demi satu warna. Mula mula je lepas tu dah tak kuasa nak tunggu, so campurkan saja semua. Ok juga bila semua warna bercampur, ala ala abstrak juga kan....
 


Kali ini cuma masukkan gambar saja. Sebab lama tak gunakan Camera Canon untuk ambil gambar. Kadang malas nak angkut tripod. Selalu guna Samsung NX2000 sebab ringan dan tak perlu gunakan tripod.
 
Insyaallah sehingga bertemu lagi.

 

Tuesday, October 13, 2015

Kek Buah Kukus

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Agak lama juga saya plan nak buat kek buah kukus menggunakan resepi dari blog Azlita tapi asyik bertangguh dari hari ke hari. Ingatkan nak buat untuk makan semasa Hari Raya Aidil Adha tempohari tapi rasa macam malas la pulak. Memandangkan kami hanya berhari raya di Shah Alam saja dan menyibukkan diri menyertai majlis Qurban di surau dan masjid berdekatan, jadi bertangguh lagi.

Memandangkan keluarga saya nak datang hujung minggu lepas, jadi saya terus buat sebab at least ada juga juadah yang boleh dijamu nanti. Saya menggunaka bekas aluminium foil jadi masa kukusan memang boleh dijimatkan. Resepi yang dikongsikan Azlita menghasilkan 2 bekas aluminium foil dan hanya ambil masa 1 jam 45 minit lebih kurang untuk masak.

Bagi saya kek ni memang sedap cuma terlalu manis pada deria rasa saya. Mungkin lain kali saya akan cuba kurangkan kuantiti gula dan lihat bagaimana hasilnya.




Kek Buah Kukus

Bahan A

300 gm gula halus
250 gm mentega ~ 1/2  bergaram salted dan 1/2  lagi tidak bergaram unsalted
500 gm buah-buah kering campuran mixt fruit
50 ml air panas

Bahan B

350 gm tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat ( 10 gm)
1/2 sudu kecil  cream of tarta ( 3 gm)
1 sudu kecil serbuk buah pala ( 3 gm)

Bahan C

1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur gred A

Cara cara
1. Sediakan dahulu bahan A. Proses membuat bahan A ini adalah sama seperti proses membuat gula hangus.
Gula yang di gunakan sebaiknya gula halus, kerana ia memudahkan dan mempercepatkan lagi gula kita mencair.

2. Gunakan 1/2 bahagian tu mentega bergaram salted dan 1/2 lagi yang tidak bergaram unsalted ini untuk menghasilkan rasa lemak pada kek.

3. Masukkan gula dalam periuk. Panaskan dan cairkan gula hingga perang, jangan sampai hangus,nanti kek anda akan pahit. Gunakan api yang kecil sahaja.

4. Bila gula dah mula cair keperangan, tuangkan air panas. Berhati-hati semasa menuang air kerana ia akan merecik. Kacau rata hingga tiada ketulan gula.

5. Masukkan pula mentega dan biarkan ia mencair,masukkan pula buah-buahan campuran dan masak hingga ia mendidih dengan api perlahan.
Bila dah mendidih tutup api dan biarkan ia sejuk atau suam.

6. Sementara kita menunggu adunan buah-buah kering ini suam, bolehlah ayak dahulu bahan-bahan kering. Campurkan tepung, soda, tatar, serbuk pala atau serbuk cinamon ( jika di gunakan ) kemudian di ayak.

7. Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam adunan buah-buahan tadi sedikit-sedikit dan gaul rata. Ketepikan, dalam bekas lain pula putar telur hingga berbuih. Anda boleh gunakan blender juga untuk memutar telur. Kemudian tuangkan telur ke dalam adunan tepung dan buah-buahn tadi.Masukkan juga esen vanilla dan gaul rata.

8. Sediakan 3 bekas aluminium bersaiz 7 1/2 X 3 1/2 in, sapukan butter di dalamnya.
Tuangkan adunan dalam ketiga-tiga bekas sama banyak, tutup bekas dengan aluminium foil.

9. Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya, masa mengukus antara 1 jam 1/2 hingga 1 jam 45 minit.Bila dah masak, tutup api dan biarkan kek sekejap dalam kukus selama 10 ~ 15 minit, kemudian baru keluarkan.

10. Tunggu kek hingga benar-benar sejuk sebelum di potong.Kek ini semakin lama di simpan semakin enak rasanya.  

Untuk langkah demi langkah bagaimana untuk  menyediakannya boleh rujuk di sini.



Monday, October 5, 2015

Egg Banh Mi


  
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Setelah beberapa kali bertangguh, akhirnya saya buat juga Egg Banh Mi @ Sandwich Telur stail Vietnam ni. Biasanya daging atau ayam digunakan sebagai intinya atau filling. Tapi saya tak nak "berat" sangat sebab plan nak masak daging untuk menu lunch jadi saya tukar gunakan telur. Saya hanya buat scrambled egg atau boleh juga buat telur mata.




 Selain daripada jeruk carrot dan daikon yang saya buat tempohari, saya juga letak hirisan timun dan daun ketumbar. Sementara untuk sosnya saya gunakan mayo dan sos cili. Sebenarnya roti baguette ni agak keras so rasanya boleh guna roti yang sedikit lembut. Kita ubah ikut kesesuaian sendiri.



Sarapan hujung minggu yang simple.

 

Daging Dendeng


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Cepat saja masa berlalu, tanpa sedar sudah memasuki bulan Oktober dan hampir ke penghujung tahun. Masalah jerebu masih belum reda, harap kita menjaga kesihatan dengan sebaiknya.

Kali ini saya upload gambar Daging Dendeng yang sedap pada deria rasa saya dan suami. Resepi saya ambil dari blog Kak Nor Secubit Garam. Selain dari di makan dengan ketupat nasi, ia juga sesuai dijadikan lauk untuk nasi putih. Gambar hanya menggunakan kamera telefon sebab malas nak charge bateri kamera..... ( Aduhaiiii malas betul makcik ni...)


Bahan:-
500 gm daging batang pinang
2 cawan air
* 2 batang serai - diketuk
* 1 inci halia - diketuk (*untuk direbus dgn daging)
2 sudu besar cili kering yang dikisar
2 sudu kecil rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar kicap pekat manis
1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
3 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa
sedikit air (jika perlu)
1 helai daun pandan - disimpul
1/2 cawan bawang goreng
minyak masak secukupnya

Bahan Kisar:-
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
2 cm halia

Cara Memasak:-
1. Potong daging kepada saiz 4 x 4 inci, bersihkan dan rebus hingga daging empuk. Angkat dan toskan. Hiris daging nipis2. Buat hingga siap.
2. Tumbuk-tumbuk sedikit setiap keping daging.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap daging tadi hingga nampak garing sikit di bahagian tepinya. (boleh gunakan minyak lebihan bawang goreng untuk lebih sedap). Angkat dan toskan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebihkurang 1/4 cawan dan tumiskan bahan kisar serta cili kering dengan api sederhana perlahan hingga pecah minyak.
4. Masukkan serbuk kari daging, serbuk ketumbar, kacau rata. (masukkan sedikit air jika terlalu kering)
5. Masukkan gula melaka, gula pasir, kicap manis dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa.
6. Masukkan daging dan daun pandan, gaul rata. Masak hingga daging benar2 bersalut dan sedikit kering atau pecah minyak.
7. Tutup api dan tuangkan bawang goreng. Gaul rata-rata menyelaputi daging. Siap untuk dihidangkan.