Tuesday, March 31, 2009

Kastad Labu

Masa jalan jalan cuci mata, saya ternampak kastad labu ni tapi tak ingat kat rumah siapa. Kebetulan ada sebiji labu kat rumah jadi saya terfikir nak cuba buat.Takde lah susah rupanya dan yang pasti saya sukakan rasanya.

Bahan bahan

1 biji labu kuning ( saiz kecil)
3 biji telur ayam
1 cawan santan pekat
2 sudu makan gula pasir ( kalau suka manis boleh lebihkan )
Sedikit esen vanilla kalau suka

Cara cara
  • Potong atas labu, keluarkan semua bijinya.
  • Pukul telur, santan,gula dan esen vanilla hingga sebati. Biarkan sebentar hingga buihnya hilang.
  • Tuangkan ke dalam labu. Kukus labu hingga masak lebih kurang 25 - 30 minit.


Yang ini setelah labu dipotong, cuma next time kena modified sikit sebab kastadnya agak lembut sikit.

Kerutup Ayam

Dah lama pending nak cuba masak Kerutup Ayam ni. Saya beli rempah Kerutup ni di Trengganu dah agak lama juga. Sedap di makan dengan nasi atau roti.

Bahan bahan

500 gms ayam
200 ml santan ( lebih kurang )
Sedikit kulit kayu manis
Sedikit bunga lawang
Sedikit buah pelaga
Sedikit bunga cengkih
2 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
2 cm lengkuas *
1 cm halia *
1 sudu makan rempah kerutup
Asam keping
Garam & gula
Sedikit kerisek
Air
Cili merah jika suka

Cara cara
  • Cuci ayam dan toskan. Kisar bahan yang bertanda *. Bancuhkan cili kisar dan rempah kerutup dengan sedikit air.
  • Pijarkan minyak, tumiskan bunga lawang,bunga cengkih,kulit kayu manis dan buah pelaga. Masukkan bahan yang telah dikisar. Gaul rata.
  • Kemudian masukkan campuran cili kisar dan rempah kerutup. Masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan asam keping,garam dan gula. masukkan ayam dan gaul rata.
  • Kemudian masukkan santan pekat dan sedikit air. Biarkan ia mereneh sambil sesekali balik balikkan ayam supaya kuah dan ayam menjadi mesra.
  • Kemudian masukkan kerisek dan gaul semua bahan. Masukkan cili besar dan biar hingga ayam masak dan kuahnya menjadi pekat.

Udang Goreng Sempoi

Mula mula ingat nak buat kari udang, tapi memandangkan ada satu kotak santan je jadi terpaksa tukar plan. Jadi yang paling senang, goreng sempoi je.

Monday, March 30, 2009

iPhone

Demam iPhone dah melanda.......Saya ni bukan termasuk dalam kategori org yang begitu terkini dalam bab handphone ni. Sebabnya HP bagi saya cuma untuk buat call,terima call dan bersms dgn my husband jer. Itupun hari hari berjumpa dan tengok muka masing masing. Masa baru baru keluar promo pasal iPhone ni, terfikir dalam hati mesti mahal sekurang kurangnya RM 3/4 ribu harganya. Terfikir dalam hati, dari beli ni baik beli Kichenaid Mixer/Kenwood Mixer.

Then dapat tau harganya lebih kurang RM2960 (kalau tak silap), ermm....awal awal ni memang mahal sikit, tunggulah beberapa bulan nanti harganya mesti turun sikit kalau tak byk pun. Sayangnya nak keluarkan duit sebanyak tu untuk beli HP. Nak tau my husband kata apa? "I sanggup beli iPhone untuk U dari beli mixer yg U teringin nak beli tu" Hishhh...dia memang tak bagi saya beli mixer punya sebab dah byk kali dia asyik mengelak. Kesimpulannya, pakai je lah mixer tu.......

Sunday, March 29, 2009

Ikan keli Bakar & Air Asam


Hari ni menu masakan kampung, agak lama tak buat keli bakar jadi memandangkan tak ada plan nak kemana mana, saya bakar ikan keli yang saya beli kat Sunday Market pagi tadi. Ermmmm sedap makan dengan air asam dan nasi panas.

Sayur Manis Mentarang & Bayam


Sayur Manis Mentarang dengan bayam ni memang favourite my husband. Kalau masak ni memang laju jer dia makan, sebab tu kalau terjumpa je saya mesti beli. Maklumlah nak bodek cik abe.....

Siput Mentarang



Siput Mentarang- biasa didapati di kawasan pantai yang berlumpur. Kebiasaannya boleh didapati di sebelah Perlis & Kedah dan juga di Tanjung Karang Selangor. Kulitnya yang tajam menyukarkan untuk kita asingkan isi dari kulit. Agaknya baru musim kot dan yang bestnya isi siput ni besar besar belaka. Saya pernah nampak org bakar mentarang ni seperti membakar kerang.

Yang ini pula isi siput yang telah saya asingkan dari kulit.

Saturday, March 28, 2009

Bunga dari Onigiri

Dapat bunga dari Ros, cantik bunga bunga tu semua. Saya tertarik dengan bunga tulip yang ni sebab warnanya yang lembut. Thanks to Ros.

Siakap Masak Kukus


Petang semalam hujan agak lebat kat Shah Alam, kena pulak hari Jumaat, apalagi bila nak balik je mesti jem. Dah jadi satau kebiasaan, kalau hari Jumaat dan hujan lebat mesti jem yang agak teruk. So saya tunggu sampai keadaan agak reda lebih kurang 7.00 pm. Sampai rumah, nak on lampu tak menyala pulak. Tengok rumah jiran semua ada lampu, tak kan awal sangat kot nak sambut Earth Hour. Nak kata electric kena potong, tak mungkin sebab baru jer gi bayar. Nasib adik ada jadi dia yang tolong tengokkan. Rupanya modem dan adapter saya dah meletup dan terbakar menyebabkan main suiz tertutup. Alahai kalau tak mau terbakar rumah dibuatnya. Dah 2 kali modem saya kena kilat dan guruh, tadi pergi TM kat Shah Alam untuk gantikan yang baru. Jadi semalam saya masak simple jer, siakap masak kukus. Dah jemu asyik tengok kari-kari sepanjang minggu.

Bahan bahan

1 ekor ikan siakap - dicuci dan ditoskan
1 biji bawang besar - dihiris bulat
5 biji cili kering - dipotong menyerong
20 gms lobak merah - dipotong memanjang
5 cm halia - dihiris nipis
1 sudu teh lada sulah
1 sudu makan jus limau nipis/lemon
Garam secukup rasa
Beberapa titik minyak bijan
1 sudu kecil sos ikan/nampla

Cara cara
  • Ikan dilumur dengan garam dan lada sulah. Letakkan ke dalam pinggan yang sesuai.
  • Taburkan bawang besar, cili kering,halia,lobak merah ke atas ikan.
  • Renjiskan minyak bijan dan sos nampla ke atas ikan.
  • Kukus hingga masak.

Friday, March 27, 2009

Grilled Sanma

Sebenarnya tak tau pun nak masak apa dengan ikan sanma ni, jadi browse internet cari apa yang selalu org masak gunakan ikan ni. Kebanyakannya masak cara bakar, jadi saya pun saja nak cuba. so not bad, sedap.....

Thursday, March 26, 2009

Ikan Sanma & Ikan Saba


Sebelum ni cuma pernah dengar nama dari blogger yang duduk kat Japan, tapi semalam saya ternampak ikan ni nak saya beli sedikit untuk mencuba / merasa.

Wednesday, March 25, 2009

Mitos abaut Herbs

Saya dapat info dari seorang peniaga herba mostly English Herbs, jadi ingin berkongsi di sini sekadar untuk pengetahuan sahaja.

Allspice
Used in Carribean to cure colds and cramps.

Basil
Remains a symbol of love, faithfulness and eternal life. Basil comes from Greek- Basileus, which mean "King" and in France it is herbe royale.


Coriander
Used to relief abdominal pain.


Cumin
Thought to ensure happines and to keep lovers from straying. It was also a common cold remedy.


Dill
A sign of wealth to Greeks and it was used to aid digestion and calm nerves.Bath water with dill was said to make you irrestible to your lover.


Fennel
It was hung throughout medievel homes for luck and keep away ghosts.


Marjoram

Believed to induce dreams og one's future mate. A symbol of love and happines. Hippocrates used it as an antiseptic and the Egyptians used it as a disinfectant.


Mint
It is believed to stir up bodily lust, therefore soldiers were warned to stay away from it, lest they lose courage and strength fro increased lovemaking.


Parsley
Has natural ability to absorb foul odour and used as an antidote to poison.


Rosemary
used by Greek to improved memory. Students carried it to examinations, and lovers used it to ensure fidelity.

Sage
Thought by ancient Greeks, Romans and Arabs to induce immortability and wisdom. It was used to treat memory loss as well as fever and stomach disorder.

Nasi Dagang

Akhirnya berjaya gak buat nasi dagang sendiri. Nasi tu agak keras sikit sebab tak cukup lama direndam. Tapi sedap gak.

Bahan bahan

2 cawan beras wangi ( saya guna beras Vietlong -Vietnam)
1/2 cawan beras pulut
300 ml santan pekat
Ambil 1/3 dari santan pekat dan jadikan santan cair
Sedikit garam dan gula
Sedikit halba (fenugreek)
Sedikit halia yang dihiris halus
Sedikit bawang merah - dimayang

Cara cara
  • Beras wangi dan beras pulut direndam lebih kurang 6 jam. Cuci dan toskan.
  • Kukus beras tadi selama lebih kurang 8-10 minit.(Agak agak)
  • Angkat dari kukusan masukkan dalam bekas yang besar sedikit, gaulkan dengan santan cair.
  • Masukkan semula dalam kukusan dan kukus lebih kurang 5 minit lagi.
  • Di dalam bekas tadi, gaulkan santan pekat dengan sedikit garam dan gula, halba,halia dan bawang merah.
  • Angkat nasi dari kukusan dan masukkan ke dalam bekas berisi santan pekat tadi. Gaul biar semua nasi sebati.
  • Kukus sekali lagi lebih kurang 5 minit. Sedia dinikmati demgam gulai ilan aye dan acar timun.

Gulai Ikan Tongkol

Gulai Ikan tongkol atau ikan aye, kebetulan masih ada rempah gulai nasi dagang yang my mom bawa temphari. Walaupun tak sesedap yang saya selalu makan tu, tapi kira oklah untuk tekak saya.

Bahan bahan

2 ekor ikan tongkol bersaiz sederhana
15 biji cili kering *
Asam keping
2 cm lengkuas *
2 cm halia *
2 ulas bawang putih *
4 ulas bawang merah *
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
5 biji cili padi
Garam secukupnya
Sedikit gula kabung
400 ml santan pekat
Air
2 sudu makan rempah gulai nasi dagang

Cara cara
  • Ikan dipotong dan dicuci, toskan.
  • Kukus ikan bersama asam keping hingga masak. Ketepikan dulu.
  • Kisar bahan bertanda *. Masukkan santan dengan air (lebih kurang 1 liter) ke dalam periuk dan masak lebih kurang 30 minit.
  • Masukkan bahan kisar dan rempah gulai nasi dagang ke dalam santan dan kacau sebati dan biarkan ia mereneh pada api yang perlahan hingga naik minyak.
  • Masukkan bahan perasa, gula kabung, asam keping, cili merah & hijau serta cili padi. Biarkan gulai mendidih, kemudian masukkan ikan tongkol yang telah dikukus tadi.
  • Biarkan sebentar hingga semua bahan mesra, bolehlah diangkat.

Acar Timun & Karot


Buat Acar timun & karot untuk dimakan dengan nasi dagang.

Tuesday, March 24, 2009

Air Longan aka Mata Kucing

Setelah bersusah payah, akhirnya dapat minum air mata kucing buatan sendiri. Senang jer nak buat, cuma rebus isi longan tu dengan gula hingga dry longan kembang dan air berubah warna.
Saya masukkan 1 sudu kecil air gula melaka dalam gelas sebelum minum. Ia bergantung kepada kemanisan air rebusan tadi. Tapi kalau tak letak pun ok juga.

Dry Longan

Biasa saya makan buah longan @ Mata Kucing yang fresh, yang jual kat pasar/pasaraya. Hari tu masa masuk blog Vin, nampak dia buat air longan ni, rasa cam teringin lak nak buat sendiri. Padahal senang je pergi beli kat pasar malam kan... So sebelum balik rumah tadi, saya singgah pasaraya nak cari dry longan. Jumpa yang masih dalam kulit lagi, so belilah satu packet untuk percubaan.

Monday, March 23, 2009

Apam Pisang Kukus


Saya selalu fail kalau buat apam, tapi nak cuba gak buat apam pisang kukus ni. Resepi ambil dari Kak Ummi Kuantan. Tak taulah jadi ke tak, tapi memang sedap dan lembut. Kira jadilah yek....

Kari Kambing Boer


Selama hidup saya, inilah pertama kali saya masak daging kambing. Sebelum kahwin, memang tak pernah makan sebab my parents tak makan, jadi automatic semua tak makan. Tapi lepas kahwin, my husband memang makan jadi saya pun turut makan cuma tak pernah masak. Sebabnya ada orang kata susah sikit sebab kalau tak betul nanti bau hamis kambing tu masih ada. Tapi alhamdulillah, daging kambing boer ni memang sedap,tidak berbau dan tak liat. Saya beli masa last sunday kat Pasar Tani Shah Alam.

Lala Goreng Cili Kering


Masa saya tengok Lala ni, teruja sebab saiznya yang agak besar dan masih hidup lagi. Biasanya lala yang saya beli dah tak segar dan saiznya pun sedehana saja. Sebabkan malam ni saya buat kari kambing, jadi tak jadi nak masak lemak. resepi ambil dari majalah cuma tukar sikit ikut bahan yang ada kat dapur.

Bahan bahan

500 gms lala - cuci dan tos
50 gms capsicum hijau - potong dadu
50 gms capsicum merah - dipotong dadu
50 gms capsicum merah - dipotong dadu
30 gms lobak merah - dipotong dadu
10 gms daun bawang
5 gms cili kering
2 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
2 cm halia *
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula

Cara-cara
  • Kisar bahan bertanda *. Tumis cili kering sebentar, masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau. Masukkan sos tiram.
  • Masukkan lala, kacau rata. Masukkan semua bahan yang dipotong dadu.
  • Kacau rata dan biarkan ia masak hingga lala terbuka.Perasakan dengan garam dan gula.
  • Setelah kuah agak kering, bolehlah ditutup api.
  • Taburkan daun bawang sebelum menghidang.

Sunday, March 22, 2009

Spaghetti


Malam ni makan simple je, spaghetti. Malaslah pulak masak sebab yang lunch tadi dah habis.

Kacang Rebus

Petang tadi saya rebus kacang tanah untuk mengunyah depan TV. Itulah kalau tak kemana mana, mulut ni asyik nak mengunyah tak berhenti henti. Lepas tu komplen gemuk la, gebu la....

Bunga Kunyit


Masa pergi pasar tadi ternampak bunga ni, mula mula tak perasan bunga apa. Saya tanya penjual tu, katanya bunga kunyit. Biasanya orang letak dalam masak lemak, akan membuatkan masakan menjadi lebih wangi.

Sambal Tumis Udang


Sebab ada permintaan nak makan sambal tumis udang, jadi hari ni saya buat lagi. Sebelum masak kena tanya gak sebab takut bila dah masak, nanti ada yang teringin nak makan masakan lain, rugi pulak kalau tak makan.

Asam Pedas Ikan Tenggiri


Since dah beberapa hari tak masak, pagi tadi saya pergi Pasar Tani untuk beli barang basah. So untuk lunch hari ni masak asam pedas ikan tenggiri. Tapi saya cuma beli kepala ikan jer.

Thursday, March 19, 2009

Apam Comel Aiskrim Soda

Resepi saya ambil dari Onigiri@MyR. Nama asalnya Apam Comel Mitsuya Cider, tapi sebab saya gunakan aiskrim soda, kenalah tukar namanya. Thanks to Ros, tapi saya memang selalu fail kalau buat apam sebab apam memang tak merekah. Tapi tak kisahlah asal sedap dan boleh dimakan. Resepi saya copy dari MyR.

Bahan-bahan

  • 150 gram tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 75ml air mitsuya cider ( aiskrim soda)
  • sedikit pewarna merah

Cara-cara

  1. sediakan kukusan, asing putih n kuning telur, pukul putih telur hingga kembang baru masukkan kuning telur. Pukul lagi.
  2. akhir sekali masukkan gula dan tepung yang telah di ayak bersama baking powder, kemudian masukkan air soda dan kacau menggunakan sudu, pastikan semua sebati.
  3. bahagi adunan dua bahagian , satu bahagian diwarnakan merah atau hijau, satu lagi bahagian biarkan warna asal, sudukan selang seli di dalam acuan dan marble kan ikut kreativiti anda sendiri. Kukus lebih kurang 8 minit, siap untuk dihidangkan.

Sotong Masak Hitam

Dinner malam ni saya masak sotong masak hitam, walaupun perut masih belum ok sepenuhnya. Jadi masak yang simple, lagipun masih byk barang basah dalam esbok. Takut nanti bila lama lama dah kurang sedap.

Bahan bahan

500 gms sotong
2 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
2 cm halia *
2 sudu makan kicap pekat
1 biji tomato
1 tangkai cili merah - dibelah 2
1 tangkai cili hijau - dibelah 2
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula jika perlu

Cara cara
  • Bersihkan sotong dan toskan
  • Kisar bahan yg bertanda *. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
  • Masukkan serbuk lada hitam dan kicap pekat serta sotong, gaul rata.
  • Masukkan garam,gula dan sedikit air asam jawa. Kacau lagi.
  • Akhir sekali masukkan bawang,tomato,cili dan gaul rata. Setelah masak, bolehlah diangkat.

Wednesday, March 18, 2009

Bubur Nasi

Malam ni saya makan bubur nasi jer. Hehehe...habis semua menu kebiasaan. Sebenarnya saya kena ci*** bi*** dari pagi tadi. Entahlah mungkin salah makan atau terlebih makan. Tension tau, tambahan nak pergi kerja, dengan jem lagi. Nasib baik sekarang cuti sekolah jadi takdelah teruk sangat jem tu. Jadi hari ni saya memang lembek habis, so minta husband bungkus makanan untuk dinner dia dengan my brother. Untuk saya, saya buat bubur nasi, letak sayur kangkung, ikan bilis dan telur asin.

Tuesday, March 17, 2009

Siakap 3 Rasa


Malam ni dinner masak ikan siakap 3 rasa. Tak kisahlah berapa rasa pun asalkan mengenyangkan.

Hadiah dari Hot FM


Petang semalam masa balik dari kerja, singgah Bukit Jelutong sebab nak isi minyak kereta. kebetulan dah masuk situ, singgah kat Pasaraya My Mydin sebab nak beli santan untuk buat Kuah durian. Masa nak balik ke kereta tu ternampak kereta Viva yang ada logo Hot FM. My brother cakap tu mesti skuad Hot FM yang bagi hadiah. So kitaorang pun pergilah menyebok sama dengan org lain. Jawab soalan yang saja saja tu, dapatlah hadiah.

Roti Jala & Kuah Durian


Hari Ahad lepas, my husband beli durian 2 biji. Hari yang sama makan sebiji. Lepas tu yang sebiji tu duduk atas kabinet dapur sampai semalam. Kalau dibiarkan lama lama nanti masam pulak. Then my husband kata dah lama tak makan kuah durian, jadi bangun awal pagi tadi buat kuah durian dan roti jala. So breakfast pagi tadi makan roti jalan & kuah durian.

Sambal Tumis Bamboo Lala


Akhirnya saya jumpa gak Bamboo Lala aka Razor Clam. Hari tu siput buloh yang saya beli leper tapi bamboo lala panjang dan bulat, cam buloh. Kali ni masak sambal tumis atas permintaan my other half.

Butter Prawn


Udang lagi!!!!! Mesti ada yang terfikir camtu kan... Nak buat camne, orang kat rumah ni memang suka makan udang dan yang seangkataannya. Semalam nampak kat rumah Kak Zai, teringin nak buat pulak. Tapi tension sebab masih tak tak tau bagaimana nak buat sarangnya tu. My husband kata, oklah tu....nanti lama lama jadilah juga. hehehe...nak ambik hati isterilah tu.