Friday, July 31, 2009

Award Dari Ayu Singapore

Gi ambik award ni kat rumah Ayu. Thanks my dear friend.

Banana Puff


Tengok ada balance puff pastry masa buat mushroom pie tempohari, kalau dibiarkan lama lama mesti keras kejung dalam peti ais. So pagi ni saya buat banana puff untuk breakfast.

Bahan bahan

Puff Pastry
Pisang Berangan
Kuning Telur

Cara cara
  • Belah pisang dan potong kepada size yang sesuai.
  • Letakkan pisang ditengah, letakkan sedikit telur disekeliling kulit,lipat kulit pastry dan tekan dengan garfu.
  • Letakkan di atas dulang pembakar, sapu permukaan puff dengan kuning telur.
  • Bakar hingga kekuningan.
  • Sedia dihidangkan dengan sos coklat atau jem kesukaan.

Spicy Tamarind Shrimp


Dinner semalam semua berasaskan masakan siam, Siam Night. Dah selalu sangat buat sambal udang, gulai udang, udang masak kunyit, jadi malam ni kita tukar sikit selera ye... Mari Pandang ke Siam. Resepi dari website Temple of Thai. Sorry ye, malas betul nak translate ke BM.

Ingredients

  • 1 lb. large prawns or shrimp (about 16-20 per pound size)
  • 1/4 cup peanut oil
  • 2 large shallots, halved lengthwise and sliced crosswise, 1/8-inch thick
  • 8 cloves garlic, chopped
  • 1/3 cup tamarind juice the thickness of fruit concentrate
  • 4 large dried red chilies, each cut into 2-3 pieces
  • 1/4 cup chopped onion
  • 2 jalapeno or serrano peppers, chopped with seeds
  • 2 Tbs. fish sauce (nahm bplah), to taste
  • 1 Tbs. hot chili sauce
  • 1 Tbs. Maggi seasoning sauce
  • 1 Tbs. palm or coconut sugar, to taste
  • Lettuce to line serving platter
  • 1 red jalapeno pepper, cut into long, fine slivers
  • 1 green onion (dense part of stalk only), cut into 1 1/2-inch lengths, then split into thin matchstick-size slivers
  • A few cilantro sprigs for garnishing

Preparation

Shell, de-vein and butterfly the prawns; give them a saltwater bath to freshen. Rinse and drain well. Let sit at room temperature for at least 20 minutes before stir-frying.

Heat the oil in a small skillet for 2-3 minutes. Add the sliced shallots and fry over low to medium heat, stirring occasionally until the pieces are evenly browned and crisped (may take 20-25 minutes). Drain from oil with a fine wire-mesh strainer. Return oil to skillet and fry the garlic over medium-high heat until golden brown. Drain likewise, reserving the oil for stir-frying.

Heat a wok over high heat until its entire surface is smoking hot. Swirl in 2 Tbs. of the reserved oil to coat the wok surface. Wait a few seconds for it to heat. Then add the dried chili pieces and fry quickly until they are dark red. Remove from oil with the wire-mesh skimmer. Toss the chopped onion and chilies into the wok and saute until softened and aromatic. Add tamarind juice, fish sauce, Sriracha hot chili sauce, Maggi or Gold Mountain sauce and palm sugar. Stir well to blend and heat to a sizzling boil.

Add the prawns and with frequent stirring, cook over high heat until the sauce is thick and the prawns are cooked to your liking (2-4 minutes, depending on their size). Turn off heat and add the fried shallots, garlic and dried chilies Toss well. Transfer to a lettuce-lined serving platter. Garnish with slivered red chili, green onion and cilantro sprigs.

Thursday, July 30, 2009

Tom Yum Seafood

Kali ni saya cuba resepi Mixed Seafood Tom Yum (Tom Yum Taleh) dari Temple of Thai. Senang dan cepat, Rasanya pun boleh tahan.

Ingredients

  • 3 cups water
  • 1-2 pcs fresh lemon grass, tough tops cut off, cut into 3" lengths
  • 3 pcs garlic, smashed with the side of the cleaver
  • 2 tsp of sea salt (only!)
  • 2 small whole squid (optional), cleaned and sliced crosswise into 1/2" rings
  • 3/4-1 lb dark, oily flesh fish such as mackerel, cleaned and cut into 3" long pieces (including bones and head if you like)
  • 1/4 lb small to medium-sized shrimp, heads and shell removed, tail intact
  • 2-3 limes, juiced
  • 3-4 pcs fresh kaffir lime leaf
  • 4+ fresh Thai chilies (prik kee noo), as few/many as you like
  • Fish sauce,
  • Fresh tomato, sliced lengthwise into 6 pieces

Preparation

Bring water, lemon grass, garlic, and sea salt to a boil for 4 minutes. There should be just enough water to cover the seafood once it is all added, by about 1 inch.

Add squid and fish. Boil another 2 minutes. Add shrimps. Add juice of 2 limes, kaffir lime leaf, chilies. Taste and adjust seasoning with fish sauce if needed. Add tomato. Turn off heat. Serve with large soup spoons and jasmine rice.

Daging Masak Merah Ala Thai


Alahai...hari sibuk sikit dari pagi, baru sempat nak letak entry. Semalam semua masakan berasaskan daging dan tulang lembu. Selain dari sup tulang, saya masak Daging Masak Merah Ala Thai ni yg saya cilok dari rumah Hana. Tapi sebabkan saya nak cepat sebab sampai rumah lambat, saya tak rebus dulu daging tu. Nasib baik lembut je.Hehehe...biasalah bab megubahsuai resepi mengikut keadaan semasa.

Wednesday, July 29, 2009

Homemade Jeruk Kedondong


Hari tu kan saya bawa balik buah kedondong satu beg sampah, puas makan buat jus, coleh dengan garam belacan, makan cam tu je, lastly saya buat jeruk. Resepi ambil dari MyR. Sedap tau, tambahan pula homemade dan takde bahan pengawet.

Ketam Goreng Bertelur


Sebenarnya saya nak buat Butter Crab, tapi baru perasan telur tak cukup. Lepas tu, memandai mandai tambah susu segar dalam telur merah. Ha padan muka, telur tu tak menjadi. Tapi makan habis juga. Resepi sila ikut resepi untuk menbuta Butter Prawn.

Sotong Goreng Berempah


Resepi asal, sotong ni dipanggang. Tapi memandangkan mood kemalasan tu masih ada jadi saya memandai mandai gi goreng. Ok juga rasanya.

Ayam Goreng Radix


Hari tu masa balik Perlis, saya ada beli tepung RFC. Jadi semalam saya gunakanlah, nak juga tau camne rasanya. Oklah, not bad juga rasanya. Kalau malas nak pegi KFC, bolehlah goreng sendiri kat rumah ye. Jimat sikit kos......

Tuesday, July 28, 2009

Air Kelapa Bersusu

First time saya cuba minuman ni masa pergi Sungai Buloh dengan my parents. Biasalah mak saya kalau datang, mesti nak cuci mata kat Nursery Sg Buloh tu. So pagi pagi Ahad 2 minggu lepas, kami pergi lebih kurang pukul 10.30 pagi. Pagi tu tak buat breakfast yang berat pun, jadi sampai Sg Buloh, kami melilau cari gerai yang jual makanan. Pusing pusing, jumpa satu kedai makan yang dah bersiap nak jual makanan untuk lunch. Apalagi, yg nak breakfast dah jadi lunch terus. Kat kedai dia ada jual air kelapa dengan susu, air kelapa dengan ais krim, abc dan macam macam lagi. Bila rasa air kelapa bersusu ni cam sedap je, jadi balik rumah buat sendiri je lah.

Menu Dinner Malam Tadi....

Ayam Masak Kicap Pedas

Daging Bakar & Air Asam

Entahlah sejak sehari dua ni rasa malas sangat nak masak. My husband cakap, ha..tu dah terlebih masaklah tu, sampai takde mood nak masak. Ada ke terlebih masak..... Selagi mulut nak makan je, memang le kena masak. Lainlah kalau duit terlebih banyak, bolehlah ambil tukang masak atau hari hari gi makan kat kedai/restoran/hotel ke.

Coconut Grater


Hari tu dah janji nak tunjuk gambar pengorek isi kelapa. Inilah rupanya. Kalau nak parut isi kelapa jadi halus cam nak perah santan tu, gunalah bahagian A. Kalau nak korek isi kelapa cam dalam coconut jelly yang saya buat tu, gunalah bahagian B.

Sunday, July 26, 2009

Mushroom Pie Ala Dome Cafe


Hari tu nampak dish ni kat rumah kak Zai. Bila tengok semua bahan yg digunakan senang dan segera je, jadi semalam saya gi TESCO cari puff pastry. Kak Zai gunakan Mushroom and Chicken soup tapi saya cuma gunakan Mushroom Soup Instant brand Maggie.

Bahan bahan

Mushroom soup segera
Puff Pastry jenama KAWAN

Cara-cara
  • Masak Mushroom mengikut arahan di paket. Ketepikan seketika.
  • Masukkan soup tadi ke dalam beberapa ramekin, jangan terlalu penuh sebab bila bakar ia akan melimpah.
  • Tutup permukaan ramekin dengan 2 keping puff pastry dengan cara bersilang.
  • Panaskan oven, bakar sehingga puff pastry bertukar warna keperangan.
  • Sedia dinikmati semasa masih panas.

Pesta Buah - Putrajaya


Tengahari tadi Mas, tayang gambar Pesta buah buahan kat Putrajaya. Saya ada tanya kat bahagian mana dan sampai bila. Sementara tu saya saja je cakap kat my husband pasal Pesta ni, tak sangka pulak di ajak gi sana jalan jalan. Saya cakap tak pasti kat mana dan sampai bila. My husband cakap, ala kita redah jerrr....



Hari Last Day, dan sampai pukul 6pm. Orang pun tak ramai dah, lagipun tak banyak sangat buah buahan / pilihan.






Kita orang just jalan jalan cuci mata je.

Breakfast Hari ni.....................


Breakfast hari ni makan simple je, roti bakar, telur separuh masak dengan kacang panggang. Sedap betul. Semalam masa intai rumah umie, nampak dia buat ni tapi ada sosej. Masa intai rumah Kmal pun ada. Sebabkan senang dan semua bahan ada, on je lah. Jemput breakfast sama sama......

Saturday, July 25, 2009

Coconut Jelly again and again.....

My husband cukup suka kalau saya buat coconut jelly ni, especially kalau sejukkan dulu. Dan saya pun suka sangat kalau dia suka apa yang saya masak. Masa dia nampak saya beli kelapa muda tu, dia tersengih, mesti dah dapat agak apa yang saya nak buat. Oh ya hari tu saya ada beli satu alat untuk korek isi kelapa muda. syok betul korek isi kelapa......

Pengat Keladi


Hari ni tak masak lunch, jadi fikir fikir apa yang nak buat untuk minum petang. Tadi plan nak ke TESCO sebab nak cari puff pastry, sebabnya saya nak cuba resepi dari Kak Zai. Tapi bila bagitau my husband, dia cakap takyah pergi lagi sebab ptg nanti dia nak ajak saya keluar. Nanti bolehlah shopping barang dapur sikit. Patutnya saya campurkan dengan ubi keledek dan pisang, sebab ubi keladi ni macam takde rasa pulak.

Card From MamaHawa S'pore


Thanks to Mamahawa for this lovely card.

Nasi Lemak Ayam Berempah


Semalam malas nak fikir menu untuk dinner, bila tanya my husband, dia suggest makan nasi lemak. Ok gak tu. Senang kerja makcik cam ni.

Ayam Goreng Berempah


hehehe....ayam goreng berempah saya terlebih geseng. Ireng je kaler dia. Inilah jadinya kalau goreng ayam lepas tu meralit buat kerja lain. Nasib baik ayam tu tak rentung terus. Resepi dari LOVE. Thanks for the lovely recipe.

Bahan bahan
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
  • Bahan2 dikisar bersama:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
  • ---------------------------------------
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!

Friday, July 24, 2009

Rebus Asam Tempoyak Kepala Tenggiri

Hari tu tengok kat rumah siapa ye, Kak Asma kot, dia masak asam tempoyak ikan patin. Tapi saya ni tak makan ikan patin. Tapi teringin nak makan rebus asam tempoyak, jadi dengan bangganya saya guna kepala ikan tenggiri yg pada asalnya niat nak masak Asam Pedas. Kira oraitlah kan, dari Asam Pedas ke Rebus Asam. Ada juga perkataan asam tu. Sebab nak kurus, saya cuma makan nasi segenggam dan ratah rebus asam ni semangkuk. ( Boleh kurus ke ni?........)

Air Jagung Susu & Nata De Coco

Dalam usaha akak nak menghabiskan stok jagung yang 12 tongkol tu, maka terhasillah air yang entah apa apa ni. Risau juga takut keracunan makanan, tapi alhamdulillah, pagi ni bangun ok je....

Thursday, July 23, 2009

Bawa Bekal.......



Semalam masa gi intai rumah kak watie, nampak dia buat cempedak goreng. Amboi meleleh ayaq liuq bila tengok gambaq tu. Biasalah, akak ni pantang nampak sedap je terus nak buat juga. Mula nak buat ptg semalam tapi tak sempat jadi buat pagi tadi dan bawa bekal gi kerja.

Kari Sotong

Dinner malam tadi, saya masak kari sotong. Mula mula ingat nak buat sotong goreng kunyit ye, tapi memandangkan ada request nak makan kari sotong, jadi secara automaticnya menu bertukar.

Pamelo & Shrimp Salad (Goi Buoi)

Masa singgah kat Perak tempohari, saya ada beli sebiji buah limau bali atau pamelo. Sedap sebab rasanya manis. So semalam saya cuba satu resepi salad yang menggunakan pamelo sebagai bahan utamanya.

Bahan bahan

1/2 biji buah limau bali
5 ekor udang - bersihkan dan dicelur
1 biji cili padi ( lebihkan kalau suka pedas)
2 ulas bawang putih
1 sudu teh fish sauce
1 sudu teh gula kabung / gula pasir
1 sudu teh perahan lemon / limau nipis
Garam jika perlu
Daun pudina dan daun ketumbar ( optional)

Cara-cara
  • Kupas limau bali dan asingkan ulas limau bali, letakkan di dalan bekas.
  • Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga hancur. Tambahkan gula, fish sauce dan lemon juice. Gaul rata.
  • Tuangkan dressing sauce tadi ke dalam bekas yang mengandungi isi limau bali. Masukkan udang yang telah dicelur. Gaul rata dan perasakan dengan garam jika perlu.
  • Hiaskan dengan daun pudina dan daun ketumbar jika suka.

Jus Amra & Asam Boi



Semalam ramai kawan kawan blogger suggest pada saya untuk buat jus amra dengan asam boi. Ini first time saya minum jus amra ni tau walau buahnya selalu makan cicah garam belacan. Mak oiiii...memang sedap you. Memang kena cuba kalau nak tau camne rasanya.

Wednesday, July 22, 2009

Cucur Jagung Manis

Hari ni menu berasaskan jagung. Kenapa? Sebabnya saya beli jagung 12 tongkol, sape nak tolong perabihkan. Jadi, saya akan pelbagaikan semua menu supaya boleh letak jagung. Semalam nak masak nasi jagung, boleh makan dengan daging masak mamak. Tapi yang sorang lagi tu asyik menggeleng kepala je. Teringat cam iklan cili giling kat Radio Sinar tu pulak. Nak jemput makan cucur ni pun dah selesai sebab buat untuk breakfast pagi tadi.

Jagung Manis

Masa buka MyR, ternampak aziemas hantar resepi jagung manis. Tergoda tengok jagung yang berselerak dalam pinggan tu, apalagi balik rumah terus mengutil biji jagung untuk direbus. Belum sempat akak ambil gambar, my husband dah cedok dulu jagung tu. Sebab tu, jagung dalam mangkuk sebelah tinggi sebelah lagi dah kurang. Syokk ooo...sambil tengok tv, sambil mengunyah jagung. Habis semangkuk pun tak sedar.

Daging Masak Mamak


Dinner malam tadi saya cuma masak simple je. Resepi saya ambil dari buku masakan Selera Perdana.

Bahan bahan

250 gms daging - hiris lebar
.................................................
3 sudu besar cili giling
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
kisar halus
.................................................
3 tangkai daun kari
5 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
bahan penumis
.................................................
1 sudu kecil pati asam jawa
4 suddu besar kicap pekat
1/2 sudu kecil gula
Minyak secukupnya
Garam secukupnya

Cara cara
  • Satukan daging dengan bahan kisar, asam jawa, kicap dan gula. Gaul sebati dan perap selama sejam.
  • Pijarkan minyak dalam kuali, tumis bahan penumis hingga wangi.
  • Masukkan daging, kacau rata dan tutup kuali. Masak dengan api sederhana hingga daging empuk.

Tuesday, July 21, 2009

Dari Lumut ke Shah Alam.....

Masa nak balik dari Teluk Batik ke Shah Alam, my husband ikut jalan biasa, tak ikut Lebuhraya Utara Selatan. Jadi kami melalui beberapa pekan. Yang kami melalui kawasan yang dipenuhi dengan tanaman kelapa. Boleh nampak pengusaha kelapa kering dan sabut kelapa.

Bila melalui Tanjung Karang, boleh nampak sawah padi yang agak luas dan terbentang jauh. Padi dah mula masak dan ada sesetengah pesawah yang sudah mengambil padi masak.


Bila melalui kawasan kampung, memang besar je biji mata menengok orang menjual pelbagai barang di sepanjang perjalanan. Terutamanya buah buah mangga, kelapa, jagung dan ubi keladi. Apalagi, bila nampak buah mangga je, secara otomatik saya akan suruh my husband berhentikan kereta.

Salah satu perkara yang menjadi tarikan kat Sungai Besar/Tanjung Karang ialah Siput Mentarang. Boleh dikatakan sepanjang jalan ada orang menjual siput ni. harganya bergantung kepada saiz.

Thai Rice Steamer


Dalam tak sempat pon, masih sempat buat satu perkara yang menjadi kegemaran saya, membeli belah. Bab yang ni memang my husband dah tak terkata apa apa dah, memang dia dah faham bebenor. Walaupun saya dah ada periuk pengukus yang biasa tu, masih juga nak merembat periuk kukus Thai ni. Biasanya org siam kukus pulut gunakan pengukus ni. Macamlah selalu nak kukus pulut kan, tapi biasalah biar menyesal beli jangan menyesal tak beli.

Barangan HPA


Sebelum balik Perlis hari tu dah cakap kat my husband nak pi pekena Radix Fried Chicken. Outlet dia dekat je ngan rumah arwah MIL. Tapi faham faham je lah kalau balik sekejap lepas tu plan nak pusing satu Perlis, mana lah nak sempat walaupun Perlis tu negerinya kecil je. Habis kalau pergi satu tempat tu sampai berjam jam, maka tempat yg lain mesti miss punya. Disebabkan tak sempat makan ayam Radix, saya cuma beli tepung goreng ayam, air kola dan air sarsi jer. Belum cuba jadi tak tau le rasanya camne.

Monday, July 20, 2009

Buah Amra aka Kedondong


Masa nak balik semalam, sempat lagi mak saudara my husband kait buah kedondong ni bagi saya bawa balik. Walau dah pesan, tak perlu banyak sangat sebab bukan ramai sangat org kat rumah saya yg nak makan. Tapi tetap satu beg plastik yang besar tu dia bagi. Sekarang tengah fikir nak buat apa dan nak bagi kat siapa..... Kalau ada sesiapa yg teringin, meh la datang rumah saya.

Jus Mangga


Saya dan mangga memang tak boleh dipisahkan. Asal nampak buah mangga je mesti nak beli. Kadang kala tu bekalan buah mangga tak putus. Since tadi saya beli buah mangga lagi, jadi saya teringin nak buat jus mangga. Sebabnya kat tempat saya beli tadi, penjual tu turut jual jus mangga. Terliur tengok jus tu.......

Teluk Batik


Lepas hantar sepupu my husband kat UiTM seri Iskandar, waktu tu dah hampir pukul 11 malam. My husband cakap dia dah tak larat nak drive balik ke Shah Alam, jadi kami decide nak cari tempat bermalam. Since dah dekat dengan Lumut, kami terus ke Teluk Batik. Main redah je, hopefully ada la bilik kosong. Tak risau sangat sebab bukan peak hour dan bukan weekend. Alhamdulillah, ada juga bilik kat Teluk Batik resort ni. Suasananya pun ok dan harganya pun taklah mahal sangat. Since my husband ada urusan, jadi takde kesempatan nak merayap kat tepi pantai, kami check out lebih kurang pukul 1o pagi.








Sempat singgah kat satu restoren, order teh ais. Sorry to saya, memang out rasanya. Mungkin tehnya atau susu tu hampir nak expired kot. Bila minum, rasa cam nak terkeluar balik. Nasib baik saya ada beli mineral water.


Kebetulan dia kata ada jual Mee Udang, since kami tak pernah rasa bagaimana rasa Mee Udang Kuala Sepetang, jadi tak boleh nak compare sedap ke tak. Tapi alhamdulillah, rasa mee ni tidak mengecewakan. Habis juga semangkuk saya balun.