Akibat terleka, pulut ku terlembik sikit. Apa ada kisah, sendiri makan, pejam mata je lah.....
Monday, June 30, 2008
Rendang Ayam
Saya ambil resepi dari majalah mingguan wanita, tapi ada ubahsuai sikit mengikut kesesuaian selera saya.
Bahan bahan
1/2 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong saiz yg disukai.
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
i inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
100 gms cili kering
50 gms ketumbar
1 biji kelapa - (ambil santan pekat sahaja)
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
5 biji cili padi
50 gms kerisik
1 keping asam gelugor
Minyak utk menumis
Garam dan gula
Cara cara
Bahan bahan
1/2 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong saiz yg disukai.
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
i inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
100 gms cili kering
50 gms ketumbar
1 biji kelapa - (ambil santan pekat sahaja)
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
5 biji cili padi
50 gms kerisik
1 keping asam gelugor
Minyak utk menumis
Garam dan gula
Cara cara
- Kisar bawang putih, merah,halia,ketumbar,kunyit,serai,lengkuas,cili kering dan cili padi.
- Tumis bahan yg telah dikisar sehingga masak dan naik bau.
- Masukkan ayam dan tunggu sehingga ayam separuh masak, masukkan santan pekat.
- Masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Kemudian masukkan kerisik dan asam keping.
- Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga agak pekat dan bolehlah ditutup api.
Mango Mochi
Resepi ambil dari rumah AlongRoz. Ini percubaan kali kedua, yg mula mula dulu tak menjadi sebab masa nak bulatkan adunan tu, melekit sangat kat tangan. Tapi nak juga cuba sampai berjaya,akhirnya jadi la juga. Sedap terutama kalau magga tu manis. Ermmm yummy...
Bahan-bahan ( 30 biji )
300g Tepung pulut
60g Tepung beras
1 sudu besar Serbuk Santan
1 1/2 sudu besar Minyak jagung
200ml Air panas + 45g Gula
160ml Susu Cair Ideal
240ml Mango juice
Kelapa parut & pewarna kuning
1 -2 biji Mangga manis
Cara-cara
Bahan-bahan ( 30 biji )
300g Tepung pulut
60g Tepung beras
1 sudu besar Serbuk Santan
1 1/2 sudu besar Minyak jagung
200ml Air panas + 45g Gula
160ml Susu Cair Ideal
240ml Mango juice
Kelapa parut & pewarna kuning
1 -2 biji Mangga manis
Cara-cara
- Campurkan semua bahan kecuali mangga dan kelapa parut. Kacau hingga sebati, tapis jika bergentel.
- Tuang adunan ke dalam bekas kukusan yg telah disapu sedikit minyak. Kukus 30 minit, kacau dan sejukkan.
- Taburkan kelapa parut ke dalam piring kecil. Ambil sesudu adunan dan diisi dengan ketulan mangga. Bulatkan dan golek dengan kelapa parut.
- Boleh dimakan terus atau simpan dalam peti sejuk seketika.
Gulai Ikan Puyu
Semalam awal awal pagi, saya ke pasar sebab stok barang basah dah habis. Masa tengok kat org jual ikan air tawar, nampak ikan puyu. Biasa makan kalau balik Perlis sebab kat sana ada sawah padi. Teringin pulak nak makan gulai ikan puyu, jadi saya beli sikit. Tapi rasa ikan tu tak sedap cam ikan puyu sawah, tapi bolehlah utk lepaskan teringin.
Saturday, June 28, 2008
Steam Tofu
Hari tu masa jalan jalan kat rumah Kak Jun, nampak dia buat tofu, memang menggoda betul. Saya guna beef instead of chicken sebab nak habiskan stok daging kat freezer. Tak perlu lauk lain dah, ratah je pun sodap.
Bahan bahan
1 packet soft tofu
200 gms minced beef
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
Sedikit carot
Sedikit daun kucai
Garam
Bahan seasoning
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu kecil gula
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu kecil pepper
Sedikit Air
Cara cara
Bahan bahan
1 packet soft tofu
200 gms minced beef
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
Sedikit carot
Sedikit daun kucai
Garam
Bahan seasoning
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu kecil gula
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu kecil pepper
Sedikit Air
Cara cara
- Steam / kukus tofu selama 2 minit dan buang air yg terhasil. Ketepikan.
- Panaskan minyak, saute bawang merah dan putih hingga kekuningan, masukkan minced beef. Biarkan seketika.
- Sementara itu, campurkan semua bahan seasoning ke dalam mangkuk, gaul sebati dan masukkan ke dalam kuali tadi.
- Kacau, masuukan carot,cili merah dan daun kucai. Perasakan.
- Sedia dinikmati panas panas.
Mango Kiwi Smoothie
Mana dapat resepi ni pun saya dah tak ingat. Sebab tu masa buat smoothie ni main agak agak jer.
Bahan bahan
1 biji mango - dipotong dadu
1 biji kiwi - dipotong dadu
100 ml susu segar
Sedikit gula
Sedikit air batu (ais)
2 sudu makan jus mango
Cara caranya
Bahan bahan
1 biji mango - dipotong dadu
1 biji kiwi - dipotong dadu
100 ml susu segar
Sedikit gula
Sedikit air batu (ais)
2 sudu makan jus mango
Cara caranya
- Kisar air batu bersama sama dengan susu segar dan sedikit gula.
- Masukkan ke dalam bekas yg sesuai.
- Tuangkan jus mango dan masukkan mango dan kiwi yg telah dipotong dadu.
- Sedia dinikmati segera kerana mudah cair.
Friday, June 27, 2008
Mushroom Soup
Semalam sempat buat Mushroom Soup untuk breakfast pagi tadi. Resepi ambil dari minami@MyR. Sedap cam kat pizza hut. Saya guna fresh mushroom instead of yg dalam tin tu.
Bahan-bahan ( 6 org )
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum
Cara-cara
potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang.
Bahan-bahan ( 6 org )
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum
Cara-cara
potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang.
Char Kuey Teow
Semalam memang malas betul. My husband dah tanya ada tak leftover kari semalam, lagi senang cerita. Biasanya memang gitu, kalau masak kari kepala ikan, saya akan buat lebih sikit sebab the next day mesti dia akan tanya the same question. Jadi saya masak char kuey teow dari resepi Che Iza@MyR. Sedap tau..... Malas betul ni.... jadi saya salin je lah ye!!!!
Bahan-bahan
* UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula
* UTK MEE *
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur
Cara-cara
UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
Bahan-bahan
* UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula
* UTK MEE *
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur
Cara-cara
UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
Thursday, June 26, 2008
Udang Vietnam Style
Jumpa resepi ni dalam salah satu majalah kat rumah. Boleh tahan juga rasanya.... Ala ala rasa tomyam sebab letak paste tomyam.
Bahan Bahan
4 ekor udang bersaiz besar ( 300 gms)
1 biji bawang besar - dikisar
2 biji cili merah - dikisar
4 biji cili padi - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan paste tomyam
Sedikit Belacan
Sedikit air
Garam dan Gula secukup rasa
Cara caranya
Bahan Bahan
4 ekor udang bersaiz besar ( 300 gms)
1 biji bawang besar - dikisar
2 biji cili merah - dikisar
4 biji cili padi - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan paste tomyam
Sedikit Belacan
Sedikit air
Garam dan Gula secukup rasa
Cara caranya
- Tumis bahan kisar sehingga naik baunya. Masukkan sos cili,tomato, paste tomyam dan kicap cair.
- Masukkan sedikit air bergantung kepada kepekatan kuah yg dikehendaki. Biarkan ia mereneh seketika. Masukkan belacan.
- Masukkan udang dan gaul sekata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Biarkan ia masak seketika, tutup api dan boleh dihidangkan.
Kari Kepala Ikan Mayong
Wednesday, June 25, 2008
Sea Coconut with White Fungus
Salah satu resepi dalam majalah yg berlambak lambak kat rumah. My husband sibuk suruh buang atau jual kat second hand magazine, tapi sayang la pulak. Walaupun bukan semua resepi kat dalam tu yg saya dah cuba...tapi memang sayanglah nak give away jer.
Bahan bahan
1 tin sea coconut / 24o gms fresh sea coconut
150 gm gula batu
50 gm kurma merah
100 gm white fungus
Air
Cara cara
Bahan bahan
1 tin sea coconut / 24o gms fresh sea coconut
150 gm gula batu
50 gm kurma merah
100 gm white fungus
Air
Cara cara
- Rendam white fungus sehingga kembang.
- Didihkan sea coconut bersama sama dengan gula batu dan kurma merah.
- Setelah mendidih tutup api dan masukkan white fungus yg telah direndam tadi.
- Sedia utk dinikmati.
Rebus Tempoyak Ikan
Tuesday, June 24, 2008
Jemput Jemput Scotland
Monday, June 23, 2008
Pudding Roti
Resepi ambil dari hana@MyR. Senang je nak buat resepi ni,maklumlah saya ni bukanlah rajin sangat,jadi kena cari resepi yg senang tapi sedap.Walaupun weekend tapi kerja tak pernah habis.. ada je yg nak dibuat.
Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 tin susu cair (170ml)
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air
Cara-cara
Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 tin susu cair (170ml)
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air
Cara-cara
- Didihkan air dan masukkan gula dan agar agar.
- Kisar roti,susu cair dan susu pekat, kemudian masukkan ke dalam periuk yg berisi agar agar tadi.
- Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sehingga agak pekat.
- Tuang ke dalam acuan yg sesuai. Sejukkan di dalam esbok sebelum dimakan.
Kerabu Jantung Pisang
Masa belek belek Majalah SAJi, saya ternampak resepi Kerabu Jantung Pisang. Kebetulan ada seketul jantung pisang yg dah 2,3 hari tersadai kat dapur. Masa beli ingat nak buat masak lemak, tapi asyik tertangguh jer... rugi pulak kalau dah rosak nanti. Yg paling senang buat kerabu je la....
Bahan bahan
1 biji jantung pisang
5 tangkai ulam raja ( saya tak letak )
1 biji mangga muda ( takde )
100 gm tauge ( takde )
5 biji cili merah
1 ulas bawang merah
1 sudu bwsar ikan bilis tumbuk
Garam secukup rasa
Cara
Bahan bahan
1 biji jantung pisang
5 tangkai ulam raja ( saya tak letak )
1 biji mangga muda ( takde )
100 gm tauge ( takde )
5 biji cili merah
1 ulas bawang merah
1 sudu bwsar ikan bilis tumbuk
Garam secukup rasa
Cara
- Belah 2 jantung pisang dan celur ke dalam air panas selama beberapa minit. Atau rebus sebentar. Sejukkan dan hiris halus dan masukkan ke dalam mangkuk.
- Tumbuk cili merah dan masukkan ke dalam mangkuk yg sama.
- Masukkan juga ikan bilis yg telah ditumbuk. Gaul rata dan perasakan.
- Masukkan bawang merah yg telah dimayang halus dan gaul rata.
- Boleh dihidangkan.
Lala Tumis Thai
Resepi ni saya jumpa kat dalam majalah, tapi tak ingat la pulak apa nama majalah tu. Walai bagaimanapun saya ada buat sedikit perubahan bergantung apa yg ada kat rumah. Biasalah kan......
Bahan bahan
500 gm lala/kepah, dibasuh dan direndam dalam aor
2 tangkai serai - dititik
6 biji cili padi - diketuk
4 helai daun purut
4 sudu besar sos chili Thai
Garam dan gula
Daun ketumbar utk hiasan
Bahan utk dikisar
4 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
Cara
Bahan bahan
500 gm lala/kepah, dibasuh dan direndam dalam aor
2 tangkai serai - dititik
6 biji cili padi - diketuk
4 helai daun purut
4 sudu besar sos chili Thai
Garam dan gula
Daun ketumbar utk hiasan
Bahan utk dikisar
4 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
Cara
- Masukkan lala (tanpa air) ke dalam kuali dan tutup dengan penutup. Masak sehingga kesemua lala terbuka. Keluarkan lala dan asingkan lala dari jusnya.
- Panaskan 3 sudu besar minyak, ramuan-ramuan yg dikisar dimasak secara saute selama 1 minit, masukkan serai dan goreng selama 1 minit.
- Masukkan lala, jus dari lala tadi (bergantung kepada berapa byk kuah yg dikehendaki), cili padi,daun limau, tambahkan sos chili thai, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga lala dan sos sebati.
- Taburkan daun ketumbar dan cili jika suka.
Saturday, June 21, 2008
Sotong Berempah
Resepi ambil dari majalah RASA. Rasanya pun not bad. Bila tengok my husband bertambah nasi maknanya sedap le tu....
Bahan bahan
500 gm sotong
1 paket kecil serbuk kari daging
1 sudu besar cili giling
2 batang serai dititik
1 biji tomato di belah 4
5 biji bawang merah- ditumbuk
2 ulas bawang putih- ditumbuk
2 cm halia
125 ml air asam jawa
Minyak utk menumis
Sedikit air
Garam
20 gm bunga lawang
20 gm buah pelaga
20 gm kulit kayu manis
Cara
Bahan bahan
500 gm sotong
1 paket kecil serbuk kari daging
1 sudu besar cili giling
2 batang serai dititik
1 biji tomato di belah 4
5 biji bawang merah- ditumbuk
2 ulas bawang putih- ditumbuk
2 cm halia
125 ml air asam jawa
Minyak utk menumis
Sedikit air
Garam
20 gm bunga lawang
20 gm buah pelaga
20 gm kulit kayu manis
Cara
- Panaskan minyak dan masukkan bunga lawang,buah pelaga, bawang merah dan putih yg telah ditumbuk, halia dan serai. Tumis hingga naik baunya.
- Masukkan serbuk kari,cili giling dan sotong.Biarkan seketika.
- Masukkan air, air asam jawa dan tomato.
- Perasakan dengan garam. Biarkan kuahnya mengikut kesukaan samada kering atau berkuah.
Tomyam Chaimai
Dah tak tau nak masak apa utk dinner. Susah juga bila fikir fikir pasal masak memasak ni. Bila dah sampai weekend ni, nak kena clearkan stock barang basah dalam freezer. Sebab kalau dah terlalu lama frozen pun tak berapa sedap juga. Lastly decided masak seafood tomyam, end of story.
Bahan bahan
1 sudu makan cili giling
500 ml air
3 biji bawang merah dihiris
1 batang serai diketuk
2 cm lengkuas dikisar
1/2 ekor ketam
2 ekor udang galah
50 gm sotong
3 helai daun limau purut
1 biji tomato
1/2 biji carot
5 biji cili padi diketuk
1 sudu makan paste tomyam
3 sudu makan jus limau
Garam secukup rasa
1 tangkai akar pokok ketumbar - dicuci bersih
Cara
Bahan bahan
1 sudu makan cili giling
500 ml air
3 biji bawang merah dihiris
1 batang serai diketuk
2 cm lengkuas dikisar
1/2 ekor ketam
2 ekor udang galah
50 gm sotong
3 helai daun limau purut
1 biji tomato
1/2 biji carot
5 biji cili padi diketuk
1 sudu makan paste tomyam
3 sudu makan jus limau
Garam secukup rasa
1 tangkai akar pokok ketumbar - dicuci bersih
Cara
- Tumis cili giling bersama bawang merah, serai dan lengkuas hingga naik bau.
- Masukkan air bersama dengan ketam,sotong,udang dan paste tomyam.
- Biarkan mendidih, kemudian masukkan akar ketumbar, daun limau purut,cili padi, garam dan carot.
- Biarkan seketika, masukkan tomato. Setelah masak, tutup api dan masukkan jus limau.
Thursday, June 19, 2008
Asam Pedas Ikan Parang & Timun Masak
Ikan Cencaru Kukus
Masakan yang paling senang nak buat. Sebenarnya saya makan ikan ni kat sebuah restoran, dah tu jadi suka pulak dengan masakan ni. Segan pulak nak tanya camne nak buat, so saya main agak agak je. Not bad untuk org yg tak reti masak tapi reti makan cam saya ni.
Bahan bahan
2 ekor ikan cencaru - disiang dan dibersihkan
1 biji tomato
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
4 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
Perahan air limau nipis/lemon
Sedikit Belacan
Sedikit air
Cara cara
Bahan bahan
2 ekor ikan cencaru - disiang dan dibersihkan
1 biji tomato
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
4 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa
Perahan air limau nipis/lemon
Sedikit Belacan
Sedikit air
Cara cara
- Kukus ikan sehingga masak. ( Saya stim menggunakan microwave).
- Tomato dipotong dadu, bawang dan cili merah di hiris nipis.
- Cili padi dipatah patahkan, bancuh belacan dengan air dan perahan limau. Perasakan dengan garam dan gula.
- Campurkan semua bahan yg telah didadu dan dipotong dan tuangkan ke atas ikan.
- Sedia untuk dinikmati
Wednesday, June 18, 2008
Lala Spaghetti
Semalam memang malas sangat. Sebenarnya dah tak tau nak masak apa. Tanya my husband nak makan apa, dia pun dah tak tau, jadi saya masak yg simple je. Senang kerja, semua main campak campak... dah siap. Sebenarnya dah 2,3 hari my husband asyik sindir saya pasal breadmaker. Katanya dah berkurun breadmaker tu "bercuti". Alahai.....kalau ikutkan hati memang byk projek dengan BM tu tapi kesuntukan masa. Jadi balik kerja semalam nak warm up le BM tu, bukan main lagi saya masukkan bahan tapi bila on kan BM tu, tak boleh berfungsi pulak. Rupa rupanya fius terbakar, kena tunggu my husband balik tukar fius pulak. Bila dah ok, BM tu pun bekerja, tapi kecewa gak sebab roti tak menjadi. Tapi takpe... saya akan terus mencuba....
Tuesday, June 17, 2008
Putu Mayam
Masak Lemak Udang dengan Nenas
Sweet & Sour Crab
Monday, June 16, 2008
Lempeng Cicah Kari Ikan
Semalam my husband request nak makan kari kepala ikan. Biasalah.... kat rumah ni kalau takde kari kepala ikan once a week atau once in two weeks mesti tak sah. Tapi saya tak post gambar kari kepala ikan sebab dah byk kali buat. So pagi tadi teringin nak makan lempeng cicah kari, teringat pulak zaman dolu dolu.
Honey Dew Sago
Dah tak ingat kat mana jumpa resepi ni. Jadi main agak agak jer. Tapi kalau minum masa cuaca yg panas ni, memang best.
Bahan bahan
1 potong honey dew
Sedikit susu pekat
Air secukupnya
Sago
Sedikit honey dew yg dipotong dadu
Cara
Bahan bahan
1 potong honey dew
Sedikit susu pekat
Air secukupnya
Sago
Sedikit honey dew yg dipotong dadu
Cara
- Blend 1 potong honey dew bersama sama susu pekat dan air.
- Masukkan ke dalam bekas yg sesuai. Masukkan sago dan honey dew yg dipotong dadu. Masukkan juga beberapa ketul ais.
- Sedia untuk dinikmati.
Penne Salad
Resepi asal dari hana@Myr. Sesekali tukar selera sikit ok gak. Senang dan simple jer nak buat ni.
Bahan Bahan
100 gms penne
1 tin tuna
Mayonis
Sedikit Brokoli
Sedikit Asparagus
Sedikit jus lemon
Garam secukup rasa
Cara
- Rebus penne hingga empuk. Toskan.
- Potong asparagus secara serong.Celurkan brokoli dan asparagus seketika.
- Campurkan semua bahan dan perasakan.
- Sedia untuk dinikmati.
Sunday, June 15, 2008
Sotong Madu
Mula mula ingat nak bakar sotong sebab tak tau nak masak pa dengan sotong ni. Tapi my husband nak makan ikan bakar pulak. Jadi belek belek majalah Rasa, nampak satu resepi sotong yg semua bahan ada kat rumah. Takdelah susah sangat, jadi saya pun cubalah. Tapi rupanya tak berapa nak sama cam dalam majalah tu.... Layan je lah.
Bahan bahan
200 gm sotong dihiris
10 biji bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
5 cm batang daun ketumbar - dikisar
10 biji cili padi - dikisar
2 biji cili merah -dikisar
3 sudu makan madu
3 sudu makan tepung jagung
Sedikit air
Minyak masak
Cara
Bahan bahan
200 gm sotong dihiris
10 biji bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
5 cm batang daun ketumbar - dikisar
10 biji cili padi - dikisar
2 biji cili merah -dikisar
3 sudu makan madu
3 sudu makan tepung jagung
Sedikit air
Minyak masak
Cara
- Celup sotong di dalam adunan tepung jagung yg telah dibancuh dengan air.
- Kemudian goreng sehingga garing. Ketepikan.
- Di dalam kuali tumis bahan bahan yg telah dikisar sehingga garing.
- Masukkan sotong dan biarkan beberapa minit.
- Masukkan madu dan garam secukup rasa.
- Setelah masak tutup api. Sedia utk dinikmati.
Ikan Kembung Bakar
Saturday, June 14, 2008
Udang 3 Rasa
Resepi ni saya ambil dari Majalah Rasa. This is one of my husband favourite dish. Kembang juga kalau penat penat balik memasak, bila makan suami puji sedapkan...
Bahan bahan
5 ekor udang besar
1 cm halia
1 cm lengkuas
5 biji cili padi
3 ulas bawang merah
Sedikit nenas ( takde stok ganti dgn tomato)
1 sudu kecil sos nampla
Garam
Gula
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
Cara cara
Bahan bahan
5 ekor udang besar
1 cm halia
1 cm lengkuas
5 biji cili padi
3 ulas bawang merah
Sedikit nenas ( takde stok ganti dgn tomato)
1 sudu kecil sos nampla
Garam
Gula
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
Cara cara
- Udang dibersihkan dan digoreng separuh masak. Ketepikan.
- Kisar halia,lengkuas,cili padi dan bawang merah. Setelah naik bau, masukkan sos cili, sos tiram dan sos nampla.
- Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan nenas.
- Masukkan udang yg telah digoreng tadi. Balik balikkan dan biarkan seketika. Setelah masak, bolehlah dihidang.
Daging Bakar & Air Asam
Semalam my husband request nak makan daging bakar. Jadi sampai kat rumah terus buat apa yg patut. Bakar daging pakai oven jer. Untuk buat air asam tu:-
1 biji cili besar/merah
3 biji cili padi
1/2 labu bawang besar
1/2 biji tomato
Garam
Gula
Belacan
Asam Jawa
Air
Cara caranya
Cili besar dan cili padi dihiris nipis. Tomato di potong dadu dan bawang besar dimayang.
Bancuh asam jawa dan belacan, masukkan bahan yg telah dipotong. Perasakan.
Friday, June 13, 2008
Dragon Fruit Mousse
Semalam tak masak dinner, coz sampai rumah dah pukul 8 pm. So my husband willingly to buy outside food. Bila dia balik, tengok dia bawa balik nasi beryani. So saya cuma buat dessert jer. Resepi asal Strawberry Mousse dari Yani. Memandangkan hanya ada buah naga/pitaya, jadi saya subsitute je. Tengok apa yg ada dalam peti.
Bahan Bahan
1 biji dragon fruit
10 gms gelatin
100 ml air panas
70 gms gula
200 ml whipping cream
1 sudu kecil jus lemon
Cara cara
Bahan Bahan
1 biji dragon fruit
10 gms gelatin
100 ml air panas
70 gms gula
200 ml whipping cream
1 sudu kecil jus lemon
Cara cara
- Larutkan gelatin di dalam air panas.
- Kisarkan semua bahan termasuk larutan gelatin tadi.
- Masukkan ke dalam bekas yg sesuai. Sejukkan sebelum dihidang.
Thursday, June 12, 2008
Puding Kukus Strawberry & Laici
Memandangkan buah laici yg saya masak dengan gula tu masih ada, jadi saya teruskan projek buat puding ni. Simple sangat sebab semuanya blend sekali. Terima kasih pada kimin@MyR.
Bahan bahan
Untuk Puding
1 tin susu cair
1 tin laici ( toskan isi dan simpan airnya)
1 sudu besar gula
4 keping roti
4 biji telur ayam
Untuk jeli
1 kotak jeli perasa strawberry
400 ml air
Cara cara
Bahan bahan
Untuk Puding
1 tin susu cair
1 tin laici ( toskan isi dan simpan airnya)
1 sudu besar gula
4 keping roti
4 biji telur ayam
Untuk jeli
1 kotak jeli perasa strawberry
400 ml air
Cara cara
- Panaskan kukusan. Kisarkan semua bahan untuk puding.
- Masukkan bahan yg telah dikisar ke dalam loyang yg sesuai dan kukus lebih kurang 35 min. atau sehingga masak. Biarkan sejuk seketika.
- Potong buah laici mengikut saiz yg disukai. Susun buah laici di atas permukaan puding tadi.
- Untuk membuat jeli pula, panaskan air dan masukkan serbuk jeli. Biarkan ia mendidih seketika, tutup api. Kacau sehingga buih hilang. Tuangkan ke dalam loyang puding tadi.
- Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidang.
Wednesday, June 11, 2008
Mempelam dari Perlis
Mempelam ni memang terkenal dan sering dikaitkan dengan negeri Perlis. Mempelam Harum Manis namanya. Masa balik hari tu, tak byk lagi. Saya sempat beli pun masa on the way nak balik Shah Alam. Harganya agak mahal, RM 10/ kilo. Tapi sebab nak rasa punya pasal, beli ler juga. Memang sedap, rasanya lemak lemak manis. Berbaloi le keluar RM 10.
Air Laici
Masa pergi Padang Besar hari tu ada beli buah laici segar. Mak oiii.... memang sedap walaupun sesekali terasa yg sedikit masam. Masa tu beli sikit jer, tapi memandangkan kat rumah mother in law ramai orang jadi kena makan sorang sikit ler. Anyway masa on the way balik, berhenti kat Hentian Bukit Gantang, saya beli lagi. Kali ni memang makan puas punya. Siap boleh buat Air laici sekali.
Paprik Ayam
Dah lama tak masak Paprik. Mula mula ingat nak buat paprik daging, tapi tengok dalam esbok tekde daging la pulak. Jadi kita tukar jadi paprik Ayam. Resepi ambil dari Makyong@MyR.
Bahan-bahan
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa
Cara-cara
Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
Bahan-bahan
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa
Cara-cara
Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
Tuesday, June 10, 2008
Bendi Goreng
Masa belek belek MyR, nampak resepi ni by kak yatiezaini. Kebetulan ada bendi dalam esbok jadi saya cuba. Not bad, ratah pun sedap.
Bahan-bahan
15 biji bendi - dipotong nipis secara serong
2 biji telor - dipukul
Bahan kisar
2 - 3 cili merah dibuang biji
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
* sedikit garam & perasa
minyak utk menumis
Cara-cara
Panaskan minyak & tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkn bendi & dikacau .. Masukkn garam dan perasa . Agak2 bendi dah separuh masak boleh lah dicurahkan telur keatasnya.
Biarkan telur 1/2 masak barulah di dikacau..biarkan sekejap & boleh lah ditutup api..
Siap utk dihidang
Bahan-bahan
15 biji bendi - dipotong nipis secara serong
2 biji telor - dipukul
Bahan kisar
2 - 3 cili merah dibuang biji
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
* sedikit garam & perasa
minyak utk menumis
Cara-cara
Panaskan minyak & tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkn bendi & dikacau .. Masukkn garam dan perasa . Agak2 bendi dah separuh masak boleh lah dicurahkan telur keatasnya.
Biarkan telur 1/2 masak barulah di dikacau..biarkan sekejap & boleh lah ditutup api..
Siap utk dihidang
Ikan Pekasam
Saya kalau balik ke Perlis, macam macam nak makan. Nasib baiklah my husband pun sama kepala, takdelah conflict of interest. Salah satunya pekasam ikan. Saya prefer ikan puyu walaupun ia byk tulang. Tapi memandangkan saya balik sekejap dan semua org sibuk degn majlis kenduri jadi tak sempat nak cari, beli apa yg ada saje. Kebetulan masa pegi makan laksa kat Kuala Perlis, ada org jual pekasam ikan lampam, tak byk cakap, rembat jer.
Jalan jalan kat Padang Besar
Kalau nak ke Padang Besar dan melalui Chuping, pasti kita akan melihat ladang tebu yg saujana mata memandang. Seperti hamparan permaidani hijau kalau dilihat dari atas.