Friday, October 31, 2008

Nasi Lemak Sambal Sotong Kembang


Pagi tadi tak tau nak breakfast apa, jadi kena fikirkan something sebab MIL ada kat rumah. Kalau setakat we all berdua jer, senang cerita sebab my husband very seldom ambil breakfast kat rumah. Nasi lemak tu saya ikut resepi Kak Jun@myresipi kalau tak silap, sebab saya letak halba. Selalunya masak nasi lemak tak letak pun.
Bahan untuk nasi :-
3 cawan beras - cuci dan toskan
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
garam secukup rasa
Cara cara
  • Masukkan semua dalam rice cooker dan masak seperti biasa.

Kerang Masak Berapi

Resepi ambil dari MyResepi. Ada kelaianan sikit sebab selalunya asyik rebus cam tu jer.

Bahan-bahan
1kg kerang
1cm Halia
4 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah kecil
5 sudu makan sos tiram
10 tangkai cili api
3 helai daun sadri & daun sup.
Sedikit minyak makan

Cara-cara
  • Kerang direndam dengan asam keping selama 2 jam untuk memudahkan segala kotoran tanggal,toskan dan cuci sampai besih.Rebus skit kerang.
  • Tumbuk lumat bawang putih, merah dan lada cili.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.
  • Masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
  • Masukkan kerang, biar rempah melekat dan sebati.tiutup api dan taburkan daun bawang dan sadri.

Thursday, October 30, 2008

Macaroni Goreng Basah

Hari tu masa packing barang, main masukkan jer dalam kotak. Sekarang bila nak memulakan projek, cari barang tak jumpa pulak. Maklumlah tak habis lagi unpacked semua barang. Godek godek dalam kotak jumpa macaroni, jadi entry pertama saya buat macaroni goreng. Lagipun MIL masih kat rumah, jadi segan sikit nak posing posing ni. Nanti apalah difikirkannya bila tengok menantu yg sorang di ambil gambar makanan.

Tuesday, October 28, 2008

Pindah Rumah

Maaflah, dah beberapa hari tak ada entry baru. Seminggu dua ni memang sibuk sikit, mana dengan kerja, sibuk juga nak berpindah rumah. alhamdulillah saya dah selamat berpindah pada cuti Deepavali lepas. Tapi rumah masih berkecah lagi, ambil masa nak simpan/susun balik.

Ermmm... letih dan sakit badan pun tak hilang lagi, hari ni dah kena fikir pasal kerja pulak. Insyaallah esok boleh mula post entry baru. Terima Kasih banyak banyak pada semua teman teman yang sudi singgah walaupun takde cerita.....

Thursday, October 23, 2008

NAK TAU KENAPA AKU PECAT SECRETARY KU

NAK TAU KENAPA AKU PECAT SECRETARY KU

Dua minggu yang lalu merupakan ulang tahunku yang ke-35 dan mood-ku tidak terlalu baik pada pagi itu.Aku turun untuk sarapan dengan harapan isteriku akan mengucapkan dengan penuh sukacita..'Selamat Ulang Tahun suamiku tersayang'

Waktu berlalu dan bahkan dia tidak mengucapkan selamat pagi.Aku berpikir, ya, itulah isteri, tapi mungkin anak-anakku akan ingat kalau hari ini aku berulang tahun.Anak-anak datang ke meja makan untuk sarapan namun merekaj uga tidak mengatakan satu patah katapun.
Akhirnya aku berangkat ke bilik tidur dengan perasaan penuh kecewa dan sedih.

Di pejabat, Ketika aku masuk ke pejabat, sekertariku, Janet, menyapaku 'Selamat pagi Boss, Selamat Ulang Tahun'. Dan akhirnya aku merasa sedikit terubat mengetahui ada seseorang yang mengingat hari ulang tahunku. Aku bekerja sampai tengah hari dan kemudian Janet mengetuk pintu bilikku dan berkata " Apakah tuan tidak menyadari bahwa hari ini begitu cerah di luar dan hari ini adalahhari ulang tahun tuan, mari kita pergi lunch, hanya kita berdua". Aku berkata 'Wow!', itu adalah perkataan yang luar biasa yang saya dengar hari ini, mari kita pergi. Kami berdua pergi lunch. Kami tidak pergi ke tempat di mana kami biasanya lunch, tetapi kami pergi ke tempat yang sepi. Kami memesan 2 gelas fresh orange dan menikmati makanan tengahari kami. Dalam perjalanan pulang ke pejabat, Janet berkata"Anda tahu ini adalah hari yang begitu indah, kita tidak perlu kembali ke pejabat kan ?' "Tidak perlu, saya pikir tidak perlu' jawabku. Lalu dia mengajak saya untuk rehat ke apartmentnya. Setelah tiba di apartmentnya, dia berkata.. "Tuan, jika tuan tidak keberatan, saya akan pergi ke ruang tidur dan kemudian akan memberi sesuatu yang istimewa untuk Tuan..." ''Tentu saja boleh', sahutku dengan gembira. Dia pergi ke kamar tidur dan kira-kira enam minit kemudian dia keluar membawa kek ulang tahun yang besar diiringi oleh isteri, anak-anakku dan sejumlah rakan kerja kami sambil menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun. Aku hanya duduk terpaku di sana ,

Di sebuah sofa panjang, telanjang tanpa sehelai benang....

Bawal Bersos Thai


Resepi dari rumah Mat Gebu. Sos thai tu memang sedap la......

GERAMMMMMM....................................

Gerammmmmmmmmmmmmm.............................

Pagi pagi lagi dah sakit hati betul. Masa nak datang kerja tadi, sampai kat satu roundabout, saya nak ke kiri dan kereta depan nak pusing roundabout, kebetulan yg kat depan tu pun perempuan, jadi ambil masa sikit nak lepas. Maklumlah pagi pagi kat Shah Alam ni sibuk sebab semua org nak gi kerja.
So ada satu motor kat belakang saya nak menyelit kat kiri kereta saya walaupun dia tau sempit sangat tapi masih cuba juga nak masuk. So bila kereta depan bergerak sikit saya pun bergerak sikit, tapi motor ni cuba nak ke depan juga, apalagi dia bergesel dengan kereta saya la......
Ingatkan dia nak ke kiri rupanya dia nak ke sebelah kanan.
Tapi yang paling saya GERAMMMMMMMMMMMMMM dan SAKIT HATI sangat, dia blah cam tu jer tanpa menoleh atau berhenti cakap maaf ke. Dia blah dengan muka seposen dan tanpa rasa bersalah sikit pun. Nak kata takde otak, tengok rupanya mungkin dalam lingkungan 50-an. Nasib baik saya bukan road bully, kalau tak teruk pak cik tu... ( sorry to say )

Waaaaaaaaa.... saya baru beli kereta tu 3 bulan...........................

Wednesday, October 22, 2008

Daging Masak Mamak

Bahan bahan
250 gms daging – hiris lebar
3 sudu besar cili boh
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
1 tangkai daun kari
5 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
1 sudu kecil pati ayam
4 sudu besar kicap pekat
½ sudu kecil gula
½ cawan minyak
Garam secukup rasa
Sedikit air asam

Cara cara
  • Kisar bawang merah,putih dan halia. Satukan dengan cili boh,garam dan daun kari.
  • Satukan daging dengan bahan kisar,asam jawa,kicap dan gula. Gaul sebati dan perap selama 1 jam.
  • Pijarkan minyak di dalam kuali, tumis bahan penumis hingga wangi.
  • Masukkan daging,kacau rata dan tutup kuali.Masak dengan api sederhana hingga empuk.

Ikan Bakar Berlada



Bahan bahan


3 ekor ikan kembung - cuci dan toskan

Bahan kisar

4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia
Sedikit garam
Sedikit belacan
1/2 sudu teh gula
2 sudu besar cili kisar/boh
Sedikit air asam jawa


Cara cara
  • Bahan kisar di masak seketika di atas api hingga pecah minyak. Sejukkan.
  • Lumurkan ikan dengan garam ( agak agak sebab dalam bahan kisar dah letak garam).
  • Lumurkan pula dengan bahan kisar yang telah dimasak tadi dan perapkan buat seketika.
  • Panaskan kuali leper dan alas dengan daun pisang jika ada.
  • Balikkan ikan beberapa kali hingga masak.

Saturday, October 18, 2008

Sotong Goreng Tepung


Resepi ambil dari MyResepi - Che Iza.

Bahan bahan

300 gm sotong
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 biji telur
sedikit garam
lada sulah

Cara-cara


  • Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
  • Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
  • Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
  • Gaul tepung dgn baking powder. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung.
  • Kalau nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
  • Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.

Acar Tumis

Bahan bahan

1 biji timun - dipotong memanjang
1/2 biji karot - dipotong memanjang

Bahan A

3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan B

10 gms gula
3 sudu makan cuka
1 sudu kecil biji sawi
Garam secukup rasa

Cara-cara
  • Timun dan carot dicuci dan toskan.
  • Bahan A dimayang halus dan tumis hingga naik bau. Campurkan semua bahan B di dalam bekas, masukkan ke dalam bahan A yg sedang ditumis tadi.
  • Masukkan timun dan carot, gaul sekata dan perasakan.
  • Biarkan sekketika dan bolehlah diangkat.

Thursday, October 16, 2008

Mashed Potato

Resepi ambil dari MyResepi.

Bahan untuk Mashed Potato

2 biji kentang
1 sudu besar butter
3 sudu besar susu segar
Sedikit garam

Cara cara
  • Rebus kentang hingga empuk. Lenyekkan kentang dengan garpu.
  • Panaskan susu segar,butter dan garam.
  • Tuangkan campuran tadi ke dalam kentang dan gaul sekata.

Bahan untuk Sos

650 ml air
5 sudu besar stok ayam
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam

Cara-cara
  • Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  • Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
  • Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
    Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
    Masaklah ikut pekat mana yg disukai.

Sambal Tumis Cumi Kering



Bahan bahan
200 gms cumi kering ( sotong kecil )
3 sudu makan cili kering kisar
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Air asam Jawa
Sedikit belacan
Sedikit gula kabung
Garam secukupnya
Air secukupnya
Cara cara
  • Rendamkan cumi kering hingga lembut dan toskan airnya.
  • 1 labu bawang besar dan bawang putih di kisar. 1 labu bawang besar di hiris bulat.
  • Pijarkan minyak, goreng bawang besar hingga kekuningan. Masukkan bahan kisar dan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan sedikit air, kacau sekata dan masukkan air asam jawa,belacan,garam dan gula kabung.
  • Masukkan cumi kering dan gaul sekata. Biarkan ia masak dan bolehlah ditutup api.

Wednesday, October 15, 2008

Pulut & Kelapa Manis

Bahan bahan

2 cawan pulut - dicuci dan tos.
Sedikit garam halus
3 sudu makan santan pekat
1 biji kelapa parut
2 sudu makan gula pasir
3 sudu makan gula merah
1/2 cawan air - lebih kurang

Cara cara
  • Masukkan beras pulut yang telah direndam semalaman ke dalam bekas yg sesuai. Masukkan santan pekat dan sedikit garam halus. Gaul biar sekata.
  • Masukkan ke dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan biar sehingga pulut masak. Sejukkan.
  • Untuk inti/kelapa manis, masukkan gula pasir,gula merah dan air ke dalam kuali.
  • Masak hingga mendidih/gula hancur. Masukkan kelapa parut dan gauk biar air gula dan kelapa parut sebati.
  • Masak hingga agak kering dan tutup api. Biarkan sejuk seketika.
  • Kepal sedikit pulut dan letakkan kelapa manis di atas. Kalau ada daun pisang, bolehlah dibungkus.

Acar Ikan Tenggiri


Bahan bahan

2 keping ikan tenggiri
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 cm halia
2 cm kunyit hidup
4 tangkai lada kering
½ sudu kecil serbuk jintan manis
½ sudu kecil serbuk jintan putih
½ sudu kecil serbuk ketumbar
½ sudu kecil biji sawi
1 labu bawang besar – belah 6
1 tangkai lada merah – belah 4
1 tangkai lada hijau – belah 4
½ sudu kecil serbuk kunyit
½ cawan minyak
1 sudu kecil gula
1 sudu besar cuka
½ cawan air
Garam secukupnya

Cara cara
  • Gaul Ikan dengan garam dan kunyit, kemudian goreng hingga garing.Ketepikan.
  • Kisar bawang merah,bawang putih,halia,kunyit dan cili kering.
  • Pijar minyak didalam kuali, 3 sudu besar minyak gorengan ikan dan tumis bahan kisar dan semua serbuk jintan manis,putih dan ketumbar. Masak hingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan biji sawi,gula,garam,cuka dan air. Kacau rata.
  • Masukkan lada merah,hijau dan bawang besar. Gaul sekata.
  • Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng. Gaul supaya kuah mesra dengan ikan. Biarkan seketika kemudian bolehlah diangkat.

Anak saudara terbaru

Anak saudara yang terbaru. Mak bapak dia bagi nama Muhammad Shahir Zulfairi tapi my husband suka suka hati panggil " Dik Mat Bok". Sebabnya masa kecil my husband debab cam tu gak dan org kampung panggil "BOK" = DEBAB/GEMUK. Masa hari raya hari tu, kena ambil suntikan untuk 5 bulan, beratnya hampir 9 kg. Dia suka kalau org asyik dukung bawa ke sana ke mari. Kalau letak jer, mulalah berbunyi suaranya.

Tuesday, October 14, 2008

Kuih Keria

Ada lebihan ubi keledek yg saya beli last week, saya rasa cam nak buat kuih keria. Selalu tengok my mum yang buat, jadi kali ni saya nak cuba buat sendiri dan yang pastinya saya main agak agak jer. Cuma saya masih tak mahir nak menyira gula, coating tu tak cantik cam yg biasa saya beli kat kedai.

Bahan bahan

300 gms ubi keledek
75 gms tepung gandum
1/2 cawan gula putih
Sedikit garam halus
Sedikit air

Cara cara
  • Bersihkan ubi keledek dan rebus hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  • Buang kulit keledek dan lenyek hingga halus. gaul keledek dengan tepung dan garam hingga sebati.
  • Ambil adunan sedikit dan bulatkan. Leperkan adunan dan buat lubang di tengah adunan.
  • Panaskan minyak dan goreng adunan hingga masak.
  • Masakkan gula dengan sedikit air hingga pekat dan hampir kering.
  • Masukkan kuih yang telah digoreng dan gaul di dalam gula yang pekat.
  • Apabila kuih telah diselaputi gula, angkat dan sejukkan.

Asparagus Goreng Dgn Ikan Masin

Last week ada beli asparagus 1 ikat, tapi dah balik kampung, tak sempat masak. Malam tadi ingat nak masak asparagus dengan udang, tapi bila tengok dalam freezer stok udang dah habis. Lastly goreng dengan ikan talang kering jelah. Cari cili merah pun takde, tinggal yg hijau je, hantam sajalah.
Bahan bahan
1 ikat asparagus
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 biji cili merah
Sedikit isi ikan talang masin
Cara cara
  • Isi ikan talang masin dipotong kecil dan goreng sebentar. Ketepikan.
  • Tumbuk bawang putih dan bawang merah hingga halus, tumiskan hingga wangi.
  • Masukkan asparagus yg telah dipotong dan goreng sebentar. Masukkan cili merah yg telah dipotong.
  • Masukkan ikan masin yg telah digoreng tadi. Gaul sekata. Biarkan seketika dan bolehlah diangkat.

Monday, October 13, 2008

Ayam Panggang

Last weekend, saya balik kampung (my side) sebab masa raya kena turn rumah my husband. Kebetulan my mum nak buat open house. Tapi sebabkan sibuk menyiapkan apa yg patut, saya terlupa nak ambil gambar. So hari ahad sebelum balik, kami makan tengahari dulu, and my mum buat ayam panggang. Memang sedap kalau panggang guna arang dan sabut kelapa.

Bahan bahan

1 ekor ayam - dipotong 4
2 inci halia
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 sudu makan gula pasir
Sedikit Serbuk Kunyit
Garam secukupnya

Cara cara
  • Tumbuk serai,halia,bawang putih,gula dan garam (kalau guna garam kasar) hingga halus.
  • Lumur bahan yg telah ditumbuk ke seluruh ayam, perap ayam lebih kurang 1 jam.
  • Sediakan tempat untuk memanggang dan panggang ayam hingga masak.

Friday, October 10, 2008

Sandwich Sardines

Pagi tadi teringin nak breakfast ngan sandwich sardines, sebab semalam saya buat sambal sardin, so ada leftover dinner semalam.

Daging Goreng Sempoi

Semalam rasa tak berapa sihat, dah 2 hari asyik batuk dan tekak rasa sakit sangat. Tambahan pula tak tau nak masak apa. Tanya my husband, katanya masak yg simple dah le, dia pun tak lalu nak makan juga. Tengok dalam freezer ada sikit lagi daging, jadi saya goreng jer.

Thursday, October 9, 2008

Saje Saje

Hari tu masa balik rumah MIL, takde keje, jalan jalan kat kawasan kg tu sambil ambil gambar. Cam tourist laks.... My FIL dah passed away masa my husband sekolah rendah lagi. Saya sendiri tak pernah tengok camne rupanya my FIL. Since then, my MIL tak kahwin lagi. My husband anak sulong dan ada sorang adik lelaki, dan saya cuma ada sorang biras jer.Tapi biasalah setahun sekali masa raya jer jumpa, atau kalau ada kenduri.

Pokok selom ni banyak sangat kat depan rumah MIL, saje saje jer dia tanam, kalau ada yg nak makan atau buat ulam laksa, pergi kutip sendiri.
Kat belah Utara, especially kat Perlis memang banyak pokok asam jawa ni. Kalau rajin, bila buahnya dah masak, boleh kumpul dan buat asam jawa sendiri. Kalau yg muda tu sedap gak kalau cicah ngan garam. Tapi masam takyah cakap ler. Pernah juga my MIL buat masak, cam masak singgang ikan pun dia letak asam muda ni. Tapi sebab setiap rumah ada sekurang kurangnya 1 pokok, so diorang tak heran dah, kadang kala buah yg masak tu bergolek kat bawah pokok.

Masa dok asyik halakan lensa kamera ke sana ke mari, my husband panggil suruh ambil gambar haiwan ni. Dia kata, org kat sana panggil "Pokka". Saya sendiri pun tak pernah nampak sebelum ni, dan dia pun tak tau nama lain haiwan ni. Katanya org Utara mesti tau punya.

Nasi Tomato

Bahan bahan

2 cawan beras basmathi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai - diketuk
1 helai daun pandan
2 sudu besar tomato puree
2 sudu besar susu cair
1/2 sudu besar minyak sapi
25 gms kismis
Minyak untuk menumis

Bahan Tumis

1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1/2 batang kayu manis

Cara cara
  • Panaskan minyak dan minyak sapi, Tumis bawang merah,putih dan halia yg telah dikisar. Masukkan serai dan daun pandan yang telah disimpul.
  • Kacau hingga naik bau. Masukkan tomato puree dan masak lagi hingga pecah minyak.
  • Masukkan beras ke dalam rice cooker, masukkan susu cair dan rempah yang telah ditumis tadi. Masukkan air secukupnya.
  • Setelah nasi hampir masak, masukkan sedikit garam dan kismis. gaul sekata.

Ayam Masak Santan Berlada

Bahan bahan

1/2 kg ayam - dipotong kecil
250 ml santan
1 helai daun pandan
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak

Bahan tumis

1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih

Bahan kisar

125 gms cili kering
50 gms bawang besar
25 gms bawang putih
2 cm halia
1 batang serai
2 cm lengkuas
2 biji buah keras

Cara cara
  • Pijarkan minyak dan masukkan bahan tumis. Biarkan hingga naik baunya.
  • Setelah naik bau masukkan bahan kisar dan biarkan ia masak hingga garing.
  • Masukkan santan,ayam,daun pandan dan serbuk kunyit. Kacau rata.
  • Perasakan dengan garam,gula dan bahan perasa.
  • Masak hingga kuah mendidih dan agak pekat. Bolehlah dihidangkan dengan Nasi Tomato atau Nasi putih.

Acar Mentah


Bahan bahan

Timun
Nenas
Lobak Merah
Bawang besar
Sedikit cuka makan
Garam dan gula
Sedikit Belacan
Cili merah
Cara cara
  • Bersihkan timun,nenas dan lobak merah. Hiris nipis atau ikut kesukaan sendiri.
  • Bawang besar di mayang / hiris bulat. Cili merah juga dihiris nipis.
  • Bancuh garam dan gula bersama sama cuka makan.
  • Tuang campuran tadi ke dalam bekas yang berisi timun,nenas,lobak merah,cili dan bawang besar. Gaul rata.

Wednesday, October 8, 2008

Nasi Goreng Ikan Masin

Sejak hari Isnin, lepas balik raya, kebanyakan kedai melayu yg jual nasi masih belum memulakan operasi. Susah juga nak lunch, habis tu asyik makan nasi mamak jer. Balik rumah kena masak kari pulak, rasa tekak ni dah tak boleh nak terima. Pagi tadi dengan semangat yg berkobar kobar, goreng nasi buat bekal.

Teh O Ais Laici


Mula mula saya dengar kawan saya order minuman ni, terfikir gak, macam mana ler rasanya. So cam biasala, mesti nak cuba. Masa balik raya hari tu, MIL buat air ni, rupa rupanya ada yg dalam packet brand "BOH" kalau tak silap. Not bad gak rasanya. Bila balik saya buat dengan cara campurkan teh o dengan laici yg di dalam tin.

Keledek Bakar


Semalam, masa gi jalan jalan cuci mata kat rumah Hani aka Ringo, nampak this Japanese Sweet Potato yg dibakar. Nampak cam sedap jer, maklumlah lepas bulan puasa ni semua benda nampak sedap dan mulut ni asyik nak mengunyah. Saya cuci keledek, bungkus dalam aluminium foil dan bakar dalam oven.

Tuesday, October 7, 2008

Kerabu Tomato Berkerisek

Masa hari raya, saya masak Nasi Daging dengan Kerabu Tomato berkerisek, tapi tak sempat nak ambil gambar. Jadi semalam buat lagi sebab saya suka ratah jer.

Bahan bahan

4 tangkai lada merah
6 tangkai lada api
1 labu bawang besar – mayang
2 biji tomato –hiris nipis
1 sudu besar serbuk belacan
1 sudu kecil gula kabung
1 sudu besar kerisik
Sedikit air asam jawa
Sedikit air masak
Garam secukup rasa

Cara cara
  • Tumbuk lada merah dan lada api di dalam lesung batu hingga sederhana lumat. Masukkan belacan, gula kabung dan garam.Tumbuk hingga sebati.
  • Di dalam mangkuk, satukan air asam jawa, dengan bahan yg ditumbuk, gaul sebati. Masukkan kerisik,bawang,tomato dan air. Kacau rata.

Ketam bercili Songkran

Kenapa nama resepi ni ada "Songkran"?, saya sendiri pun tak tau. Tengok dalam resepi tu memang namanya begitu.

Bahan bahan
2 ekor ketam - dicuci dan di kukus
2 cm halia
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu besar cili kisar
1 tangkai daun kari
Sedikit jus limau kasturi
Sedikit garam dan gula
Cara cara
  • Halia, bawang merah dan bawang putih di tumbuk halus.
  • Pijarkan minyak didalam kuali, tumiskan bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak.
  • Masukkan serbuk kari, daun kari,garam,gula dan jus limau kasturi. Gaul rata dan masukkan ketam yg telah dikukus terlebih dahulu.
  • Gaul hingga sekata. Setelah masak, bolehlah diangkat.

Gulai Udang

First menu requested by my husband lepas bulan puasa adalah gulai udang.

Monday, October 6, 2008

Pulut Kukus/Pulut Pagi

Mentang mentang le baru balik dari Perlis Indera Kayangan, teringin pulak nak makan pulut kukus dengan ikan masin. Kalau hari biasa, memang ada orang jual pulut ni macam org jual nasi lemak. Tapi disebabkan hari raya, takdelah sebab org sibuk dengan persiapan hari raya. So pagi tadi, terus buat sebab dah rendam pulut sebelum tidur malam tadi.

Gulai Tulang

Dah agak lama tak buat gulai tulang ni. Atas permintaan yg sorang lagi tu, buatlah juga. Nasib baik bila dah rebus tu, daging tu empuk juga, sebab sebelum ni pernah buat, bila nak makan punyalah liat.

Sweet & Sour Squid


Ni masak masa dah last puasa kat rumah sebelum balik ke kampung. Nak habiskan stok sebelum bercuti, kalau tak memang akan masuk tong sampah le jawapnya. Selalu guna ikan, so cuba tukar guna sotong lah pulak. Rasanya ok juga, sebab kadang kala dah tak tau nak masak apa dengan sotong ni.

Chocholate Cookies


Punyalah lama bercuti dari berblogging ni, sebabnya sebelum raya dah sibuk dengan kerja. Bila dah balik rumah mertua, tak kan asyik nak membelek laptop pulak. Mau kena jeling serelung lah dek mak mertuaku itu. Sempat buat 2 jenis kuih jer, my husband suruh beli 2/3 jenis untuk bawa balik kat mak dia.