Hari ni sepatutnya menjadi hari yang gembira bagi saya dan suami kerana hari ni merupakan Harijadi suami saya. Banyak perkara yang menggembirakan pada hari kerana suami saya dapat meyiapkan projeknya selam 10 bulan on time dan hari ni juga suami saya dapat job baru. Bukankah sepatutnya kami gembira tak terhingga dan bersyukur padaNya atas rezeki yang diberikan... Semua kegembiraan tu bagai direntap bila suami saya dapat berita yang ibunya kemalangan jalanraya. Keaadaannya agak kritikal dan terpaksa membuat pembedahan segera. Bayangkan My MIL menunggang motosikal dan dilanggar oleh lori membawa tanah yang bertayar 6..... Petang tadi my MIL dah selamat menjalani pembedahan tapi belum sedarkan diri. Saya dan suami sedang menyelesaikan beberapa perkara sebelum pulang ke PERLIS. Mungkin sehari dua ni saya tak dapat update blog. Doa saya semoga my MIL segera sembuh.Memandangkan saya agak sibuk sejak semalam, jadi tak sempat nak prepare apa apa untuk celebrate my husband's birthday. Saya cuma sempat beli kek, dan bercadang untuk celebrate berdua hujung minggu nanti, tapi nampaknya kena tunda ke suatu masa yang sesuai.
































