Showing posts with label Japanese Food. Show all posts
Showing posts with label Japanese Food. Show all posts

Monday, September 18, 2017

Matcha Pudding



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.....

Eh tiba tiba timbul entah dari mana kan. Memang betul betul lama blog ni tidak berpenghuni. Tuan rumah memang lama sungguh tenggelam di lautan dalam. Apatah lagi sekarang memang jarang sangat memasak atau mencuba resepi baru. Kadang kala ada juga rasa nak update blog tapi entahlah, tak tau kemana hilangnya rasa excited nak update blog seperti dulu.

Dua minggu lepas bila encik suami tiba tiba cakap saya dah lama tak buat kek, mungkin dia teringat dulu pantang ada masa mulalah tangan rasa gatal je nak membaking. Bila sesekali nak buat kek, puas mencari di mana semua peralatan yang diperlukan. Dah lupa letak dimana.

Semalam tiba tiba rasa gatal tangan nak buat something, kebetulan saya baru beli serbuk green tea / matcha powder. Selalunya saya buat Green Tea Latte di rumah kerana boleh kawal kemanisan mengikut kemahuan sendiri. So semalam saya buat Matcha pudding.



MATCHA PUDDING

300 ml susu segar
1 sudu besar serbuk matcha
4 sudu besar madu
1/2 sudu besar serbuk agar agar
1 sudu besar air panas

Cara cara
1. Campurkan serbuk matcha dengan air panas dan kacau hingga sebati.
2. Panaskan susu tetapi jangan sampai mendidih, sekadar untuk melarutkan serbuk agar agar. Masukkan serbuk agar agar dan kacau hingga larut. kemudian matikan api.
3. Tuang campuran matcha dan madu kedalam susu dan kacau hingga sebati.
4. Sediakan ramekin @ bekas kaca yang sesuai, tuang dan biarkan sehingga sejuk. Boleh simpan di dalam peti sejuk.

## Boleh gantikan madu dengan gula pasir jika suka.



Wednesday, November 25, 2015

Chawan Mushi @ Savoury Steamed Egg Custard





Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Chawan Mushi @ Savoury Steamed Egg Custard antara Japanese Food yang agak terkenal. Masih mencuba untuk mendapatkan permukaan custard yang licin. Mungkin sebab saya kukus menggunakan api yang agak besar. Next time kita cuba lagi.


Chawan Mushi

Bahan bahan
2 biji telur
1 1/2 cawan air suam
1/2 sudu teh instant dashi / chicken granules
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh gula
2 sudu teh kicap
Cendawan shiitake - dihiris
Carot - dihiris
Jejari ketam - dihiris
Daun bawang - dihiris

Cara cara
1. Di dalam bekas, campurkan air suam, instant dashi,garam, gula dan kicap. Gaul sebati dan biarkan sejuk sebentar.
2. Pukul ringan telur jangan sampai berbuih. Masukkan ke dalam bekas stok tadi. Kacau sebati dan tapis.
3. Sediakan bekas sesuai, masukkan serba sedikit cendawan, carot, jejari ketam dan dau bawang. Kemudian tuang campuran telur tadi.
4. Panaskan kukusan, tutup bekas berisi campuran telur dengan penutup atau aluminium foil dan kukus anggaran 15 minit atau sehingga campuran telur keras.

Monday, February 2, 2015

Chicken & Shrimp Gyoza


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekejap saja February datang lagi. Mesti ramai yang bercuti hari ini terutamanya warga Kuala Lumpur kerana cuti yang agak panjang. Kepada yang bercuti, selamat bercuti dan sentiasa berhati hati di mana jua anda berada.

Kepada yang bekerja, selamat bekerja. 



Agak lama juga tak menyediakan Gyoza/Wonton/Dumpling di rumah. Kali ini saya buat dlm kuantiti yang lebih sedikit dan frozen kan. Bila terasa nak makan, boleh terus keluarkan.

Saya lebih suka menggunakan kulit yang berwarna putih berbanding yang berwarna sedikit kekuningan. Ia lebih lembut dan sedang dibentuk.

Kebiasaannya kalau Japanese Gyoza menggunakan kulit yang berwarna putih sementara wonton menggunakan kulit yang sedikit kekuningan. Isinya lebih kurang sama.

Resepi pertama yang saya sediakan ialan sup. Just a plain & simple soup. Saya cuma gunakan air, pati ikan bilis dan sedikit kicap cair. Saya juga masukkan hirisan lobak putih. Rebus semuanya hingga mendidih.

Senang kan....
 


Tuesday, October 21, 2014

Ebi Tempura



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini saya buat tayangan EBI TEMPURA @ UDANG TEMPURA. Saya ni kalau dengan udang, pantang sikit.

Pantang jumpa, boleh lupa diri.

Saya pernah buat dulu tapi menggunakan resepi dari Kylie Kwong, tapi kali ini saya cuba resepi dari RASA MALAYSIA.
 


Sedap makan begitu saja atau cicah sos cili thai.

Saya tahu saya masih berhutang resepi Pie Tee dan sekarang tambah satu lagi resepi. Insyaallah ada kelapangan sikit, saya akan update semua resepi.

Bahan Bahan

6 ekor udang bersaiz XL - dibuang kulit tetapi tinggalkan bahagian ekor
Bread crumbs

Untuk batter

90 gms tepung beras
30 gms tepung gandum
1/2 sudu besar baking powder
1/4 sudu makan garam
1 sudu makan minyak sayuran
1 butir kuning telur
150 ml ice water
3 cube ice

Cara cara
1. Masukkan semua bahan kecuali iced water dan ice cube.
2. Tuangkan iced water sedikit demi sedikit sambil mengacau menggunakan chopstick. Biarkan adunan sedikit lumpy.
3. Panaskan minyak, masukkan ice cube ke dalam adunan batter tadi dan kacau sedikit.
4. Ambil seekor udang, celupkan ke dalam adunan batter dan salutkan dengan bread crumbs. Kemudian goreng di dalam minyak panas.
5. Biarkan sehingga udang bertukar warna keemasan, angkat dan toskan.
6.Buat sehingga selesai. Sedap dinikmati bersama sos cili thai.

 

Friday, October 17, 2014

Miso Soup with Spinach & Mushrooms


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Since tuan rumah agak fully occupied 2,3 hari ni, maka tak sempat nak bereksperimen di dapur. So hari ini saya jamu mata dengan Miso Soup.

Biasanya guna clam and tofu, kali ini kita tukar sikit menjadi ala ala vegetarian gitew...

Beberapa hari lepas, masa balik kerja saya saya singgah pasaraya mencari lamb since my husband nak makan kambing bakar. Seperti biasa, mata meliar melihat apa yang ada. Tiba tiba terpandang "MISO PASTE HALAL". Selalunya ada alcohol. Apalagi terus angkut masuk troli.

Untuk keterangan mengenai MISO PASTE HALAL sila lihat di sini.

 

Monday, October 28, 2013

Matcha Chiffon Cake


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Sihat semua? Kalau rasa badan mula menunjukkan tanda tanda nak demam dan selsema cepat cepatlah makan ubat. Maklumlah sekarang cuaca tidak menentu, kadang kala hujan lebat dan kadang kala panas terik. Banyakkan minum air kosong.

Bercakap pasal minum air kosong, saya dulu memang tak suka minum air kosong. Seksa juga nak dapatkan 8 gelas sehari. Tetapi sejak kebelakangan ni ( sejak dah nak jadi warga emas ) paksakan diri untuk dapatkan 8 gelas sehari atau lebih.




Dulu saya selalu keliru antara Green Tea dan Jasmine Tea. Sebab saya tidak menggemari betul rasa dan bau Jasmine Tea. Tak boleh terima dek tekak.

Tetapi sejak dua menjak ni dah tersuka pula pada Green tea, boleh dikatakan setiap hari mesti nak minum. Lagipun sekarang nak kurangkan minuman bergula. Bukan sebab gula naik harga tetapi untuk kesihatan diri sendiri. Even sekarang dah tukar dari gula putih kepada gula perang.



Saya ada beberapa menu berasaskan Matcha @ Green Tea yang ingin dicuba samada yang sihat dan "tidak berapa sihat".

So resepi pertama yang saya cuba ialah Matcha Chiffon Cake. Sejujurnya resepi ini paling senang dan tidak menggunakan banyak bahan dan yang penting menjadi.

Kek saya gebu dan sedap pada tekak sendiri...


Kepada peminat Green tea, anda patut mencuba kek ini. Memang berbaloi.


Matcha powder - ehsan google

Matcha@Green Tea Chiifon Cake
Source: One Cookbook

Bahan bahan
3 biji telur kuning saiz A
75 gms gula ( 2/3 cawan buang 1 sudu teh )- saya gantikan dengan Organic Pure Cane Sugar
40 ml minyak sayuran ( 3 sudu makan )
60 ml air ( 4 sudu makan )
75 gms ( 2/3 cawan buang 4 sudu makan ) tepung kek
1 sudu makan ( about 10 gms ) matcha powder
1 sudu teh baking powder
3 biji putih telur saiz A
7 " Chiffon cake pan

Cara cara
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius
2. Pukul kuning telur bersama sama sengan 1/3 gula kemudian tambahkan air dan minyak. Pukul hingga sebati.
3. Ayak tepung, matcha powder dan baking powder ke dalam campuran telur kuning tadi. Gaul sebati dan ketepikan.
4. Pukul telur putih hingga kembang dan masukkan baki gula ke dalam dan putar hingga soft peak.
5. Masukkan telur putih ke dalam adunan telur kuning dan tepung tadi sikit demi sedikit hingga habis.
6. Tuang adunan ke dalam acuan dan tepuk pan beberapa kali supaya adunan sama rata.
7. Bakar hingga masak anggaran 30 minit. Keluarkan dari oven dan terbalikkan acuan dan biarkan hingga sejuk.
8. Gunakan pisau untuk keluarkan kek dari acuan.


Wednesday, August 28, 2013

Tuna & Kimchi Onigiri



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Kita masih di dalam bulan Syawal, so masih boleh ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Maaf buat tetamu yang datang kerana sudah agak lama blog ini tidak updated. Sejak 2 minggu Ramadhan hingga ke hari ini kesihatan tuan rumah tidak begitu memberangsangkan. Diserang selsema dan batuk yang seakan akan tidak mahu kebah. Hari raya pun tidak bermaya untuk kemana mana, even terpaksa menolak untuk menghadiri rumah terbuka mengenangkan selsema dan batuk yang agak "mengganggu". Kurang selesa nak berbual kalau asyik bersin dan batuk tak berhenti.




Boleh dikatakan sepanjang bulan puasa saya gantung periuk tambahan bila kesihatan tidak mengizinkan menambahkan kemalasan yang amat ketara untuk ke dapur atau mengangkat kamera.

Bila usia makin "muda", maka macam macam penyakit yang datang menyinggah dan susah untuk hilang.

Memandangkan agak lama tak update blog, saya letak entry pemanas badan. 

Tuna & Kimchi Onigiri.


Sila panas panaskan mata dulu ye, sambil akak memanggil semangat yang hilang....


So sesiapa yang ambil semangat akak tu,

Sila pulangkan semula ye.....



Tuesday, July 19, 2011

Miso Soup with Clam, Shiitake Mushroom and Wakame


Hari Ahad lepas dah seharian, dari pagi sampai ke malam makan mamak, so semalam makan yang mild sikit. Saya buat miso soup untuk saya dan goreng ketam dan sambal sotong untuk suami.
Saya pernah nampak beras HUMA yang dijual di pasaraya, pernah tanya my husband macam mana la rasanya.. Dia cakap, entahlah sebab dia pun tak pernah makan. Then dia cakap beli la sikit kalau nak rasa. Nasib baik ada jual dalam packet 1 kg yang berharga RM 6.90. Bukan apa, kalau beli packet besar dan tak kena dengan selera my husband, berapa lama saya nak makan sorang soran kan....

Masa masak nasi tu, memang harum semerbak macam masak beras wangi dan nasinya sedikit melekit. Rasanya sedap walau hanya dimakan begitu saja.


Bahan bahan
1/2 kilo Asari / Clams
4 cawan air
4 pcs small konbu / kelp ( seaweed )
2 sudu makan Miso Paste
1 block japanese tofu - potong kecil
1 sudu makan bonito flakes
3 pcs shiitake mushroom
Wakame - rendam lebih kurang 10 minit
Sedikit daun bawang untuk hiasan

Cara:

1. Masukkan air ke dalam periuk, masukkan konbu seaweed dan bonito flakes. Panaskan hingga mendidih, tapis dan ambil stok sahaja.
2. Panaskan stok, masukkan miso paste, kacau sebati dan masukkan asari/clams dan hirisan shiitake mushroom.
3. Masak sehingga asari/clams terbuka dan masukkan potongan tofu dan wakame. Biarkan seketika dan bolehlah diangkat.
4. Taburkan potongan daun bawang semasa menghidang.

 Miso Soup

Thursday, April 21, 2011

Tamago Yaki aka Egg Roll

Tamago Yaki

Malam tadi selain sambal sardin, yang lain ialah menu jepun. Ini kali kedua saya buat tamago yaki, dah berhabuk square pan tu dalam store. Bila nak buat, mulalah gali lubang cari barang. Sebab tu my husband selalu sindir, asyik beli barang saja tapi bukannya guna selalu pun.

Bahan bahan
3 biji telur
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk dashi
Sedikit daun bawang - hiris halus
1 kuntum shiitake mushroom - potong kecil
2 sudu besar air

Cara cara

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, masukkan semua bahan bahan dan pukul dengan chopstik hinggan gebu.
2. Panaskan Square Pan (seperti gambar di bawah), tuangkan 1/2 adunan. Biarkan hingga bahagian bawah telur sedikit pekat tetapi tidak keras. Lipat dan tolak telur ke hujung pan.
3. Tuang 1/3 bahagian lagi, sengetkan sedikit kuali supaya telur masuk dibawah telur yang telah dilipat tadi.
Ulang hingga adunan telur habis.
4. Bila habis, tekan tekan sikit telur tadi dan balikkan beberapa kali supaya masak sekata.
5. Biarkan sebentar, bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Resepi asal dari sini.




Square Pan

Wednesday, April 20, 2011

Miso Soup Again.....

Miso Soup with Clams, Mushroom and Tofu

Malam ni my husband cuma request nak makan sambal sardines sebab tadi dia ambil lunch pun dah agak lewat. Since tak perlu masak macam macam, saya dengan rela hati buat Miso Soup untuk diri sendiri. Sedap hirup kuah panas panas. Sekarang dah macam suka pulak kat Miso Soup ni.... Dah Jatuh Chenta gitu.

Bahan bahan untuk menyediakan Miso Soup, cuma terlupa nak snap gambar clams.






Japanese Tofu









Green Onion





Miso Paste



Bunashimeji Mushroom




Bonito Flakes







Konbu / Kelp










Resepi Miso Soup boleh check di sini.

Dulu saya tak letak mushroom, tapi since ada stock, saya masukkan je sekali.

Monday, March 28, 2011

Gyoza


Gyoza, sejenis makanan dari negara matahari terbit, Jepun. Lebih kurang  seperti Chinese pot sticker cuma kebiasaannya Chinese pot sticker menggunakan wonton skin yang berwarna kekuningan. Saya pernah membuatnya sebelum ini menggunakan resepi dan cara cara dibawah. Tetapi semasa saya buat kali ni, kerajinan tak berapa nak tinggi, so saya kukus terus sehingga masak.

Japanese Gyoza
Bahan bahan

Kulit Gyoza / Won ton secukupnya

* Bahan Inti:
* 200g isi ayam, dicincang
* 100g isi udang, dicincang
* 1 sb kubis bulat yg dicincang halus
* 1 sb daun kucai dicincang halus
* 2 pcs shitake mushroom - dicincang halus
* 1 1/2 sb kicap cair
* 1 1/4 sk garam
* 1/4 sk gula
* Secubit serbuk lada putih
* 1/2 sk minyak bijan
* 1 sk tepung jagung
* Minyak masak
* 1/2 cawan air

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan inti dan perap 30 min.
2. Masukkan 1 sudu inti di tengah2 kulit wantan, letak sedikit air di sekeliling kulit dan kepil.
3. Lipat segitiga.. Kepil dari tepi. Buat hingga habis
4. Tekan-tekan sikit pada bahagian lipatan.
5. Panaskan kuali leper, masukkan 1 sudu makan minyak masak, susun gyoza di atas pan tetapi jangan terlalu penuh.
6. Biar sehingga bawah gyoza menjadi keperangan. Kemudian masukkan 1/2 cawan air, perlahankan api dan tutup kuali dengan penutup.
7. Biarkan air mendidih dan ini akan membuatkan Gyoza masak secara STEAMING selama lebih kurang 6-8 minit. Perhatikan jangan sampai hangit.
8. Angkat dan letakkan di atas serving plate bersama dengan kicap cair.

Thursday, February 17, 2011

Tempura Platter


Malam ni saya masak lemak cili padi ketam untuk my husband dan Tempura Platter untuk diri sendiri. Tapi udang tempura saya tak lurus tapi mengerekot. Saya gunakan tepung tempura dan bancuh dengan ice cream soda sejuk.

Sunday, February 13, 2011

Asari Miso Shiru



Biasa nampak kawan kawan di Jepun yang buat Miso Shiru ataupun Miso Soup. Terfikir juga macam manalah agaknya rasa Miso Soup ni sebab ada sesetengan makanan Jepun yang masih tak boleh masuk kat tekak saya ni. Sebabkan nak rasa, so semalam saya pergi mencari bahan bahan untuk menyediakan menu Jepun yang satu ini.

Not bad, tekak saya boleh terima dan agak sedap juga. Sedap dihirup masa masih panas. Tapi masa membeli Miso Paste, kena baca ingredients kat packet sebab ada yang mengandungi alcohol. Dan kebanyakan bahan bahan ini boleh didapati di Jusco.


Bahan bahan
1/2 kilo Asari / Clams
4 cawan air
4 pcs small konbu / kelp ( seaweed )
2 sudu makan Miso Paste
1 block japanese tofu - potong kecil
1 sudu makan bonito flakes
3 pcs shiitake mushroom
Sedikit daun bawang untuk hiasan

Cara:

1. Masukkan air ke dalam periuk, masukkan konbu seaweed dan bonito flakes. Panaskan hingga mendidih, tapis dan ambil stok sahaja.
2. Panaskan stok, masukkan miso paste, kacau sebati dan masukkan asari/clams dan hirisan shiitake mushroom.
3. Masak sehingga asari/clams terbuka dan masukkan potongan tofu. Biarkan seketika dan bolehlah diangkat.
4. Taburkan potongan daun bawang semasa menghidang.

Friday, July 23, 2010

Gyoza


Tekak ni sejak baik demam asyik craving for this kind of food.Jadi semalam merajinkan diri sendiri untuk buat Japanese Gyoza.Kalau kita ke pasaraya, kita boleh nampak 2 jenis kulit wan ton ni. Satu berwarna kuning, biasanya ada yang bentuk segi empat dan bulat. Satu lagi ialah yang berwarna putih, bertulis Gyoza Skin. Hari ni saya gunakan skin yang berwarna putih.

Japanese Gyoza
Bahan bahan

Kulit Gyoza / Won ton secukupnya

* Bahan Inti:
* 200g isi ayam, dicincang
* 100g isi udang, dicincang
* 1 sb kubis bulat yg dicincang halus
* 1 sb daun kucai dicincang halus
* 2 pcs shitake mushroom - dicincang halus
* 1 1/2 sb kicap cair
* 1 1/4 sk garam
* 1/4 sk gula
* Secubit serbuk lada putih
* 1/2 sk minyak bijan
* 1 sk tepung jagung
* Minyak masak
* 1/2 cawan air

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan inti dan perap 30 min.
2. Masukkan 1 sudu inti di tengah2 kulit wantan, letak sedikit air di sekeliling kulit dan kepil.
3. Lipat segitiga.. Kepil dari tepi. Buat hingga habis
4. Tekan-tekan sikit pada bahagian lipatan.
5. Panaskan kuali leper, masukkan 1 sudu makan minyak masak, susun gyoza di atas pan tetapi jangan terlalu penuh.
6. Biar sehingga bawah gyoza menjadi keperangan. Kemudian masukkan 1/2 cawan air, perlahankan api dan tutup kuali dengan penutup.
7. Biarkan air mendidih dan ini akan membuatkan Gyoza masak secara STEAMING selama lebih kurang 6-8 minit. Perhatikan jangan sampai hangit.
8. Angkat dan letakkan di atas serving plate bersama dengan kicap cair.

Tuesday, May 4, 2010

Chawan Mushi


Masa saya pergi beli takoyaki di gerai Jepun di Shah Alam Mall, ternampak satu menu g dipanggil chawan mushi. Lepas tu sibuk cari resepi kat internet, konon kononnya nak mencuba sendiri. Tapi dari sehari ke sehari tak buat buat juga. Last week saya buat sekali tapi teksturnya teruk, mengerutu sangat. Kelakar pun ada juga bila tengok, cam kulit org dah tua sangat.

Hari ni buat lagi sekali, tapi tengok cara buat betul betul dan baca resepi betul betul juga. Tapi permukaannya masih tak perfect/ tak smooth as it should be. Tapi ok la kan....



Egg Mixture -
1 Large Egg
170ml Water
1/2 tsp Granulated Bonito Dashi
1/2 tsp light Soy Sauce
1/4 tsp Salt

- Fillings -
50g Chicken Meat
2 Shrimps
2 Shiitake Mushrooms
4 Ginnan - Ginkgo Seeds
Parsley
Light Soy Sauce for Seasoning

Ada sesetengah bahan yang saya tak masukkan seperti sake sebab tak halal. Saya tambahkan lobal merah. Resepi asal dan cara cara boleh lihat di sini.

Sunday, December 13, 2009

Takoyaki

Dah lama bahan bahan nak buat takoyaki ni ada kat dalam kabinet cuma belum ada semangat nak mencuba membuat sendiri takoyaki ni. Tapi hari ni takde plan nak keluar, jadi petang tadi saya mengodek godek apa yang patut untuk buat takoyaki.
For first timer, saya rasa ok lah walaupun tak perfect sangat tapi masih nampak cam takoyaki juga.

Masa tengah masak

Resepi dari azwalissa@MyR.

Bahan-bahan ( 30 biji )

  • BAHAN TEPUNG :
  • 1 cawan tepung gandum - saya guna tepung TAKOYAKI
  • 300ml air
  • 1 sudu baking powder- tak letak
  • 1 biji telur
  • sedikit garam-tak letak
  • Daun bawang & kobis diracik halus
  • BAHAN INTI :
  • Tako (nak senang, boleh beli siap kat Sushi Section Jusco)
  • **selain tako (sotong), boleh guna tuna dlm tin / dried scalop / ketam / udang dll. tapi dah tak jadi TAKOyaki lagi la..**
  • BAHAN HIASAN :
  • Seaweed (kepingan rumpai laut) - racik halus
  • Fish Flakes (boleh dapat kat bhgn makanan jepun di Jusco)
  • Mayonis
  • Sos Takoyaki

Cara-cara

  1. Campur semua bahan untuk tepung. Pastikan ianya tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Agak2 cair sikit aje dari adunan jemput-jemput.
  2. Panaskan acuan takoyaki dengan sedikit minyak. Saya takde acuan takoyaki, so guna acuan kuih cara bentuk bujur. Hasilnya takoyaki saya bentuk telur! heee..!
  3. Tuangkan adunan 3/4 penuh dalam dalam setiap acuan. Kemudian masukkan tako dan tunggu kejap sampai bhgn bawahnya masak.
  4. Gunakan lidi untuk terbalikkan takoyaki supaya masak pada kedua2 bahagian atas dan bawah.
  5. Keluarkan takoyaki yg siap dimasak. Taburkan seaweed , fishflakes, sos & mayonis. Sedia utk dihidang. Sedap dimakan panas-panas.

Wednesday, August 5, 2009

Okonomiyaki

Hari ni lunch makan japanese food, okonomiyaki. Bukan saya yg masak ye, saya order je dan org lain yg tolong masak untuk saya. Tengahari tadi saya ke Shah Alam Mall kat Seksyen 9, terus ke Lower Ground sebab Booth yg jual ni ada kat situ. Kena tunggu 15 minit baru siap, sambil tu duduk kat kerusi yg disediakan. kat sebelah saya ada 3 org budak lelaki, mungkin belasan tahun atau baru masuk kolej.
Sambil menunggu tu saya sempat gak terdengar perbualan they all, mostly pasal girls. Apa yang membuat saya begitu asyik mendengar ialah perbualan mereka yang berkisar tentang girlfriend yang lebih tua dari mereka. Nampaknya trend lelaki muda berminat dengan wanita berusia ni bukan sekadar melanda Dunia Seleberiti tapi org org biasa.Ermmmm nampaknya saham wanita berusia makin naik lah ye..........

Tuesday, June 2, 2009

Takoyaki


Bukan saya yang buat takoyaki ni, saya beli sebab sampai sekarang belum sampai seru nak buat sendiri walaupun mould dah ada kat rumah.

Monday, May 11, 2009

Black Pepper Beef Udon

Ahhhhhh...tension betul dengan streamyx ni tau. Dah beberapa hari tak boleh online kat rumah, connected tapi tak boleh browse internet. Call TM, dia cakap takde masalah, then dia cakap mungkin laptop ada masalah pulak. Dia suruh buat ini buat itu masih tak ok lagi. Tapi bila saya guna hari ni kat tempat kerja takde masalah pulak. Maknanya bukanlah masalah laptop saya. Sekejap lagi nak pegi TM nak buat report pulak. Uihhh panjang lebar membebel pepagi ni pulak. Hari Sabtu tu saya buat Black Pepper Beef Udon yang saya nampak dalam majalah NONA. Nampak cam sedapnya gambar dalam majalah tu, tapi memang sedap pon.

Thursday, April 2, 2009

Tori Nabe

Entahlah...rasa malas sangat nak masak. Agaknya virus M datang melanda sampai dah tak tau nak masak apa. Dah beberapa hari Shah Alam dilanda hujan, mood pun lembab cam cuaca gak.
So, saya saje saje browse internet cari cari apa yang nak dicuba, terjumpa satu resepi japanese food - Tori Nabe aka Japanese Chicken and Vegetable Hot Pot. Tengok senang jer walau ada sesetengah bahan tu takde. Tapi kita boleh omitted dan subsituted kalau perlu. Tapi saya buat dengan apa yang ada kat dapur saya jer. Resepi saya ambil dari blog Just Hungry.

Bahan bahan

1 pc of dried konbu seaweed or 1 tbsp dashi stock granules or 1 tbsp chicken stock granules.
400 gms daging ayam - dipotong kiub
1 block firm tofu - cut into chunk
Sedikik kobis cina - dipotong saiz yg sesuai
Sedikit sayur bayam
1 pack enoki mushroom
4 ketul shitake mushroom - dipotong saiz yang sesuai
1/2 batang leek - di hiris
Garam secukup rasa

Cara cara
  • Didihkan air di dalam nabe (pot), masukkan chicken stock granules, kemudian masukkan daging ayam yang telah dipotong kiub.
  • Kemudian masukkan sayur leek dan biarkan ia mendidih sebentar.
  • Perlahankan api, masukkan semua sayur bermula dengan sayur yang keras dahulu. Biarkan ia mereneh (simmer), perasakan dengan garam.
  • Kemudian masukkan tofu, biarkan sebentar dan bolehlah dihidangkan.