Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Wednesday, April 20, 2016

Mango Cheesecake






Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....


Wow lamanya dapur My Small Kitchen tidak berasap....
Aduhaiii kalau sudah lama tidak update, bila hendak mulakan kembali memang ambil masa dan mood. Tuan rumah kurang sihat sihat + kurang mood nak update blog. Bila umur makin meningkat, ambil masa yang lebih lama untuk kebah. Salah makan sikit pun boleh memberi kesan. Tambahan cuaca yang agak melampau menambah kepada keadaan kesihatan yang kurang memuaskan.

Selama sebulan berhibernasi ni bukanlah tidak masak, ada juga sesekali tetapi most adalah menu ulangan. Itupun kalau ada tetamu yang berkunjung ke rumah. Kalau tidak memang makan yang simple je.

Kebelakangan ini ramai kawan kawan FB menayang Mango Cheesecake. Maklum la sekarang musim mangga esspecially Mangga Harum Manis dari Perlis. Harganya sekilo ermmmm mengalahkan buah mangga import. Tak boleh tahan, saya buat juga. Lepas tu puas nak habiskan sebab my husband tak gemarkannya.


Selamat menjamu mata...

Bahan A ( Base )
70 gms butter - cairkan
20 keping biskut Digestive - hancurkan

Cara cara
1. Campurkan kedua dua bahan kemudian bahagikan sama rata untuk 4 bekas seperti di dalam gambar. Tekan hingga mampat. Kalau suka boleh masukkan ke dalam peti sejuk sementara menunggu proses selanjutnya.

Bahan B ( Cheese Filling )
250 gms TATURA Cream cheese atau yang sesuai
80 gms gula pasir
100 ml cream - Saya guna Nestle cream dalam tin
1 biji mangga - ambil isinya dan potong dadu
15 gms gelatin dicampurkan dengan 50 ml air panas sehingga sebati.

Cara cara
1. Masukkan cream cheese dan gula pasir ke dalam mangkuk. Pukul hingga sebati.
2. Masukkan pula gelatin yang telah dilarutkan tadi. Gaul sebati.
3. Kemudian masukkan kiub mangga. Gaul sebati.
4. Tuang adunan cheese ke dalam bekas yang berisi base tadi. Ratakan.

Bahan C ( Puree Mangga )
1 biji mangga
1/3 cawan air
1 sudu besar gula pasir - jika mangga kurang manis, lebihkan kuantiti gula.

Cara cara
1. Kisar isi mangga bersama sama gula dan masukkan air hanya sekdar untuk membolehkan isi mangga dikisar sehingga halus.
2. Tuang puree mangga ke atas adunan cheese tadi.
3. Simpan di dalam peti sejuk sekurang kurangnya 4 jam.

Untuk hiasan mangga seperti bunga ros

- Kupas buah mangga dan bahagikan kepada 2 bahagian.
- Ambil sebelah/ sebahagian dan hiris nipis.
- ambil hirisan yang paling kecil dan letak dibahagian tengah.
- Kemuadian ambil satu hirisan dan susun seperti kelopak bunga ros.
- buat sehingga kelihatan seperti bunga ros.


Tuesday, October 13, 2015

Kek Buah Kukus

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Agak lama juga saya plan nak buat kek buah kukus menggunakan resepi dari blog Azlita tapi asyik bertangguh dari hari ke hari. Ingatkan nak buat untuk makan semasa Hari Raya Aidil Adha tempohari tapi rasa macam malas la pulak. Memandangkan kami hanya berhari raya di Shah Alam saja dan menyibukkan diri menyertai majlis Qurban di surau dan masjid berdekatan, jadi bertangguh lagi.

Memandangkan keluarga saya nak datang hujung minggu lepas, jadi saya terus buat sebab at least ada juga juadah yang boleh dijamu nanti. Saya menggunaka bekas aluminium foil jadi masa kukusan memang boleh dijimatkan. Resepi yang dikongsikan Azlita menghasilkan 2 bekas aluminium foil dan hanya ambil masa 1 jam 45 minit lebih kurang untuk masak.

Bagi saya kek ni memang sedap cuma terlalu manis pada deria rasa saya. Mungkin lain kali saya akan cuba kurangkan kuantiti gula dan lihat bagaimana hasilnya.




Kek Buah Kukus

Bahan A

300 gm gula halus
250 gm mentega ~ 1/2  bergaram salted dan 1/2  lagi tidak bergaram unsalted
500 gm buah-buah kering campuran mixt fruit
50 ml air panas

Bahan B

350 gm tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat ( 10 gm)
1/2 sudu kecil  cream of tarta ( 3 gm)
1 sudu kecil serbuk buah pala ( 3 gm)

Bahan C

1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur gred A

Cara cara
1. Sediakan dahulu bahan A. Proses membuat bahan A ini adalah sama seperti proses membuat gula hangus.
Gula yang di gunakan sebaiknya gula halus, kerana ia memudahkan dan mempercepatkan lagi gula kita mencair.

2. Gunakan 1/2 bahagian tu mentega bergaram salted dan 1/2 lagi yang tidak bergaram unsalted ini untuk menghasilkan rasa lemak pada kek.

3. Masukkan gula dalam periuk. Panaskan dan cairkan gula hingga perang, jangan sampai hangus,nanti kek anda akan pahit. Gunakan api yang kecil sahaja.

4. Bila gula dah mula cair keperangan, tuangkan air panas. Berhati-hati semasa menuang air kerana ia akan merecik. Kacau rata hingga tiada ketulan gula.

5. Masukkan pula mentega dan biarkan ia mencair,masukkan pula buah-buahan campuran dan masak hingga ia mendidih dengan api perlahan.
Bila dah mendidih tutup api dan biarkan ia sejuk atau suam.

6. Sementara kita menunggu adunan buah-buah kering ini suam, bolehlah ayak dahulu bahan-bahan kering. Campurkan tepung, soda, tatar, serbuk pala atau serbuk cinamon ( jika di gunakan ) kemudian di ayak.

7. Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam adunan buah-buahan tadi sedikit-sedikit dan gaul rata. Ketepikan, dalam bekas lain pula putar telur hingga berbuih. Anda boleh gunakan blender juga untuk memutar telur. Kemudian tuangkan telur ke dalam adunan tepung dan buah-buahn tadi.Masukkan juga esen vanilla dan gaul rata.

8. Sediakan 3 bekas aluminium bersaiz 7 1/2 X 3 1/2 in, sapukan butter di dalamnya.
Tuangkan adunan dalam ketiga-tiga bekas sama banyak, tutup bekas dengan aluminium foil.

9. Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya, masa mengukus antara 1 jam 1/2 hingga 1 jam 45 minit.Bila dah masak, tutup api dan biarkan kek sekejap dalam kukus selama 10 ~ 15 minit, kemudian baru keluarkan.

10. Tunggu kek hingga benar-benar sejuk sebelum di potong.Kek ini semakin lama di simpan semakin enak rasanya.  

Untuk langkah demi langkah bagaimana untuk  menyediakannya boleh rujuk di sini.



Monday, September 21, 2015

Kek Pisang

 
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
InsyaAllah lagi beberapa hari umat Islam akan meyambut kedatangan Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban. Memandangkan hari raya akan jatuh semasa cuti sekolah, mesti ramai yang mengambil peluang untuk menyambut di kampung halaman. Biasanya cuti sehari saja untuk Hari Raya Qurban ni.
 
Mungkin ada kalangan kita yang ada rezeki lebih untuk membuat ibadah Qurban tahun ini. Alhamdulillah moga dimurahkan lagi rezeki.
 
 Agak lama juga oven saya tidak berfungsi. So dalam sesi memanaskan oven saya buat Kek Pisang yang saya ambil resepi dari Majalah RASA. Mungkin sebab agak lama tidak digunakan, oven buat hal sedikit menyebabkan permukaan kek saya agak "Rentung". tetapi alhamdulillah raanya tidak dipengaruhi oleh keaadan luarannya. Yang penting suami saya asyik mengunyah....
 
KEK PISANG
 
Bahan bahan
6 biji pisang emas - dilenyek/mashed
225 gms gula pasir - saya hanya gunakan 200 gms gula pasir perang. Inipun dah masnis sangat pada saya.
300 gms tepung gandum
170 ml melted butter
4 biji telur ayam
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh esen pisang
 
Cara cara
1. Ayak tepung gandum bersama sama dengan baking pawder dan baking soda.
2. Pukul telur bersama sama gula dan esen pisang hingga kembang.
3. Campurkan tepung bersama sama pisang yang telah dilenyek tadi. Gaul sekata, kemudian masukkan pula campuran telur tadi.
4. Masukkan pula melted butter dan gaul sebati. Sapukan sedikit butter di dalam loyang, kemudian tuang adunan kek. Hiris pisang emas dan letak di atas permukaan kek jika suka.
5. Bakar kek pada suhu 170C anggaran masa 40 minit atau sehingga kek masak. Ambil lidi dan cucuk dibahagian tengah kek, jika lidi keluar bersih makan kek sudah masak. 
 

Monday, February 23, 2015

Butter Cake



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari pertama bekerja selepas cuti panjang Tahun Baru Cina. Mungkin masih ramai yang sambung cuti sebab hari ini suasana agak lengang.

Saya tak suka betul travel dalam musim perayaan kerana berserabut fikiran bila memikirkan kekesakan lalulintas. Tetapi mengenangkan agak lama tidak menjenguk kampung halaman, redah juga.

 

Sebelum cuti saya ke BAGUS BAKERY sekadar cuci mata. Kebetulan ada promosi ANCHOR Premium Butter, dan ada Chef yang hadir. Disediakan butter cake dan cookies untuk dirasa. Saya ambil butter cake dan rasanya memang sedap dan lembut sekali. Bila anda membeli 2 tin akan diberi buku resepi percuma.

So saya teruja untuk mencuba resepi butter cake berdasarkan resepi yang diberi. Semasa membaca resepi tidaklah perasan sangat mengenai kunatiti telur yang digunakan kerana ia dalam bentuk gram. Contohnya kuning telur 100 gms. Tetapi bila sudah mula menimbang, agak terkejut juga kerana kuantiti telur yang digunakan agak banyak, hampir 10 biji bersaiz L.

Kek yang terhasil memang lembut dan gebu cuma agak berbau telur. Dan saya pula terlupa untuk memasukkan vanila.
 

Resepi akan diupdate kemudian.

Bahan bahan
330 gms butter
200 gms tepung naik sendiri
2 biji kuning telur
100 gms telur ( whole egg )
90 gms gula pasir
110 gms sour cream ( 110 gms whipping cream + 1 sudu besar jus lemon )
170 gms putih telur
150 gms gula pasir
Sedikit cream of tartar

Cara cara
1. Pukul butter dengan gula hingga pucat dan kembang.
2. Kemudian masukkan kuning telur dan whole egg sambil dipukul hingga sebati.Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dan gaul sekata. Ketepikan.
3. Pukul putih telur, cream of tartar dan gula pasir hingga menjadi meringue.
4. Menggunakan kaedah kaup balik, campurkan meringue ke dalam adunan butter tadi. Akhir sekali masukkan sour cream dan sebatikan.
5. Lenserkan loyang dengan butter atau boleh gunakan bundt pan. Tuang adunan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 45 minit pada suhu 180C atau sehingga kek masak.

Nota Kaki: Resepi asal hanya gunakan warna asal, tapi saya tambahkan serbuk koko untuk jadikan seperti marble.
 

 

Friday, January 2, 2015

Chocolate Frosting



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Selamat Menyambut Tahun Baru 2015 semoga tahun baru membawa sejuta rahmat buat kita semua. Alhamdulillah banjir sudah semakin surut di kebanyakan tempat. Sekarang tempoh untuk bangkit semula untuk menempuh hari hari yang mendatang. Walaupun sukar, insyaAllah kita boleh bangkit semula walaupun terpaksa bertatih....

Walaupun cuti bersambung tapi saya dan suami tidak kemana mana.

Kali ini saya cuma upload gambar Chocolate Frosting yang saya buat untuk chocolate cake. Selalunya juga mencari cari resepi untuk buat simple frosting tetapi bila tengok kuantiti gula yang digunakan, boleh terkedu juga dibuatnya. Terdetik dalam hati "banyaknya gula......"

Kebanyakan resepi yang saya jumpa menggunakan gula minima 3 cawan dan keatas. Cuma resepi ini yang baru saya jumpa menggunakan 1 1/2 cawan gula. Inipun saya dah rasa manisnya...


 
 

Chocolate Frosting (1)

142 gms unsweetened chocolate
8 tbspn butter
1 cup + 1 tbspn sugar
1 cup heavy cream
1 tspn vanilla

Method
1.In a saucepan, bring the sugar and heavy cream to a boil over medium heat.
2. Reduce the heat to low and simmer for 6 minutes. Do not let the saucepan overflow.
3. Remove from heat and stir in the chocolate and butter until melted.
4. Stir in the vanilla extract. Let the frosting cool completely,whisking occasionally during cooling. Once completely cool at room temperature, the frosting will be spreadable. 

Tuesday, August 26, 2014

Kek Sarang Semut



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Hari ini hari terakhir bulan Syawal bagi tahun ini. InsyaAllah semoga bertemu lagi di tahun mendatang.

Agak lama juga tidak menggodek godek di dapur. Ada beberapa bahan yang terpaksa dibuang memandangkan sudah tamat tempoh. Maklumlah masa membeli tu tak ingat dunia, main capai saja tapi tak terbuat juga akhirnya.

Entah kenapa semalam terasa nak membuat kek sarang semut atau kek gula hangus. Cari cari resepi yang tidak memerlukan masa yang lama untuk memeram adunan. Selalunya resepi akan mengatakan gunakan api bawah saja, tetapi memandangkan oven cap ayam saya tu tak ada fungsi api atas atau bawah sahaja, terpaksalah gunakan apa yang ada.

Pembentukan "sarang" atau lubang lubang kecil tu tidak berapa menjadi seperti yang sepatutnya. Tetapi bolehlah daripada tak jadi langsung. Masih nampak seperti Kek Gula Hangus.
 

Tuesday, June 24, 2014

Kek Chiffon Pulut Hitam



 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Agaknya dimana silap pada kek chiffon pulut hitam saya ini? Sepatutnya ia bewarna kehitaman tetapi kek saya lebih kepada kehijauan. Seakan akan Matcha Chiffon Cake. Rasanya tak salah letak tepung...

Ingatkan kek chiffon saya tak menjadi memandangkan telur putih yang saya pukul tidak mahu kembang atau soft peak. Selalunya sekejap saya tetapi semalam, agak lama juga namun masih tidak seperti yang saya harapkan. Mungkin disebabkan telur yang agak lama.

 

 Resepi dari blog CMG rasanya, tetapi saya copy dari blog Syapex. Saya kurangkan penggunaan gula. Walaupun sudah dikurangkan, masih agak manis lagi.

Nanti bila lapang sikit baru saya akan update resepinya. So for the mean time, sila menjamu mata ye...




Bahan A
4 biji kuning telur
35 gms gula halus ( saya guna 20 gms )
1/2 sudu teh esen vanilla
25 gms tepung gandum *
50 gms tepung pulut hitam *
1/2 sudu teh Double Acting Baking Powder *
Satukan semua bahan bertanda * dan ayak
75 ml santan pekat
2 sudu besar minyak jagung

Bahan B
4 biji putih telur
65 gms gula halus ( saya guna 50 gms )
1/2 sudu teh garam

Cara cara
1. Pukul ringan kuning telur dan gula. Masukan sedikit demi sedikit adunan tepung yang telah diayak tadi. Kemudian masukkan perlahan lahan pati santan dan minyak jagung. Gaul sebati dan ketepikan.
2. Pukul putih telur bersama garam hingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit hingga menjadi kental.
3. Masukkan putih telur ke dalam adunan tepung dan gaul dengan kaedah kaup balik. 
4. Tuangkan ke dalam acuan kek chiffon. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 min. Kemudian turunkan suhu kepada 160C dan bakar kek hingga masak.
5. Keluarkan dari oven, terbalikkan acuan kek dan biarkan hingga sejuk.

 

Thursday, June 12, 2014

Butter Cake




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...


Maaf buat pengunjung My Small Kitchen sebab hampir seminggu tiada entry baru. Tuan rumah sibuk jadi "baby sitter".....

Sampai sakit sakit badan dibuatnya melayan kerenah anak anak sedara... Itu baru 2 minggu, kalau lama boleh kurus dibuatnya. "wink"

Walaupun boleh dikatakan setiap hari saya masak, even siapkan sarapan pagi tapi tak sempat nak ambil gambar makanan. Lepas masak saja, masing masing dah tak sabar nak makan.

 


Hari ini saya upload gambar Marble Butter Cake yang saya ambil resepinya dari Majalah RASA. Walaupun marblenya tak cantik tetapi rasa keknya memang terbaik. Lembut, gebu dan manisnya sedang elok saja. Cuma kurang puashati dengan corak marblenya. Resepinya menyuruh adunan dibahagi kepada 2 dan satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko. Tetapi saya rasa lebih baik kalau hanya 1/4 bahagian dicampurkan dengan serbuk koko. Ini kerana warna coklat agak dominan so ia lebih ketara berbanding warna asal adunan. Just my 2 cent opinion.
 
 Percaya tak kalau saya katakan saya buat kek ini waktu pagi sebelum pergi kerja? Elok sahaja kek masak, saya terus ke tempat kerja. So balik kerja semalam baru keluarkan dari loyang. Baru saja nak mengambil gambar, anak anak saudara semua asyik cakap " boleh tak nak rasa?"

Aduhaiiii... cepat cepat ambil gambar sebelum tak nampak rupa kek tu.

Marble Butter Cake

Bahan bahan
227 gms butter
170 gms tepung superfine
1 sudu makan serbuk penaik
1 sudu makan ovalette
3 sudu makan susu pekat
170gms gula kastor - saya gantikan dengan organic cane sugar
5 biji telur - asingkan putih dan kuningnya
1 sudu makan vanilla extract
4 sudu makan serbuk koko

Cara cara
  •  Masukkan butter, susu pekat dan vanilla extract ke dalam mangkuk adunan. Pukul hingga kembang.
  • Ayak tepung bersama sama dengan serbuk penaik.
  • Pukul telur putih sambil masukkan sedikit demi sedikit gula hingga soft peak.
  • Kemudian masukkan telur kuning satu persatu dan pukul ringgan.
  • Campurkan adunan telur dan adunan butter dan gaul hingga sebati. Kemudian masukkan tepung sikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.
  • Panaskan oven pada suhu 180C, gliskan loyang dengan butter dan sedikit tepung. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko.
  • Masukkan adunan diselang selikan antara adunan asal dan koko. Ambil lidi dan buatkan marble.
  • Bakar kek selama lebih kurang 30-35 minit atau sehingga kek masak. Caranya ambil lidi dan cucuk dibahagian tengah kek, jika lidi keluar bersih, maka kek sudah masak.
  • Sejukkan kek sebelum keluarkan dari loyang.


Friday, April 25, 2014

Souffle Cheese Cake



Assalammualaikum dan Selamat hari Jumaat yang penuh barakah....

Mesti ramai yang suka sebab esok cuti!!!!!!!
Termasuk la saya. Siapa yang tak suka cuti? Ohhhh ada...

My  husband.

Ada orang suka pergi cuti cuti Malaysia, cuti cuti oversea, balik kampung, memancing atau yang tiada kena mengena dengan KERJA..

Tapi kalau tanya my husband apa yang paling you suka buat?

KERJA. 

Pendek dan tepat.

So he should WORK so that I can SHOP...



Agak lama terasa macam nak makan cheese cake. Ingat nak buat pumpkin cheese cake since masih ada balance labu dalam peti ais. Tapi tak beli biskut graham / oreo / marie untuk buat base cheese cake. Malas pula nak jadi Mc Gyver nak olah benda lain untuk gantikan base tu. So yang paling senang buat Souffle Cheese Cake yang melt in your mouth...

Sudah beberapa kali saya guna resepi yang sama. Sebab ia simple dan so far tidak mengecewakan.



Bahan bahan

125 gms cream cheese - kali ini saya guna brand Philadelphia
300 ml susu segar
80 gms butter
80 gms gula
80 gms tepung kek
3 biji telur
sedikit lemon jus

Cara cara
1. Masukkan cream cheese, butter dan susu ke dalam sauce pan dan panaskan dengan api perlahan sehingga semua bahan cair tetapi tidak mendidih. Ketepikan.
2. Masukkan kuning telur dan gula ke dalam mangkuk, pukul ringan dan perlahan lahan masukkan adunan cheese ke dalamnya sambil di kacau.
3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dan gaul sekata.
4. Pukul putih telur bersama sama sedikit jus limau hingga kental.
6. Campurkan putih telur ke dalam adunan tadi dengan kaedah kaup balik.
7. Lapikkan tin kek dengan baking paper, gliskan dengan butter dan taburkan sedikit tepung. Buang tepung yang berlebihan.
8. Tuang adunan ke dalam tin kek. Bakar didalam oven dengan kaedah water bath pada suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang 30 minit atau sehingga lidi yang dicucuk di bahagian tengah kek keluar tanpa melekat.
9. Keluarkan dari oven, biarkan ia sejuk sebentar dan sejukkan di dalam peti ais sebelum dinikmati.




Tuesday, February 18, 2014

Cheesy Brownies with Walnut




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini saya buat tayangan amal brownies yang enak dengan rasa keju dan crunchy walnut. Rasa macam buat advertisement la pula kan... Bukan apa dah 2 hari ada krew penggambaran yang berkampung berdekatan office saya ni. Sibuk buat penggambaran. Tapi jangan tanya cerita apa dan siapa pelakonnya, Tak Kuasa ahkak nak pergi tengok ye....

Kawasan ni memang selalu dijadikan penggambaran drama atau filem. So ramai juga ler pelakon terkenal atau yang suam suam kuku berulang alik kat sini.

Okay berbalik pada gambar kat atas ye kawan kawan..... Actually ada kawan FB yang kebetulan kawan masa sekolah MGS dolu dolu la kan, dia berhenti kerja dari Telekom dan menjadi housewife.Walaupun gaji ribu riban kata orang sekarang ni, tapi kepentingan anak anak perlu diutamakan dulu. So dia buat bisness kecil kecilan sambil mengisi masa yang terluang, membuat premix dan dijual kepada kawan kawan.

Sesekali dia ada la main teka teka kat FB, just for fun dan sebagai cara untuk mempromosikan premix beliau. Ada suatu pagi yg indah tu ahkak suka suka teka dan yayyyyyy ahkak betul. So dia bagi la premix utk buat brownies. Sebenarnya dah hampir sebulan tapi terpaksa ditangguhkan sebab rumah tengah diubahsuai.

Seperti biasa, ahkak memandai tambah cream cheese dalam adunan brownies tu.

 

Tuesday, January 7, 2014

Chocolate Moist Cake With Ganache




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.....

Back to normal hectic life. Pagi pagi dah mula sesak dan jammed. Ohhhhhh serabut rasanya especially bila umur makin nak masuk kategori "Antik" ni....

Bilalah duit nak berkepok kepok dalam bank kan... bolehlah duduk bersantai sambil layan pokok bunga ke, pokok tanam tanaman ke, anak kucing ke...oppssss ahkak alergik kat bulu kucing dan seumpama dengannya...



Agak lama juga tak buat choc cake kat rumah, bukan setakat kek je, banyak benda dah jarang masak sekarang ni. Ingatkan tahun 2014 ni bolehlah jadi lebih rajin dari tahun lepas...

Insya Allah sedang memotivasikan diri supaya lebih rajin untuk mencuba resepi resepi yang menarik dan sekaligus rajin untuk update blog ni. Kira macam azam la juga kan...


 Resepi Chocolate Moist Cake ni saya ambil dari internet cuma saya lupa dari mana sebab lepas nampak resepinya yang agak senang, saya terus copy dan print out. Lepas tu simpan kadang kala cari pun tak jumpa. Ini pun lepas kemas barang dalam laci kat tempat kerja, baru terjumpa.

Lagipun saya nak merasmikan bundt pan yang saya beli awal tahun lepas rasanya. Itulah....selalu kena tegur dengan my husband, beli je tapi tak guna.



Nanti saya update resepinya sebab ia memang senang dan tidak memerlukan mixer. Saya cuma gunakan egg whisk.

Sumber: diethood.com

Bahan bahan
2 cawan gula - saya kurangkan kepada 1 1/2 cawan gula tebu perang
1 3/4 cawan tepung gandum - saya guna unbleached flour
3/4 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
2 biji telur - large size
1 cawan kopi segera yg dibancuh pekat
1/2 cawan minyak sayuran
1 sudu teh vanilla extract
1 cawan buttermilk

Ganache/Chocolate frosting
12 ounces chocolate masakan - dicincang halus
1 1/2 cawan heavy whipping cream
125 gms butter

1 bundt pan - oles dengan butter

Cara cara
1. Masukkan heavy whipping cream dan butter ke dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana sehingga mendidih. Masukkan coklat masakan, kacau hingga larut.
2. Matikan api, tuang ke dalam bekas sesuai dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam.

3. Panaskan oven.

4. Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk pengadun atau bekas yang sesuai.

5. Kemudian masukkan pula semua bahan cecair satu persatu ke dalam mangkuk yang berisi bahan kering tadi.

6. Gaul semua bahan dengan sebati. Kalau gunakan electric mixer, pukul adunan pada kelajuan sederhana selama 2 minit. Saya cuma gunakan egg whisk, gaul adunan sehingga menjadi sebati.

7. Tuang adunan ke dalam bundt pan, bakar selama lebih kurang 30 - 35 minit atau sehingga bila kita cucukkan lidi, lidi keluar tidak melekat.

8. Sejukkan sebelum di tuangkan coklat frosting/ganache ke atasnya.