Monday, June 29, 2009

Menu Dinner

Dinner malam ni saya masak ikan siakap yang dua, tiga hari dok dalam esbok. Esok plan nak beli barang basah jadi kena clearkan stok dulu. Mula mula ingat nak stim ikan siakap ni tapi memandangkan ikan tak berapa fresh jadi kalau stim nanti kurang enak gitu.

Siakap Masam Manis

Telur Masak Kicap requested by my husband.

Tag dari Mimi dan Mama Hawa

Dah lama tag tag ni, baru hari ni nak buat. Sorry ye Mimi dan Mama Hawa. Saya ni kalau kena tag, mesti jadi lembab tiba tiba. hehehehe.........


NAMA-NAMA TIMANGAN ANDA:
Saya takde nama timangan

ANDA SEORANG YANG :
Saya seorang yang sukar nak memulakan bicara, tapi kalau dah kenal memang tak berhenti bercakap.Saya juga kuat merajuk dan cepat juga naik angin.hehehehe.....

INSAN TERISTIMEWA?? DESCRIBE APA YANG MEMBUATKAN DIA TERLALU ISTIMEWA DIMATA ANDA
Tentulah Suami, Ibubapa dan keluarga saya.
Suami- Sebab dia memang tahan sabar dengan kerenah saya yang kuat merajuk dan cepat naik angin sejak dok berkawan lagi.
Ibubapa- tentulah sebab mereka saya ada sekarang dan bersusah payah membesarkan saya.
Keluarga- Sebab sentiasa ada dibelakang menyokong saya.

LAGU KESUKAAN ANDA:
Tak tentu juga, ikut mood dan keaadaan tetapi selalunya saya sukakan yang berirama sederhana. Tidak terlalu perlahan dantidak terlalu rock. yang sedang sedang saja ma....

MAKANAN KESUKAAN ANDA??
Saya suka makan, jadi kalau sedap je mesti jadi makanan kesukaan.

WARNA KESUKAAN ANDA :
Saya sukakan warna biru,hijau,hitam dan earth colours.

SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS:
Orang yang suka bermuka muka, kat depan kita cakap lain, belakang kita cakap lain.

Sunday, June 28, 2009

Asam Laksa


Untuk minum petang ni saya buat Asam Laksa, salah satu favourite dish my husband. Jemput makan.......

Menu Lunch hari ni......

Air Sirap dengan buah kabung

Ikan Goreng

Ulam petai & pucuk ubi rebus dengan sambal tempoyak

Sambal tumis kerang

Hari ni saya masak simple je sebab my husband keluar jumpa kawan dan terus lunch kat luar. Jadi saya masak yang simple untuk saya makan sorang. Mula mula ingat nak buat rendang kerang dengan pucuk ubi tapi bile check takde stodk santan pulak. Nak keluar beli, rasa malas sangat. Jadi saya tukar menu.

Set Tupperware


Hari tu ada kawan datang dok promote barang barang tupperware ni. Dulu dulu masa kerja makan gaji ada juga sesekali beli barang tupperware ni. Yelah harganya pun boleh tahan. Kawan saya ni asyik masyuk dok promote, saya pun akhirnya termakan juga.

Saturday, June 27, 2009

Bila Suami Saya Takde Kerja...........

Petang semalam, masa dok sembang sembang kosong ngan my husband, tiba tiba dia ajak saya pergi Alor Gajah tengahari esok. Saya tanya nak buat apa? Saja jalan jalan cari buah durian ker.... Saya pun setuju la, bukan senang my husband lapang dan boleh pergi jalan jalan makan angin. Kalau setakat nak makan durian tu, duit tol dan minyak pergi Alor Gajah pun dah boleh beli durian kat Shah Alam. Kami bertolak dari Shah Alam pukul 12 tengahari tadi dan sampai balik rumah pukul 5 petang. Saya ajak my husband stay overnight kat Melaka tapi masalahnya my husband dah janji dengan kawan kawanya. Takpelah next time........



Petai ni 7 papan RM5. Kalau kat Shah Alam, 3 papan RM5.

Durian, ada yang jual longgok dan paling murah 1 kg 50 sen sahaja.

Belacan Melaka

Punyalah banyak buah Binjai kat sini. Yang sebelah kiri Binjai Manis dan sebelah lagi Binjai Masam.


Buah Cempedak sekilo RM4



Rambutan ada yang 1 ikat RM2 dan ada yang 1 kilo RM3


My husband beli 1 longgok durian, ada lebih kurang 40 biji dengan harga RM5o. Dia plan nak bagi pada kawan kawannya esok.

Terliur tengok petai yg matanya besar dan baru dipetik, saya beli 1 ikat.

Yang ini pula lemang dan rendang ayam Melaka. Sedap juga.

Ini pula kerepek tempe, maruku,popia mini (tak nampak) dan sagun.

Friday, June 26, 2009

Kung Pao Prawn

Resepi ni saya ambil dari blog Rasa Malaysia. Cuma ada beberapa bahan yang saya tukar sebab takde stok kat dapur saya. Seperti biasa saya buat sebahagian dari resepi dibawah.

Bahan bahan

12-15 udang bersaiz besar (kupas dan cuci)
1/4 cawan kacang tanah panggang ( saya tukar dengan gajus)
10 cili kering/kurangkan kalau guna cili kering yg biasa.
1/4 bawang besar ( dipotong dadu)
1/2 biji cili capsicum hijau
3 batang daun bawang ( guna bahagian putih sahaja)
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 1/2 sudu makan minyak

Kung Pao Sauce:

2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh tepung jagung
4 sudu makan air
1/4 sudu teh minyak bijan
3 dashes white pepper powder
1/2 sudu teh cuka hitam
1/2 sudu teh gula

Cara:-

  • Campurkan bahan bahan untuk membuat Kung Pao Sos. Ketepikan.
  • Panaskan kuali dan masukkan minyak masak, biarkan ia panas. Masukkan bawang putih dan kacau sebentar.
  • Masukkan bawang besar, cili capsicum dan cili kering. Kacau hingga berbau spicy aromas dari cili kering tadi.
  • Masukkan udang dan gajus dan teruskan mengacau. Bila udanag sudah separuh masak, masukkan sos kung pao tadi. Kacau hingga kuah hampir pekat.
  • Akhir sekali masukkan daun bawang, kacau dan bolehlah diangkat.

Menu Berbuka Hari Ni.....

Hari ni berbuka dengan air dan makan buah buahan dulu. Kemudian baru start masak untuk berbuka cun makan malam kami.


Kung Pao Prawn

Kari Ketam dengan terung (Terung dari pokok yang saya tanam)


Air Barli Suam

Award Dari Sunkist,Mimi & Umiyuni


Thanks to Sunkist dan Mimi kerana memberi award ni kepada saya. Sepatutnya kena pass lagi kepada 15 org lain. Kebanyakkan kawan kawan blogger saya dah dapat, jadi saya ke pasang spy nak intip saya yang belum dapat lagi ni....

Dugaan............


Tadi my husband ke SUK Selangor atas urusan kerjanya, then dia call tanya saya nak makan buah tak? Saya kata, kan saya puasa hari ni. My husband kata takpelah dia beli untuk saya berbuka nanti. Mak oiii....ingatkan beli sikit je, rupa rupanya rambutan 2 kilo dan buah langsat 1 kilo. Hehehehe....dia ingat saya ni budak kecik kot, bila puasa je semua nak makan. Semalam dia gi jumpa kawan kat Klang, kebetulan kawan tu baru pulang dari Melaka dan bawa buah durian kampung sebakul. My husband bawa balik 4 biji tapi buahnya cinonet jer. Ha apalagi, malam tadi kepanasan sebab overdose makan durian.

Thursday, June 25, 2009

Menu Berbuka Hari Ni.....

Ayam Panggang


Bihun Goreng


Sirap Limau

Alhamdullilah, hari ni berjaya habiskan satu hari berpuasa. Sebenarnya saya terlupa yang semalam adalah 1 Rejab, jadi baru start berpuasa hari ni. Untuk berbuka, my husband belikan bihun goreng dan ayam panggang. Balik rumah cuma masak nasi untuk my husband je.

Wednesday, June 24, 2009

Lala Stail Barat


Dinner malam ni masak simple jer, Lala Goreng Stail Barat. Yang membuatkannya nampak stail barat tu sebab penggunaan english herbs. Ok gak rasanya, selalu tu masak lemak atau rebus je kan. Sekurang kurangnya ada juga kelainannya. Resepi dari Majalah RASA.

Bahan bahan

200 gms lala
4 tangkai cili padi - diketuk
2 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu kecil lada hitam dikisar
5 tangkai daun sweet basil
1/2 sudu kecil thyme,basil dan oregano kering
Sedikit lobak merah - dipotong ikut suka
Garam jika perlu

Cara-cara
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan cili padi dan bawang putih. Goreng hingga naik bau.
  • Masukkan lala dan goreng sebentar. Masukkan sos tiram dan kicap pekat. Kacau biar sekata.
  • Masukkan lada hitam, basil, thyme dan oregano kering serta lobak merah. Kacau rata hingga kering.
  • Akhir sekali masukkan daun basil segar, kacau sebentar dan bolehlah diangkat.

Tuesday, June 23, 2009

Nenas & Sambal Kicap


Hari ni saya dapat lagi buah nenas cam hari tu. Kali lagi byk, sampai 8 biji. Memang ler tak terhabis saya nak makan berdua je, mau sakit perut dibuatnya. Saya cuma ambil 2 biji dan balance tu bagi pada org lain. Malam ni saya cuma guna 1/2 biji, so esok kena fikirkan apa nak masak dengan yg selebihnya.

Hot Plate Bean Curd

Resepi ni saya ambil dari rumah Ayu, memang sedap dan kena dengan selera saya. Thanks to Ayu for sharing this recipe. Since saya malas nak menaip, saya copy paste from Ayu's blog.

Ingredients:-
2 packets silken egg tofu (sliced, fried and put aside)
100g sea cucumber (I didn't put this)
100g dried squids(I didn't put this)
100g prawns(I put more)
4 sweet peas
3 button mushrooms (I put broccoli)
a few slices of cauliflower
3 young corns(I put more)
5 slices carrots (I put more)
slices of red, yellow and green capsicums
4 red chillies sliced
1 egg lighty beaten (I put 2 eggs)

Paste:-
3-4 tbsp chilli paste
1/2 tsp minced garlics
3-4 tbsp oyster sauce
1 tsp light soy sauce
1/2 tsp MSG(optional)
30 ml vegetable oil
1 tsp corn starch

Method:-
Heat oil in wok. At the same time heat 'hot-plate' on stove. Stir fry the garlics and add in oyster sauce.Add in all the ingredients except eggs. Add in light soy sauce and MSG. Cook for 1-2 minutes. Remove 'hotplate' on wooden base and pour some oil onto hot plate. Add in the eggs onto hot plate. Pour all the other cooked ingredients ontop of eggs. Ready.

Ketam Goreng Lada Hitam


Masa tengah belek belek gambar dalam SD card, terperasan satu gambar makanan yang saya ambil tapi belum post entry lagi. Sampai tercicir gambar ni, rasanya saya masak last week kalau tak silap. My husband is a big fan of crab, so every week mesti ada satu crab dish. Walau dah bagitau dia tak elok sangat makan selalu sebab high cholestrol tapi itu yg sedapnya. Since dah tak tau nak masak apa, jadi saya masak goreng lada hitam. Sebab saya malas nak cari resepi, saya gunakan resepi "Daging Masak Lada Hitam", cuma kena gorengkan ketam tu dulu. Sedap gak....

Nesvita Pancakes With Fresh Fruits


Semalam me and my hubby dinner kat luar. Selalunya dinner pukul 8.30 malam tapi sebab semalam my husband tak ambik lunch jadi kena dinner seawal 6.30 ptg. Pagi tadi saya buat pancakes as our breakfast. Memandangkan hari tu beli Nesvita untuk buat BUN NESTUM, masih byk berbaki lagi, saya memandai campurkan satu packet Nesvita dalam campuran nak buat pancakes. It turns out yummy sebab instead of plain pancakes ada juga cereal di dalamnya. Lepas tu makan dengan fresh fruits dan honey.

Monday, June 22, 2009

5 Spices

Inilah rupa bentuk Rempah 5 atau 5 Spices

Five-spice powder is a mixture of five spices used in Chinese cuisine. One common recipe includes tunghing or "Chinese cinnamon" (also known as rougui, the ground bark of the cassia tree, a close relative of true cinnamon), powdered cassia buds, powdered star anise and anise seed, ginger root, and ground cloves. Another recipe for the powder consists of huajiao (Sichuan pepper), bajiao (star anise), rougui (cassia), cloves, and fennel seeds. It is used in most recipes for Cantonese roasted duck, as well as beef stew. It is also used as a marinade for Vietnamese broiled chicken. The five-spice powder mixture has followed the Chinese diaspora and has been incorporated into other national cuisines throughout Asia.

The formulae are based on the Chinese philosophy of balancing the yin and yang in food.


Ingredients

  • 2 teaspoons Szechuan peppercorns
  • 8 star anise pods
  • 1/2 tsp ground cloves
  • 1 tablespoon ground cinnamon
  • 1 tablespoon ground fennel

Procedure

  1. Roast two teaspoons of Szechuan peppercorns in a dry frypan for about three minutes.
  2. Grind the peppercorns in a pepper grinder or coffee grinder together with 8 star anise pods.
  3. Strain the ground spices to remove any larger bits.
  4. Mix together 1/2 teaspoon ground cloves, 1 tablespoon ground cinnamon, and 1 tablespoon ground fennel seeds.
  5. Grind the completed mixture until it is a very fine powder.
  6. Use sparingly, as it is extremely pungent.

Sunday, June 21, 2009

Udang 5 Spices


Dulu saya dah pernah buat resepi ni, yang saya ambil dari Che 'Iza @ MyR. Memang sedap dan ada sedikit kelainan sebab menggunakan rempah 5 spices yang selalunya digunakan dalam masakan cina.

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 300 gm udang
  • * 3 biji bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 2 hiris halia
  • 3 sb lada boh
  • 1 sb sos tiram
  • 2 sb sos tomato
  • 1 sk kicap pekat
  • 1 sk rempah '5 spices'
  • garam and gula secukup rasa
  • Tomato belah 6
  • 1 labu bwg besar belah 6
  • daun bawang potong dlm 1 inci

Cara-cara

  1. Kisar bahan bertanda *. Tumis bahan kisar higga naik bau.
  2. Masukkan lada boh dan tumis hingga garing. Bila lada sudah garing masukkan udang.
  3. Bila udang setengah masak masukkan sos tiram, tomato, kicap pekat dan rempah 5 spices.
  4. Masukkan garam dan gula utk melengkapkan rasa.
  5. Masukkan tomato, bawang besar n daun bawang bila udang hampir masak. Masak hingga udang masak dan sedia utk dihidang.

Strawberry Panna Cotta


Resepi ni saya ambil dari rumah Gert ( The Kitchen Snippet ), tapi dia gunakan campuran strawberry dan rasberry. Kat sini susah sikit nak dapat fresh rasberry, jadi gunakan strawberry je lah.

For the cream layer

2 tsp of gelatin powder
2 tablespoons water
1 3/4 cup milk
1/2 cup half and half or cream
1 tsp vanilla
¼ cup sugar

For the berries layer

1 cup strawberry
1 cup raspberry
1 tbsp sugar

Singgang Sotong


Resepi saya ambil dari Kak Nor @ MyR. Memang sedap makan singgang sotong dengan sambal buah binjai dan nasi panas. Bertambah tambah U.........

Bahan-bahan ( 4 - 5 orang makan )

  • 500gm sotong
  • 3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api)
  • 1 biji bawang besar
  • 1 in kunyit hidup
  • 1/2 in lengkuas
  • 2 btg serai - diketuk
  • 3 kpg asam gelugur
  • daun kesum
  • secubit belacan
  • garam dan gula
  • 500 ml air - terpulang, jika nak lebih kuah boleh tambah

Cara-cara

  1. Bersihkan sotong, potong ikut citarasa anda dan toskan airnya.
  2. Bahan2 yg digunakan
  3. Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus.
  4. Masukkan air dan bahan2 yg telah diblend kedalam periuk dan masukkan juga lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan.
  5. Masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan sotong, daun kesum serta garam dan gula secukup rasa.
  6. Biarkan mendidih seketika dan padamkan api. Sotong tak sedap dimasak lama2 sbb nanti isinya liat dan keras.

Sambal Buah Binjai


Tengahari ni saya buat sambal buah binjai yang saya beli semalam. Uihhhh berselera sungguh makan nasi tambahan cicah ngan daun selom dan kacang botol.

Jalan jalan cuci mata @ Cuci poket



Petang semalam my husband ajak keluar jalan jalan. Dah agak lama saya tak keluar weekends dengan my husband since dia sibuk ngan projeknya. Bila dah siap, dan sebelum projek baru bermula minggu depan, jadi semalam sempat keluar cuci mata. Bila dah cuci mata, maknanya mata makin clear nampak barang la kan. Lagipun saya dah bagi hints kat dia yang saya nak sambar Camera DSLR, so semalam kami jalan jalan survey camera. Tapi camera tak beli, my husband beli hanphone Nokia N97 untuk diri sendir dan belikan saya jam tangan. Alahai....harga N97 tu boleh dapat 1 camera Canon DSLR 450D.

Kuih Kaswi


Petang semalam buat kuih kaswi untuk minum petang sebelum keluar cuci mata.

Saturday, June 20, 2009

Kelapa Laut & Cendawan Putih

Saya selalu beli kelapa laut kalau jumpa kat pasar. Sepatutnya kena reneh dengan chinese date dan lotus seed tapi yang ada hanya cendawan putih. Walau tak cukup bahan, sebab nak makan jadi pejam mata jelah. Jemput makan.....

Sea Coconut aka Buah kelapa laut


Buah Kelapa Laut mengandungi biji yang terbesar dalam alam tumbuhan. Diameter buah yang matang sebanyak 40-50 sentimeter, dengan berat sebanyak 15-30 kilogram. Buah ini memerlukan 6-7 tahun untuk mencapai kematangan, dan lagi dua tahun untuk bercambah. Buah Kelapa Laut kekadang juga digelarkan double coconut (kelapa kembar), coco fesse, atau Seychelles nut (kekeras Seychelles) di luar negeri.

Pada suatu ketika, buah Kelapa Laut dipercayai merupakan sejenis biji hanyut yang bertujuan untuk disebarkan oleh laut. Bagaimanapun, buah ini kini diketahui terlalu berat untuk timbul dalam air, dan hanya buah-buah yang reput boleh didapati di permukaan laut. Ini menerangkan mengapa pokok-pokok ini hanya kini terdapat di dua buah pulau tersebut.

Kelasi-kelasi yang menemui buah ini berhanyut-hanyut di laut bertanggapan bahawa buah itu kelihatan seolah-olah punggung perempuan yang terpisah daripada jasad. Perkaitan ini dibayangkan dalam salah satu daripada nama botani kuno untuk pokok ini, Lodoicea callipyge Comm. ex J. St.-Hil. Callipyge ialah bahasa Greek untuk punggung cantik. Nama-nama botani lain yang pernah digunakan termasuk Lodoicea sechellarum Labill. dan Lodoicea sonneratii (Giseke) Baill. Nama genusnya Lodoicea berasal daripada Lodoicus, iaitu perkataan Latin untuk Louis, dan merupakan penghormatan kepada Raja Louis XV dari Perancis.

Sehingga punca yang benar untuk buah Kelapa Laut ditemui pada tahun 1768, banyak orang mempercayai bahawa buah ini berasal daripada sebuah pokok mitos yang tumbuh di dasar laut. Orang-orang bangsawan pada abad ke-16 sering membersihkan kulit buah ini dan menghiaskannya dengan permata yang berharga untuk galeri-galeri peribadi mereka.

Buah Binjai


Binjai adalah pohon buah sejenis mangga dengan bau yang harum menusuk dan rasa yang masam manis. Buah ini juga dikenal dengan beberapa nama lain seperti bin-yaa, lam-yaa (Th.), belenu (Mly., beluno (Sabah), baluno, bauno, bayuno (beberapa bahasa di Filipina), binglu (Sd.), dan wani (Bl.). Nama ilmiahnya adalah Mangifera caesia.

Binjai terutama ditanam untuk buahnya, yang biasa dimakan segar setelah buah itu masak atau dijadikan campuran es. Binjai juga digunakan sebagai campuran sambal, terutama untuk masakan ikan sungai. Buah binjai yang masih muda tak dapat dimakan karena duhnya sangat tajam dan menggatalkan. Bijinya kadang-kadang dikeringkan dan diolah sebagai lauk makan nasi.

Kayu binjai dapat digunakan sebagai papan lantai dan bahan konstruksi ringan.

Binjai menyebar secara alami di Sumatra, Kalimantan dan Semenanjung Malaya; sebagian pakar meyakini Kalimantan adalah lokasi asal-usulnya. Dari wilayah-wilayah ini, binjai dibawa dan dibudidayakan orang di Bali, Filipina dan Thailand, serta agak jarang di Jawa bagian barat.

Binjai terutama menyebar di dataran rendah di bawah 400 m, jarang hingga 800 m dpl. Jenis ini tahan terhadap penggenangan, dan seringkali didapati dekat tepi sungai.


Friday, June 19, 2009

Banana Bread Pudding

Alahai....... akibat terleka sikit, terhangus pulak cheese yg kat atas my bread banana pudding tu. Sepatutnya dalam resepi asal guna shredded cheese tapi sebab takde stok, saya guna slice cheese. Hua hua hua......tu la sape suruh derhaka kat resepi kan... Resepi saya ambil dari buku masakan "At Home with Amy Beh 3". So saya akan berikan resepi asal ye....

Bahan bahan

4 keping roti putih
200 ml susu
20 gms sultanas
2 biji pisang - dihiris nipis
2 small eggs
10 gms shredded mozzarrella cheese
20 gms butter, lembutkan
25 gms gula kastor
1/4 tsp vanilla essence
1 tbsp whipping cream
1/4 tsp serbuk kulit kayu manis

Cara cara
  • Buang bahagian tepi roti yg berwarna coklat dan potong roti kepada bentuk yg lebih kecil.
  • Susun roti tadi berselang seli dengan hirisan pisang hingga habis. Taburkan sultanas di atas.
  • Pukul telur dan masukkan susu, vanila essence, gula dan whipping cream. Gaul biar bercampur dan sebati.
  • Tuangkan campuran telur tadi ke dalam bekas berisi roti dan pisang tadi hingga roti terendam.
  • Taburkan mozzarella dan serbuk kulit kayu manis.
  • Bakar di dalam oven yg dipanaskan pada 180c selama 35 min atau sehingga bahagian atasnya kecoklatan.
  • Hidang semasa masih panas.

Peralatan Mengambil Gambar

Kawan my husband terlibat dengan photography business, tapi ada masalah dan dia terpaksa tutup office dan bawa semua peralatannya balik ke rumah. Memandangkan rumahnya tak dapat menampung sebahagian peralatan tu semua, dia bagi beberapa barang kepada suami saya. Jadi secara automatiknya, jadi milik sayalah kan..... My husband tak ambik port pun barang tu semua.
Tak pasti apa bendanya ni.... pandai buka tapi nak kecilkan utk disimpan dalam begnya semula dah tak tau pulak.

Tripod


Lampu