Friday, June 19, 2009

Banana Bread Pudding

Alahai....... akibat terleka sikit, terhangus pulak cheese yg kat atas my bread banana pudding tu. Sepatutnya dalam resepi asal guna shredded cheese tapi sebab takde stok, saya guna slice cheese. Hua hua hua......tu la sape suruh derhaka kat resepi kan... Resepi saya ambil dari buku masakan "At Home with Amy Beh 3". So saya akan berikan resepi asal ye....

Bahan bahan

4 keping roti putih
200 ml susu
20 gms sultanas
2 biji pisang - dihiris nipis
2 small eggs
10 gms shredded mozzarrella cheese
20 gms butter, lembutkan
25 gms gula kastor
1/4 tsp vanilla essence
1 tbsp whipping cream
1/4 tsp serbuk kulit kayu manis

Cara cara
  • Buang bahagian tepi roti yg berwarna coklat dan potong roti kepada bentuk yg lebih kecil.
  • Susun roti tadi berselang seli dengan hirisan pisang hingga habis. Taburkan sultanas di atas.
  • Pukul telur dan masukkan susu, vanila essence, gula dan whipping cream. Gaul biar bercampur dan sebati.
  • Tuangkan campuran telur tadi ke dalam bekas berisi roti dan pisang tadi hingga roti terendam.
  • Taburkan mozzarella dan serbuk kulit kayu manis.
  • Bakar di dalam oven yg dipanaskan pada 180c selama 35 min atau sehingga bahagian atasnya kecoklatan.
  • Hidang semasa masih panas.

No comments :