Showing posts with label Chinese Food. Show all posts
Showing posts with label Chinese Food. Show all posts

Thursday, February 4, 2016

Simple Chicken Noodles Soup with Mushroom



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini saya kongsikan satu menu simple yang saya tonton dalam rancangan masakan di TV. Bahan yang digunakan juga tidak banyak dan boleh disediakan dalam masa yang singkat. Bagus untuk orang macam saya yang kadang kala tak ada idea nak masak apa atau tiba tiba ada tetamu yang datang mengejut. Tetapi tetamu yang selalu datang mengejut tu jangan marah pulak kalau di jamu air bujang saja.





SIMPLE CHICKEN NOODLES SOUP WITH MUSHROOM
( Anggaran 2 orang makan )

Bahan bahan
1 bahagian peha ayam - potong kecil
1 pokok daun bawang - potong anggaran 2 inci
1 inci halia - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
4 kuntum cendawan shiitake - dihiris
2 'sanggul' egg noodles kering - direndam, celur dan toskan.
1/2 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan kicap cair
Garam
1 liter stok ayam / air
Sedikit minyak untuk menumis

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan ayam dan goreng sebentar sehingga daging ayam kelihatan karing/karamel.
2. Kemudian masukkan stok ayam / air. Masukkan minyak bijan, kicap cair, daun bawang dan cendawan. kacau rata.
3. Apabila mendidih, perlahan api dan rasa. Tambah garam jika perlu. Renehkan sup sebentar kemudian matikan api.
4. Masukkan egg noodles ke dalam mangkuk dan tuang kuah sup ke atasnya. Sedia untuk dinikmati.



Okay jumpa lagi. Hujung minggu akan bermulalah cuti panjang. Selamat bercuti dan sentiasa berhati hati. Selamat menghabiskan masa bersama sama keluarga yang tersayang.


Tuesday, October 27, 2015

Glutinous Rice Ball with Crushed Peanut


  
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Masih belum selesai ceritera tentang Kacang Tumbuk. Semalam resepi kedua menggunakan kacang tumbuk. Glutinous Rice Ball with Crushed Peanut in a syrup. Sebenarnya ia menggunakan bahan asas yang sama dengan Muah Chee iaitu Tepung Beras Pulut dan Kacang Tumbuk.

Resepi ini lebih kurang seperti kita menyediakan kuih Buah Melaka atau Onde onde. Cara penyediaannya pun lebih kurang sama, cuma inti Buah melaka ialah gula kabung/gula melaka tetapi untuk resepi ini kita gunakan kacang tumbuk. Sementara gula kabung atau gula melaka kita jadikan ia sebagai sirap.



Bahan bahan
1 cawan tepung beras pulut
1 sudu besar tepung beras
1/2 cawan air suam
Secubit garam
Kacang tumbuk secukupnya

Bahan untu sirap
1 ketul gula melaka
1 cawan air
3 hiris halia tua
1 helai daun pandan

Cara cara
1. Campurkan tepung beras pulut, tepung beras dan tuangkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh sama seperti untuk membuat buah melaka.
2. Ambil sedikit doh, isikan dengan kacang tumbuk dan seal doh menjadi bebola. Buat hingga doh habis.
3. Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh dan biarkan doh timbul di permukaan. Angkat dan masukkan ke dalam bekas lain yang berisi air biasa.
4. Masak semua bahan untuk sirap gula melaka hingga mendidih dan tapiskan.
5. Hidangkan bebola tepung beras pulut bersama sama sirap gula melaka dan taburkan kacang tumbuk.

 

Monday, October 26, 2015

Muah Chee



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Bertemu kembali di hari Isnin. Shah Alam hujan lebat semalam, agak lama juga tiada hujan. Walaupun jerebu masih ada, sekurang kurangnya dapat mengurangkan bahang yang agak memeritkan bila berada diluar.

Hari tu terasa nak makan "Sengkuang Calit". Hirisan sengkuang yang disapukan kuah rojak kemudian ditabur dengan kacang tumbuk. Ermmm kalau beli sepotong RM2 rasanya. So kalau nak makan berulang ulang beli saja sengkuang, kuah rojak dan kacang tumbuk. Puas makan sekeluarga.
 
 
Kacang tumbuk selalu ada dijual dikedai bakeri atau pasaraya tertentu. Saya beli satu paket dalam 500 gms rasanya. Biasanya tak boleh simpan lama sebab ia mudah rasa "lemau" atau masuk angin. So google cari resepi mudah untuk menghabiskan stok kacang tumbuk yang ada. Ada beberapa resepi mudah yang saya jumpa, salah satunya ialah Muah Chee ( Glutinous Rice Snack with Peanut & Sugar ). Bila google saja, banyak resepi yang muncul, boleh cuba yang mana berkenan samada yang susah ataupun yang paling senang.

So saya cuba resepi yang paling senang dan menggunakan kuantiti yang paling sedikit sebab tidak pasti bagaimana rasanya jadi kena buat se minima yang mungkin supaya tidak membazir.
 


Muah Chee
Serving : 4 persons ( estimated )

Bahan bahan
120 gms tepung pulut
180 ml air
2 sudu makan minyak bawang goreng
Kacang tumbuk
Gula pasir

Cara cara
1. Campurkan tepung pulut, air dan minyak bawang goreng. kacau sebati.
2. Masukkan ke dalam microwave, tekan butang HIGH dan tekan 4 minit. Kemudian tekan START dan biarkan ia selesai.
3. Keluarkan doh/adunan yang sedikit melekit dan biarkan ia sejuk sebentar.
4. Gaulkan kacang tumbuk dengan gula dan tuangkan ke dalam bekas seperti dulang.
5. Tuangkan doh tadi ke atas kacang tumbuk dan gunting kepada cebisan yang sesuai. Gaul dengan kacang tumbuk.
6. Taburkan dengan bawang goreng.

 

Monday, March 9, 2015

Mee Kari Ala Cina

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Semalam my husband request nak makan mee kari. Lama juga tak masak mee kari kat rumah. Kebetulan saya ada beli Majalah Saji dan di dalamnya ada resepi Mee Kari Ipoh. Bila belek resepi, rasanya agak senang cuma banyak menggunakan bahan bahan yang digunakan di dalam yong tau foo seperti bebola ikan, kek ikan dan dan sebagainya. Ia tidak menggunakan ayam seperti kebiasaan mee kari Melayu. 

Jadi saya ambil keputusan untuk mencuba resepi Mee Kari ini, lagipun my husband agak biasa dengan Mee Kari Ipoh kerana bersekolah asrama di sana.

Sejujurnya saya juga lebih sukakan style yang ini.



Penuh mangkuk saya dengan accessories sampingan.

Kebetulan saya ada menyimpan kepala dan kulit udang di dalam esbok, plan asalnya nak masak mee udang tapi saya gunakan untuk membuat stok untuk memasak Mee Kari Ala Cina ini.

Saya difahamkan bahawa Mee kari Ipoh menggunakan stok ikan bilis tetapi saya masukkan juga air rebusan kepala dan kulit udang.
 


Bahan bahan
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 sudu besar rempah kari
1 tangkai daun kari
2 sudu besar ikan bilis - rendam, tos dan kisar
1 1/2 cawan santan
Minyak masak
1 batang kulit kayu manis- saya tambah
4  buah pelaga - saya tambah
2  bunga lawang - saya tambah
2 sudu besar cili kering kisar - saya tambah
1 liter stock udang
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Bahan lain
Mee kuning - celur dan toskan
Taugeh - celur dan toskan
Bebola ikan, kek ikan, tauhu pok dan sebagainya - potong saiz yang sesuai

Cara cara
1. Satukan bawang merah, bawang putih yang telah dikisar bersama sama dengan rempah dan cili kisar bersama sedikit air. Gaul dan jadikan seperti paste.
2. Panaskan minyak, tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang. Masukkan paste rempah dan air asam jawa. Kacau dan masak hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah dikisar halus. Tuangkan santan dan juga stock udang dan biarkan sehingga mendidih.
4. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan bebola ikan dan sebagainya. Biarkan seketika dan matikan api.
5. Masukkan mee ke dalam mangkuk, letakkan taugeh dan tuang kuah bersama sama bahan sampingan.
6. Enak ditambah dengan Cantonese Chili Oil/ Sambal Udang kering.

 

Tuesday, March 3, 2015

Koay Teow Soup with Homemade Fishball

  
Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Agak lama juga simpan resepi Homemade fishball dari FB Tahrunnisah ni. Tapi belum sampai seru untuk mencubanya.

So semalam saya tekad untuk mencuba dan di makan bersama koay teow soup simple. Sekarang semua dah buat yang simple saja.

Kalau diikutkan homemade fishball agak costly berbanding dengan jika beli saja yang ready made. Memang banyak sangat beza harganya especially kalau menggunakan ikan tenggiri.



Fishball

Bahan bahan
300 gms ikan tenggiri ( ambil isinya )
2 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil garam
1/2 - 3/4 cawan air ais

Cara caranya
1. Kisar semua bahan hingga sebati sehingga adunan menjadi seperti hendak menyediakan adunan cucur pisang.
2. Bentukkan seperti bebola dan masukkan ke dalam bekas berisi air ais yang dicampur sedikit garam.
3. Buat sehingga habis. Biarkan selama lebih kurang 15 minit.
4. Rebus bebola ikan dan bila ia timbul keluarkan.

* Untuk langkah demi langkah boleh lihat di FB Tahrunnisah.
 

Sementara untuk simple koay teow soup, cuma gunakan kembali air rebusan bebola tadi, masukkan segenggam ikan bilis dan rebus. Kemudian tapis dan masukkan kembali air tapisan ke dalam periuk. Perasakan dengan kicap cair atau garam. Hidangkan bersama koay teow dan bok choy yang telah dicelur. Dan taburkan bawang goreng.

Jika suka boleh buat sambal kicap atau makan bersama sambal udang kering.

Monday, March 2, 2015

Cantonese Chili Oil / Sambal Udang Kering


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Bertemu kembali, maafkan tuan rumah kerana kebelakangan ini semakin kurang update blog. Bila masak benda yang sama agak malas untuk upload dalam blog. Dan malas juga nak gayakan makanan untuk diambil gambar. Penyakit kronik betul....

Kadang kala bila dah ambil gambar rasa macam tak kena je... itu yang jadi malas nak masukkan dalam blog.
 


Beberapa hari lepas saya buat Cantonese Chili Oil atau boleh dikatakan seperti sambal udang kering. Ia boleh digunakan dalam pelbagai cara. Saya suka makan bersama sama bubur nasi, bihun sup dan boleh juga digunakan untuk menggoreng nasi atau mee. Kepedasannya boleh di adjust bergantung pada individu. Jika suka yang agak pedas boleh gunakan cili padi jika tidak hanya gunakan cili merah.

Bahan bahan

6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi / boleh gantikan dengan cili merah
50 gms udang kering - rendam dan toskan
70 gms chili flakes
Garam dan gula secukupnya
2 sudu kecil serbuk ayam knorr
500 ml minyak masak

Cara cara
- Kisar semua bahan di atas kecuali garam, gula, serbuk ayam dan minyak. Jangan terlalu halus.
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Perlahan api dan reneh sebentar.
- Perasakan dengan garam, gula dan chicken powder.
- Bila rasa dah sebati, matikan api dan biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.


Monday, February 16, 2015

Har Gow - Dim Sum


Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Kali ini saya mencuba untuk menyediakan Har Gow atau Chrystal Shrimp Dumpling.

Memang agak tricky sikit untuk beginner seperti saya. Ini kerana kulitnya agak lembut berbanding kulit wonton/gyoza. Dan kena buat dari scratch kerana tiada dijual di pasaraya. Atau mungkin saya tidak pernah terjumpa.

Sepatutnya kulit har Gow akan menjadi lutsinar selepas dikukus, membolehkan isi di dalamnya kelihatan. Tetapi ia memerlukan skill yang lebih sikit. Takpelah, practice makes perfect.
Apa itu Har Gow..
  

 HAR GOW:-

"These shrimp dumplings are transparent and smooth. The prawn dumplings first appeared in Guangzhou outskirts near the creek bazaar Deli. This dish is said to be the one that the skill of a dim sum chef is judged on. Traditionally, ha gow should have at least seven and preferably ten or more pleats imprinted on its wrapper. The skin must be thin and translucent, yet be sturdy enough not to break when picked up with chopsticks. It must not stick to the paper, container or the other ha gow in the basket. The shrimp must be cooked well, but not overcooked. The amount of meat should be generous, yet not so much that it cannot be eaten in one bite."



Resepi saya ambil dari internet.

Bahan bahan untuk inti/filling
300 gms isi udang
30 gms isi ayam
1 sudu makan daun bawang ( ambil bahagian putih sahaja) - dicincang
1.5 sudu teh halia - disagat/ditumbuk halus
1/2 sudu teh garam
1/8 sudu sudu teh lada putih
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh minyak bijan
1/6 sudu teh stock ayam/air

Cara cara
1. Cincang isi ayam dan isi udang hingga lumat.
2. Campurkan dengan semua bahan lain dan gaul sebati. Simpan di dalam peti ais sebentar sementara hendak menyediakan kulit atau pembalutnya.

Bahan untuk pembalut/kulit
2/3 wheat starch - boleh didapati di kedai bakery
3 sudu makan tepung ubi kayu
155 gms air mendidih ( anggaran )
2 sudu teh minyak sayuran

Cara cara
1. Campurkan kedua dua jenis tepung. Kemudian masukkan air mendidih dan minyak,gaul menggunakan chopstick atau senduk kayu.
2. Gaul sehingga doh menjadi sedikit sejuk dan kemudian uli menggunakan tangan sehingga doh menjadi licin springy.
3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian, roll doh menjadi panjang dan potong kepada beberapa bahagian kecil.
4. Ambil satu bahagian kecil, leperkan menggunakan rolling pin menjadi anggaran diameter 2 inci.
5. ambil sedikit inti dan bungkus seperti membalut gyoza. Buat sehingga habis.
6. Lapik pengukus dengan kertas yang sesuai dan kukus lebih kurang 7 minit.
7. Sedia dinikmati dengan kicap cair. Saya tambahkan sedikit bawang putih yang telah digoreng garing dan dihancurkan.

 

Monday, October 20, 2014

Pie Tee



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Sudah beberapa hari rancangan untuk buat Pie Tee tergendala dek kerana kekangan masa. Alhamdulillah petang semalam sempat juga meneruskan rancangan. Memandangkan sekarang bila petang cuaca mula bertukar menjadi agak menakutkan. Bukan setakat hujan lebat malah dengan angin kuat serta guruh dan kilat. So kalau perlu uruskan kerja di luar, kena selesaikan sebelum petang. Sekarang kalau park kereta bawah pokok, bila nampak cuaca macam pelik saja mulalah risau nak alihkan kereta.
 

Berbalik kepada entry kali ini, saya sediakan pie tee. Resepi saya ambil dari Nasi Lemak Lover rasanya.

Semenjak beli acuan pie tee, rasanya ini baru kali kedua saya membuatnya. Casingnya tak begitu cantik, tapi bolehlah untuk makan sendiri.

Bahan bahan untuk inti

25gms udang kering - rendam sebentar, toskan dan tumbuk kasar
900 gms sengkuang - hiris halus memanjang/sagat
1 biji lobak merah - dihiris memanjang/sagat
2 tangkai daun bawang - dihiris halus
Garam secukup rasa
1 sudu kecil light soya sauce
Sedikit lada putih/sulah
Minyak untuk menumis

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis udang kering hingga wangi. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Kacau sebati.
2. Masukkan soya suce, garam dan lada sulah. Terus kacau hingga kering.
3. Akhir sekali masukkan daun bawang, gaul dan ketepikan.

Bahan bahan untuk Pie Tee Cases
100 gms tepung jagung
60 gms tepung beras
60 gms tepung gandum
180 -190 ml air
50 gms telur
Sedikit garam
1/2 sudu teh gula
Minyak untuk menggoreng

Cara cara
1. Campurkan semua bahan kecuali minyak di dalam bekas sehingga membentuk batter/adunan yang agak cair.
2. Panaskan minyak, rendam acuan pie tee di dalam minyak sehingga panas.
3. Keluarkan acuan dari minyak, celup di dalam batter, janggan sampai tenggelamkan acuan.
4. Kemudian masukkan semula ke dalam minyak yang panas tadi. Biarkan sebentar sehingga kelihatan tepung sedikit renggan dari acuan. Gunakan pisau atau lidi untuk mengeluarkan pie tee case dari acuan.
5. Biarkan sehingga pie tee case keperangan dan toskan. Ulang hingga habis.


 

Sunday, April 28, 2013

Mee Hoon Kueh


Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Selamat berhujung minggu, bersantai bersama keluarga atau orang tersayang memang sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Tidak semestinya kena bercuti ke tempat tempat yang jauh, even duduk di ruang tamu sambil menonton TV juga dikira bersantai kan...



Saya suka makanan bersup, kalau seminggu 2,3 kali pun tidak menjadi masalah. Tapi suami saya kurang menggemarinya selain bihun sup utara dan sup tulang. Selain dari itu dia hanya jeling ikut ekor mata saja kalau saya masak. Tapi kalau saya terasa nak makan, saya masak je walau kena makan seorang.


So kali ini saya sediakan satu menu yang sesuai untuk di masak untuk seorang makan. Kalau rajin boleh sediakan doh sendiri tapi kalau agak malas boleh beli mee hoon kueh yang ready made di pasaraya.

Bahan bahan
Mee Hoon Kueh - saya beli yang ready made

Bahan untuk sup asas
3 cawan air
10 ekor ikan bilis
1/2 sudu teh garam
** Rebus semua bahan hingga mendidih dan tapis, Biarkan seketika.

Bahan bahan lain
Sedikit ayam - hiris nipis dan gaulkan dengan minyak bijan dan tepung ubi.
Sedikit isi udang
Sayur sawi
Ikan bilis goreng
Bawang goreng

Cara cara
1. Didihkan semula sup ikan bilis tadi hingga mendidih, masukkan mee hoon kueh dan biarkan hingga hampir masak.
2. Masukkan isi ayam,udang dan sayur sawi. Biarkan hingga masak.
3.Matikan api, hidang di dalam mangkuk, taburkan ikan bilis dan bawang goreng.
4. Sedap dinikmati bersama sama dengan kicap cili.


Thursday, January 3, 2013

Kung Pao Chicken with Szechuan Peppercorns


Assalammualaikum dan Selamat Pagi...


Kebelakangan ini lebih banyak entry kuih muih berbanding lauk pauk. So hari ini saya letak salah satu menu Chinese dish yang menjadi kesukaan saya.

Kung Pao Chicken...

Kebetulan masa cuti tahun baru yang lepas, saya dan suami sempat jalan jalan cuci mata so biasalah tempat yang saya suka pergi ialah pasaraya. Nama pun jalan jalan cuci mata kan, sambil jalan tengok jugalah apa yang berkenan. Tiba tiba ternampak Szechuan Peppercorns di bahagian rempah ratus. Biasanya kalau menonton rancangan masakan yang di host kan oleh Chinese Chefs, selalu ada menggunakan Szechuan Peppercorns dalam masakan mereka. So, just ambil satu packet untuk dicuba dalam masakan saya.

Apalagi..... surf internet, cari apa resepi yang sesuai dicuba yang menggunakan bahan ini.


Sichuan pepper

From Wikipedia, the free encyclopedia


Sichuan pepperSzechwan pepper or Szechuan pepper, a common spice used in Asian cuisine, is derived from at least two species of the global genus Zanthoxylum, including Z. simulans and Z. bungeanum. The botanical name of the genus is composed of two Greek words that together mean "yellow wood" (referring to the brightly coloured sapwood possessed by several of the species). The genus belongs in the rue or citrus family, and, despite its name, is not closely related to either black pepper or chili pepper.
The husk or hull (pericarp) around the seeds may be used whole, especially in Szechuan cuisine, and the finely ground powder is one of the blended ingredients for the five-spice powder. It is also used in traditional Chinese medicine. The pericarp (hull or husk) is the part that is most often used, but the leaves of various species are used as well in some regions of China.[1]
Another cousin native to China is Zanthoxylum schinifolium, called xiang-jiao-zi (香椒子, lit. "aromatic peppercorn") or qing-hua-jiao(青花椒, lit. "greenish-black flower pepper"), used as spice in Hebei.[1] Yet another Zanthoxylum species provides the African spiceuzazi. Because all 250 or so species of the genus seem to possess at least some of the aromatic and complex chemicals that enliven food, it is likely that most Zanthoxylum species have been used at some time as a spice.
While the exact flavour and composition of different species from the Zanthoxylum genus varies, the same essential characteristics are present to some degree in most of them. Thus, while the terms "Sichuan pepper" and "sanshō" may refer specifically to Z. simulans and Z. piperitum, respectively, the most commonly used varieties of the pepper (such as these two) are interchangeable in most cases.[2] Outside of scientific literature, it is common to see the names used interchangeably or as blanket terms for whichever particular species of pepper is available.



Ada rasa manis,masin,pedas dan rasa lemak dari gajus. Cukup sekadar menikmatinya dengan sepinggan nasi putih yang hangat. Tak terkata......

KUNG PAO CHICKEN WITH SZECHUAN PEPPERCORNS

Bahan bahan
300 gms isi ayam - potong saiz anggaran 1 inci
1/4 cawan kacang gajus
1/3 cawan cili kering, hiris menyerong
2 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia - dimayang
3/4 sudu makan szechuan peppercorns yang ditumbuk
Minyak untuk menggoreng ( Minyak kacang tanah lebih sesuai)

Bahan perapan
1/2 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu makan gula perang
1/2 sudu makan tepung jagung

Sos
1 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu makan cuka hitam
1 sudu teh minyak bujan
1 sudu teh gula perang
3 sudu makan air

Cara cara

1. Campurkan isi ayam dengan bahan perapan, gaul sekata dan perapkan di dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam.
2. Masukkan 1/2 sudu makan minyak ke dalam kuali, dan goreng kacang gajus hingga keperangan. Keluarkan dan letak ke tepi.
3. Masukkan 1/2 sudu makan minyak, goreng isi ayam hingga masak. Ketepikan.
4. Masukkan 1 sudu makan minyak, goreng cili kering hingga sedikit garing, ketepikan dan masukkan halia dan bawang putih. Goreng hingga naik bau.
5. Masukkan semua bahan sos, dan biarkan hingga mendidih.
6. Masukkan isi ayam tadi diikuti dengan kacang gajus dan cili kering. Kacau sekata. 
7. Matikan api, taburkan Szechuan peppercorns yang di sangai terlebih dahulu dan ditumbuk kasar.

Saya masukkan bahagian putih daun bawang untuk memberikan lebih rasa dan warna.




Friday, October 19, 2012

Beef Pot Sticker @ Dumpling


Salam dan Selamat pagi,


Cuaca yang lembab membuatkan orang pun jadi lembab dan lemau kan.... Alangkah seronoknya kalau masih boleh bermalas malasan di atas sofa sambil melayan mata...


Tapi kena berpijak di atas bumi yang nyata... Bangun bangun... hari ni baru hari Jumaat, esok Sabtu bolehlah  melingkar lama sikit. Lagipun esok Shah Alam akan "SESAK" sebab ada perlawanan akhir bolasepak antara Kelantan dan ATM. Since my husband is not a big fan of soccer or a hardcore soccer fanatic fan, so saya tak adalah nak kena hantar dia ke stadium. Cuma esok malam kenalah makan malam di rumah, mesti tak sanggup nak sangkut lama lama atas jalanraya...


But I'm a big fan of Chinese Pot Sticker @ Dumpling @ Dim Sum. I can eat them over and over again. Selalunya kalau saya buat, saya akan buat dalam kuantiti yang agak banyak bagi 2 orang makan. Bakinya boleh di sejuk beku, tapi selalunya ia akan habis dalam masa 2 hari. Selain dari dikukus, ia boleh digoreng dan juga masukkan ke dalam sup.


Filling untuk pot sticker / dumpling boleh dipelbagaikan. Selalunya saya buat campuran udang dan isi ayam. Tapi untuk kali ini saya hanya letakkan minced beef sebab hanya itu yang ada dalam peti ais saya.


BEEF POT STICKER

Bahan bahan
300 gms daging lembu kisar (anggaran)
3 tangkai / stalks daun kucai - dipotong saiz yang sesuai
5 kuntum cendawan shiitake - dihiris nipis
2 inci halia - diracik halus
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan tepung jagung
Kulit wonton ( saya guna Gyoza wrapping skin )

Cara cara
1. Campurkan semua bahan kecuali kulit wonton, gaul sebati.
2.Ambil satu sudu filling, letak di tengah kulit wonton. Sapukan sedikit air di keliling hujung kulit wontan.
3. Rapatkan hujung kulit wonton dan "plead" supaya filling tidak terkeluar. Buat hingga selesai.
4. Kukus hingga masak. Hidangkan dengan sos pilihan.

Dipping Sauce
Kicap cair
Halia
Bawang putih
Cili padi
Cuka
Gula

Cara-cara
Halia, bawang putih, cili padi ditumbuk hancur. Campurkan dengan kicap cair, cuka dan gula. Sesuaikan rasa.