Friday, October 19, 2012

Beef Pot Sticker @ Dumpling


Salam dan Selamat pagi,


Cuaca yang lembab membuatkan orang pun jadi lembab dan lemau kan.... Alangkah seronoknya kalau masih boleh bermalas malasan di atas sofa sambil melayan mata...


Tapi kena berpijak di atas bumi yang nyata... Bangun bangun... hari ni baru hari Jumaat, esok Sabtu bolehlah  melingkar lama sikit. Lagipun esok Shah Alam akan "SESAK" sebab ada perlawanan akhir bolasepak antara Kelantan dan ATM. Since my husband is not a big fan of soccer or a hardcore soccer fanatic fan, so saya tak adalah nak kena hantar dia ke stadium. Cuma esok malam kenalah makan malam di rumah, mesti tak sanggup nak sangkut lama lama atas jalanraya...


But I'm a big fan of Chinese Pot Sticker @ Dumpling @ Dim Sum. I can eat them over and over again. Selalunya kalau saya buat, saya akan buat dalam kuantiti yang agak banyak bagi 2 orang makan. Bakinya boleh di sejuk beku, tapi selalunya ia akan habis dalam masa 2 hari. Selain dari dikukus, ia boleh digoreng dan juga masukkan ke dalam sup.


Filling untuk pot sticker / dumpling boleh dipelbagaikan. Selalunya saya buat campuran udang dan isi ayam. Tapi untuk kali ini saya hanya letakkan minced beef sebab hanya itu yang ada dalam peti ais saya.


BEEF POT STICKER

Bahan bahan
300 gms daging lembu kisar (anggaran)
3 tangkai / stalks daun kucai - dipotong saiz yang sesuai
5 kuntum cendawan shiitake - dihiris nipis
2 inci halia - diracik halus
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan tepung jagung
Kulit wonton ( saya guna Gyoza wrapping skin )

Cara cara
1. Campurkan semua bahan kecuali kulit wonton, gaul sebati.
2.Ambil satu sudu filling, letak di tengah kulit wonton. Sapukan sedikit air di keliling hujung kulit wontan.
3. Rapatkan hujung kulit wonton dan "plead" supaya filling tidak terkeluar. Buat hingga selesai.
4. Kukus hingga masak. Hidangkan dengan sos pilihan.

Dipping Sauce
Kicap cair
Halia
Bawang putih
Cili padi
Cuka
Gula

Cara-cara
Halia, bawang putih, cili padi ditumbuk hancur. Campurkan dengan kicap cair, cuka dan gula. Sesuaikan rasa.

14 comments :

JaSSNaNi said...

sedap berdumpling.. saya suka skrg makan dumpling.. suka goreng.. suka kukus... tapi kalau goreng dah tak panggil dumpling kot ek.. hehehe.. :) ooo camtu nak wat kulit dia ye.. thankssss

hazila said...

Jassnani,
Kalau goreng dia dah tukar jadi Fried Wonton. Tapi bagi penggemar, semua boleh makan kan. hehehehehe....

kasihredha said...

Salam sayang
Dim sum adalah my fav
Boleh makan berbiji2 sekali makan
Kulit wonton tu nak cari Kat mana ye?
Semua supermarket ada jual ke?
Sungguh berminat ni :D

hazila said...

Kak Kasih,
Welcome to the group. Saya selalu beli di TESCO atau Giant. Rasanya kebanyakan pasaraya ada jual kulit wonton ni.

Rozita said...

Suka dim sum ni...Nak cari yang halal agak susah dan jauh dari rumah. Dah ada resepi ni, boleh lah try. Thanks zila..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

nampak comel jer berbungkus gitu.. teringin jugak nak mencuba dumpling ni.. ehh.. ada yg namanya gyoza tu lain ke? actually kita suka gak ngan chinese dishes... cuma yg ni mmg tak pernah lagi try buat... sbb apa? sbb tak perasa tang mana ada jual kulit dumpling tu kat pasaraya.. maybe terlepas pandang.. hehe..

hazila said...

Rozita,
Sekarang dah senang jumpa yang halal. Di Shah Alam ada yang jual fozen halal dimsum, pelbagai jenis.

hazila said...

Madiha,
Kalau ke TESCO, kulit wonton ada diletakkan dibahagian tofu, laksa,wonton mee dan seumpamanya. Ini di TESCO Seksyen 13, tempat lain tak pasti. Gyoza kulitnya warna putih tapi wonton berwarna kuning.

Chik Mimi said...

yang ni tak pernah try lagi tak tau la tekak kita buleh terima ka dak

Qasey Honey said...

alahai comeiiinya dumpling akak tu...QH xpnh mkn lg dumplin ni..biase tgk aje..xtau la geti mkn ke tidak menu ni..hehe

zila norazila said...

sedapnya kak,
pernah jgk buat..tp dh lama x buat..tgk pic akk kecurr nie:)

Rohah said...

nampak sedap sangat kak...belum pernah buat sendiri, biasa makan yg siap je..

Unknown said...

Hazila, du mana tmptnya? Sy nk beli

Unknown said...

Hazila, du mana tmptnya? Sy nk beli