Showing posts with label Glossary. Show all posts
Showing posts with label Glossary. Show all posts

Sunday, May 9, 2010

Greek Yogurt


Saja nak tunjukkan gambar Greek Yogurt yang kita dok carik hari ni. Pagi tadi dah keluar plan nak beli yogurt ni tapi tak ada, so petang tadi my husband ajak keluar jalan jalan sambil tu tengok tengok la kalau terjumpa yogurt ni.

Akhirnya, dapat juga, dan punyalah tamak, saya angkut sampai 2 bekas sekali gus. Sekejap je ni 2 bekas akan langsai sabab saya suka makan. Sambil tengok TV pun boleh cedok suap masuk mulut. Apa yg beza Greek Yogurt dengan Plain Yogurt yg lain ? Greek Yogurt lebih thick and creamy. Normal plain yogurt kalau kita dah buka penutupnya dan simpan dalam peti ais, dan bila kita buka nak guna, akan ada cecair dalam yogurt tu. Tapi Greek Yogurt takde cecair sebab dia ada extra process untuk singkirkan cecair tu.

Monday, May 3, 2010

Red Wine Vinegar


picture credit to him

Kalau kita ke pasaraya, sure kita akan ternampak red wine vinegar ni kat bahagian sos, atau barangan dalam botol. Lagi satu ialah, Balsamic Vinegar.

Sebenarnya saya nak tanya pada sesiapa yang tahu samada barangan ni halal atau tidak. Maaflah kalau soalan saya ni "soalan bodoh", biar tanya saolan bodoh dari jadi bodoh selamanya. Saya ada terbaca satu artikel yang mengatakan red wine vinegar is derived from grapes same as red wine only without the alcohol. Saya dah belek belek botol tu tapi confirm takde logo halal, so pada sesiapa yg tahu dan ada pendapat bolehlah share dengan saya ye..

Monday, January 25, 2010

Mee Siput


Mee Siput yg saya beli kat Ayer
hitam

Masa kat Ayer Hitam, saya nampak org jual mee siput ni. Saya pernah dengar pasal makanan ni tapi belum pernah makan atau masak sendiri. So any idea how to cook?

Monday, November 30, 2009

Glossary


Rasanya hari tu nampak kat rumah Mimi kot, perencah kuey teow ni. Masa balik Perlis hari tu ternampak org jual, saya rembat 1 botol. Tapi belum cuba lagi, jadi tak boleh comment tentang rasanya.


Ini pula serbuk kas kas atau Poppy Seed powder. Kalau tak silap, kata org mamak masak kari letak serbuk ni supaya kaw kaw karinya. Sebab tu org asyik ketagih nak makan nasi kari mamak. Tapi tak tau le betul ke tidak.

Sunday, November 15, 2009

Middle East Stuff

Semalam masa keluar dinner dengan my husband, ternampak sebuah kedai yang menjual barangan dari Middle East. Ada buah tamar, minyak wangi, tasbih dan banyak benda lagi. Jadi seperti biasalah kan, mana boleh tengok je, mesti nak selidik apa yang ada. So saya ternampak sejenis makanan yang di gelar Baklava.


Inilah yang digelar Baklava, biasa dengar dan nampak dalam TV atau internet cuma belum pernah rasa. Ermmm...camna ye nak describe rasanya, ok juga.


Ini pula Rose Water, biasanya orang gunakan dalam masakan nasi beriani.


Dan yang ini pula ialah Safron, biasa digunakan dalam nasi beriani juga.

Jangan tanya kenapa saya beli, sebabnya saya pun tak tau..........................

Monday, June 22, 2009

5 Spices

Inilah rupa bentuk Rempah 5 atau 5 Spices

Five-spice powder is a mixture of five spices used in Chinese cuisine. One common recipe includes tunghing or "Chinese cinnamon" (also known as rougui, the ground bark of the cassia tree, a close relative of true cinnamon), powdered cassia buds, powdered star anise and anise seed, ginger root, and ground cloves. Another recipe for the powder consists of huajiao (Sichuan pepper), bajiao (star anise), rougui (cassia), cloves, and fennel seeds. It is used in most recipes for Cantonese roasted duck, as well as beef stew. It is also used as a marinade for Vietnamese broiled chicken. The five-spice powder mixture has followed the Chinese diaspora and has been incorporated into other national cuisines throughout Asia.

The formulae are based on the Chinese philosophy of balancing the yin and yang in food.


Ingredients

  • 2 teaspoons Szechuan peppercorns
  • 8 star anise pods
  • 1/2 tsp ground cloves
  • 1 tablespoon ground cinnamon
  • 1 tablespoon ground fennel

Procedure

  1. Roast two teaspoons of Szechuan peppercorns in a dry frypan for about three minutes.
  2. Grind the peppercorns in a pepper grinder or coffee grinder together with 8 star anise pods.
  3. Strain the ground spices to remove any larger bits.
  4. Mix together 1/2 teaspoon ground cloves, 1 tablespoon ground cinnamon, and 1 tablespoon ground fennel seeds.
  5. Grind the completed mixture until it is a very fine powder.
  6. Use sparingly, as it is extremely pungent.

Saturday, June 20, 2009

Sea Coconut aka Buah kelapa laut


Buah Kelapa Laut mengandungi biji yang terbesar dalam alam tumbuhan. Diameter buah yang matang sebanyak 40-50 sentimeter, dengan berat sebanyak 15-30 kilogram. Buah ini memerlukan 6-7 tahun untuk mencapai kematangan, dan lagi dua tahun untuk bercambah. Buah Kelapa Laut kekadang juga digelarkan double coconut (kelapa kembar), coco fesse, atau Seychelles nut (kekeras Seychelles) di luar negeri.

Pada suatu ketika, buah Kelapa Laut dipercayai merupakan sejenis biji hanyut yang bertujuan untuk disebarkan oleh laut. Bagaimanapun, buah ini kini diketahui terlalu berat untuk timbul dalam air, dan hanya buah-buah yang reput boleh didapati di permukaan laut. Ini menerangkan mengapa pokok-pokok ini hanya kini terdapat di dua buah pulau tersebut.

Kelasi-kelasi yang menemui buah ini berhanyut-hanyut di laut bertanggapan bahawa buah itu kelihatan seolah-olah punggung perempuan yang terpisah daripada jasad. Perkaitan ini dibayangkan dalam salah satu daripada nama botani kuno untuk pokok ini, Lodoicea callipyge Comm. ex J. St.-Hil. Callipyge ialah bahasa Greek untuk punggung cantik. Nama-nama botani lain yang pernah digunakan termasuk Lodoicea sechellarum Labill. dan Lodoicea sonneratii (Giseke) Baill. Nama genusnya Lodoicea berasal daripada Lodoicus, iaitu perkataan Latin untuk Louis, dan merupakan penghormatan kepada Raja Louis XV dari Perancis.

Sehingga punca yang benar untuk buah Kelapa Laut ditemui pada tahun 1768, banyak orang mempercayai bahawa buah ini berasal daripada sebuah pokok mitos yang tumbuh di dasar laut. Orang-orang bangsawan pada abad ke-16 sering membersihkan kulit buah ini dan menghiaskannya dengan permata yang berharga untuk galeri-galeri peribadi mereka.

Buah Binjai


Binjai adalah pohon buah sejenis mangga dengan bau yang harum menusuk dan rasa yang masam manis. Buah ini juga dikenal dengan beberapa nama lain seperti bin-yaa, lam-yaa (Th.), belenu (Mly., beluno (Sabah), baluno, bauno, bayuno (beberapa bahasa di Filipina), binglu (Sd.), dan wani (Bl.). Nama ilmiahnya adalah Mangifera caesia.

Binjai terutama ditanam untuk buahnya, yang biasa dimakan segar setelah buah itu masak atau dijadikan campuran es. Binjai juga digunakan sebagai campuran sambal, terutama untuk masakan ikan sungai. Buah binjai yang masih muda tak dapat dimakan karena duhnya sangat tajam dan menggatalkan. Bijinya kadang-kadang dikeringkan dan diolah sebagai lauk makan nasi.

Kayu binjai dapat digunakan sebagai papan lantai dan bahan konstruksi ringan.

Binjai menyebar secara alami di Sumatra, Kalimantan dan Semenanjung Malaya; sebagian pakar meyakini Kalimantan adalah lokasi asal-usulnya. Dari wilayah-wilayah ini, binjai dibawa dan dibudidayakan orang di Bali, Filipina dan Thailand, serta agak jarang di Jawa bagian barat.

Binjai terutama menyebar di dataran rendah di bawah 400 m, jarang hingga 800 m dpl. Jenis ini tahan terhadap penggenangan, dan seringkali didapati dekat tepi sungai.


Thursday, June 4, 2009

Burung Sintaq


Masa balik Perlis hari tu, ada saudara yang bagi Burung Sintaq, sorry guys, saya tak pasti apa nama lain bagi burung ni. Orang Utara gelarkan burung ni dengan nama tu. Masa dia bagi tu ada empat ekor yang siap disembelih, dicabut bulunya dan dilayur. 2 ekor saya bagi kat my mother dan 2 ekor lagi saya masak. kalau biasa makan burung puyuh, rasanya lebih kurang jer.

Monday, May 11, 2009

Japanese Udon

Japanese Udon Mee yang masih dalam packet.

Tuesday, April 21, 2009

Mee Beras

Hari tu saya ada buat Loh See Fun, tapi terlupa nak ambil gambar mee beras yang saya gunakan/mee yang belum dimasak. Tadi sempat curi curi ambil gambar mee ni kat Tesco. Nasib baik tak kena sound ngan Staff Tesco kan, suka suka je ambil gambar.

Sunday, March 29, 2009

Siput Mentarang



Siput Mentarang- biasa didapati di kawasan pantai yang berlumpur. Kebiasaannya boleh didapati di sebelah Perlis & Kedah dan juga di Tanjung Karang Selangor. Kulitnya yang tajam menyukarkan untuk kita asingkan isi dari kulit. Agaknya baru musim kot dan yang bestnya isi siput ni besar besar belaka. Saya pernah nampak org bakar mentarang ni seperti membakar kerang.

Yang ini pula isi siput yang telah saya asingkan dari kulit.

Thursday, March 26, 2009

Ikan Sanma & Ikan Saba


Sebelum ni cuma pernah dengar nama dari blogger yang duduk kat Japan, tapi semalam saya ternampak ikan ni nak saya beli sedikit untuk mencuba / merasa.

Tuesday, March 24, 2009

Dry Longan

Biasa saya makan buah longan @ Mata Kucing yang fresh, yang jual kat pasar/pasaraya. Hari tu masa masuk blog Vin, nampak dia buat air longan ni, rasa cam teringin lak nak buat sendiri. Padahal senang je pergi beli kat pasar malam kan... So sebelum balik rumah tadi, saya singgah pasaraya nak cari dry longan. Jumpa yang masih dalam kulit lagi, so belilah satu packet untuk percubaan.

Sunday, March 22, 2009

Bunga Kunyit


Masa pergi pasar tadi ternampak bunga ni, mula mula tak perasan bunga apa. Saya tanya penjual tu, katanya bunga kunyit. Biasanya orang letak dalam masak lemak, akan membuatkan masakan menjadi lebih wangi.