Showing posts with label Kudapan. Show all posts
Showing posts with label Kudapan. Show all posts

Friday, September 19, 2014

Kuih Siput



 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah boleh masuk dalam kategori "LAZY BLOGGER" kiranya ni kan... 

Sesekali saja menjelma. Once in a Blue Moon kata orang kampung teman. Susah juga nak ubati penyakit nan satu ni.

Beberapa hari lepas saya buat kuih siput. Angin tidak ribut tidak tiba tiba balik kerja terasa nak buat kuih siput pula. Apalagi google cari resepi yang bahannya memang dah ada di dapur.

Tengoklah kuih siput saya yang tak berapa nak macam siput. Itu belum tengok saiznya yang pelbagai - ada besar ada kecil. Bila rajin, saiznya kecil comel. Bila dah naik jemu menggentel, mulalah saiznya sebesar ibu jari. Hanya orang orang yang mempunyai kekuatan minda yang tinggi saja boleh maintain saiz yang comel. Saya tidak termasuk dalam golongan tersebut.



Mungkin sebab tekak saya yang kurang sihat atau silap di mana mana, rasanya tidak sama seperti kuih siput yang pernah saya makan sebelum ini. Tidak crunchy dan seakan akan lemau atau masuk angin.

Lain kali boleh cuba resepi yang lain pula. Kalau rasanya lebih kurang sama, confirm tekak saya yang punya angkara.

 

 Selamat berhujung minggu dan selamat kembali ke sekolah.

Wednesday, April 11, 2012

Kacang Kuda Goreng Pedas

Selamat bersantai......

Rasanya ramai yang bercuti hari ini walaupun saya nampak ada beberapa syarikat yang beroperasi hari ni tidak termasuk pusat membeli belah. Syarikat hanya wajib ambil lebih kurang 11 hari cuti umum dalam setahun. Ada sesetengah yang bekerja hari ni dan akan diganti semasa cuti perayaan nanti.



Saya dan suami macam cuti hujung minggu juga, pagi pagi keluar untuk sarapan dan terus pusing pusing cuci mata sebelum berhenti makan tangahari. Lepas makan tengahari baru balik kerumah. Pukul 3 ptg suami saya keluar ke office, tengok apa yang perlu untuk esok hari. Sementara saya bermalas malasan di rumah sebelum menyediakan makan malam.

Masih mencari cari resepi apa untuk malam nanti. Saya dah keluarkan udang dan ikan, sambil fikir fikir saya buat Kacang Kuda Goreng Pedas untuk kudapan dulu.


Kacang kuda ini saya sudah rebus awal dan toskan. Mula mula makan macam tu saja, kemudian cari resepi macam mana nak buat seperti yang selalu orang jual di pasar malam.

Kalau tidak silap saya jumpa resepi kacang kuda goreng pedas di dapur kak Citarasawan.

Bahan bahan

250 gms kacang kuda, rendam lebih kurang 1 jam dan rebus menggunakan pressure cooker.

Bahan B
5 tangkai cili kering - potong menyerong
2 tangkai daun kari
1/2 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil biji sawi
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya.

Bahan C - dikisar
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk cili

Cara cara

1. Panaskan minyak, tumis bahan B hingga wangi, masukkan bahan C. Tumis hingga semua bahan wangi.
2. Masukkan kacang kuda dan gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Biarkan seketika, angkat dan bolehlah dinikmati panas.

Sunday, April 10, 2011

Coconut Candies


Shah Alam hari ni disirami hujan......


Hari ini lunch tak masak, saya dah siap keluarkan barang basah dari freezer bila my husband cakap dia nak beli outside food untuk makan tengahari. Jadi saya simpan balik untuk masak makan malam pulak.

Semalam saya dah siap beli kelapa parut untuk buat Coconut Candies tapi sebab semalam lepas beli photo table tu, my husband singgah workshop kereta sebab tiba tiba ada bunyi dari bahagian tayar. Risau juga kalau masa tengah drive timbul masalah pulak. So kami berhenti untuk buat pemeriksaan, rupa rupanya ada satu alat dekat bahagian tayar dah jammed. So mahu atau tidak kena tukar juga, tapi yang buat lama sangat menunggu tu sebab spare part takde stock dan kena order dulu. Hampir 3 jam jugalah menunggu.....

Sekarang berbalik pada Coconut Candies pulak ye...

Bahan bahan
3 sudu makan butter
3 cawan kelapa parut
3/4 cawan susu pekat manis ( kurangkan kalau tak suka manis sangat )
Pewarna

Cara cara
1. Panaskan non stick pan, masukkan butter dan biarkan ia cair.
2. Masukkan kelapa parut dan goreng lebih kurang 8 minit dengan api perlahan, jangan sampai hangit.
3. Masukkan susu pekat, gaul rata dan goreng sebentar lebig kurang 2 minit.
4. Masukkan ke dalam bekas, letakkan pewarna yang disukai. Biarkan sejuk sebentar sebelum membentuk ikut kreativiti sendiri atau masukkan ke dalm loyang, tekan dan sejukkan.

Saturday, February 13, 2010

Kerepek Arrowhead


Punyalah lama beli Arrowhead ni, rasanya hampir 2 minggu. dari sehari ke sehari asyik bertangguh je nak buat kerepek. Tengok rumah org lain dah buat, kalau tak buat juga hari ni, maka akan masuk dalam rumah cik tong sam pah lah jawabnya.

Pada sesiapa yg tak pernah makan kerepek ni, digalakkan mencuba sebab memang sedap. Leka la mengunyah sambil tengok tv atau membaca novel cintan cintun ke. sedar sedar semangkuk dah lesap.

Bahan bahan

Ubi Arrrowhead dibuang kulit dan disagat nipis. rendam di dalam air untuk menghilangkan kanjinya. Toskan. Panaskan minyak dan letak sedikit garam di dalam minyak (optional). Goreng ubi arrowhead hingga kekuningan dan toskan. Sedia dinikmati.

Monday, September 14, 2009

Kuih Raya Part 2

Mari mari mari !!!!!! Meh tengok kuih yang saya buat tunjuk kat org yang jual kuih tu....











Monday, June 8, 2009

Home Made Popcorn


Sambil tengok citer NCIS kat TV, syok apa mengunyah popcorn buatan sendiri. Tapi tak berapa sekata masa salut gula tu, tapi kira oklah.......