Showing posts with label Western. Show all posts
Showing posts with label Western. Show all posts

Tuesday, November 25, 2014

Blackpepper Chicken Pot Pies



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tuan rumah dilanda mood malas nak masak sejak beberapa hari ini. Aduhhhh memang tak ada mood langsung nak buat apa apa. Even mood nak ambil gambar makanan pun entah ke mana.

Semalam selongkar peti ais, nampak ayam yang saya beli separuh minggu lepas. Pening kepala memikirkan apa yang hendak dimasak. Memandangkan my husband kurang sikit makan ayam kebelakangan ini so tak ada idea nak buat apa.

Akhirnya saya decided nak buat blackpepper chicken pot pies. Bukan apa, risau pulak kalau dah lama sangat dalam peti ais, ayam itu akan berakhir di dalam tong sampah, sayang dan membazir sangat.

Banyak resepi yang boleh kita google dari internet dan olah ikut kesesuaian dan bahan yang ada di rumah. Kebanyakan resepi lebih kurang sama saja. 

Monday, June 23, 2014

Homemade Mutton Burger




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Aduhaiii panas betul sekarang ini. Lepas mandi pun boleh berpeluh seperti baru turun naik tangga berkali kali. Sebab itu memang malas nak keluar ke mana mana. Rasa nak duduk depan kipas yang berpusing dengan lajunya.

Baru saja nampak rumput di padang sebelah rumah menghijau, sekarang sudah mula kering dan bertukar warna.

 Semalam plan nak masak makan tengahari tetapi my husband ajak makan di luar. So balik makan, singgah ke pasaraya berdekatan dan saya beli mutton untuk buat burger. Boleh juga mengunyah sambil tengok siaran ulangan perlawanan bolasepak ke atau rancangan lain yang menarik. Cuma mutton patties yang saya buat sendiri, yang lain saya beli. Malas pula nak buat bun sendiri.

Mutton Patties

Bahan bahan
300 gms daging bebiri/kambing
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh lamb seasoning
1/2 cawan serbuk roti/breadcrumbs
2 sudu besar daun pasli - dicincang halus
1/2 labu bawang holland - dicincang dadu
2 biji telur

Cara cara
1. Campurkan ke semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2. Ambil adunan tadi, bulatkan dan leperkan kepada saiz yang sekata. Buat hingga habis.
3. Panaskan kuali leper, saya gunakan cast iron skillet, tuang minyak dan biarkan hingga minyak panas.
4. Letakkan mutton patties ke atas kuali tadi dan biarkan sehingga lebih kurang 5 minit sebelum di balikkan. Jangan balikkan dengan tergesa gesa supaya ia tidak pecah/hancur. Masak kedua dua bahagian lebih kurang 5-6 minit setiap bahagian.
5. Sediakan roti burger, hirisan timun, tomato, sos cili dan mayonnaise. Kalau suka boleh letakkan kepingan keju.
 

Tuesday, March 4, 2014

Angel Hair Pasta with Mushroom & Beef Bacon


Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Alhamdulillah pagi ini hujan rahmat turun membasahi bumi. Nampak hujan turun bagai nampak makanan yang tersangat lazat rasanya....

Baru sikit Allah swt turunkan dugaan dengan musim kemarau yang hanya beberapa hari, kita sudah mengeluh. Bayangkan mereka yang di negara yang bertahun tahun tanpa hujan.... 

Tapi kita masih tidak tahu bersyukur...
(peringatan untuk diri sendiri sebenarnya)


Bercakap pasal bersyukur, kadang kala kita tak tahu nak makan apa bukan kerana tiada makanan. Walau ada pelbagai jenis menu tetapi tekak semacam tak boleh nak terima, tiada selera. Bila makin berusia, satu satu nikmat dunia ditarik sedikit demi sedikit...

Saya selalu tanya suami apa nak makan untuk makan malam nanti. Minta dia fikirkan apa menu yang dia rasa nak makan. By the end of the day mesti jawabannya ialah " entahlah tak tahu nak makan apa. Masak sajalah yang simple" Kadang kala saya masak nasi goreng yang simple atau goreng bihun atau mee. Paling senang kalau dia hanya minta masakkan mee segera.



Memandangkan hanya aperlu masak mee segera, saya masak simple pasta untuk saya. Google cari resepi bergantung apa yang ada dalam peti ais. Saya ada lebihan swiss brown mushroom, ada beef bacon dan sedikit daun pasley. Pasta memang selalu simpan stok untuk kecemasan.


Bahan bahan
Segenggam Angel Hair Pasta jenama Barilla - rebus hingga empuk dan toskan
3 kuntum swiss brown mushroom - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 keping beff bacon - dihiris nipis
Sedikit Flaxseed Oil
1/4 cawan beef stock
Garam jika perlu
Parmesan Cheese & Daun Pasley - untuk tabur

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan beef bacon dan mushroom, goreng hingga hampir garing.
3. Masukkan beef stock, biarkan seketika. Kemudian masukkan angle hair pasta, gaulkan hingga sebati. Perasakan jika perlu. Matikan api.
4. Hidangkan di dalam pinggan, taburkan dengan daun pasley dan parmesan cheese.



Friday, February 28, 2014

Beef Stock, Mushroom Gravy & Mashed Potato




Assalammualaikum dan Selamat Pagi...

Wah awal akak update blog hari ni ye.... Bukan apa hari ni awal pagi kurang sibuk sikit. Manalah tau tiba tiba tengahari nanti mula sibuk sampai ke petang pula. Jadi bila ada kesempatan, cepat cepat update blog dulu, maklumlah tengah rajin ni.

Lama juga tak masak western kat rumah, tiba tiba terasa macam nak masak macam macam menu western pula weekend nanti. So kita mulakan dengan menu yang simple dulu.

Mashed Potato with Gravy


Dulu dulu selalu beli instant gravy, bila nak makan cuma perlu tambahkan air dan panaskan. Tapi tak tahan sebab terlalu masin. Jadi lebih baik kalau kita buat sendiri beef stock di rumah.Mula mula kena sediakan bahan bahan dulu. 

Bahan bahan
1/2 kg tulang lembu ( anggaran )
2 labu bawang Holland - jgn buang kulit, belah 4
1 labu bawang putih - kerat bahagian atas
2 batang lobak - potong saiz yg sesuai
1 pokok daun saderi / sup
1 sprig daun thyme
2 helai daun bay
1 sudu teh lada hitam
2 sudu makan garam kasar
Sedikit cengkih dan buah pelaga - tumbuk sedikit

Cara cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam dulang pembakar, grill di dalam oven selama 1 jam pada suhu 200 darjah celcius.
2. Kemudian masukkan semua bahan ke dalam pressure cooker, masukkan air hingga menutupi semua bahan dan lebihkan sedikit.
3. Tekan butang beef/tendon dan biarkan hingga selesai.
4. Keluarkan dan tapis ke dalam bekas yang sesuai dan biarkan hingga sejuk.
5. Bila stock sejuk, ada lapisan lemak di atas permukaan, buang lapisan lemak tersebut. Simpan di dalam bekas yang sesuai.



Beef Stock yang terhasil, boleh digunakan di dalam pelbagai masakan.



Mushroom Gravy
( simple recipe)

1 sudu makan butter
1/4 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan beef stock
1 sudu makan kicap pekat
2 kuntum cendawan butang
Garam jika perlu

Cara cara
1. Panaskan periuk, masukkan butter. Bila butter cair, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati.
2. Kemudian masukkan cendawan butang yang telah diracik halus. Biarkan seketika sehingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan beef stock dan kicap pekat. Gaul hingga sebati, kecilkan api dan renehkan hingga kuah menjadi agak pekat.

Mashed Potatao

3 biji kentang Russet - kupas dan rebus hingga empuk
1 sudu makan butter
1/4 cawan susu segar - bergantung kepada kepekatan yang dikehendaki.

Cara cara
1. Masukkan kentang dan butter ke dalam bekas, lenyek sambil masukkan susu sedikit demi sedikit.
2. Hidangkan bersama sama dengan Mushroom gravy.






Thursday, October 3, 2013

Cottage Pie



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Actually tiada menu baru yang sempat dicuba kebelakangan ini. Walaupun ada beberapa menu yang hendak dicuba tetapi masih belum berkesempatan untuk bereksperimen di dapur.




Hujung minggu lepas, kebetulan ikut kawan ke Klang untuk mengambil tempahan kuih untuk jamuan harijadi anak kawan masa sama sama kerja dulu.

Salah satu kuih yang ditempah ialah cottage pie atau Shepherd's Pie.


Apalagi balik kerja singgah cari barang yang perlu sebab sebahagian barang memang sudah ada di rumah.

Actually tidaklah susah mana pun nak menyediakannya cuma kalau nak buat banyak memang perlukan masa sikit. Tetapi kalau untuk makan sendiri lebih puas sebab kita boleh letak lebih bahan yang kita suka atau yang harganya agak mahal.


Saya dah pernah buat beberapa kali, so kalau perlukan resepi boleh semak di bahagian label. Kalau rajin nanti saya salin semula.

Bahan untuk filling

250gms minced beef / daging kisar
100 gms portabello mushroom / button mushroom
1 labu bawang besar yang berwarna kuning
100 gms mixed vege
2 sudu makan mushroom cream/soup ( dalam tin )
Air secukupnya

Bahan untuk Topping

Mashed Potato
3 biji Russet Potato - Kupas dan potong 6 bahagian, rebus hingga empuk. Toskan.
1 sudu makan butter
Susu segar / air secukupnya

Cara - Masukan butter dan kentang ke dalam bekas. Lenyek sambil dicampurkan dengan susu/air sedikit demi sedikit.

Mozzarella Cheese

Cara memasak filling
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar yang telah didadu hingga layu.
2. Masukkan cendawan portabello yang telah dipotong dadu dan biarkan seketika.
3. Kemudian masukkan daging kisar dan goreng hingga daging berubah warna dan sedikit kering.
4. Masukkan pula mushroom cream/soup dan sedikit air. Masak seketika.
5. Masukkan pula mixed vege, gaul rata dan perasakan jika perlu. Masak sehingga kering. Ketepikan.
6. Sediakan loyong/bekas kaca/bekas aluminium. Isikan filling dan top up dengan mashed potato. Taburkan dengan mozzarella cheese.
7.Bakar di dalam oven atau microwave untuk keringkan kentang dan cairkan cheese.
8. Selamat menjamu selera.




Tuesday, June 18, 2013

German Pancakes


Assalammualaikum dan Selamat Pagi....

Actually takde idea nak bercerita, badan pun tak berapa sihat so jamu mata dengan German Pancakes yang saya sediakan sebagai sarapan pagi tadi.





Resepi saya ambil dari sini. Cuma saya gantikan dengan buah buahan yang ada dalam peti ais.




Bahan bahan: 

-2 telur
-1/2 cawan susu segar
-1/2 cawan tepung gandum, diayak
-1/2 sudu teh vanila
-1 cubit garam
-2 sudu makan unsalted butter
-2 sudu makan gula halus untuk taburan - saya tak letak
-Maple syrup 

Alatan: 
-Medium bowl
-Electric mixer with a whisk attachment
-Cupcake/muffin tins

Cara cara: 
1.  Panaskan oven kepada 180 degrees celcius.
2.  Di dalam mangkuk, pukul telur hingga ringan, kemudian masukkan susu segar. Gaul sebati. Perlahan lahan masukkan tepung, vanila dan garam.
3.  Cairkan butter dan sapukan acuan muffin. Masukkan setiap satu dengan adunan tadi, separuh bahagian sahaja.
4.  Bakar hingga pancakes puffed up dan keperangan. Alihkan dengan segera dari oven.

Notes:
Pancakes ini tidak manis, jika suka boleh masukkan 1 sudu makan gula pasir dalam adunan atau letakkan maple syrup secukupnya semasa menikmatinya bersama sama buah buahan pilihan.


Saturday, June 8, 2013

Roasted Lamb with Mashed Potato



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Maaf sebab agak lama juga dapur maya "My Small Kitchen" tidak berupdate. Nak dikatakan sibuk sangat pun tidak, mungkin lebih kepada "kurang idea" apa yang nak diupdatekan... ( alasan lain untuk malas )





Just a quick update actually, supaya blog ni tidak banyak sangat sawangnya. Agak lama juga tak masak kambing di rumah tetapi semalam my other half tiba tiba cakap teringin nak makan kambing. So on the way balik kerja, singgah beli barang yang perlu.

Tengahari nanti ada jemputan perkahwinan anak kawan suami di Dewan SUK Selangor, kalau rajin malam nanti saya masak untuk dinner. Kalau tidak, faham faham sajalah ye...


Sunday, April 7, 2013

Scones Again....




Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hari ahad yang agak membosankan sebabnya my husband tak ada di rumah. Selalunya asyik berebut remote TV dengan my husband. So bila seorang diri, alahai macam hilang arah saja.

Hari ini saya tak masak untuk lunch since my hubby ada kerja yang perlu disiapkan. Tapi tengahari tadi sempat pergi lunch bersama.



Balik rumah, jemu pula asyik tengok TV, habis semua channel tukar. Tak boleh jadi macam ni, apalagi selongkar dapur cari apa yang boleh dibuat.

Ingat nak buat kek sebab lama juga tak buat. Lagipun hari tu saya ada beli bundt pan, ingat nak rasmikan hari ini. Tapi tiba tiba tukar fikiran, saya buat scones lagi.


Minggu lepas masa saya ke supermarket saya ada beli Clotted Cream, boleh tahan juga harganya. Satu botol kecil tu berharga RM20.90, selain tu saya beli juga raspberry jam yang nampak macam sedap je.. ( Semua benda nampak sedap kat supermarket tu......)



Scones

Bahan bahan
2-3 sudu makan buttermilk, lebihkan untuk sapuan akhir
225 gms self rising flour
75 gms cold butter
40 gmd gula castor
1 large eggs
Secubit garam

Cara cara
1. Panaskan oven pada suhu 220 darjah celcius.
2. Tapis tepung dan garam di dalam bekas yang agak besar.
3. Masukkan butter yang telah didadukan kecil, gaul menggunakan jari atau pastry blender hingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Masukkan gula dan gaul rata. Aduk telur dan buttermilk dan campurkan ke dalam adunan.
5.Bentukkan doh menjadi bebola, menggunakan roller pin, roll supaya ketebalannya lebih kurang 1 inci.
6. Potong menggunakan scones atau cookie cutter dan susun di atas dulang pembakar yang dilapik dengan baking sheet.
7. Sapukan sedikit buttermilk di atas pemukaan scones dan bakar lebih kurang 10-12 minit.
8. Angkat dan sejukkan di atas wire rack.
9. Sedia dinikmati dengan raspberry jam dan clotted cream dan juga English Tea.
10. Yummy!!!!


Sunday, March 17, 2013

Basic Buttermilk Scones



 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa agaknya menu untuk minum petang di hujung minggu ni ye... Agak lama juga tak baking kek atau cookies kat rumah ni. Maknanya oven pun jarang beroperasi kecuali kalau nak memanggang ikan atau ayam.

So hari ini merajinkan diri untuk membuat scones di rumah. Kalau ke Cameron Highland, memang tak sah kalau tak menikmati scones di sana.


Plan nak buat scones berbentuk bulat tapi puas mencari cookie cutter tapi tak jumpa, entah di mana saya simpan. Akhirnya saya potong bentuk wedges.



Ini ialah "Pastry Blender" yang biasa digunakan untuk menggaulkan tepung dan cold butter. Boleh juga menggunakan jari jika tiada alat ini.



Biasanya scones dimakan bersama sama jem, butter atau clotted cream. Tapi saya cuma menikmatinya bersama sama dengan butter dan homemade strawberry jam.


Thursday, February 21, 2013

Fluffy Buttermilk Waffles


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera...

Sudah sarapan? Menu apa agaknya pagi tadi. Sesetengah orang suka ambil sarapan yang agak berat dan sesetengah pula suka yang lebih ringan. Ada juga yang tak suka bersarapan.

Walau bagaimana pun sarapan adalah amat penting untuk permulaan setiap hari.



Hari ini saya hanya buat simple breakfast, 
Fluffy Buttermilk Waffles.

Sejak berkenalan dengan buttermilk, rasa macam dah "jatuh cinta" pula. Dulu buat pancakes guna buttermilk, memang gebu dan lembut. Sekarang bila buat waffles pun jadi gebu dan lembut juga even bila sudah sejuk.


FLUFFY BUTTERMILK WAFFLES
Sources: Smitten Kitchen
Olahan: My Small Kitchen

Bahan bahan

2 cawan tepung serbaguna
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking soda
2 sudu makan gula pasir
2 biji telur
2 sudu makan minyak jagung
1 3/4 cawan Buttermilk ( saya gantikan dengan 1 1/2 cawan susu segar + 1/4 cawan Greek Yogurt)
Sedikit minyak untuk glis waffle maker

Cara cara
1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali telur. Gaul sekata.
2. Pukul telur hingga kembang/gebu, kemudian masukkan ke dalam adunan (1). Gaul sebati dan biarkan seketika.
3. Panaskan acuan waffle, gliskan dengan sedikit minyak, tuang adunan dan bakar waffle mengikut arahan pada waffle maker. Ambil masa kira kira 5-6 minit kalau suka permukaannya sedikit garing.
4. Hidangkan bersama butter/jem pilihan/buah buahan ataupun maple syrup.




Friday, February 1, 2013

Liege Waffles



Assalammualaikum dan Selamat Petang...

Hari ini kawan kawan yang bekerja di Kuala Lumpur pula bercuti panjang, maklumlah dah 2 minggu orang Selangor asyik cuti saja kan. Tak apa, minggu depan satu Malaysia akan cuti panjang sempena Tahun Baru Cina.

Saya dan suami akan pulang ke kampung masa cuti Tahun Baru Cina nanti kerana ibu bapa saya akan pergi mengerjakan umrah, jadi balik bercuti sekaligus menghantar mereka untuk ke Tanah Suci.


Hari sabtu in shaa Allah nak buat kenduri kesyukuran sikit. Seronok bila semua adik beradik akan berkumpul bersama sambil memasak apa yang patut. Maklumlah bila semua sudah bekeluarga, bukan mudah untuk berkumpul beramai ramai walaupun di hari raya.

Berbalik kepada entry hari ini, saya sajikan Liege Waffles atau Belgium Waffles. 

Ada pelbagai resepi Liege Waffles, tapi untuk kali ini saya cuba resepi yang menggunakan "dough method".


Sila jamu mata dulu ye, saya akan update resepinya kemudian.

LIEGE WAFFLES
Sumber : Lydia, My Kitchen


Bahan bahan
200 gms tepung roti
45 gms gula pasir
2 gms garam
10 gms susu tepung
1 biji telur
50 gms butter
75 ml air
6 gms yis segera

Cara cara
1. Campurkan tepung roti, garam dan susu tepung di dalam bekas. Gaul sebati.
2. Larutkan yis di dalam sedikit air, kemudian campurkan bersama telur dan kacau sebati.
3. Campurkan campuran yis ke dalam campuran tepung, uli sehingga doh lembut terbentuk. Campurkan butter dan teruskan menguli sehingga doh lembut.
4. Tutup dengan plastik dan biarkan ia rehat lebih kurang 30 minit.
5. Bahagikan doh kepada 6 bahagian yang sama dan bulatkan, tutup dengan plastik dan rehatkan lebih kurang 10 minit.
6. Panaskan acuan waffle, sapukan sedikit butter. Letakan bebola doh tadi di atas permukaan waffle, tutup dan biarkan ia masak. Anggaran 5-6 minit.
7. Angkat dan hidangkan bersama butter/jem/sos atau buah buahan kegemaran. Sedap di makan panas.



Monday, January 14, 2013

Mushroom Soup & Garlic Bread


Assalammualaikum dan Selamat Pagi....

Bagaimana hari ini ye kawan kawan? Jangan ada yang Monday Blues sudah la ye... Kalau kita suka dengan apa yang kita buat tentu tiada istilah Monday Blues atau yang seumpama dengannya. Maklumlah kerja itu satu ibadah dan satu tanggungjawab yang berat untuk dipikul. Tetapi sebagai manusia, kita mesti tidak boleh lari dari merasakan kadang kala kerja juga boleh "menyesakkan" kepala dan otak kan... Itu biasalah.

Okay berbalik pada entry kali ini saya sajikan Mushroom Soup dan Garlic Bread.


Dulu dulu...

Atau suatu masa dulu saya kalau teringin nak makan mushroom soup selalunya saya beli yang instant, yang dijual di dalam packet. Cuma tambahkan air panas saja. Tetapi masalahnya, ia agak terlalu masin pada saya. Kalau tambah air lebih, nanti tercair pulak. Yang dalam tin, saya rasa pernah sekali dua saja saya cuba. Kalau nak pergi makan di restaurant, harganya boleh tahan mahalnya.

Tetapi semenjak dah "boleh" masak walaupun lepas tekak sendiri, saya rasa lebih sedap Homemade Mushroom Soup dari store bought one. We may adjust the taste according to our preference.


Mushroom Soup

Bahan bahan
6 kuntum cendawan butang - 3 brown,3 white - dicincang halus
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 labu bawang besar - dicincang halus
2 sudu makan butter
200 ml cooking cream
3 cawan chicken stock
1 sudu teh fresh thyme
2 sudu makan tepung gandum
Garam
Lada hitam

Cara cara
1. Panaskan periuk, masukkan butter dan biarkan hingga cair. Kemudian masukkan bawang besar. Goreng hingga bawang menjadi hampir translucent.
2. Kemudian masukkan cendawan,thyme dan bawang putih. Goreng hingga air yang dikeluarkan oleh cendawan kering.
3. Masukkan pula tepung gandum. Kacau rata hingga tepung tidak lagi kelihatan.
4. Masukkan chicken stock dan cooking cream. Kacau rata dan biarkan hingga hampir mendidih.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Sentiasa kacau supaya ia tidak meruap dan tumpah.
6. Hiaskan dengan daun parsley jika suka. 




Garlic Bread

Bahan bahan
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 cawan butter - dilembutkan ( suhu bilik )
Sendikit daun parsley - dicincang halus
1 loaf roti baguette/French Loaf - dipotong menyerong

Cara cara
1. Campurkan semua bahan di dalam bekas. Sapukan ke atas permukaan french loaf.
2. Panaskan frying pan, bakar sebentar french loaf tadi di kedua dua bahagian.
3. Sedia dinikmati bersama sama dengan mushroom soup.