Showing posts with label Cookies. Show all posts
Showing posts with label Cookies. Show all posts

Monday, June 1, 2015

Tart Nenas Cheese


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Maafkanlah tuan rumah yang semakin teruk dalam mengemaskini blognya sendiri. Kadang rasa macam banyak sangat benda yang hendak dicuba bila hujung minggu. Tapi bila sampai hujung minggu ada saja alasan untuk mengabaikan semua plan yang dah dirancang di dalam kepala. Ada masanya sampai 2 @ 3 kali asyik keluar masuk butter dari peti sejuk.

Kesian betul bila tengok blog yang tidak terurus. So semalam rajinkan diri ( yang penting tekadkan hati ) menggodek membuat Tart Nenas, cuma kali ini saya tambahkan keju cheddar di dalam adunan dan taburkan di atas tart sebelum di bakar. Sudah lama resepi ini bertebaran di alam maya, tetapi seperti biasalah saya selalu jadi pengikut yang berada dihujung garisan.

Resepi doh masih lagi saya gunakan dari blog Kak Azie cuma tambahkan keju cheddar.
 

Monday, March 23, 2015

Browned Butter Chocolate Chips





Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Wahhhh seminggu lebih tak update blog. Cuti sekolah, cuti berblog juga. Maklumlah keluarga datang, kita pun sibuk melayan. Sekarang ini saya cuma ada masa weekend saja untuk mencuba resepi dan mengambil gambar. Weekdays memang tak sempat + malas. So bila weekend ada tetamu memang tak sempat langsung nak ambil gambar food.

Ini pun saya sempat ambil gambar pagi tadi. Memang teruk kualiti gambar. Tapi masukkan juga sebab dah lama tiada entry.

Layan dulu gambar Browned Butter Chocolate Chip Cookies.

Friday, December 5, 2014

Choc, Raisin & Peanut Butter Cookies


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Beberapa hari tanpa update blog. Tuan rumah kurang sihat, selsema sikit. Lagipun 5 orang anak saudara ada di rumah. Rumah yang kebiasaannya sunyi mula riuh rendah dengan suara termasuklah suara mak saudaranya sekali. Yang besar berebut remote control, yang kecil pula berebut alat mainan. Itu belum masuk bab sepahkan rumah dengan mainan dan makanan. Itu yang sesekali suara rock mak saudaranya boleh dengar satu taman perumahan....

Kalau masak pun dah tak sempat nak ambil gambar. Asyik lapar saja dari bangun tidur sampai nak tidur semula. Itu belum ambil kira yang A tak makan ini, B tak makan itu... Aduh pening...

 

Malam tadi sempat sediakan sedikit kudapan. Saya buat Choc, Raisin & Peanut Butter Cookies. Resepi hasil dari google di internet.

 

Monday, October 27, 2014

Tart Nenas


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Tiba tiba pula terasa nak makan tart nenas. Kebetulan semalam Ahad tidak kemana mana dan cuaca pula tidak begitu mengizinkan untuk buat aktiviti di luar. Apalagi menyelongkar apa yang ada didapur.

Sebenarnya saya beli inti nenas ini dalam bulan Ramadhan tempohari. Konon kononnya nak buat tart untuk hari raya la katanya.... Tetapi bila banyak sangat kerja yang perlu disiapkan sebelum cuti hari raya, sampai terlupa langsung pasal inti nenas ni.

So semalam hasil menyelongkar, terjumpa inti nenas. Bila hujan dah reda, terus keluar cari butter.

Kali ini saya mencuba resepi dari Azie Kitchen. Puas jugalah nak siapkan satu tart nenas, maklumlah nak gunting satu per satu.


 Sekarang ni tak perlu tunggu hari lebaran untuk menikmati juadah seperti ini.

Bahan bahan
300 gms tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar gula icing
200 gms butter
2 biji kuning telur
1/2 kg jem nenas (khas untuk inti)
Kuning telur - untuk glis

Cara cara
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula icing ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan butter yang dipotong dadu .
2. Ramas menggunakan jari hingga berderai, kemudian masukkan kuning telur dan adun menjadi doh. Simpan di dalam peti ais selama lebih kurang 20 minit.
3. Sementara itu bulatkan inti nenas, keluarkan doh dan ambil sedikit doh, bulat dan leperkan. Isi inti dan tutup kembali. Kemaskan dan gunting seakan akan duri landak atau kulit nenas. Buat sehingga habis.
4. Sapukan kuning telur di atas permukaan tart nenas. Bakar pada suhu 180C selama lebih kurang 25-30 minit atau sehingga warnanya menjadi keemasan/keperangan.





Tuesday, September 9, 2014

Chocolate Chips Peanut Butter Cookies


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru saja cakap hari tu malas nak buat cookies lagi sebab baru lepas raya kan...

Sebenarnya hari Khamis lepas my BFF ajak "mengeteh" atau dalam bahasa rasminya minum petang lepas kerja keesokan harinya. Agak lama juga tak keluar sambil berbual. 

Macam la lama sangat kan.... Padahal baru jumpa masa open house sempena Hari Raya. Selalunya kalau berjumpa mesti ada yang bawa buah tangan atau belanja makan. So balik kerja hari khamis saya mula menggodek apa yang patut. Tak kan nak bawa perut je kan...

 

Memandangkan masih ada beberapa bahan untuk membuat cookies, saya google cari resepi yang mudah. Terjumpa resepi Choc Chips Peanut Butter Cookies dari Sweet & Delish. Hasilnya memang tidak mengecewakan cuma ia terlalu manis for my taste buds. So next time memang kena kurangkan gula.

Bagi mereka yang sukakan manis memang ok.
 

CHOCOLATE CHIPS PEANUT BUTTER COOKIES

Bahan bahan
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula perang
1 biji telur - dipukul ringan
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1/2 sudu teh vanila
3/4 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan peanut butter - yang kasar
1/2 cawan campuran chocolate chips

Cara cara
1. Ayak tepung, baking soda dan garam. Ketepikan.
2.Pukul butter dan gula hingga pucat dan kembang.Masukkan telur, vanilla dan campuran tepung tadi.Gaul sekata.
3. Kemudian masukkan peanut butter dan choc chips. Gaul sekata dan akan membentuk doh yang agak lembut.
4.Ambil sedikit doh, bulatkan dan letak di atas dulang pembakar yang telah digris. Atau boleh gunakan sudu.
5. Bakar di dalam oven pada suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang 8-10 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
 

Thursday, May 29, 2014

Oats & Cranberries Cookies



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Apa khabar hari ini?
Memandangkan sekarang musim cuti sekolah, maka ramai yang plan nak bercuti ke tempat tempat menarik hujung minggu ini. Yang penting jaga keselamatan dan berhati hati memandu di jalanraya. Bagi yang bekerja, memang agak lega sikit sebab bila cuti sekolah, automatic jalan akan sedikit lenggang dari biasa.
 

Okay berbalik pada entry hari ini saya sediakan Oats and Cranberries Cookies. Kebetulan stock oats agak banyak di rumah, boleh juga dibuat kudapan sambil menonton TV di rumah atau bekal ke tempat kerja.

Kalau dilihat dari gambar nampak cookies ni seakan akan keras tetapi sebenarnya ia lembut tetapi tidak berderai. Pertama kali buat berdasarkan resepi dibelakang bekas dried cranberries yang saya beli. Ia agak manis pada tekak saya, so next time kena kurangkan penggunaan gula.
 
 Oats & Cranberries Cookies

Bahan bahan
2/3 cawan unsalted butter
2/3 cawan brown sugar
2 biji telur bersaiz besar
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan oats
1 cawan dried cranberries
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan white chocholate chip - saya gantikan dengan chocholate chipp biasa

Cara cara
1. Putar butter dengan gula hingga gebu, masukkan telur dan kacau sebati.
2. Ayak tepung gandum dengan baking powder. Masukkan ke dalam adunan telur tadi. Masukkan juga oats,dried cranberries dan choc chips. Gaul sebati.
3. Panaskan oven pada suhu 160C, lapik dulang pembakar dengan kertas baking.
4. Gunakan sudu atau ice cream scoop, sudukan di atas dulang. Bakar selama 12-15 minit atau sehingga keperangan.
5. Sejukkan sebelum masukkan ke dalam bekas kedap udara.




Monday, May 19, 2014

Biskut Cornflakes


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.....

Dah nak raya ke? 
Tiba tiba makcik rajin pula buat cookies raya. Saja buat cookis ini untuk kudapan. Apa salahnya kan... Nanti bila dah dekat nak sambut raya, tak adalah nak pening kepala nak cari resepi kuih raya. Itupun kalau rajin.... biasanya dalam bulan puasa, saya ni jarang sangat buat kuih raya. Ini kira macam process memanaskan badan..... boleh?



Sebenarnya last Friday, saya dan beberapa kawan kawan rapat ada small gathering untuk sambut birthday salah seorang dari kami. Kebetulan pula saya memang agak sibuk even masa cuti Wesak pun saya kena bekerja untuk siapkan apa yang perlu. Jadi memang tak sempat nak mencari hadiah. Jadi masa lunch hari jumaat tu saya sempat ke bakery yang berdekatan, beli alatan memasak/baking sebagai hadiah. Walaupun dia lelaki, tetapi dia suka memasak dan buat kuih muih.

Ternampak pula buku biskut raya oleh Florence Tan, gatal tangan menyambar masa nak membayar. So bila dah beli buku, kena la membuatnya kan....
 
 Biskut Conflackes
By Florence Tan

Bahan bahan
A (Diayak)
150gm tepung gandum
210 gm tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk penaik

B
180gms gula kastor - saya gantikan dengan organic cane sugar
250gm mentega
2 biji kuning telur
2 sudu teh esen vanila
180 gms cornflakes - dikisar kasar

Cara cara
1. Putar gula kastor dan mentega sehingga ringan dan gebu. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Terus pukul selama 1 minit.
2. Masukkan cornflakes dan bahan A. Gaulkan sebati sehingga menjadi doh.
3. Bulatkan ia menjadi bebola kecil dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah diglis.
4. Saya tambahkan hirisan raisin di atas doh yang dibulatkan tadi. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit atau sehingga menjadi warna kekuningan.
5. Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.


Wednesday, April 16, 2014

Biskut Dahlia @ Kuih Samperit



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Adakah anda bermimipi?


Oh tidak.... sila jangan betulkan kepala anda. Tiba tiba makcik rajin buat kuih samperit pula walaupun hari raya jauh lagi. Even masa saya suruh my husband rasa kuih dia cakap " Belum raya lagi, buat apa makan kuih ni?"

Apa dia ingat kalau raya baru boleh makan cookies macam ni? Tak betul tu..... Kalau rasa teringin nak makan, kita buat. Kalau rasa malas atau tak ada masa, kita order saja...



Sebenarnya saya cuma suka suka nak buat cookies ni. Sebab kalau nak sambut hari raya, amatlah jarang sekali saya buat kuih raya. Selalu tengok saja kawan kawan berlumba lumba update resepi atau gambar kuih kuih raya dalam blog masing masing. Baru je saya nak buka mulut pada suami nak buat kuih raya, dia lagi cepat cakap " tak payah"...  Sebab itu blog saya paling kurang sekali ada entry berkaitan kuih kuih sempena hari raya.

Tapi mana tahu tahun ni penuh satu meja dengan homemade cookies?



Resepi saya jumpa dalam blog Mas Duniaku. Memandangkan bahan bahan yang digunakan sedikit, saya ambil keputusan untuk mencuba. Lagipun kalau buat banyak sangat siapa yang hendak tolong habiskan....

Bahan bahan
125 gms butter
125 gms susu pekat
230 gms tepung jagung
Bahan untuk hiasan / buah ceri

Cara cara
1. Gaulkan butter dengan susu pekat manis hingga sebati.
2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
3. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Paipkan doh atas dulang yang telah dilapik dengan kertas baking.
4. Taburkan bahan hiasan atau potongan buah ceri.
5. Bakar selama 12-15 minit.

Wednesday, October 16, 2013

Crunchy Caramel @ Florentine Cookies



Assalammualaikum dan Salam Aidil Aidha...

Bagaimana sambutan raya anda? Jangan ada yang pitam disebabkan makan daging berlebihan pula. Maklumlah bila usia makin meningkat, ketahanan kepada sesuatu makanan akan menjadi semakin menurun. Saya dan suami memang tidak boleh makan daging banyak atau terlalu kerap. Mulalah lain macam saja rasanya...

Oh ya, tahun ini saya dan suami menyambut Aidil Adha di Shah Alam saja, malas nak bersesak sesak dijalanraya memandangkan hanya cuti sehari.

Kebetulan hari Isnin banyak kerja yang perlu diselesaikan. InsyaAllah hunung minggu nanti baru saya pulang ke kampung.


Saya buat rendang ayam untuk dimakan dengan ketupat nasi di pagi hari raya. Then sebab dah tak tau nak buat apa, sempat lagi buat biskut crunchy caramel untuk buat kudapan. 

Ini baru namanya Rendang dan Biskut Raya

Sebab dibuat pada Hari Raya.

Selamat Berhari Raya.


Monday, October 7, 2013

Chocolate Crinkle Cookies



Eh tiba tiba hari ini saya terlebih rajin pula update blog. Kalau tidak seminggu sekali pun susah kan....

Bukan apa, bila ada masa sempat bereksperimen di dapur, bolehlah selalu update blog ni.

Kali ini saya share resepi Chocolate Crinkle Cookies yang saya ambil dari blog Cemplang Cemplung dari negara seberang.

Teruja bila nampak cookies tu berpecah dan nampak unik sekali. Rasanya pun boleh tahan juga.



Actually ini project saya semalam, kebetulan suami cakap tidak ada sebarang plans untuk keluar merayap. So bolehlah main masak masak selepas sediakan makanan tengahari.

Sangat senang untuk menyediakan cookies ini cuma perlukan masa kerana ia perlu disimpan di dalam peti ais sekurang kurangnya 2 jam atau lebih. Mungkin lebih elok kalau dibiarkan semalaman.


Memandangkan kita akan menyambut Raya Haji / Aidil Adha pada minggu depan, bolehlah dijadikan salah satu kuih untuk dijamu buat tetamu yang bertandang.




Sunday, April 7, 2013

Scones Again....




Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hari ahad yang agak membosankan sebabnya my husband tak ada di rumah. Selalunya asyik berebut remote TV dengan my husband. So bila seorang diri, alahai macam hilang arah saja.

Hari ini saya tak masak untuk lunch since my hubby ada kerja yang perlu disiapkan. Tapi tengahari tadi sempat pergi lunch bersama.



Balik rumah, jemu pula asyik tengok TV, habis semua channel tukar. Tak boleh jadi macam ni, apalagi selongkar dapur cari apa yang boleh dibuat.

Ingat nak buat kek sebab lama juga tak buat. Lagipun hari tu saya ada beli bundt pan, ingat nak rasmikan hari ini. Tapi tiba tiba tukar fikiran, saya buat scones lagi.


Minggu lepas masa saya ke supermarket saya ada beli Clotted Cream, boleh tahan juga harganya. Satu botol kecil tu berharga RM20.90, selain tu saya beli juga raspberry jam yang nampak macam sedap je.. ( Semua benda nampak sedap kat supermarket tu......)



Scones

Bahan bahan
2-3 sudu makan buttermilk, lebihkan untuk sapuan akhir
225 gms self rising flour
75 gms cold butter
40 gmd gula castor
1 large eggs
Secubit garam

Cara cara
1. Panaskan oven pada suhu 220 darjah celcius.
2. Tapis tepung dan garam di dalam bekas yang agak besar.
3. Masukkan butter yang telah didadukan kecil, gaul menggunakan jari atau pastry blender hingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Masukkan gula dan gaul rata. Aduk telur dan buttermilk dan campurkan ke dalam adunan.
5.Bentukkan doh menjadi bebola, menggunakan roller pin, roll supaya ketebalannya lebih kurang 1 inci.
6. Potong menggunakan scones atau cookie cutter dan susun di atas dulang pembakar yang dilapik dengan baking sheet.
7. Sapukan sedikit buttermilk di atas pemukaan scones dan bakar lebih kurang 10-12 minit.
8. Angkat dan sejukkan di atas wire rack.
9. Sedia dinikmati dengan raspberry jam dan clotted cream dan juga English Tea.
10. Yummy!!!!


Thursday, January 26, 2012

Famous Amos Cookies


Semalam saya "ter rajin" sikit...  

Sebabnya semalam cuma masak yang simple dan tak banyak ambil masa yang lama jadi sempatlah main masak masak. Lagipun lama juga saya tak baking cookies or cakes. Bukannya tak teringin nak buat tapi memandangkan takde orang yang nak makan jadi semua impian tu terpendam dan lama lama terbenam terus....

Resepi Famous Amos ni dah lama saya simpan, rasanya awal tahun lepas. Inipun saya dapat dari blog kak Watieman. Mana agaknya kak watie menghilang.... Punyalah lama memerap resepi ni, maklumlah kadang kala tak cukup bahan, kadang kala bagi peluang resepi lain keluar dulu... Tapi yang paling utama sebab malas.



Ini Famous Amos sebelum dibakar. Mula mula rajin sikit, sempatlah touch up supaya leper dan licin permukaan tu. Lama kelamaan, bila dah mula malas, saya biarkan je permukaannya tu menggerutu. Sepatutnya lepas di adun, kena buat memanjang dan potong supaya dapat saiz yang sama, tapi saya guna cara yang paling senang dan cepat.



Saya memang failed kalau masuk bab Food Styling. Tak berseni langsung, itu pasal kadang kala entah apa apa. Ikut sempat dan apa yang boleh difikirkan masa tu. Itu adalah alasan bagi orang orang yang tak berseni cam saya ni.

Saya hanya buat 1/2 bahagian daripada adunan asal.

Ingredients:
  • 2 cups butter
  • 4 cups flour 
  • 2 tsp baking soda 
  • 2 cups granulated sugar 
  • 2 cups brown sugar 
  • 5 cups blended oatmeal 
  • 24oz choc chips 
  • 1tsp salt 
  • 18oz Cadbury bar grated 
  • 4 eggs 
  • 2 tsp baking powder 
  • 3 cups chop nuts 
  • 2 tsp vanila essence 
Method:

  • Cream butter & sugar till smooth.
  • add eggs & vanila, mix together
  • add in flour,oatmeal powder, salt, baking powder, soda, and all the ingredients
  • roll into balls and place 2 inches apart and bake for 10 minutes at 180 degrees or until cooked.

Sunday, November 7, 2010

Congo Bars


Akhirnya...... setelah ramai yang telah mencubanya, giliran saya pulak. Masih suam suam lagi lagi congo bars ni. Saya ambik resepi dari dapur Kak Nor. Bila dah baca komen kawan kawan lain, saya kurangkan gula lagi. Inipun saya dah rasa agak manis. Tapi congo bars saya agak tebal sebab loyang pembakar saya kecil. Thanks to the source of this recipe..

Bahan bahan

315gms all purpose flour
2 1/2 tsp baking powder
1/2 teaspoon salt
150gms butter, softened
230gms light brown sugar ( Actual 420 gms, I guessed)
3 eggs
1 tsp vanilla
250gms chocolate chips
250gms chopped walnut

Methods:-

Sift flour, baking powder and salt in a large bowl. Set aside.
Combine butter and sugar using a mixer until blended.
Add eggs, one at a time to sugar mixture, mixing on low in between each addition.
Add vanilla and mix.
Add flour and mix until combined.
Stir in chips and then walnuts

Coat a 13 X 9 pan with non-stick spray and spread batter evenly into dish.
Bake at 170C for 30 minutes or until top is golden brown. Make sure you don’t over bake!


Congo Bar yang masih di dalam loyang pembakar.

Sunday, December 21, 2008

Walnut Chocolate Shortcut


Resepi ambil dari Majalah. Next time kalau buat lagi kena kurangkan sedikit gula sebab agak manis. Texturenya gebu dan berderai.
Bahan bahan
150 gms gula kastor
150 gms butter
150 gms tepung naik sendiri
2 biji kuning telur
2 titis vanilla essence
100 gms coklat masakan
100 gms walnut dicincang
100 gms hazelnut (optional)
Cara cara
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan sediakan dulang pembakar.
  • Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan esen vanila,kuning telur dan tepung.
  • Pukul hingga sebati. Masukkan coklat masakan yang telah dicairkan terlebih dahulu dan juga walnut cincang. Gaul sekata.
  • Masukkan doh ke dalam dulang pembakar, ratakan dan tabur hazelnut di atas permukaan doh tadi.
  • Bakar hingga masak.